Kamis, 31 Desember 2009

salam 2010


ini semboyan untuk tahun baru 2010..boleh blah semua parti politik yang menganjurkan parti perkauman, bagi aku tak ada kaum yang lebih mulia semua kita sama saja dimata tuhan, tuhan bukan diakal tapi dihati kata sorang sahabat ahhh korang pun bukan tau apa pasal tuhan tapi kalau hantu korang tahu la rupa bertaring bertanduk muka setan macam haramjadah enjin pesawak hilang buat apa nak kaji tapi kalau tak kaji ada masaalah lah dalam pentadbiran najik rajak.

bagi setahun yang telah berlalu aku sibuk memenuhi undangan demi undangan kemajlis formal tak formal semua aku ikut, ada sampai ke perak dengan lantera jiwa mat saman kati perak expres, kenegeri sembilan ke hotel hotel ke pelancaran album ke TAF ke frinjan ke rock the world dan berbagai lagi program rakyat.

rakyat sibuk dengan rencana buat program alhidayah ala puisi nasyid kalau banyak lagi undangan ke majlis baca sajak aku ikut kehotel pun aku ikut bayaran tak seberapa janji hati muda hati senang tak terikat dengan goment sapa nak larang aku berlagu bernyanyi sampai tengah malam sampai subuh dapat duit balik hati senang tak payah pikir apa jadah lagi malaun nak bikin protes bersih hindraf jerit reformasi menentang I.S.A aku sapu aku bebas bukan ada sapa yang larang malahan KDN pun tak mampu nak buat aku jadi macai ikut kata diorang bahkan polis pun tak mau ambil aku masuk balai pasai bila tengok muka aku dengan rambut janggut dan misai pun diorang dah cuak tapi aku dengan makwe aku yang banyak pun aku layan semua, ye aku bebas tak payah nak ajar aku macammana nak bebas sebab aku memang dah bebas lagu lagu aku pun bebas didengar oleh orang banyak sampai ke rusia kejepun keaustralia keindonesia banyak negara banyak orang dah dengar material aku melawan penjajah yang korup penjajah yang macam haramjadah, sampai aku dapat masuk star ikut KL sing song writer tapi duit tak bayar lagi entah bila diorang ni nak jujur pasal payment pun aku tak tau la.

meor ada menulis pasal aku kat era pakatan..rosnizam mahat pun ada buat review pasal aku kat suara keadilan, sapa aku? aku menyanyikan lagu rakyat lagu cinta maut bukan macam sinaganaga sebut pasal asmara tapi asmara apa yang dia tau tu tak sama macam yang aku maksudkan aku bukan sebut pasal cinta kecundang macam cinta tiga segi sampai boleh bunuh diri tapi aku bikin lagu pasal jiwa pasal hidup orang marhaen pasal alam roh pasal politik pasal haramjadah hidup ni memang haramjadah. yang korang tak paham itu bukan aku punya pasal itu korang punya pasal la.

bikin hari hari seni bukan mudah bukan kosong bukan macam yang korang tafsirkan itu sebab la kalau aku bikin lagu biasa biasa jer tapi apa yang aku nak tonjolkan bukan yang diluar tapi yang didalam. sila bodek la aku dengan puji pujian korang aku sikit pun tak heran aku bukan ego tapi aku tahu puji pujian tu untuk tuhan saja manusia ni tak layak dipuji sebenarnya, aku suka kalau dolah jones bikin apa yang dia suka sebut dan dia suka perkatakan dalam blog dia sebab memang itu buat aku muhasabah diri buat aku tahu diuntung bukan macam sitanggang yang menghina ibu sendiri tapi yang sebenarnya manusia tu tak perlu dipuji dan dipuja sampai esok hari dia akan pergi menemui penciptanya innalillahiwainnailaihirojiuunnn...


bila hari esok korang tahu sapa yang menyanyikan lagu lagu kebenaran korang baru mengerti apa yang ada didalam hati seorang pemikir.


cinta tak dapat lepas dari kehidupan manusia sejagat itu kebenaran dah motif utama dalam hidup, kalau cinta sudah hilang dari hati kita bermakna kita fana dan boleh juga dikatakan kita sudah gila atau tahap wali tapi selagi kita hidup bercintakah kita sebab kita cinta pada kehidupan. bahkan sipenagih dadah sekalipun masih bercinta dengan hukum kejadian hidup, mahupun pelacur dan pemabuk penghabis harta rakyat bahkan perompak sekalipun masih mengenal cinta dalam kehidupan cuma yang membedakan kita adalah baik dan jahat.


mau masuk syurga buat lah baik mau dikasihi orang berbuat baik lah sesama manusia mahu ada pengaruh juga berbuat baik lah sesama manusia bukan ada kaum atau bangsa yang lebih mulia tapi cuma ada kita yang ditinggalkan oleh keturunan yang terdahulu. sampai pada satu titik kita akan menemui ajal atau kita akan balik pada yang punya segala galanya ini.. hidup hanya pinjaman.


tuhan ada tapi tiada, tuhan wujud tapi tidak wujud, tuhan lebih hampir dari urat kerongkong kamu tapi tak dapat dilihat tak berupa dan tak berbentuk.. malahan tuhan itu kita yang berdiri dibumi yang nyata dan dilangit yang kita junjung.



jadi untuk tahun 2010 aku jadikan semalam yang berlalu sebagai hidayah pada setiap apa yang aku lakukan dalam hidup dan lebih mengenal apa itu aku dan siapa aku.









Rabu, 30 Desember 2009

selamat tahun baruu


selamat tahun baru hati baru pakaian baru style baru makanan baru hidup baru alasan yang baru makwe yang baru lagu lagu yang baru kalau boleh nak beli gitar yang baru dapat job banyak yang baru juga jiwa baru rambut tetap lama janggut baru misai yang baru dan hobi yang baru



melukis

Sabtu, 26 Desember 2009

sumbang rOck The wOrld

aku ke RTWorld tengahari tadi dengan nan dan meor, nan bawak anak dia bantu angkat barang maklumlah semua dah otai tulang dah reput kena la pakai kadam kecuali aku yang masih boleh pikul amp laney lagak badang. Sampai je tempat parking kedengaran bunyi macam dunia nak kiamat, sebuuu je ada rupa kahlua import dari mexico tapi kahlua ni tak lah hensem sgt dia rasa kopi, manis dan lazat, yang masaalahnya sekarang ni bunyi yang aku dengar tu tak lazat macam kahlua.


haihhh..


Zul.. fadli..diva dilla sara pun ada, jual tiket efek rumah kaca jual buku jual keranda, jual majalah perak darul katun dan beberapa helai tshirt yang muda mudi suka pakai.


aku tengokkan je lagak anak2 muda layan musik, pecahhhh.......
sama macam aku masa dulu dulu kala waktu umur belasan tahun.


parahhh yeop, 3 stage nye tu, memang organiser macam dah tak de negeri lain lagi nak buat rock the world. hancur hancur...lingkup yeop bior nye lingkup..kalau aku jadi organiser, aku akan buat kat JB satu sebab rakyat selalu dahagakan musik disana, penang satu dan kay el satu ha kan bagus...apa tak bagus ke cadangan aku tu. satu hari ada tiga negeri buat konsert rock de world, tak bagus ke?


jadah..korang faham apa aku cakap



tinjau punya tinjau kitorang jumpa bost TM yang ada awek gebu putih ntah cina ke melayu tak pasti boleh la dikatakan 1malaysia sebab semua cantik cantik tapi kurang senyumnya mungkin sebab bahang panas yang menyerap sampai kepakaian dalam mereka yang lembab dibasahi peluh.


nan tercari cari organiser yang menguruskan pengamen, meor dah naik gila..bini ku oh biniku yeop sabor yeop kata aku....setelah diluku oleh nan lima kali organiser yang macam aw aw tu baru comfirmkan tempat kitorang bebusking, dan dan tu juga mamat tu nak bayor tapi meor kata bior le keme keme ni mengamen dulu dah siap mengamen boleh la bayorr.


mamat tu biol skejap..terus tanya nama aku, aku kata nak buat apa tanya nama, aku angkat tangan je dia terus buat gaya nak tepis padahal aku nak tanggal cermin mata je. dah biol kena luku dengan nan jadi senget otak dia. terus dia tak tanya nama dah hehe bongok.....


bebusking lah keh nan dengan meor, ada la sorang admire yang suka tengok keh mengamen di CM join skali.
ali..suara dia dah macam ramli sirap rose tapi lagi bangus dari ramli atau hatan atau stewart welding rod hehe..kira dia paling banyok menyanyi hehe, keh dengan meor pun dapat la relaks cuma kena jadi sesionist la dan sorang lagi kawan ali yang jadi gitaris malu malu dan lambat panas tu hahaha.


hujan lebat tiba tiba..... tiga tiga stage tak keluar suara, band band tak boleh form takut kena karen atau kena petir semua anak anak bersorak mencari tempat untuk berteduh. muda mudi bertumpu pada bost pengamen, maka terjadilah pertandingan bost sapa yang paling meriah. ahh mesti la bost kitorang yang paling meriah sebab ada musik dan boleh nyanyi dalam hujan lebat, diorang ramai ramai nyanyi sama sama hehe ada untung juga hujan dan gitar kapok kan.




lepas tu kan aku nampak hanh...farhana.......................dia bagi tanda peace. aku senyum je. ada mamat gemok jalan sebelah dia. aku rasa nak lipat lipat je mamat tu hehe






rOck tHe World acara tahunan yang tahun depan aku harap lagi best la perjalan acaranya...


Selasa, 15 Desember 2009

anak haruan makan haruan

Bulan sebelas bulan duabelas banyak banyak

bulan satu bulan dua bulan tiga sedikit sedikit

bulan empat bulan lima bulan enam dan bulan tujuh jarang jarang

bulan lapan sembilan dan sepuloh kadang kadang



akhirnya bangsa melayu hilang didunia kerana nak nikah susahhhhhhhh banyak wang mesti dilaburkan kena tunggu bulan bulan tertentu sahaja jabatan agama korup kadi kadi koruppp imam imam korupp ibu bapa koruppp mereka tidak berkhidmat untuk tuhan dan masyarakat mereka semua mengutamakan berapa banyak duit yang mereka akan perolehi berapa besar nanti majlis perkahwinan anak mereka sehingga tiada yang boleh menandinggi tingginya wang hantaran berapa banyaknya dulang dulang hadiah bermegah berhias dengan persalinan tradisi setiap ugama dan bangsa tapi masih tetap bersikap prejudis.



islam?



raja raja mengutip cukai cukai haram untuk berenjoyy dengan perempuan perempuan pelacur tidak langsung berfikir bagaimana untuk menjadikan bangsa melayu 70 juta orang sedangkan bangsa asing sibuk memperbanyakkan lagi kelahiran sehinggakan anak anak yang lahir tanpa ikatan pernikahan direkrut sebagai pejuang bangsa.



mufti berteriak diatas mimbar dengan menyatakan fatwa fatwa songsang yang melanggar hak kebutuhan.



para menterinya didapati subahat membunuh dengan niat, berjalang kesana kemari menaiki kapal terbang dan kapal layar memiliki rumah penginapan mewah dan mendapat segala kemudahan yang rakyat lapar hanya diliur liurkan.



islam?



dan akhirnya lebih selesa bangsa melayu tidak perlu nikah kawin, jumpa maen tak pun nikah kat siam. bangsa cina semakin riang membawa pelacur pelacur kemalaysia.



kepada lelaki lelaki melayu yang tak punya bini atau ketagih burit atau bini dirumah dah monopose atau bini tak bagi berpoligami pergilah korang maen pelacur jangan rogol sana rogol sini jangan rogol anak sendiri jangan jadi jalang!!

Jumat, 11 Desember 2009

dari pasar seni kewangsamaju


"nik. aku pegi beli sayur jap nanti boleh masak tuk tengah hari''






aku pandang pintu bilik terbuka, roh balik semula.







''syakila..bunga cehhh. aku senyum


Pagi seperti biasa abg mie akan turun kedai beli surat khabar dan sedikit buah tangan. Mie, ya mie kancer brader yang kool. Aku kerap bangun lewat hahaha biasa.



Kebebasan.... ya, kita mesti percaya bahawa kita tahu apa yang sedang kita lakukan. Kita memang tak boleh dihalang atau dalam ertikata dilarang melarang.



Apa yang aku perbuat tidak boleh dimengertikan oleh orang yang tidak mengenali, dan jangan harap' kau tak kan pernah mengenali ku.



Bagi musim yang akan berganti sekali lagi dan yang telah pergi, aku panjangkan syukur.



Tak masuk akal wangian bunga tanjung? sekarang orang nak pakai Dior la tak pun dunn...errr nanti kejap, apakah aku salah eja?

Senin, 07 Desember 2009

ini sebahagian lagi kisah

GRO siam ada mykad ooo........ aku dapat berita ni dari sorang member masa minum kat annex semalam. Member aku ni bagitau lagi minah siam ni telah menggunakan kewarga negaraan indonesia ketika memohon mendapat mykad. Suaminya seorang angota rela telah bersama pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk orang dalam pendaftaran negara telah meluluskan permohonan itu. Siapa orang jabatan pendaftaran negara tu aku tak berani nak cakap sebab ramai kan cuma diminta pihak yang terbabit mengambil tindakan.


Dengan menggunakan nama Aminah bt kadir yang sekarang ini menetap disimpang Mimaland gombak dan mempunyai sebuah kedai menjual nasi lemak warung kopi ini sebenarnya adalah seorang warganegara siam yang ditahan dalam operasi pelacuran disekitar ibu kota beberapa tahun lalu dan telah dikahwini oleh seorang angota rela yang sama-sama menjalankan operasi tersebut.









sembang kedai kopi melaporkan...

Sabtu, 05 Desember 2009

gerangan apakah kamu mencari ku?

ahhhhhhh bukan apa sebenarnya, semalam adalah suatu yang sudah tertinggal. Aku sudah pergi teramat jauh. Ditengah padang yang lapang, aku melihat begitu suasana amat menyenangkan sekali. Sempurna,


Perempuan berkaki panjang dan tidak langsung memakai perfume dan bersolek baring dikatil. Dengan rupa mengiring kekanan. Rokok ditangan kiriku tidak langsung aku hiraukan sehingga abunya memanjang akibat terbakar. Aku memandang terus lama sangat, otak ku ligat berputar. Aku menyandar ke satu sudut lain dalam hidup ku. Benang-benang yang tersimpul adakalanya perlu juga dibiarkan terus tersimpul, biar begitu jangan cuba-cuba huraikan sebab hidup normal memang langsung tidak indah, ''lihat!! kau sekarang'' ada dipadang yang luas yang amat sederhana tidak indah sangat dan tidak pula puas bila semuanya ada ditangan kita saat ini bukan!


Kenapa?



Muka semua nampak ceria bila udin tokan sampai. Pasti ada barang, barang baru sebab udin bukan tokan kecik dia boleh masak sendiri ubat. Rumah ada kereta ada awek pulak cantik bergetah, mestilah bawak barang baru, udin sapa tak kenal. Tiba-tiba lee tongkang muncul sambil berjalan lengang lenggok. Sekarang sudah ada lapan orang kesemuanya termasuk awek udin yang tak hisap rokok tu tapi hisap fit kuat.



''lee mana motor" tanya nuar gemok.


"ada dibawoh nuh, minyok abih'' lee tongkang yang memang member satu kampung dengan nuar gemok orang lepih dalam loghat pahang boleh tahan juga puntau alamnya. Ada sekali waktu kenduri kawen dia boleh tolak kat mamat kampung seberang taik lembu. Dia packing baik punya. naya budak tu dah la datang jauh. Ala kata lee kalau dah bodoh jangan nak isap boo. Takkan taik lembu pun lu tak kenal.




pelangi petang

Kamis, 03 Desember 2009

kilang arak dishah alam akan ditutup

mari berlibur bersama golongan marhaen.......macam macam ada mengopi mengeteh pesta buku bukuan cuci cuci mata perempuan kampung perempuan urban balak hensem balak macho dan pesta tarian bogel ala tiger show dari GRO negeri cina yang diseludup secara haram melalui port klang free zone dan ada juga bunga api menyambut kedatangan PM najib razak dan isterinya rosmah mansor serta TG Nik Aziz.

Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa di dataran Shah Alam jam 8.30 malam 5 dicember.

Rabu, 02 Desember 2009

Bola sepak Bowling dan GOLF

Bola sepak tergolong dalam ketegori sukan yang berprestige bagi sesetengah orang tapi bagi aku ia tak ubah seperti menendang kepala musuh masuk kedalam gawang gol, begitu juga dengan golf, bola akan dipukul dan dipukul dan dipukul sampailah bola masuk kedalam lubang yang dikorek sedalam sejengkal lebih sikit.


Kepuasannya hanya apabila kepala tadi menerjah gawang setelah dikelecek ditanduk diterajang dilontar digentel oleh sianu A dan dipasing kepada sianu B kemudian ditolak kepada sianu C sampailah kepada keseluruhan 21 pemain semua harus merasa menendang kepala tadi dan cuba sedaya upaya kekuatan kesebelasan utama pemainnya memasukkan kepala tadi kedalam gawang gol juga barulah merasa puas akan pemainan bola sepak itu tadi.


Anda boleh la bayangkan bola tadi seperti kepala sesiapa saja musuh anda.


Ok berbalik kepada golf pula, tiger wood telah membayangkan bola golf yang dipukulnya itu seperti kepala bininya yang selalu minta lebih-lebihan. Atau boleh saja dikatakan dolah badwi memukul kepala mahathir yang selalu merengek rengek meminta yang bukan-bukan dari kekuasaan pimpinan partinya yang dulu atau Anuar brahim yang memukul kepala najib nazak supaya terus masuk dalam lubang yang dalamya lebih kurang sejengkal lebih sikit dengan menggunakan kayu golf yang berharga 3 hingga 5 ribu ringgit malaysia sebatang.


Apa kata anda?


Tentang Bowling pula agak berbeza sedikit, tapi masih tetap dalam ketegori bola cuma ianya mempunyai tiga lobang untuk ibu jari, telunjuk dan jari tengah kamu atau jari-jari mana saja yang kamu rasa selesa. Berat sebiji bola juga berbeza. Ianya berperanan lagaknya seperti Che Guevara yang cuba menumbangkan kerajaan batista di Cuba mexico. 10 pin mengandaikan bahawa 10 ribu tentera fulgencio batista yang cuba ditumbangkan oleh seorang Che Guevara yang datangnya dari Argentina itu.


Jadi apa saja andaian kamu terhadap sukan ini terpulang pada pemahaman kamu sendiri. Apakah kamu mahu menjadi seperti bola yang ditendang dilontar digelecek kesana kesini dan akhirnya masuk gawang dengan cara freekick atau sepakan penalti atau menjadi bola golf yang dipukul dan dipukul dan dipukul sampai masuk kedalam lubang yang dalamnya sejengkal lebih sikit atau menjadi bola Bowling yang cuba menjatuhkan 10 orang pengawal yang menghalang laluan kamu.





Hisap rokok minum kopi dan fikirkan.




sesungguhnya aku tak mahu menjadi bola-bola itu. :D

Kamis, 26 November 2009

makan lemang dengan sambal ikan sardin



Aku tak kisah la korang nak cakap apa tapi janji aku puas sekarang aku tengah makan lemang dengan sambal ikan sardin bapokkkkkkkkk la sedap nya sulam dengan air anggurrrrrr huiiii tak nak rasa ke?





pedas dan amat terangkat sekaliii hahahaaaaaaaaa

Rabu, 25 November 2009

Mai Pen Rai (dari blog sosialis hijau)



Mai Pen Rai
Hidup Bawah Langit Tuhan
Terkadang Mesti Hujan
Mai Pen Rai
Kitapun Kata Never Mind
Win Or Lose Ditakdirkan

Bagai Semut Yang Memikul Gula
Tak Rasa Beratnya
Kita Orang Yang Biasa Susah
Dah Tak Kisah Susah

Mai Pen Rai
Atas Sana Ada Bintang
Kuasa Tak Kepalang
Mai Pen Rai
Kau Nak Jadi Hulubalang
Live And Die Bukan Rentang

Macam Lebah Yang Menggubah Sarang
Malam Bawa Siang
Kita Orang Miskin Yang Dihina
Tak Kisah Dihina

Jangan Kau Tertipu Dengan Dunia
Sampai Kau Tak Nampak Cahayanya
Cintamu Sana
Dalam Gelap Yang Paling Gelita
Barulah Kau Sedari
Mana Satu Yang Dikatakan
Sinar Kasih Sebenar

dari pasar seni kewangsamaju 3


''nik yang selalu nyanyi kat lorong pejalan kaki kat CM tu kan?''




''ehh mana tahu ni?''




''tahu la, dah dua tahun orang usha dia kat situ tiap-tiap kali kalau lalu kat situ mesti dengar suara nik''




''ye ke, tak penah nampak pun awak kat sana''




''ada la, Bunga jalan kat belakang tepi kolej FTMS tu, sedap suara''




Dia senyum, aku pun senyum. Wah ada secret admire, bertambah la sorang lagi peminat aku nih ada buat fanpage ke kat facebook? cehh benggong kenapa la aku bodoh sangat. Dulu masa sekolah pergi menyorok dalam semak, bahasa orang putih tak nak belajar, issshhhh aku bukan apa nak kasi tahu sikit bukan aku benci bahasa tu tapi aku benci bangsa penjajah ni sejak aku sekolah rendah lagi jadi aku ni ada kuat patriotik la namanya dengan bahasa-bahasa dia sekali aku menyampah tak nak belajar tapi kalau takat nak bercakap sikit-sikit tu boleh hahahaaa. Nak bagitau sikit kat korang walaupun aku sekolah asyik menyorok kat dalam semak tapi aku baca buku juga kat dalam semak tu sambil makan tebu wak halim ayah si hawa, dan aku pun selalu la skodeng hawa ni mandi waktu tengah hari bila dia siap-siap nak pergi sekolah. Huiiii aku suka bila time dia telanjang, begetahhhh'........ result SPM aku tak de la teruk sangat dapat la 2 cuma aku dah malas nak sambung sekolah mak abah pun tak de duit masa tu.




''tak elok la nyanyi hisap rokok tu, nanti nafas tak panjang''




''o.......ye ke'' aku buat muka macam terkejut baru tahu, tapi aku memang dah tahu lama dah. Nak buat macam mana lagi dah itu kebahagian yang aku rasa aku ada, kalau tak hisap rokok rasa tak lengkap la hidup aku. Maka hari itu aku berteman iblis yang baik hati. Aku sedut cepat-cepat sampai setengah batang aku jatuhkan dan aku pijak dengan kasut docmat.




''ha kan dah buang rata-rata''




Alamak kena lagi, nak jaga hati sicantik punya pasal aku kutip balik puntung rokok tu aku masukan dalam tong sampah. Settle. Dia senyum..........lawa siottt




Tren sampai. Semua orang dah berdiri dibelakang garisan kuning.




''hermmm jom lrt dah sampai'' aku capai gitar perut dah terasa lapar. Mungkin sebab hari hujan dan sejuk membuat kan tali perut ku cepat mengecut. Aku dan syakila naik lrt dari pasar seni menuju ke wangsamaju. Penumpang tak berapa ramai jadi dapatlah kami duduk di sit yang kosong berdua. Dia nampak comel dengan jacket askar. Orang cantik, pakai apa pun cantik hahaha. Aku keluarkan buku nota dan pen lalu mencatat perilaku harian dan detik-detik yang telah pergi meninggalkan dan jadi kenangan. Semuanya tak akan kembali lagi, dimana masa sedang busking ada orang menari-nari mengikut rentak lagu ada yang bersujut depan aku dengan gaya ala-ala menyembah tuhan ada juga yang bersilat tumbuk-tumbuk angin ada yang kena kejor dek DBKL meniaga tak de permit dan banyak juga pelancung luar negara dan orang tempatan yang ambik gambar mungkin buat video bawak balik kenegara masing-masing. Aku tahu ini kerja yang sangat jujur dan baik untuk melatih diri menjadi sangat sederhana, walaupun aku sering diundang membuat persembahan menyanyi dimajlis-majlis rasmi juga tapi ianya langsung tidak membuatkan aku lupa mensyukuri nikmat dan bakat yang sudah tertanam dalam diri.




"nik tulis apa tu?''




''tak de apa, cuma buat catatan tuk diri sendiri je, kalau nik ajak minum kat zatimanis nanti nak tak?''




''oooo tulis pasal bunga ye'' senyum. hermmmm tak pe ke? bunga tak kisah, boleh aje tapi jangan lama-lama sangat nanti mak risau pulak balik lambat.''




''ok, nasi lemak kat situ best nasi lemak ayam tiga rasa, dan boleh tengok movie juga sambil makan nanti, lagipun dah lama tak makan kat situ.''




Stesen seterusnya kampung baru, next station kampung baru..la punya la slow tren ni baru sampai kampung baru, aku rasa nak terkencing mungkin sebab sejuk. Aku tahan, masih boleh tahan lagi ni cissss lambat betul tren ni terhegeh-hegeh menyampah betul. Dushh pintu terbuka ada tiga orang yang keluar, ada titis air jatuh dilengan ku, aku pandang atas. Bocor ke hapa tren ni dalam hati aku berkata. Syakila keluarkan tisu dan mengelap titis air yang jatuh dilenganku, aku senyum dia pun senyum juga.




"Terima kasih.''



.
Bau bunga tanjung semerbak kat dalam tren, dari pasar seni kewangsamaju. Lepas dari satu stesen ke satu stesen yang lain, penumpang dah tak berapa ramai. Mamat yang kat depan tadi pun dah turun di ampang point. Ada lebih kurang 4 atau 5 stesen lagi nak sampai wangsamaju. Dalam tren ada budak-budak hiphop 2 cina sorang melayu sorang niger dan 2 orang india, naik dari KLCC memerhatikan kami berdua. Aku toleh kekiri ada 3 lagi penumpang dan belah kanan pulak 5 orang penumpang lelaki 3 perempuan 2, aku kira ada dalam 16 orang campur aku dan syakila yang baru aku kenal tu. Aku masih memegang pen dan buku nota, syakila mengeluarkan buku sajak-sajak suci abdullahjones, membuka lembaran yang tertanda dengan duit seringgit lama.






diam#




Selasa, 24 November 2009

dari pasar seni kewangsamaju 2


Orang-orang politik yang menolak ching peng dari pulang ketanah tumpah darahnya, bukan rakyat bukan anak muda seperti aku bukan pakcik hasan yang jual jagung tu bukan makcik melah yang kutip tin dan bukan juga simaniam yang kerja estet dipagoh sana. Akibat dari perbezaan pendapat yang besar dan rakus muhyidin dan rais yatim lebih rela mengangkat penjajah british sebagai hero mereka....rakyat tidak!!




Tiba-tiba suasana sunyi sepi, terasa lama benar tren dari utara sampai, jam sudah menunjukkan pukul 11.00mlm. Aku masih berdiri dijeriji berwarna biru muda, lagak menyandar kebelakang dengan gitar dan syakila yang berada disebelah kiriku. Angin bertiup sedikit garang hinggakan rambut syakila tersibak kemukaku. Wangian bunga tanjung membuatkan fikiran menjadi tenang dan damai.




''sejuk.'' perkataan itu keluar dari mulut syakila, suaranya seakan merayu dikasihani... Aku terasa ada bias hujan yang dibawa angin menyapa ke kemukaku sebentar tadi.




''ohhh, nah pakailah baju ni.'' aku membuka jekat askar yang kupakai dan menghulurkan padanya.




''ehh...tak pe la, buat susah je nanti awak pulak yang kesejukan''




Walaupun dia menolak malu tapi aku sebagai lelaki tough tetap akan melindungi dan memberikan servis yang terbaik buat orang-orang yang memerlukan perlindungan dariku, Aku membalutkan tubuh bersaiz M yang sedang dalam kesejukan itu dengan jaket. Dia tidak menolak dan peristiwa itu membuatkan kami bertentangan mata, dan jarum waktu seakan terhenti seketika, dalam beberapa saat saja aku dapat melihat kesunyian yang amat dalam pada wajah seorang gadis cantik seperti dia. Entah..... dia benar-benar jauh




''haha maaflah jacket tu dah lama tak basuh.'' ada rasa malu juga sebab..iye la dengan keadaan gadis yang secantik dia terpaksa menghidu bau masam peluh lelaki yang melekat pekat dan rabak seperti aku.




''tak pe, emmm dah berapa lama simpan rambut tu?'' dia memulakan bicara.




''dah lebih empat tahun, tapi dok macam ni je, tak nak panjang-panjang mungkin jarang diberi kasihsayang kot hahahaaaa.'' aku bagi jawapan yang simple. Memang aku jarang sesangat sikat rambut. Bermula dari episod percutian dan Gig dipulau redang dalam tahun 2005 bersama Meor. Pertama kali tu juga aku jumpa dengan Dome aie tokeikedai, seorang photographer yang sekarang amat berjaya dan terkenal.




''Bunga suka'' ucapnya. Ehh biar betul ni tadi syakila ni 'Bunga' pulak mana satu nama dia ni? ada dua nama ke? tapi ok la kalau dia suka, aku lagi la beratus kali suka sesangat la. Aku senyum, nak jugak aku pasang rokok surya 16 batang yang aku beli dikedai mamak tepi corner sebelah bus stand tadi, tapi takut pulak nanti akan merosakkan bau wangi bunga tanjung yang membuat damai dan tenang yang kami alami ini.




Suasana yang sunyi sepi tadi riuh semula dengan suara-suara dan tapak kasut orang yang sama-sama ingin menaiki tren dari pasar seni menuju ke destinasi masing-masing. Ada juga mata-mata liar sipenumpang yang memerhatikan aku. Nampak macam pelik dan dengan muka separuh penat berkerja atau mungkin belajar atau mungkin baru lepas memadu asmara dengan pasangan dihotel-hotel murah kawasan petaling street dan pudu.




Aku, ''errr Bunga? kenapa, ada dua nama ke? ehh wangsamaju tinggal seksyen berapa ye? tinggal dengan sapa?




"seksyen 2 belakang sekolah, rumah kampung je, nama saya syakila tapi mak memang panggil Bunga sejak dari kecik lagi, Bunga anak tunggal tak de adik beradik lain, sekarang ni tinggal dengan mak berdua aje, ayah dan meninggal. lupa la nak tanya, nama awak sapa?




''ohh maaf pasal ayah awak tu''




''tak pe lagipun dia pergi waktu Bunga umur 2 tahun setengah dulu.'' Dia senyum tapi masih nampak kehilangan.




''laaa........ kita sama la duduk seksyen 2, tapi ada rumah kampung ke kat situ, tikus besar-besar kan kat sana hahaha errr nama saya nik'' Aku menghulurkan tangan dan bersalaman dengan sicantik itu, tangannya sejuk benar. Mungkin suhu pada malam tu dinggin membuatkannya jadi begitu.





"muka nik manis''









''hahhhh??''













to be continue.......:D

Minggu, 22 November 2009

dari pasar seni ke wangsamaju

Dunia dah terbalik sekarang, siang jadi malam aku malam pulak jadi siang bagi aku bagi korang aku tak tahu hahaha terpulang pada korang sendiri nak tafsir camana,,, kekadang ada juga aku tak tidor sampai nak masuk dua hari still cool dan minum air masak ulam rokok buat aku tak mengantuk.



Ada rupa nak jadi macam vampire? tapi kalau jadi werewolf pun dah ok boleh panjat dinding cara terbalik haha.



Kerja aku menyanyi dan boleh dikatakan tiap-tiap hari balik lewat, tapi tidak la sampai tak balik rumah walau ada kekadang tak balik rumah tapi itu cuma sekali sekala saja itupun kalau ada show keluar negeri. Andai ditakdirkan aku ada family suatu hari nanti tak de la isteri aku sejuk tidur sesorang kat bilik,lakinya main musik sampai tak balik rumah. Macam biasa la balik dari mengamen kekadang lambat kekadang cepat tapi hari ni lain ada makwe menggoda masa menunggu lrt kewangsamaju, jam pukul 10.47 malam, masih awal hujan renyai-renyai. Aku memula senyum aje..



Sedar-sedar dia betul-betul berada dikiri selangkah je dari aku. Aku buat macam biasa tapi dalam hati macam nak meletop, macam ada bom jangka tunggu masa je lagi nak gedebooommmm. Mana boleh tahan bau wangi bunga tanjung menyebar kehidung bila ditiup angin betul-betul menangkap berahi.



Bila diingat balik jaman sekarang ada lagi ke gadis-gadis yang nak memakai perfume bunga tanjung, tapi dia lain sikit, dari cara berpakaian dia tak macam perempuan yang biasa aku jumpa yang keluar uniBersiti lepas tu kerja comfirm nak bergaji besar dan stress nak belaki nak berkereta besar rumah besar batang besar rumah nak ada spa ada kolam renang ada saloon bawah tanah dan macam-macam lagi.



Tapi dia tidak.



Aku pun agak-agak dia ni lahir bukan jaman uniBersiti la. Mana dia tau aku balik jam-jam ni, mungkin dia selalu ushar aku, tapi ini first time aku nampak dia.



Sila berdiri dibelakang garisan kuning!! itu bukan aku cakap tapi mesin operater yang cakap. Aku perhati kiri kanan depan belakang kira-kira ada tujuh orang menunggu lrt dari stesen pasar seni masa tu. Semua buat hal masing-masing. Sejuk nak terkencing pun ada tapi ahhh tahan je la bukan lama sangat dari pasar seni ke wangsamaju.



Dia senyum kat aku, lawa leher jinjang manis pakai selendang body cantik, breast boleh tahan menonjol perut tak buncit dan punggung nampak menaik dan berisi, bukan yang macam puding tak jadi, dia memang complete package macam yang selalu aku imaginekan dapat awek yang macam tu seperti selalu.



Telefon berbunyi, no tak dikenali masuk, aku tak nak angkat sebab nanti boleh potong aku punya feel dekat awek tu.



Aku senyum dan terus memulakan comunikasi lewat menunggu lrt tiba



"baru balik kerje ke, tinggal kat mana?''



Dia ''aa ah, tinggal kat wangsamaju.'' senyum.



''o....selalu ujan kan, cuaca sekarang tak menentu, dengar nya dekat belah pantai timur dah mula banjir, balik sorang je ke?"



Dia ''iye lah kat belah utara pun dah banjir jugak, baru-baru ni bukit antarabangsa ada tanah runtuh lagi. aa ah sorang je.''



ahh dia pun nak kewangsamaju isshhh best la pulak, ramah tak sombong tak macam gadis-gadis urban yang selalu aku tegor tanpa kenal asal usul darah keturunan, selalunya diorang ni mesti buat muka, iye la kalau dengan keadaan fizikal yang serabai berambut panjang bejanggut bemisai gini cuma makcik melah yang selalu kutip tin tu aje yang berani nak menyembang. Mana la makcik tu tido ujan-ujan gini.



mayat teoh beng hock digali semula, untuk ujian posmortem kali kedua. Aku terbaca tajuk akhbar yang dipegang lelaki cina separuh abad.



''errr nama sapa''



''syakila''









bersambung.

Jumat, 20 November 2009

Aku musik dan khayalan12

Aku rasa ada payah juga kalau kita mencari benda yang tak nampak tapi ada, silap-silap boleh putus urat otak jadi gila hahahaaaaaaaaa. Aku bukan tak biasa tengok orang yang sampai isim sebab telah fana dalam dirinya sendri. Dan dah banyak juga kisah-kisah yang telah dikhabarkan oleh orang-orang lama.



Masa aku baru berusia delapan tahun, aku selalu mendengar abah aku mengajar dan bersembang dengan 2-3 orang kenalannya tentang benda yang tak nampak tapi ada. Bukan sekali tapi banyak kali sampai aku tertidur atas riba abah pun ada sebab kekadang sampai pukul 3-4 pagi mana ada aku tahan nya dah mata ni mengantuk sesangat la, diorang tak pe la ada kopi lepas tuang tuang duk cicah biskut kering jadi penyedap. Aku pun jadi sedap la dengar tapi tak masuk apa pun, iye la masa tu kecik sangat lagi sunat pun belum hahaha. Zaman tak de letrik kat kampung cuma pakai pelita minyak tanah.



Bila aku dah besar panjang ni batang pun dah panjang dah sunat aku cari sendiri la, kitab-kitab dulu semua tulis dalam jawi mana aku reti baca nya hahahhaaaaaaaa takat merangkak rangkak baik tak payah cari je kitab dalam bahasa melayu rumi lagi senang faham.



Aku ada juga la bukak-bukak kitab-kitab abah aku dulu, cuma ye la abah aku ni kalau dengan anak dia sendiri dia tak pulak cerita bab-bab yang dalam-dalam ni cuma luaran nya saja la dia bagitau nak tak nak aku terpaksa la cari sendiri merantau sana sini sampai pergi jumpa ayah pin pun ada hahaha tapi ayah pin tu dah level atas langit sangat tak sesuai la dengan aku kan.



Aku memetik dari kitab Rasul yang disalin semula oleh Ibrahim Bin Shaari Taman seri pengkalan alor Gajah Melaka yang berbunyi:



Hu Wallah Hu Wallah
Zat Allah segala tempat
Ahdiah zahir Tuhan
Hu bernama Kunhi Zat
Makna Hu mengaku diri
Tuhan sendiri Rabbun Hadrat
Hu Wallah Hu Wallah
Zat Allah segala tempat
Wahdah zahit tuhan
Allah bernama Kunhi Zat
Wahdiah zahir Tuhan
Rahman bernama Kunhi Zat
Makna Rahman Tuhan murah
Dengan mudah sampai di Zat
Hu Wallah Hu Wallah
Zat Allah segala tempat
Didalam arwah zahir Tuhan
Munauwir bernama Kunhi Zat
Makna Munauwir menerangkan alam
Zatul ikram segala tempat
Hu Allah Hu Allah
Zat Allah segala tempat
Alam misal Zahit Tuhan
Munauwir bernama Kunhi Zat
Makna Munauwir merupakan
Diri sendiri langki tempat
Hu Allah Hu Allah
Zat Allah segala tempat
Alam Ijsam zahir Tuhan
Zahir bernama Kunhi Zat
Makna zahir sudah nyata
Zatul Qudus segala tempat
Hu Allah Hu Allah
Zat Allah segala tempat
Di Alam Insan zahir Tuhan
Jamik bernama Kunhi Zat
Makna Jamik Tuhan Berhimpun
Sudah terhimpun didalam Zat





p/s::posting ini bukan untuk memegah diri cuma untuk dikongsi bersama.

lailahaillaanta subhanakainikuntumminazzolimin

salam.

Kamis, 19 November 2009

bukan ruang ini yang aku mahu, cuma..................

Siapa yang dapat menghalang kita dari terus melepaskan apa yang kita rasa diruang yang tak terbatas ini. Aku dengar lagu baca puisi dan sajak meninjau ninjau ke blog kawan dan juga blog bukan kawan-kawan pun, nampak semua sama, melepaskan segala bentuk rasa yang masih berperasaan meskipun ada yang terover lucah dan ganas mengutuk sesama, dan ada juga yang menceritakan soal cinta, agama, kehidupan, keresahan hati, politik sampailah kepada hakikat dan makrifat yang tidak kita nampak tapi kita rasa.



Cuma rasa................




Bayang-bayang masih boleh disentuh kah?




aku tak pasti apakah bayang-bayang juga bisa disentuh nanti bila yang disentuh bukan bayang-bayang tapi dinding atau lantai.




Menurut sebuah kitab ada menyebut ''ADDINUL HAK WAHUA GHABIR''

maksunya: Ugama yang hak itu dagang



Mengikut hukum dan method makrifat, Ahli Laduni tidak ada makrifat kerana ia berkitab dengan tuhan. Ahli laduni itu adalah ahli Akaid yang sejati.



Dalam banyak hal aku mengkaji dari semua sudut, pendengaran penglihatan pergaulan cara berjalan cara bercakap raut wajah jalan benar dan jalan salah semua bersangkutan sampai semuanya "musnah" dan hanya tinggal DIA.

Rabu, 18 November 2009

13 tahun tidak bermain lucky ball

Sudah apa gua bikin ini hari tetiba main lucky ball dengan kengkawan studio bandar husien onn nizam, add dan ari, tapi ok juga gua sudah dapat game dua kali dalam masa dua jam walau pun sudah 13 tahun tidak menjolok bola setan tu, hanya balik modal tak menang dan tak kalah duit bayar table 45 ringgit jugak.


Satu lagi kereta gua yang gua sayang tu merajuk pulak sejak gua marah dia sebab semput-semput masa nak start enjine, nasib baik ada taiko sana yang tolong gua ejas timing sikit dan buat tukar plug, sekarang dah boleh jalan tapi nak kena masuk workshop juga tu. mau rabak gua bulan ni. Dah nak buat macam mana kita duk kuda dia hari-hari sekali sekala nak juga dia merasa tukar barang baru ye la kan kalau tak mana nak fairnya.


Apa lagi yang boleh kita buat dalam kita melayari malam dan siang yang makin membuat kepala hotak kita gian rokok surya dan kalau tak dapat, rokok winston pun jadi la buat teman.
Tetiba pulak perut kita berbunyi kriot kriot mintak ditambah kuih raya. Bukan hapa itu lumrah nak bahagiakan rasa yang masih berperasaan dan berkeinginan tak dapat tidak kita kena akur juga dengan peredaran waktu malam dan siang.



Mie rock (FTG) pulak suka sangat turun langkawi sekarang ni, lepas gua membusking difrancise fair diputrajaya semalam dia terus naik bus pergi jumpa dengan kawan-kawan yang ada kat sana pulak. Dapat cuci mata tengok mat saleh bertelanjang barang murah makan murah. Tapi yang gua raspek dekat mie ni bukan sebab apa, dia dah berhenti hisap rokok, bila gua tanya kenapa? katanya dia dah boring hisap rokok.



hai bila la gua boleh berenti merokok ni, rasa palat jugak bila harga rokok naik dengan sesuka hati keraa..jaan saja.


Tension

Rabu, 11 November 2009

pelangi petang 3

zulkifli cabar sivarasa, sivarasa belum jawab itu cabaran. Meli londeh sedikit marah bila najib razak jual saham beras pada cina,''kan cino tu negaro komunih buak gapo, kato tok leh bebaik dengang komunih, ching peng tok leh nok kelek ko malaysia gilooo.'' Pyan rogol masih tidur. Jam dah menunjukkan pukul 9.55pg. Oleh kerana terlalu stim lepas kena sebalut dam kedua sahabat itu tertidur diruang tamu rumah. Meli merunggut sesorang sambil menuju kebilik air, ''cehh mu ni pyan kata nok g cari ajip.''



Suasana didalam kebun kelapa sawit.



Ajib yang dari tadi memang susah nak difahami tiba-tiba bersuara ''mal cuba ko kol tokan, biar betul dah lama ni kita tunggu dari semalam tak sampai sampai lagi nih.'' Rokok surya 16 tinggal 3 batang lagi.
Kamal diam, sebab masing-masing dah sangap. Badut pun ada sekali, cuba mencelah ''kita kena dulu la, kaweh ada sikit ni, cukup la untuk tahan gian. Ajib peon bangun ''mana?'' jom mal sangap ni''. Badut mengorek ngorek celah Zip seluar jeans cordroy yang dibeli masa turun ke chow kit minggu lepas. Badut keluarkan straw sepanjang lighter cricket yang berisi serbuk warna kuning pekat. padat. "huii mana lu dapat ubat kuning ni dut?" tanya ajib. Badut diam. Kamal yang tadi diam terus mendekat, mukanya tiba tiba berubah, kalau tadi macam kucing mati anak tapi sekarang sudah macam kak mah yang baru lepas main dengan pak cu dalam kebun getah dua hari lepas. Masa tu pak cu dengan kak mah tak sedar yang pokcek tengah skodeng diorang main. Apa lagi heboh la satu pot kisah pak cu dengan kak mah projek dalam kebun getah. Ubat kuning johor memang stim.



kamal duduk mendekat.



''ceper'' kata badut, ajib mengeluarkan tutup botol aluminium yang berikat dawai, ''mal aok ada sirim'' tak de kan'' kalau nak chess tak cukup ni'' keh ada dua sirim, aok masak air panas dalam ceper keh te, lepas te aok cuci sirim kaweh skali dua-dua cuci dengan jarum skali, getah hitam tu lapik plastik sikit. Kamal tak membantah dia tahu barang tak berapa ada jadi kalau chess kena pakai banyak, lebih baik guna sirim baru melanton otak. Badut tuang separuh ubat kedalam ceper ajib sebahagian lagi disimpan untuk ketika terdesak nanti, ajib masukkan air dua sirim kemudian ajib bakar ceper sampai air menggelegak dan ubat turut sebati dengan air, ajib masukkan pula sedikit keratan puntung rokok untuk dijadikan filter, setelah selesai badut membahagi bahagikan cecair yang kekuningan dalam tiga batang sirim sama rata. Mereka bertiga duduk dalam bulatan, kawan yang sehati sejiwa susah dan senang bersama duduk memacak sambil tunggu udin tokan sampai. Stim, baru sepam kamal main darah, tiba-tiba kamal muntah, bersembur macam hos air yang datang terpancut bersama angin ketika musim kemarau. ''tu la aok gelojoh, slow-slow la'' kata badut. Ajib bakar rokok surya, ''amik soon'' kata ajib sambil menghulurkan rokok surya pada badut, badut hisap dua tiga pam bagi kamal pulak. Jarum masih terpacak dilengan, kamal menyedut rokok surya dalam-dalam. Setelah semua selesai mereka mencuci sirim dan jarum sampai bersih.



''kumeniti awan yang kelabu
kutempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapanku''



Stim'' kata kamal, badut menyandar pada pokok kelapa sawit. Ajib mengaru-garu tengah belakang dengan batang senduduk.



Udin tokan yang selalu suply barang belum lagi nampak batang hidung, hari dah meninggi. Suasana dalam kebun kelapa sawit milik husin lembu nampak tenang, lepas hujan pagi tadi rumput nampak basah lagi batang kelapa sawit pun masih hitam basah dek air hujan. Ajip peon kamal dan badut lentok kena ubat kuning johor. Dari semalam ajip belum balik, melekat kat dalam kebun sawit, tidor dalam khemah yang dibina dari guni baja dan pelepah kelapa sawit tunggu udin tokan. Belum habis rokok surya sebatang ajib peon dengar bunyi moto, ''Sampeiiiiiiiiii'' jerit ajib. Udin sampai dengan moto phanter jerung, dan dua biji moto Rxz-catalyz, nuar gemuk dan embong. Udin bawak awek dia rina. Nama sebenarnya sharifah shaharina lawa bebeh.



"weh mu ni semalam kata nok gi cari ajik, hooo beraq, pah guano ni nok gi ko tok se?''
Meli londeh mengata pyan rogol yang tengah mengeliat gaya ular daun.
''erhhh dia tak de kol lu ke?'' errr nanti jap gua on jap'' pyan memang sentiasa ada stock. Meli londeh mengalah, ''hoo nih sepuluh ghiaa, mu potong ko kawe sikik''
''boleh, apa de hal, lu tolong baloot rokok daun tu buat layan'' kata pyan.







''Kupercaya pasti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung bersamanya''

ahhhh

Apa?








kau la orang gileeeeeeeee








tengok lagiii









ok dah abisssssssss terima kasih kerana sudi membaca.

Jumat, 06 November 2009

ADA BERANI!!!!

Belit kaki pembelit politik macam taik, dalam sejarah belum ada orang malaysia yang boleh hidup dalam air tahu-tahu mengandung anak luar nikah mana yang ada duit maen pakai kondom yang bodo-bodo pancut dalam sakit badan yang tanggung nak menyayi tak boleh tahu-tahu menipu, menipu menipu menipu demi nak dapat duit banyak kena belit orang miskin kena tipu bagi subsidi beras murah nak buat hapa kalau bagi kedai runcit bagus jugak, pusing sana pusing sini dia jugak yang membukit duit betimbum.



Duit aku mana yang kau pinjam dulu kata nak bayar? tapi itulah kalau demi seorang sahabat atau kawan kita tak berkira sangat pasal duit muet ni buat tak faham je janji kawan hidup makan ada pakai ada tak banyak tapi cukup. Politik kaki pembelit macam ular kepala satu lidah bercabang, kalau ada yang bisa tu kita ketuk kuat sikit kepala dia biar dia mampus cepat tapi kalu yang jenis belit nak patahkan tulang kita kena cantas terus kepala dia lagi cepat dia mampus lagi baik.



Kona sini kona sana duit bagi bawah meja, projek kelas haramjadah. Buat jambatan jambatan runtuh buat stadium runtuh masjid runtuh skolah runtuh hospital runtuh. Mati budak budak sekolah orang orang tua mati sebab dah sampai masa budak budak pun mati sebab dah takdir politik bebas orang orang belit lepas orang kaya PenA pergi melancung tiap bulan dok oversea memburit kat sana. Belit memang kaki pembelit orang cina kata sokong melayu orang india buat kuil banyak banyak kat tepi longkang pokok pokok besar tepi simpang selalu orang cina bagi makan dewa ke hantu ke mana kita tahu. Kaki pembelit tetap nak belit tak kira lawa ke comel ke langsing ke XL ke hapa ke diorang mesti nak belit. Gua tengok depan mata datuk datuk ni bila malam minggu lepak dangdut sewa pompuan satu sorang kadang kadang bukan satu tapi lima belanja mabuk table jadi macam haram. Anak anak diorang pulak kedisco belajar tak payah ijazah beli saja mabuk kena ganja kena actacy layan blue10 erimin5 syabu whisky nit atau teqila pop sedut pulak morfin campur ubat batuk lepas tu memburit duit banyak hasil bapak punya pembelit apa ada hal.



Bau macam tikus busuk la kaki pembelit ni orang politik bau busuk bila gua lalu dekat diorang ugama diorang politikkan sekolah diorang politikkan bahasa diorang politikkan bangsa diorang politikkan kaum nak membelit kaum kapitalis tau tau menipu, bikin kedai besar besar hasil rompakan sapa boleh larang sapa boleh tegur nak mampus nanti tak pasal pasal masuk dalam dalam mana? lubang jubor kena taruk batang penyapu.


Menyirap bukan macam air sirap kalau tak manis tambah gula nak lagi sedap campur susu dgn selasih tapi ini menyirap menyirap ni menyirap la apa korang tak tahu ahhh punya pasal la. nih kalau nak tahu kir toyo ni kenapa tak tangkap chua soi sex bole jadi orang politik samy velu mahathir musa hitam najib anuar dan ramai lagi raja raja ni apa ni? kalau bukan pembelit? belum cukup lagi kekayaan tak tengok orang yang menderita lapor tak de makan tak de air tak de gula tak de beras tak de baju pakai tak de kain selimut tak de bantal tak de tilam atap bocor rumah tak de tanah tak ada korang naik kereta besar makan pakai spoon and garpu jijik tengok orang makan pakai kedua dua tangan konon, bahasa pun dah lain bahasa melayu kolot ini ada bahasa tak kolot' bahasa pundek!! mana tak pundek keling pun cakap pundek tanya samy veloo apa pundek?




Politik bermaksud penjajahan hak kemanusiaan hak untuk bebas hak untuk merdeka hak untuk melepaskan yang hak dari yang tidak berhak untuk memiliki diri yang hak.





Ada berani lepaskan kencing korang pada setan setan politik?

Jumat, 30 Oktober 2009

aku musik dan khayalan 11

Gua hisap rokok sebatang bangun dari tidor ahh malam gua tidor kt situ gua mimpi basah main dengan pompuan mana tah rambut ala-ala rebonding tak siap, zam langit tak tau pg mana, gua bukak pintu matahari dah sikit naik cuaca cerah tak ada petanda hari nak hujan semua bahagia, gua tinjau-tinjau dari atas rumah papan mencari penyedap mata, ada dua tiga orang awek belasan tahun senyum-senyum kat gua lalu depan rumah papan, gua tegur nak pg mana diorang cakap nak kekedai dalam loghrat terenganu. gua habis rokok sebatang gua pergi mandi hadas mandi wajib, gua yakin.


Matahari dah tinggi, hari ni hari sabtu orang akan kumpul kul 3 kata zam langit, gua lagi sekali jadi serabut kumpul pebendanye pulak ni....perut pulak dah bunyi, jap gua nak keringkan rambut, nanti kita pegi minum kat kantin beritahu zam pada gua, ok jawab gua.
sampai kat kantin orang semua pandang gua macam rusa masuk kampung gua salam semua yang ada kat dalam kantin masa tu, dan sempat bertemu dengan lee space yang baru bangun tidor dengan tak mandinya mengadap tea sama nasi lemak.


diam#


Semua buat hal masing-masing mengadap juadah gua tibai nasi lemak dua bungkus dengan milo tarik kawwwwww, murah rasa nak tambah secawan lagi tapi segan pulak nak order. Semua barang di kantin tu murah tak macam key ell harga melambung, nak makan pun agak-agak je.
Lepas habis rokok surya sebatang zam ajak gua jumpa tok ayah, orang keramat yang kata zam tak pernah mati tu. Masuk dalam dewan perhimpunan keramat dewan tak siap, tuhan apa gini dewan murah tak ada skrin besar napa tak ada projektor, cehhh dalam hati gua gini rupanya ayah pin tua nak mampus kurus kering duduk atas kerusi tengah mengadap video dia yang kat bali tu, ayah pin baru balik dari bali mengimamkan seluruh penganut hindu dibali, gua terpegun jugak tengok begitu ramai orang menyanjungi tok ayah pin. Dalam video tu ada lee space sama acik satu kumpulan DGC sama bini dia yang macam anak mami tu lawa siol.......


Petang pukul 3 lebih semua pengikut ayah pin dah masuk dalam dewan yang tak berapa siap tadi, lebih kurang 30 kaki panjang dan 10 kaki lebar gitu lah ahhhh gua tak peduli itu anggaran gua je yang penting gua dapat tengok apa diorang buat kat sana. Orang ramai dah berkumpul, ada dalam 100 orang lebih duduk bersila campur laki pompuan tapi duk lain-lain pot la ada jarak. Sekejap tu ayah pin sampai dengan dengan pengiring-pengiring yang cantik-cantik muda berseri anak dara semua, kata ayah pin ini semua puteri dari kayangan duk kipas-kipas ayah pin sebab hormat atau memang dah setia jadi gundeknya.


Satu persatu persoalan ditujukan pada ayah pin, ada yang bilang dia dapat keris sakti yang boleh terbang, dan boleh bawak dia terbang sekali. Ada yang mengajukan masaalah rumahtangga ada yang nak tahu bini dia nanti sapa ada jugak yang tanya pasal cerita ayah pin dibali dan sambutan masyarakat bali pada ayah pin, hahhhhh gua diam tengok perati dengar apa yang ayah pin jawab pada soalan-soalan tadi. Zam langit pakai jubah warna hitam, dan jubah tu cuma pengikut setia ayah pin yang ada bintang dilangit nun saja yang bole pakai orang biasa macam gua ni jangan harap.


Zam suruh gua tanya apa yang nak tanya pada ayah pin, gua pun bertanyakan mimpi gua yang misteri tu, walaupun gua sudah dapat jawapannya dari sifu gua tapi gua saja nak tengok dan dengar jawapan ayah pin pulak. Korang tak payah tau la apa gua tanya tapi ternyata jawapannya yang mengecewakan gua. Ayah pin mengaku orang yang datang dalam mimpi gua tu adalah dia. Cehhhhhhhhh kalau macam tu apa yang bukan dia kalau dah dia ada dalam api dalam air dalam batu dalam tanah dalam asap rokok dalam mee goreng dalam nasi lemak dalam ayam dalam laut dalam angin dalam pokok kayu dalam hujan dalam awan dalam daging lembu dalam botol whisky dalam air kencing dalam taik dalam taik dalam taik dalam taik dalam taik semua dalam semua dia ada.


Mana ada cakap soal agama, soal hati soal insan soal zikir puasa tubuh zat rasa makrifat hakikat ini lebong, ini tipu ini manipulasi, ini buang masa, beribu orang kena tipu tua muda kecik besar laki-laki perempuan doktor lawyer pensyarah guru agama orang kampung orang bandar semua kena tipu. Tapi jangan harap la dia boleh tipu gua.


diam#


Senja berlabuh semua orang-orang tua muda kecik besar laki-laki perempuan semua keluar dewan menuju kekantin ada yang terus balik kerumah, gua hangguk-hanguk macam iye-iye. Mata gua masih mencari wajah-wajah gundek ayah pin yang lawa-lawa manis-manis yang gua curi-curi pandang masa dengar lebong ayah pin tadi. Manisah, memang manis muda berseri, dara gua tak tahu ada ke tak lagi. Gua makan roti sama air milooooooo kawwww secawan. Ayah pin datang semua orang bangun tanda hormat konon. Ahhh gua tak peduli gua makan tapi zam langit tarik gua berdiri, terpaksa, sial' bersurah dalam hati. Manisah tu kata zam ayah pin punya. Terus gua buat muka, sumbat roti dalam mulut, habis-habis rokok surya dua batang gua blah.


Malam mendingin gua dan zam balik kerumah papan dan berjeming macam-macam lagu sampai penat kitorang tido. Untuk hari ini gua sudah tahu siapa orang yang tak mati-mati tu dan ternyata bila ugama jadi bahan mengejar kuasa dan kewewahan manusia akan hilang pertimbangan lalu mensyirikkan ALLAH yang maha satu.






''lailahailla anta subha nakainni kuntum minaz zolimin''

Kamis, 29 Oktober 2009

fakir

Ini bukan balasan, ini ujian untuk lebih menilai
fakir misteri itu orang baik-baik
fakir yang mampu berfikir tentang hikmah
diluar mahupun didalam kita adalah hamba Nya
jalan ini mungkin yang terbaik
siapa peduli siapa hiraukan fakir,
yang merengut tulus tanpa sedar?


Begitu jelas gelapnya laluan
seperti waktu malam ditengah hutan belantara
waktu datang hujan merenyai
perit dan berat dugaan seorang fakir
hingga tidak bisa melihat matahari
hanya memiliki malam dan kesetiaan
tak bisa mendengar kicau segar rerumputan
apa sudah tidak ada yang terbaik kejadian tuhan untukmu
fana dalam dunia yang seikhlas ikhlasnya?

Fakir terbaik adalah dari benih terbaik
kau harus diuji untuk jadi yang terbaik
disisi atas dan bawahmu itu semua inspirasi
takkala kau melihat kepompong yang menzahirkan rama-rama

Malam ini aku dan widd menulis untukmu
membina gelombang kasih sayang kami
lantas kami serukan nyala kasih
dihujung penantianmu

Mimpi ngeri akan hilang
dan sekarang berbaringlah diatas rumput itu
pandang kelangit
lebih banyak kata-kata dari cakrawala
untuk kau lebih berfikir.....




widd~~namah
pagi 30 oct 2009

''apasal karipap? apasal bukan donut atau lepat''

kuihh karipap ni ada seniii ciik haan
ada inti kat dalam, inti sardin inti daging ayam
ikan kentang gula kariiiiiii magieeeeeeee
pedassssssss

tak sama macam dooonatttttttt dan lepattttttt

adik beradik dengan kuihhhhh pauuuuuuu
nasii lemak 120 2 bungkuss





:)


gua ragu-ragu, jawapan lu bebau sexsual

HUH...........

Selasa, 27 Oktober 2009

dari 130 sampai 325

Semalam aku duduk kat rumah melayan macam-macam dalam kepala hotak aku ni, ada rasa geram mendengar berita dari kampung. Bukan nya aku tak biasa dengar cerita sial camtu selama hidup aku tapi ianya dah selalu sangat malahan dikota besar atau dimana pelusuk dunia pun aku dah biasa dengar cerita begini.

Mak telefon, pukul 5 lebih, dalam kepala ingat mak nak suruh balik ke sebab dah lama tak balik, aku pun jawab-jawab manja je la sebab amik hati mak. Bagi salam pun pelahan penuh tertib, mak nampak sihat dari tutur bicaranya, Lancar tidak mengeluh padat dengan berita hangat yang baru tapi kejadian yang sudah masuk enam bulan berlaku.

Aku menung, tak sempat aku nak sampaikan salam pada abah mak dah letak telefon, nampak macam berhajat benar dengan suruhannya tu tadi. Aku mula fikir nak kena buat apa ni, bagitau kaum ke tak atau aku pergi settle sendiri?

Aku rasa aku kena selidik perkara ni bagi jelas dulu baru boleh koment. Tapi mana mamat ni aku kol dia asik engage je...ok tak pe aku bagi masa dia 1 hari lagi.


Aku dail no kawan 013 yang bole buat cerita jadi lain, sebab aku tak nak pikir sangat pasal tu, kami pun bercerita la dari satu topik ke satu topik, tapi yang masih terkesan bagi aku yang dia ni tak suka patah balik hahaaaaaaaaa, aku namakan dia 'D.'

D ni ada satu alasan dalam hidup dia, D suka jadikan alasan itu sebagai penguat fakta yang dia tidak akan berpatah balik katanya dia malu, dan D memang tak suka patah balik. jadi suatu hari D pergi pasar dengan mamanya, D yang drive mamanya duk sebelah sudah langgar sisi tembok
oleh kerana malu untuk berpatah balik, D terus menekan pedal minyak dan menggeselkan keretanya pada tembok dan menggesel menekan pedal minyak menggesel lagi menekan pedal lagi menggesel dan bercalarlah tembok dan kereta dari kepala sampai keekor sama-sama luka sama-sama sakit sama-sama padan muka dan mama D biru bibir lebam paras solat hajat serta surah yassin mintak doa pada tuhan supaya selamat lalu selamatlah mereka anak beranak pulang kerumah dengan kereta yang luka sama macam tembok, luka juga kerana telah D' gesel-geselkan dengan keretanya.





''dalam hati aku ada jugak orang perangai gini''

Senin, 19 Oktober 2009

HIDAYAH

Aku dan dia terjun kedalam laut yang amat dalam, kami berdua lebih gemar berenang dari mendayung perlahan-lahan. Dia mulanya tidak mahu menuruti aku terjun, tapi setelah kupujuk dengan kata-kata dari tuhan dia mengikuti ku terjun. Dia adalah perempuan yang tersingkir hidup ditengah kota belantara batu yang sesak dengan nafas-nafas liar. Dia yang baru seminggu kukenal itu amat senang untuk didekati, kami amat mesra berjalan menyanyi bermadah minum secawan dan lebih dari seorang sahabat.

Hidayah yang aku maksudkan bukanlah seperti perempuan yang nyata, dia lenyap dalam ertikata tiada tetapi ada. Berlegar-legar memenuhi ruang hati dan yang ku edit diakal.



Aku mahu memeluk rasa itu, mahu ada selalu disampingnya dan belum ingin pergi jauh meninggalkanya. Tapi perasaan itu berubah-ubah, kadangkala mahunya amat banyak, kadangkala seperti angin lalu datang dan pergi, yang sebenarnya aku dalam dua pilihan. Bulan ada tapi tidak kelihatan, aku teringat kata-kata meor "bulan bukan yang diluar"


Bayangkan wajah mak dan abah kat kampung, tahun ni belum mencium tangan kedua orang tua ku lagi, apakah aku anak derhaka? tidak, aku saja mahu begitu dan aku punya pilihan untuk hidup ku, dan semestinya aku yang menentukan jalan hidup ku.

Minggu, 18 Oktober 2009

aku musik dan khayalan 10

AMBO ADO DIDALEY API,AMBO ADO DALEY LAMPU, AMBO ADO DALEY LAUT DALEY POKOK-POKOK KAYU,DALEY MATAHARI DALEY TANOH, AMBO ADO DIMANO-MANO SAJO.


Zam langit, gua rasa nama ni memang sesuai dengan orang nya yang selalu berilusi boleh berbicara dengan roh beliau yang keluar dari tubuh. Dan juga yang memiliki bintang dilangit. Tapi itulah zam yang pernah melihat sendiri rohnya dan bercakap-cakap dengan roh itu sewaktu waktu dia amat kuat mengamalkan zikir ALLAH. Bagi gua itu semua tak penting yang penting kita diterima oleh sang pemilik batin sebagai manusia yang baik. Tetapi gua tidak pernah menolak kebenaran, jika sesuatu yang benar-benar dan sungguh-sungguh kita lakukan pasti kita akan temui kejayaan atas apa yang kita maksudkan untuk mendapatkannya.


Setelah beberapa jam dari kuala lumpur ke terengganu, kami sampai di stesen bus besut. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30pg lebih kurang waktu malaysia timur, gua yang tak pernah sampai ke besut agak terpinga-pinga dengan keadaan malam dan kawasan baru. Tuan teksi sapu sudah bersedia membawa kami ke destinasi yang dituju, sebut saja kemana arahnya, asal bayarannya setimpal dengan tempat yang hendak dituju. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke batu 13, tempat dimana ada orang yang hujah dari zam langit tidak pernah mati-mati tu hahaha


Jauh kedalam hutan, sejuk malam mula mengigit mesra batang tubuh gua yang dah mula lekit dek peluh waktu busking tadi petang, alam raya menyambut kedatangan kami dengan riang ada bulan 13 terang benderang dilangit, bintang tersusun, tuan teksi beredar meninggalkan kami membawa pulang habuannya buat anak isteri.


Suasana sunyi, sejuk dikelilingi hutan dan ditengah-tengahnya terdapat sebuah penempatan yang unik sekali, gua diberitahu bahawa tanah ini telah diwakafkan oleh pok jusoh yang telah mati dan dikebumikan ditanah itu. Zam langit membawa gua ke sebuah rumah yang dikatakan nya sebagai tempat persinggahan bagi pemerhati seperti gua. Ada banyak rumah-rumah papan yang didirikan juga selain dewan tempat perhimpunan. Gua nampak persekitaran disitu amat bersih walau dalam keadaan yang serba kekurangan.


Sambil gua baring-baring gua membayangkan macamana rupa orang yang tak mati-mati tu, apa dia buat? ilmu apa dia pakai? dia kebal ke? atau boleh terbang macam superman ke dia?



isshhh...


p/s ;;otak pun sudah penat, gua cari pot la mana-mana nak rebahkan badan, jam pun sudah 5;52 pg
nanti gua sambung k "pok jusoh cuma nama samaran je''

Sabtu, 17 Oktober 2009

meor lancar album baru

Sambutan pelancaran album Dari Rakyat Untuk Rakyat (DRUR) meor, amat baik, penjualan album sungguh mengalakkan, ramai kawan saudara meor yang datang.

gua rasa lagi best kalau tak nyanyi kat atas stage, nampak lebih cool. DRUR

Rabu, 14 Oktober 2009

hackers

Apa nak jadi dunia sekarang topup pun diorang bole curi, kelmarin pagi (14oct) gua topup 10 hinggit dan gua ber sms dengan kawan guna plan xpac, gua rasa ada la dalam 2 hinggit gua pakai. Tapi bila sampai malam gua mau sms lagi tetiba dah tak boleh send bila gua chek baki rupanya duit dah zero. Mak aii gua punya hangin, selalunya kalau 10 hinggit tu gua akan pakai dalam masa 6 hari kot, lebih kurang la. Ini angkara hackers la ni yang terlebih pandai, dah tuhan bagi kepandaian begitu tak nak pulak dirompaknya bank dunia tu.

semoga tuhan akan membalas kerana dicuri duit topup oleh hackers,nik akan dapat 100ribu hinggit..amin

Kamis, 08 Oktober 2009

SUARA-SUARA JALANAN


DRUR...mengambarkan bahawa keprihatinan anak muda dalam mengayuh seni untuk rakyat,suara anak jalanan yang memang sering terpingirkan oleh pihak-pihak yang menganggap seni itu untuk orang2 kelas atasan atau kelas yang bagus2 sahaja dinegara ini harus diambil pengajaran.

Dari tahun 2000 hingga 2009 meor yusof telah menerbitkan 7 album.pesta jiwa,pesta jiwa 2, bulan,itu padang aku disitu,yang terlintas difikiran,sakrat,dan yang terbaru D.R.U.R.

jika lu orang belum ada koleksi album2 meor tu baik cepat dapatkan yang ori dari meor sendiri...

HAYATI LAGU GOLONGAN MARHAEN DAN MENGEMBARALAH KEALAM JIWA

p/s; untuk keterangan lanjut hubungi meor 0125901798 atau meorpestajiwa.net dan cakaprakyat.blogspot.com

Selasa, 06 Oktober 2009

DEHWA

Langkah eyu dari tomohe
sarangnya punah nafsi-nafsi
menjaring nyanyi dengan lalang
tempat tinggalnya berkabus

dehwa..dehwa..

nang temasik bertaruh ikan siam
mengunjungi rumah pelacuran dan disco
pantat terbagi oleh mabuk whisky
lang kalah ikan mati

dehwa..waling karang samoa
tunjuki jalan anak raja
bitu dangwati lurus jejak
dehwa..dehwa..dehwa..

bitu dangwati lurus jejak
suluh kedalam dalam-dalam
hela dan paruh sebidang lemak
dua Rah laluan gergasi

dehwa..tumbuk langit terjah budi
berbagi empat
bitu..dangwati..lurus..jejak
suluh kedalam dalam-dalam
dua Rah laluan gergasi

dehwa..dehwa..dehwa..

kalang kalo sang rajuna
meniup lagu anak alam
batinnya menembus kecakrawala
bulan dan bintang juga menangis

DEHWA....

Sabtu, 03 Oktober 2009

Pelangi Petang 2

Meli londeh menarik dalam-dalam asap rokok surya yang tinggal separuh,ada berita dari bagan pinang seorang putera umno dipukul beramai-ramai,tapi bukan teruk pun atau ianya sengaja dibuat-buat agar undi akan memihak kepada mereka.pyan masih mengadap botol ubat batuk yang bersambung kaca ubat sakit perut,sudah ada tompok-tompok hitam pada keliling kaca tersebut kerana asap dari bahan chemical yang terbakar menguwap masuk kedalam botol berisi sedikit air.

Hujan sedang berhenti merenyai dan suasana menjadi suram menjejak kesenja,lampu-lampu neon mula menyala kemerah-merahan,ada sedikit asap yang menaik apabila air hujan jatuh menitik keatas lampu yang semakin memanas.

straw-straw kosong yang panjangnya seinci dibakar satu persatu oleh pyan rogol.Meli londeh bangun menuju kedapur dan membuka peti ais untuk mencari apa-apa yang boleh dijadikan pemanis mulut.Dia mencapai sebiji epal merah dan jus mangga,menuang kedalam cawan kaca yang terputus tangkainya kemudian memasukkan kembali sebahagian jus yang tinggal tak seberapa kedalam peti ais.Lagu pelangi petang berkumandang lagi,masuk kali yang kedua tapi chanel yang berbeza.Meli merebahkan punggungnya kesofa yang sudah agak uzur,sofa pemberian makcik Ton yang duduk berhadapan dengan rumah mereka,keluarga makcik Ton berpindah kesubang,oleh kerana lori terlalu penuh dengan barang-barang rumah yang lain jadi sofa itu disedekahkan oleh makcik Ton pada Meli dan rakan-rakannya.

Dilayar tivi masuk hari yang keempat berita gempa bumi dipadang sumatera,mayat-mayat yang mati tertimbus dibawah runtuhan sebuah hotel masih tidak dapat dikeluarkan bahkan ada seramai 50 orang murid yang turut tertimbus juga.

Meli londeh teringatkan Ajip peon yang belum pulang-pulang sejak keluar selepas zohor tadi.Pyan menghampiri meli londeh sambil mengaru-garu lengan setelah selesai membuang sisa-sisa puntung rokok dan straw yang habis dibakar.

''eh kawe pelek gi ko mano ajik ni'kata meli,''tok beso dio buak lagu nih ni...'
ahh ko keno igat''?
ceh lu ni mulut celupar sungguh la''kata pyan''dia ada la tu sangkut kat mana-mana ngan member tu,kita tunggu sampai malam,kalau ajip tak balik gua pegi turut.pyan rogol cuba menenangkan meli''.
lu ada daun pucuk?tanya pyan''gua nak balut bo' sikit ni''sambil meneguk jus mangga dari cawan meli.
tuh''blake tibi tu,dale bekah biru''mu dok cukuk sting lagi ko?pey mu keno sbutey,ubak lagi batu lagi.. hooo mu nih rhogo la,mu baluk kawe nok etek''kata meli dengan nada yang amat mesra dengan kawannya yang seorang itu.
pyan rogol hanya tersengih sambil meraba-raba bekas biru belakang tivi.

Suara sudirman sayup-sayup keluar dari corong radio dari dalam bilik yang pintunya separuh terbuka mendendangkan lagu pelangi petang.Azan maghrib berkumandang melenyapkan terus suara itu lalu menerjah masuk ketelinga dua sahabat yang terhalusinasi.Meli menyambut setiap bait puisi suci yang diamatinya.Pyan khusyu memilih daun pucuk nipah kering.Ada sedikit bunyi guruh merengek manja dikejauhan gerbang langit.Ajip peon belum pulang...........

Jumat, 25 September 2009

batu

gua tak de mood nak update blog...

kepala lagi serabut....ada sapa2 yang nak bagi gua duit 100ribu?

Senin, 21 September 2009

Aku Musik dan Khayalan 9

aku berpindah semula ke p.j tempat tinggal lama ku di sek 14 selepas semua kerja-kerja wellding tidak berhasil, aku mula mengorak langkah dalam bidang musik.Daripada melihat kemudian mencuba dan akhirnya aku terjun dalam bidang busking.Hasil pertama busking, aku cuma mendapat 7 ringgit,tapi aku sangat bersyukur.Memang la.. sebab aku memang suka menyanyi dan main gitar jadi aku sangat happy la dengan apa yang aku buat..
Aku sangat puas,puas kerana apa yang aku lakukan,aku rasa pertama kali aku sangat jujur pada diriku sendiri.aku mula suka dengan apa yang aku kerjakan.

Zam Langit,cara mamat ni menyanyi sangat pelik,dia juga the first of my partner dalam busking.Dan satu lagi kelebihan zam ni dia ada bintang kat langit yang menjaga dia,katanya lah..aku tak percaya langsung.Oleh kerana aku baru kenal jadi aku ikut je la rentak dia.Orang-orang yang aku kenal rapat dalam berbusking masa tu Os republik,jimy asmara,shery boy,man,ijam dan diorang ni sangat tough berbusking,hari-hari busking kerja diorang... aku pun pelik. diorang boleh hidup,tak kaya sangat walau datang dari keluarga yang kaya,sangat humble tapi kekadang timbul sedikit ego tapi itu biasa,yang jujurnya diorang ni nak yang biasa-biasa,busking ikut suka lagu apa yang nak nyanyi,pakaian tak kisah koyak rabak,pakai selipar jamban,(tapi bukan semua busker pakai selipar jamban la waktu busking)tak pikir nak glamour namun masih mementingkan quality musik yang mereka mainkan.

Aku mula terperangkap dengan cara,gaya,falsafah hidup kawan aku,lagu2 yang aku tak pernah dengar keluar dan aku juga sedang belajar membiasakan diri dengan kebahagian baru yang aku dapat.

Berbalik kepada zam langit tadi..dia ni ada satu nama lagi Zam Spain,bicaranya sangat halus boleh dikatakan licik dan cuba menyampaikan dakyah baru dalam hidup aku.katanya ada orang yang tidak pernah mati-mati sejak dunia ini wujud. WAAAAHHHHH!!!! hebat kataku.Bagaimana? aku mahu jumpa juga dengan orang yang tidak mati-mati ini,dimana tempatnya,apa agamanya?kerana aku juga baru mendapat mimpi yang aneh.

Malam menjadi bertambah panjang,aku menghindar pujukan-pujukan iblis dengan zikir hati sampai tertidur.

Aku mana boleh main ikut-ikut je.Aku kena tahu dan lihat apa kisah disebalik cerita pelik ini.kerajaan apa yang baru ini?dari mana asal punca terjadinya begini.maka disebabkan sifat ingin tahu itu jadi aku bertolak ke terengganu bersama zam langit.

bersambung........
p/s :D

Kamis, 17 September 2009

darah kita sama...merah

Tak banyak yang hendak aku perkatakan tentang hari raya sebab hari raya ni dah tak de dalam hidup aku...so tak payah la ucap selamat hari raya pada aku k...

Kamis, 10 September 2009

21 malam

Sepertimana hidup dan kematian..kita terjebak dalam lingkaran waktu yang sedikit melemaskan. kita berhak untuk memilih jalan mana yang harus kita lalui.hidup ini hanya sementara maka kita harus tentukan jalan mana yang harus kita tempuh iblis apa yang mesti kita tentang.oleh itu pandanglah kehadapan,cuba resapi naluri batinmu.aku disini hanya melontarkan meskipun aku sendiri tersunggkur dihentam memori.kau mahu itu aku mahu ini tidak dipaksa dan memaksa.aku lebih senang melihat kau terbang bebas.bergaul dengan segala binatang buas.kita tidak punya banyak pilihan.semuanya bukan kita yang menentukan.

Dari timur sampai kebarat,dari utara hingga keselatan,manusia melaungkan kemerdekaan.tapi sebenarnya untuk apa dan untuk siapa kemerdekaan itu?sedangkan kita masih lagi dijajah oleh satu kuasa perompakan yang nyata didepan mata kita sendiri.nyatanya menang menang tidak bererti menang dan kekalahan jua yang terbukti jelas.kerana kita semua akan mati.

Mati adalah kekalahan yang mutlak kerana kita tidak dapat melawan kehendak sang dewa ghaib.untuk apa kemerdekaan ini dan untuk siapa kemerdekaan itu?engkau adalah makhluk yang tewas.begitu juga dengan aku.kita tidak dapat mengingkari kenyataan ini.maka oleh itu terbanglah sebebas-bebasnya.harus diingat cicipkanlah belas kasih sayang dan cinta yang sedikit benar dipinjamkan pada kita.berbahagi rasa hingga sampai detik kembali nanti.

Rabu, 09 September 2009

AKU MUSIK DAN KHAYALAN..


ADA BANYAK YANG MELINTAS DIFIKIRAN KU...


bermula semula selepas bebas dari pengaruh dadah aku berhijrah kembali kekuala lumpur meneruskan sebahagian lagi kehidupan ku yang belum selesai.

tahun 2000 aku berkerja disebuah bengkel kimpalan membuat peralatan khemah.ada sikit2 kemahiran yang dulu aku cuba praktikkan semula.kerja berat angkat besi susun potong dan kimpal menjadi sebuah rangka khemah yang korang dapat lihat dihari2 perayaan atau konsert2 besar atau dimajlis2 keramaian sekarang ini.tapi yang banyak dapat dilihat atau diperhatikan cuma bumbung kanvas plastik yang kelihatan.sebenarnya rangka2 besi menegak itulah yang membuatkan tertegak nyata khemah2 itu.
dari sendi-sendi ketiang-tiang dan akhirnya kerabung yang membentuk piramid adalah amat merenyahkan dan sulit untuk dibuat.ukuran kena tepat,kimpalan kena cantik dan yang penting kuat untuk menahan segala ancaman cuaca seperti angin atau hujan ribut.

dengan duit gaji hasil kerja yang sulit itu aku membeli sebuah gitar acoustik,dan buat pertama kali berkenalan dengan arwah osman ghani semasa membeli gitar.beliaulah yang memilih gitar untuk aku dan aku suka.arwah seorang yang ramah tak kedekut ilmu.walhal aku tak kenal pun siapa dia waktu itu.sekarang beliau telah pergi buat selama-lamanya.alfatihah....

malam aku praktis,buat lagu merapu,bila hari2 cuti aku keluar ke centrel market berjalan-jalan dilorong-lorong belakang mencari ilham..sendiri-sendiri masih sendiri... melihat gelagat manusia..yang menyayi dijalanan..aku tertarik..,yang berkepit berdua-duaan,hilang kawalan...

kerje semakin sulit.. dari duduk mengimpal dibengkel aku juga sudah dikerah memasang khemah2 dimajlis keramaian,menjadi pemandu lori,memasang grill tingkap dan pintu pagar, mendapatkan bekalan besi2,ahh kerja semakin renyah dan banyak,gaji masih sedikit kadang2 sangkut tak berbayar.aku ambil keputusan angkat kaki lambung.

lagu lara lagu ria..datang dari rumah kerumah
membisikan kata rindu pada kampung halaman
dan berjalan sendirian..

Minggu, 06 September 2009

ROGOL

sebenarnya ada sesuatu yang menahan aku dari pergi keruang yang tak terbatas itu kerana disini belum siap disini belum habis apa yang mahu diperlakukan..masih ingin merokok dan wanita.. bernafsu pada kecantikannya walaupun ianya hanya hembusan asap yang menaik dan menghilang. berbeza hanya pada jenama rokok itu saja.agaknya dunhill lebih bergaya dari surya,pada gaya cara menghisapnya pun sama juga.tersepit celah bibir dinyalakan dgn lighter disedut kemudian asap terbang menaik keudara.

wanita juga begitu sama macam rokok.aku tertarik pada jenama rokok yang diharamkan kerajaan yang maknanya lebih advance lebih alegant bergaya cara sedutnya,ada botol2 kaca botol2 palstik ditebuk dipasang barel,diperbuat dari buluh atau explore pakai buah kelapa muda yang ditebuk dua lubang.tembakaunya pula diracik semulajadi secukup rasa cukup harum dgn aroma yang semulajadi atau digulung dengan daun nipah kering dinikmati bergilir-gilir bersama teman-teman.

TAPI..mana mungkin begitu lagi kerana masa sudah berubah keadaan tidak sama seperti dahulu.dan aku mahu biarkan terus begini menikmati jenama rokok apa saja yang aku suka dan aku pasti menikmati rasa yang sama yang serupa hanya kadang-kadang bertukar jenama.

wanita oh wanitaku...

Senin, 31 Agustus 2009

yang mereka tahu...

makan minum menipu memburit menjahanamkan bangsa menipu lagi,membunuh menindas kaum memperkosa keadilan merompak harta pusaka bangsa melayu...memperbodohkan kawan-kawan..menipu lagi melancap akal fikiran sampai jadi biol...kitab suci tak de makna..hisap gudang garam surya lagi baik..yang nak buat kita bengong politik kosong politik jahanam sombong pada serombong kejadian melahap mentah daging-daging manusia hati-hati manusia sampai kepada tulang temulang..tak pernah bertemu tapi bicara soal cinta hidup dan kemanusiaan..lagi sial bila melancap bersama-sama dalam talipon konon nk explore tak tahu makna puasa makna hari raya tak biasa dengan zikir berserabut memikir nama tuhan ALLAH tapi itu cuma huruf dan nama... macam kucing dengan anjing berbalah soal rupa kecantikan hitam dan putih kuning dan coklat..sial dunia makin sial..harga tambang pengankutan awan naik lagi harga minyak nak naik lagi harga mas kahwin nak naik lagi harga kebiadapan naik lagi harga kemanusian makin jatuh lagi.

Jumat, 28 Agustus 2009


daripada tiada kepada ada dan daripada ada kembali tiada...............................

Selasa, 25 Agustus 2009

menarik bulan turun kehadapanku

pengajaran yang aku dapat dalam hidup ini kita kena berani..berani bukan membabi buta tapi berani dengan mengikut akal fikiran yang waras..hati menjadi punca segala-galanya sebab disitu bermula niat.buat apa pun semua kerana niat.

aku tak takut untuk mempelajari sesuatu yang baru,buruk ke baik ke kita sendiri yang tau sebab ianya bermula dengan hati.aku hampir-hampir mati kerana terlalu berani.memandu kereta dan mengambil selekoh dengan laju membuatkan kereta berpusing hilang kawalan.mencuba dan terus mencuba,bermoto sampai patah tulang gagah itu juga sesuatu yang berani bergaduh sampai nak terburai isi perut juga sesuatu yang berani bahkan jika sekarang ini aku dihadapkan dengan orang2 yang mahu merompak hak kemerdekaanku akan ku tentang kerana aku tidak pernah terikat dengan hukum manusia.

pernah suatu ketika dulu aku ditahan kerana membelasah seorang lelaki cina dengan kerusi besi.puncanya si cina ni telah menganggu kami yang sedang aman menikmati hidup makanya aku tidak dapat bersabar dengan perbuatannya itu jadi darah pun tumpah kebumi kesimpulannya aku lebih rela mempertahankan hak kemerdekaanku dari diganggu gugat oleh sesiapa pun.aku suka mencabar diri sendiri...apa?? jika sudah ditakdirkan aku mati ya terserah.

kedewasaan mengajarkan aku lebih matang ye matang dalam menjaga hak kemerdekaan diriku sendiri.aku bukan tidak pernah diterajang dipijak dihenyak dihiris dikeronyok dibuli disiat dilempang dipatahkan hidung dipenjara dijadikan hamba pada keadaan dicaci dan dimaki dibelai dikasihi disayang ditiduri sehingga lemas dengan kerenah hidup rindu cinta kuasa harta kemewahan dan segala macam bentuk penindasan kemiskinan didepan mata tak berduit mencuri merompak menagih heroin morfin syabu sedelic actacy menjadi pusher hingga kepada memanjat banggunan-bangunan tinggi menarik bulan turun kehadapanku berbicara dengan angin dan awan berjabat tangan dengan bintang-bintang terjun kedalam laut dan selalu ku berteman dengan malam yang sunyi lagi dingin.

maka kemerdekaanku ini adalah asal usulnya hati dan penglihatanku adalah hak kurnian sipemilik batin.dan jika aku dikehendaki mengangkat senjata untuk berjuang demi sebuah kemerdekaan bagi tanah airku aku rela.

Selasa, 18 Agustus 2009

AKU MUSIK DAN KHAYALAN 8

alam musik dan alam hayal.....................

dari 87 hingga ke tahun 94 aku banyak terdedah dgn musik rock..band2 macam wing,search lovehunter,BPR,SYJ..aku juga pendengar musik melayu asli dan yang paling aku gemari adalah joget,m.nasir masa tu yang masih cool ellycat,zainal abidin yang keluar dari headwind ramli sarip lefthanded rusty blade dan banyak lagi band2 malaysia yang dikira meletop gak la penjualan kaset diorang ni tahun2 tu dan band dari luar pulak seperti beatle bob marley ACDC iron maiden,scorpion,nirvana,metallica hinggalah kepada musik berat mengikut arus peredaran masa..sepultura,morbid angle,mayhem,sodom zombie dan banyak lagi la gambar2 setan anti christ dan lagu2 hantu dan lirik menjurus kepada ketidakpuasan hati memberontak pada ketidakadilan pemerintah,tentang peperangan kisah2 mistik tahyul sajak2 dan ternyata gua memang pengikut aliran musik berat....sampai ke musik punk..kepala mesti berisi

bila dah layan punk dah jadi lain pulak asyik nak gaduh je kejenya..pantang terlangar bahu nak2 pulak klu dah penuh..hehehe gedebe kata orang kelantan..ada gig je tiong terutama malam minggu...masa lagi terus berjalan...........

dan sampai satu hari tu aku diperkenalkan dengan fals oleh seorang tokey kantin tempat aku berkerja.start dari situ aku cari kumpul semua album fals layan sorang2 je..dan dari cerita2 orang yang rapat dengan aku pada masa tu fals ni king dekat indon,yang aku respek kt mamat ni sbb dia ni sampai kena tangkap kerana menyayikan lagu2 perjuangan golongan marhaen kawan2 dia pulak franky shahilatua,sawong jabo,rendra ian antono dan gombloh juga ebiet g.ade jadi kegemaranku selepas itu.

bila masuk line fals musik dah lain..hanya gitar acuostic dan satu dua instrument buat kan lirik lagi menyerlah..tak macam m.nasir..lagu fals lagi mudah untuk difahami lantang menyuarakan keprihatinan terhadap golongan tertindas..dan lagu-lagu cintanya pun positif tak de kecewa sampai menonggeng macam nak bunuh diri hahaha...

apabila mengikut arus peredaran masa rupa2nya peningkatan usia membuatkan kita lebih kool matang dalam memilih cara dan rentak kehidupan itu sendiri..biar apa yang dah berlaku dan berlalu kita jadikan pengajaran dan jangan sesekali menyesal sebab bagi aku kita ni tak ubah bagaikan sedang memahami makna hidup sehingga kita tahu kemana akhirnya kita akan pergi.

bersambung........

Minggu, 16 Agustus 2009

lengan2 kering tak berubah warna

pagi... lenyap sudah lembut embun yg menjatuh kerumput dan dibiarkan telanjang disinar suria. pagi... lepas dari alam malam yg runcing meratah hati..
pagi... damai hari yg terbias disudut resah para pemerintah kalah pada guris kata2 celaan.. longsong dibawa angin badai.kitaran waktu berubah-rubah.. garis tawar dan harum bau kehidupan memenuhi cawan2 kosong.rokok ku hidupkan secara tiba2 dan bara hingap jatuh dilengan kering tak berubah warna.wajah2 semalam yg diratah oleh kerakusan kuasa mengikut hawa nafsu yg lemak seperti gulai pedas hanya perlakuan yang sumbang.

berdiri diatas tapak2 bingung.. kita semakin kalah dah naif dibuai mimpi.anak2 ditakuti oleh hantu2 sejarawan biar jangan ada yg mengetahui apa kisah hari semalam apa lagu kebenaran atau apa akan jadi esok hari.lagi satu pembunuhan telah cuba ditutup dengan bangkai penipuan.kita gagal menjawab segala persoalan.kita kalah dengan hitungan ekonomi yang meruncing.kita lemah menghadapi kenyataan virus yang semakin menebar keseluruh anggota.
nah apa lagi yang tinggal..tulang daging urat2 dan segalanya akan lenyap tanpa jawapan.kita tertipu lagi.

Sabtu, 15 Agustus 2009

dia yang telah membacakan sajak buat rendra..






lelaki hensem inilah yang telah membacakan sajak buat rendra..
tetapi bukan sajak dibawah ye..

sajak buat rendra............

syyyyyyyhhhhhhhh

kata kunci rendra

pemerintah boleh memenjarakanku

tetapi tidak boleh memenjarakan perjuanganku

merak

bulunya kupandang sungguh indah

tetapi sekarang merak sedang terbakar dineraka

angin-angin dari malaysia bertiup

huuuuuuuuuuu

mengumpulkan abu dari bulu tulang dan daging simerak

lalu membawanya kesyurga..............huuuuuuuuuuuuuuuuu

''seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti biasa tanpa adanya perubahan yang bererti
nescaya nama baik kalian pasti akan hilang
rasa gentar yang ada pada hati musuh pula berganti menjadi berani
oleh itu pertahankan jiwa kalian''

Jumat, 14 Agustus 2009

raja ahmad art galeri






kata suara mengenang simerak yg telah terbang buat selamanya....


RA fine art mempersembahkan ''mengenang rendra''




esok 15 ogos...gua dijemput untuk mengempitakan acara ini 3-5 petang di RA fine art no 6 jalan aman off jalan tun razak kuala lumpur..

abdullah jones..rozen..rahmat haron..mali ..fynn jamal..taj..yusni..azman..meor..pyan habib..siti zainon ismail..rahimidin

akan membuat rendra tersenyum disyurga..datang beramai2.

Kamis, 13 Agustus 2009

ALFATIHAH UNTUK USTAD ASRI..

Aku mula suka dengan beliau waktu mula dengar lagu intifada lama dulu..band nasyid yg bole terkesan dalam sanubari ku..
suaranya lantang dan merdu..menangkap2 ruang hati bila beliau menyanyi dan berkasidah berzanji dan hermmm apa bole buat,masa sudah sampai tak kira muda atau tua pasti akan kembali menemui DIA akhirnya..

Rabu, 12 Agustus 2009

rembau form..kampung selomak




jam 11.35 mlm ada lebih kurang 8 hingga 10 ribu pendengar yg masih tetap tidak mahu berganjak dari tempat duduk masing2..walau nak terkencing terberak ditahan oleh diri sendiri..anak2 kecil diajar jangan menangis dengar dgn penuh teliti setiap kata yg keluar dari mulut para ahli mimbar...

Kamis, 06 Agustus 2009

BELANSUNGKAWA ...W.SRENDRA(1935-2009)

PENYAIR DAN SASTRAWAN INDONESIA TELAH PERGI MENINGALKAN RATUSAN RIBU PENGGEMAR PUISI2 DAN SAJAK2 BELIAU

KESADARAN ADALAH BUMI..KEBERANIAN MENJADI CAKRAWALA DAN PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA2
KEBERANIAN MENJADI MATAHARI MENJADI MATAHARI MENJADI MATAHARI
DAN KESADARAN MENJADI CAKRAWALA MENJADI CAKRAWALA MENJADI CAKRAWALA
DAN PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA2 ADALAH PERLAKSANAAN KATA2...

DAN PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA2


SELAMAT TERBANG MERAK INDONESIA........

AL-FATIHAH.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog