Jumat, 08 Juli 2011

MELAWAN UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN

Kuala Lumpur, 9 Julai 2011, Pihak polis telah menyekat semua jalan masuk ke kuala lumpur bermula jam 12 tengah malam tadi, ini dipercayai atas arahan "tangan ghaib" yang akan berbuat apa saja untuk kekal berkuasa.

Jika anda mampu berfikir secara rasional, apakah motif sebenar sekatan ini, bukankah umporno Be-End pernah mengatakan Himpunan ini sudah tidak mendapat sokongan, adakah mereka berdusta atau ini rancangan mereka untuk megiyakan apa yang mereka katakan.. kerana sesuatu yang digambarkan itu mampu membuat orang percaya.

Yang pastinya Utusan meloya sudah mendrafkan himpunan ini sebagai gagal, itu matlamat dan misi utama yg diberikan kepada mereka oleh "tangan ghaib" maka kita semua pula bertanggungjawab untuk menghalang niat jahat itu terlaksana.

Bangkit la semua jiwa, anda kini dalam zon tidak selesa, dan sesuatu perlu anda lakukan, mari tegakkan demokrasi di atas bumi tercinta ini, ketua negara kita ialah SPBY Dipertuan Agong, bukannya pemimpin rasuah yang rakus kuasa.

Percayalah tindakan tangan ghaib yang mengarahkan polis melakukan sekatan ini sebenarnya tindakan paling bodoh dan terdesak, mereka telah melumpuhkan perniagaan, mereka telah menimbulkan keadaan tegang, ketidak selesaan dan banyak lagi implikasi buruk , Peserta Himpunan tidak berbuat apa-apa, mereka sendiri telah menjamin himpunan ini sebagai himpunan aman.

nampaknya Pihak "tangan ghaib" sendiri yang menyusahkan rakyat, kerana rakus kuasa, mereka buat segala bentuk pelanggaran perlembagaan, mereka inilah pengkhianat. bukan peserta himpunan aman yang mahu menegakkan demokrasi seperti yang selalu mereka canangkan.

masa untuk umnoporno sudah hampir tamat, jadi bersedialah....

buat semua peserta himpunan, percayalah, akan ada anggota polis sendiri yang akan membuka ruang dan laluan buat anda, tunggu saat itu dan gunakan sebijak mungkin. usaha Be-end sudah sampai kemuncak, dan bila berada di penghujung kemuncak, ia sebenarnya saat paling genting,

sedikit usaha lagi dan Be-end pasti tumbang.


''TUKANG LAWAN akan terus melawan sampai tumbang lembu umngok

POLIS TAHAN LU JAWAB DENGAN BERANI

Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog