Rabu, 07 September 2011

yang sudah dan tak sudah

isu demi isu yang telah ketinggalan zaman mula dibangkitkan semula, isu dalam kain mak cik kangkong dan pak cempedak macam baru lepas digoreng. isu belum masuk rumah dikatakan sudah hampir basi, tapi ini isu sejarah pasal orang yang sudah mati. mula la cik embun dan abg kemela mencari2 kitab lama membelek2 surah perati dalam-dalam tulisan jawi, tapi ada sikit boleh eja dan dibaca dan masih banyak yang belum termengaji lagi. silap betul dulu tak belajar surah jawi sampai sekarang dok rumi al rumi menari nari dalam gelap sampai pagi.

kelajuan masa tak dapat dibendung sejarah tak pasti mana satu betul mana yang salah. nak cari pengawal bukan jaman ini, ini jaman modernisasi jadi, kolaborasi. pemuda melawan generasi. hitam putih apa peduli tiga line juga yang dicari. bikin yang banyak kepada yang sedikit bikin yang sedikit kepada yang banyak, lebih2 banyak juga orang kita yang mati. GELAP masa depan bangsa melayu kalau begini. tak setuju dianggap rasis dalam juang mana punyai pilihan, kata TUAN juang sampai ketitisan tapi tuan selalu saja ketirisan.

anak tok ampu dah gagal lagi mau berdebat dengan tim menteri, anak menantu masih belum kena SEBAT lagi kerana kerap menjual harta negeri. semua ni masih belum reti mengalah dah nak mampos pun masih nak bermegah2. aku sanggah kau dalam jujuran alam fitrah sebab yang menang hanya ALLAH.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog