Kamis, 21 Maret 2013
Gema lagu NikJidan Dimana-mana
Setelah mendengarnya berulang kali dan berulang kali saya jadi bertambah yakin – inilah album untuk PRU13. Nik Jidan – “Dendang Anak Muda”. Album wajib. Mesti diperdengar-kan ke seluruh negara. Nik Jidan mesti dibawa ke seluruh negara untuk memperdengarkan jeritan-laungan-dendangannya melalui enam lagu reformasi ini.
Memang tidak lengkap. Banyak yang tidak dimasukkan. Kerana ini bukannya buku politik atau CD ceramah pendedahan kejahatan Umno-BN, yang dikeluarkan untuk menang PRU. Bukan. Ini hanya sebuah album muzik yang mengandungi enam buah lagu. Itu saja. Tetapi cubalah dengar.
Nik Jidan – ya, penyanyinya bernama Nik Jidan, atau NikbinJidan. Bukan penyanyi pop atau penyanyi rock mahupun blues, R&B, rap atau hip-hop popular. Juga bukan penyanyi Gangnam Style yang sanggup diimport BN dari Korea Selatan dengan kos lebih RM2 juta itu. (Tak disangka-sangka termalukan PM Najib di depan khalayak umum pula kerananya).
Dia ini hanya seorang Nik Jidan – penyanyi rakyat atau penyanyi jalanan yang sesekali dijemput ke majlis-majlis Reformasi Pakatan Rakyat. Dan baru-baru ini dia menerbitkan sebuah album enam lagu. Baru-baru ini juga dia hadir menyanyikan sebuah lagu dalam majlis pelancaran buku saya “Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan” oleh Husam Musa di Taman Melewar. Lagu yang dinyanyikannya ialah “Anak Muda Bernama Teoh”.
Memang. Itulah lagunya. Memang sedap lagu itu. Tetapi bukan sedap sebenarnya. Apa nak kata ya? Dia menyentuh hati kita, menggegarkan jiwa kita, membangkitkan semangat kita, juga membangkitkan rasa sedih, pilu, simpati dan marah kepada mereka yang kejam ke atasnya, hingga menyebabkan kematiannya itu.
Saya beli albumnya – RM15 saja. Mendengar lagi lagu itu, dan lagi dan lagi, lirik yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu. Memang meremang bulu roma, dan menggenang air di mata, apabila dihayati suara dendangan Nik Jidan yang terasa keikhlasannya menyanyikan lagu itu – ‘nyanyi dari hati’. Bertingkah pula dengan tiupan harmonica (bangsi) yang menikam-menyayat itu. Oh alangkah mengharukan!
Terutamanya pada lirik yang berbunyi: “gurindam syair untuk keluargamu / lagu puisi untuk anak kamu yang tak pernah kau lihat mukanya / lagu dan puisi untuk anak kamu yang menyambung perjuangan bangsa”. Ada nada dan gaya pengucapan puisi, pada saat pernyataan yang memuncak.
Setelah mendengarnya berulang-ulang kali, saya mencadangkan kepada orang-orang Pakatan Rakyat – inilah lagu-lagu untuk PRU13. Dendangkanlah lagu-lagu ini di mana-mana saja. Biar ia menjadi dendangan rakyat. Biar ia mengalir dan menjalar tanpa sedar ke seluruh rasafikir rakyat. Biar ia menjadi siulan semua anak-anak muda kita. (‘Anak semua bangsa’ – kata Hisham Rais). Sungguh – album ini boleh membangkitkan semangat Reformasi ke arah kejatuhan Umno-BN.
Kalau anda tak percaya, cubalah dengar! Khasnya lagu ‘Teoh Beng Hock’ itu (Anak Muda Bernama Teoh). Seorang anak muda yang sudah menjadi ‘ikon sejarah’ – seperti kata Nik Jidan dalam lagu ini. Bayangkan anak semua bangsa, khasnya anak-anak muda Melayu menyanyikan lagu ini – untuk seorang anak muda Cina yang telah menjadi korban kezaliman rejim Umno-BN.
Memang kita sedang memasuki satu era budaya politik baru. Dan lagu ini memantapkan lagi persefahaman kita itu.
Barangkali ada lirik yang agak mengelirukan dan mungkin kurang sesuai, iaitu dalam lagu ‘Asal Bukan Umno’. Liriknya ada menyabut: “Umno memerintah cara kuku besi / Memenjarakan sasterawan kami / Umno membunuh imam-imam kami”. Orang boleh tanya – siapakah sasterawan yang telah dipenjaraklan oleh Umno itu? Siapakah imam-imam yang telah dibunuh oleh Umno itu?
Boleh sahajalah dijawab bahawa ayat itu tidak bermaksud secara harafiah, tetapi mempunyai maksud secara metafora dan sebagainya. Boleh. Terpulanglah. Masalah kecil saja tu. Tafsiran!
Sebenarnya Nik Jidan bukanlah orang baru yang tiba-tiba saja muncul dengan album panas dan pedas ini. Saya sudah lama mengenalinya dan melihat dia memetik gitar dan menyanyi di tempat-tempat awam seperti di medan selera dan sebagainya.
Maka hakikatnya, kalau Psy dan Gangnam Style itu boleh menggegarkan negara dan huru-haralah mereka itu sekejap kerananya, lagu-lagu reformasi Nik Jidan inipun jangan kita pandang remeh. Anda tidak tahu kekuatan tenaga dalaman sebuah lagu sehinggalah ia meletop! Maka marilah kita cuba dengan album ini. Hubungi 0196342559 nikjidan++
#sumber dan artikel ini sudah terbit diharakah bil 1821
Wacana Budaya garapan pak Dinsman#
Langganan:
Postingan (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
-
(KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA - Handling Baggage Ground Crew *KLIA* Diperlukan segera ada 50 kekosongan Berminat ‼ segera ... www.wasap.my/601120739987/nakkerja 18 - 45 tahun lelaki war...4 tahun yang lalu
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...6 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...9 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...9 tahun yang lalu
-
Malang - Kota Malang, Jawa Timur. 7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...10 tahun yang lalu
-
-
-
-