Selasa, 20 Juli 2010

aku musik dan khayalan 16


Dah setengah tahun 2010 semua yang kita bicarakan bermakna benar dan ada juga yang tidak benar, tidak benar bukan bermakna kita gagal memberi terang jalan itu tapi sebahagian dari diri sendiri yang naif dan tersasar membuat penilaian. aku lebih kepada keterbukaan, mengaku kesilapan diri adalah kejujuran.


kadang2 kau rasa bagus sangat tapi orang lain tengok kau tak bagus mana pun cuma gitu2 jer tapi ada yang sebahagiannya pula melihat kita terlalu bagus, pun begitu jangan cepat bangga diri. pujian mempunyai dua maksud, satu yang membodek dan satu lagi yang benar2 ikhlas. rasakan diri kamu tak bagus tak sempurna tak punyai apa2 kerana yang punyai kehebatan kepandaian itu bukan kita tapi Dia.


dari atas kebawah dari bawah keatas, kau pandang pada kiri dan kanan jalan banyak sangat simpang siur, begitu juga dengan perhubungan. antara keluarga, saudara mara, sahabat handai taulan, kekasih juga diri sendiri semuanya tidak sempurna.


Aku lebih senang melihat dari atas kebawah, tapi masih tidak sempurna penglihatan ku itu kerana ianya terbatas. mata hati ku masih terlindung hijab. kerana aku bukan keramat yang boleh meramal masa depan. aku bukan boleh membeli hati kalian untuk menyukai apa yang aku perbuat. jika makna sebuah persaudaraan adalah berkongsi dalam segala hal, tika susah dan senang, ketika jatuh aku seru saudara ku yang satu lagi mengapai tangan ku, sebaliknya ketika aku dalam senang aku tak mau dilupakan pada saudara ku yang lain pula mahu terus terus membantu, mahu terus berkhidmat untuk hidup sejahtera bahagia bersama. tapi manakan bisa selalu2 tuhan mahukan begitu, kita sering saja diuji. tsunami prahara cinta kebakaran perkosaan minda hasad dengki kematian kebuluran kekayaan dan berbagai2 lagi kerana ujian itu pasti akan datang walau dalam senang atau susah. kita bagaikan layang layang benangnya ditarik dan dilepaskan.



ingat!!! hidup lebih banyak lah memberi. ambil sedikit daripadanya untuk bagian kamu.





Angin pagi bertiup dan pohon2 hijau hitam bergoyang dibantai seru

aku yang telanjang jiwa merindukan Mu

dimana saat pintu langit sedang terbuka luas

segala puji segala kesal rahsia hidup ku tebarkan.


kekasihku datang berteman membelai rohani

masuk dari alam ghaib

mengukuhkan tulang2 cinta

dan aku berlindung dalam pelukanNya.


nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog