Senin, 17 Januari 2011

betul ke ishhh jahat minah ni kalau betul apa yang gua baca ni

umi hafilda gua tak kenal mangsa ni tapi minah ni pernah top satu masa dulu dengan skandal yang berterabur diseluruh dunia politik malaya, seorang perempuan yang seperti ular membelit mangsa membunuh perlahan lahan dengan jerutan seksnya..apa dah jadi hahh..


lalu hadapi saja perkenalan kami ini...




isnin, 2011 Januari 17
BENARKAH APA YANG DIKATAKAN OLEH ARWAH BAPA UMI HAFILDA INI?
PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA
UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu
dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

Catatan Haji Ali bin Omar

Selasa, 11 Januari 2011

INTERLOK..ABDULLAH HUSAIN

Aku terbaca blog pyan habib tentang tulisan hisham tukar tiub pasal interlok..dan aku rasa ianya harus disebarlusakan lagi buat bacaan teman2 yang lain...

"kesedaran menimba ilmu dgn buku, jangan bakar bakar
sastrawan menulis dengan hati dan akal
gulung hujahmu cobalah melawan, jangan senang2 main bakar
mahasiswa cerdik pintar usah hentam langgar
selidik susur galur kelingga..
pariah dihinakan bukan oleh orang melayu
pendatang ini mahu besar kepala
laksana inggeris menaklok minda pemerintah

buku lawan buku hujah lawan hujah
jangan sedap main bakar bakar
sasterawan negara orang pintar
masakan menulis caca marba


kesadaran kesadaran...





KESEDARAN DAN SENSIBILITI
YANG DI BACA DAN YANG DI BAKAR

Bila saya membaca berita tentang pembakaran buku Interlok saya tidak terperanjat. Novel Interlok garapan Abdullah Hussain ini telah menjadi berita kerana dikatakan ada unsur rasis dan penghinaan terhadap orang India.

Sebenarnya membakar buku di Malaysia ini bukan satu yang baru. Pertama kali - saya terbaca berita membakar buku ini ketika saya di sekolah menengah pada tahun 1970 dahulu. Buku: 13 Mei Sebelum dan Sesudah telah di bakar di Sudut Pidato di hadapan perpustakaan Universiti Malaya. Saya tidak pasti apakah ini kerja Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya atau pun kerja Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Buku 13 Mei Sebelum dan Sesudah ini adalah garapan Tunku Abdual Rahman yang pada ketika itu menjawat Perdana Menteri Malaysia. Buku ini dibakar kerana ketika itu anak-anak mahasiswa amat marah terhadap Tunku. Tunku dibenci kerana dikatakan telah mengadaikan kepentingan Melayu dan menjual negara ini kepada towkay China.

Agak ironis, tidakan mahasiswa di Universiti Malaya ini kerana pada 10 Mei 1933 anak anak mahasiswa German juga telah membakar 25,000 buah buku. Angka 25,000 adalah judul buku yang dianggap tidak ‘bersemangat German’. Ini dizaman Hitler berkempen untuk membakar semangat Aryan yang berkulit putih, bermata biru dan berambut merah dan meluaskan pengaruh politik Nazi.

Interlok dikatakan ada menggunakan perkataan ‘pariah’ yang dianggap rasis oleh orang India. Ada juga ayat-ayat lain yang tidak disenangi oleh orang India. Apakah perkataan pariah dalam Interlok ini rasis atau tidak bukan ini yang ingin saya garap. Disini saya ingin membuka ke satu kain rentang yang lebih luas. Saya ingin membuka pensejarahan kata, makna dan tanda dalam pembudayaan negara bangsa.

Umum harus disedarkan bahawa bunyi kata-kata yang keluar dari mulut kita ini tidak memiliki apa-apa makna. Makna yang kita kahwinkan dengan bunyi itu didatangkan kemudian.

Misalnya bunyi - ke-la-pa – bunyi ini tidak memiliki apa-apa makna kepada orang Sweden. Tetapi ianya memiliki makna untuk orang Malaysia. Makna ini lahir dari alam persekitaran dalam sesuatu budaya bangsa bukan dari bunyi perkataan itu. Kewujudan pokok yang tinggi menjulai ini melahirkan perkatan ke-la-pa. Benda-benda yang wujud di dalam alam inilah yang melahirkan perkataan. Perkataan ini diberi oleh budaya persekitaran.

Mari kita lihat perkataan ‘keling’ yang pada satu ketika dahulu ada tuntutan di mahkamah agar perkataan ini dilupuskan dari Kamus Dewan. Untuk saya, Mamat yang menuntut penglupusan perkataan ini tidak memahami sejarah perkembangan tamadun manusia. Pasti Mamat ini tidak ada keupyaan untuk membaca 25,000 judul buku German, jauh sekali membaca kitab Salalatus Salatin – Sejarah Melayu.

Sila baca kitab Sejarah Melayu ini dan lihat bagaimana perkatan keling itu telah digunakan tanpa memiliki unsur-unsur prasangka, penghinaan atau sikap rasisma. Perkataan keling muncul apabila adanya mahkluk yang bukan Orang Melaka datang dari negara atas angin. Lalu makluk ini di beri nama Keling kerana mereka pendatang baru yang dikatakan rakyat Raja Kalinga.

Bunyi, makna dan tanda disini bukan ilmih yang berasakan ilmu alam. Ini tidak penting. Lihat bagaimana hingga sekarang manusia Melayu mengunakan perkataan Bengali sebagai kata nama untuk manusia dari wilayah Punjab walhal Bengali seharusnya kata nama untuk warga dari wilayah Bengal.

Lihat perkataan ini diterima masuk ke dalam budaya Melayu tanpa prasangka atau niat jahat. Malah ada beribu-ribu perkataan Sanskrit yang telah memperkayakan perbendaharan kata dan pengucapan manusia Melayu.

‘ Maka Baginda pun perkenan memberi persalinan sepasangan baju China dan sepasang baju Keling. Maka apabila Anakanda memakai baju China maka rupa Chinalah dianya. Apabila Anakanda memakai baju Keling maka rupa Kelinglah dianya…’

Diatas adalah ayat dalam buku Salalatus Salantin yang ditulis 600 tahun dahulu. Satu ketika yang bagitu lama dahulu dimana konsep prasangka, rasisma dan perkauman ini belum wujud dalam sensibiliti manusia Melayu. Enam ratus tahun dahulu belum wujud perebutan ekonomi yang meruncing. Enam ratus tahun dahulu belum wujud Hindraf atau saham Talikom untuk Maika. Enam ratus tahun dahulu Kugan dan Francis belum lagi ditemui mati dalam rumah pasong.

Malah sensibiliti terhadap perkataan keling atau pariah ini datang kemudian ke dalam budaya Melayu. Ianya datang bersama sikap rasisma yang dibawa oleh kolonial British ketika menjajah Tanah Melayu ini. Kolonialisma memerlukan satu idealogy untuk menghalalkan penghisapan tenaga buruh anak-anak tanah jajahan.

Justeru mereka yang dijajah wajib dilihat lebih rendah dari tuan penjajah. Yang perlu dijadikan kuli oleh British diladang getah di Tanah Melayu ialah warga pariah kerana mereka adalah warga dari kasta yang terendah dalam budaya Hindu. Yang menjadi mandor dari kasta yang lain. Yang menjadi manager juga dari kasta yang lain. Ini adalah cara penjajah menjajah.

Amat jelas perkatan tanda dan makna pariah ini bukan diwujudkan oleh manusia Melayu. Pariah ini lahir dari sistem kasta Hindu itu sendiri. Manusia Melayu tidak memilki nilai penghinaan apabila bertembung untuk kali pertama dengan perkatan ini. Malah yang membawa masuk ke Tanah Melayu nilai penghinan terhadap perkataan -pariah - ini ialah orang-orang dari India itu sendiri yang kini tinggal di Malaysia tetapi dengan bangganya masih lagi mengamal sistem kasta.

Jangan silap faham disini. Apa yang saya tulis ini bukan untuk menunjukkan bahawa manusia Melayu ini suci dan tidak memiliki prasangka atau sifat benci terhadap orang luar. Sikap benci terhadap ‘orang lain’ ini bukan hanya dimonopoli oleh Hitler atau kaum Zionis atau kuam penjajah. Ianya wujud dan dimiliki oleh semua budaya bangsa. Yang ingin saya paparkan ialah bagaimana perkataan melahirkan konsep, tanda dan makna. Dan bagaimana budaya membudayakan perkataan itu.

Justeru adalah tidak adil untuk menilai novel Interlok dengan sensibiliti hari ini. Ini samalah juga seperti tidak masuk akalnya untuk kita mengubah kitab Salalatus Salatin kerana ada menggunakan perkataan keling. Atau kita wajib menggantikan nama Tanjung Keling kerana adanya perkataaan keling pada Tanjung ini.

Biar saya bawa keluar, ke dunia sastera yang penulisan di Amerika Syarikat. Mark Twain (1835 – 1910) adalah penulis yang telah dinobatkan sebagai penulis agung untuk budaya negara bangsa Amerika. Buku Adventures of Huckleberry Finn adalah kitab wajib untuk seluruh warga Amerika.

Buku Adventures of Huckleberry Finn ini ditulis pada tahun 1885 - seratus enam puluh lima tahun dahulu. Didalam buku ini ada menggunakan perkataan ‘nigger’. Pada tahun-tahun 60’an lahirnya pejuangan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat. Maka lahir satu kesedaran dan sensibiliti baru dimana warga berkulit hitam marah kalau dipanggil nigger. Perkatan ini dianggap rasis.

Ketika itu orang berkulit hitam di Amerika tidak marah kalau di panggil negro. Negro ini adalah hitam dalam bahasa Sepanyol seperti aswad dalam bahasa Arab. Kemudian lahir sensibiliti baru dimana perkataaan negro ini juga dilawan dan ditentang. Orang hitam di Amerika Syarikat hari ini mahu mereka dipanggil African America.

Lihat bagaimana berlaku perubahan dan sensibiliti. Ada juga Kepala-kepala Angin yang tidak faham tentang sastera dan budaya telah mengkritik buku Mark Twain. Kepala Angin di Amerika agak cerah sedikit kerana mereka tahu sadikit sebanyak tentang sejarah dan makna upacara bakar membakar buku ini. Mereka tidak ingin diasosiasi dengan cucu cicit Hitler. Hingga ke hari ini buku Mark Twain ini adalah buku wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui budaya dan sastera Amerika.

Biar saya bawa ke zaman Baitul Hikmah - di zaman pemerintahan Khalifah Harun Aminul Rasheed ( 763-809) dan dizaman anaknya Al-Makmum (813-833). Ini adalah zaman kegemilangan perkembangan ilmu pengetahun di negara Arab yang berpusat di Baghdad. Di zaman ini buku falsafah dari Greek telah diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh para ilmuan Arab.

Al-Farabi dan Ibu Sina dua ahli falsafah Arab/Islam bukan sahaja menterjemahkan buku-buku Aristotle malah memberi makna dan pengertian baru. Dalam sejarah falafah kuno dan moden Al-farabi amat penting sekali sehinggakan dinamakan Aristotle Kedua. Tanpa ahli-ali falsafah di Baitul Hikamh ini tidak akan terbuka zaman Pencerahan di Eropah.

Ini tidak bermakna buku dan falsafah mereka yang mengajukan rasionalisma tidak ada yang menentang. Al-Ghazali (1058–1111) yang datang kemudian telah menentang pandangan dan falsafah Al-farabi dan Ibnu Sinna. Tetapi bukan dengan membakar buku-buku yang terawal. Apa yang dilakukkan oleh Al-Ghazali ialah menulis buku Tahafut-al-falasifa untuk menjawab buku-buku Al-Farabi dan Ibu Sinna. Dengan ini memperkayakan debat keilmuan hingga ke hari ini.

Membakar buku untuk menunjukan tentangkan adalah senang. Buku Salman Rushdi di bakar. Buku Tunku di bakar dan kini buku Andullah Hussain pula dibakar. Nyatalah sosok-sosk yang suka membakar buku-buku ini tidak memiliki nilai ilmu pengetahuan dan tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan kepada buku. Justeru mereka membakar buku.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai orang India di Malaysia ini merasa diri mereka di tindas. Peratus orang India dalam penjara tinggi berbanding dengan jumlah penduduk. Ramai anak-anak muda India mati di bunuh mata-mata di pelbagai rumah pasong. Ramai orang India tidak memiliki kad pengenalan dan hidup merempat.

Penindasan terhadap orang India ini dilakukan oleh kerajaan yang berpandukan falsafah Ketuanan Melayu. Semua ini betul dan saheh. Tetapi jawapan untuk membebaskan diri dari penindasan ini bukan dengan melupuskan perkataan keling atau menghapuskan konsep pariah. Ianya memerlukan lebih dari itu.

Untuk membebaskan diri tangga awal wahid ialah membaca. Melalui pembacaan buku-buku berkemungkinan dapat digarap satu pemikiran yang akan membawa harapan dan pembebasan. Membakar buku tidak mendatangkan apa-apa faedah malah mencemarkan udara. Amat ironis, si pembakar buku tidak mungkin akan akan dilihat berkulit puteh, bermata biru dan berambut merah walau pun membakar Intelok sebagai satu kempen politik untuk membakar semangat kaumnya.(TT)

Senin, 03 Januari 2011

berhenti pada kau

kau kata kau dah sampai ke makam atas seni paling unggul tapi perangai kau macam budak 10 tahun apa barang brader...


"aku nak ganja 5 kilo boleh"?


"kimak lu...lu ingat gua tokan ganja ke...kepala bapak lu...pergi mati la woi"


binatang....kau jangan nak tunjuk alim la wei...kau jgn nak tunjuk sufi, umur dah lanjut macam telor kat batang pelir kau tu... tengok2kan sikit bulu yg berserabut tu cukur atau gunting biar rapi biar bersih. aku nak bagitau hang sikit cerita orang bulu pelir berserabut ni..korang ni semua pengotor kau tau tak!!!


ermmm padan muka kau kau tau kan kau belajar orang putih tapi otak kau bodoh macam lembu jugak...


begitu lah lebih kurang persidangan meja bulat yang telah dihadiri oleh ramai pemerhati dari segenap negeri dan seluruh klan dinusantara. semuanya boleh membuatkan hati2 yang mendengar menjadi marah. kawan jadi lawan, adik bermusuh dengan abang, saudara berparang-parang hinggakan tak berani si pengetua majlis bersuara.


bapak tinggi suara tegang urat kepala. pelir masih kecut seperti tenggelam masuk ke dalam ruang sempit untuk menyorok.


"mana yang kau kata saudara? mana yang kau kata manusia ini bersaudara? cuba bagitau aku!! tak payah pusing2 cakap..aku nak penyataan yang lengkap!!


USIN dah mati..........usin dah mati.......usin dah mati!!!!!!!!



"kimak kau ni kau dah tau usin tak ada kau pergi la beli smirnoff....."



"setan apa yang dah merasuk dalam badan kau ni ha? babi!! kau ingat! kau ingat baik baik apa yang aku nak cakap ni, semalam aku jumpa burung sufi yang selalu terbang ulang alik kehujung dunia..aku lihat dia melintas masuk kedunia yang hitam dan bertarung dengan si pemakan babi anjing ular monyet manusia dan janim yang belum jadi. sebahgian bulu2 burung sufi tadi luruh akibat dari pertempuran sengit yang berlangsung selama 73jam itu. dan akhirnya yang tinggal cuma pemakan janim yang zalim itu maka burung sufi berkata,

"aku melihat kau wahai si pemakan janim tidak bergerak dan langsung tidak memperdulikan pertempuran sengit ku sebentar tadi, ini bermakna kau memang sungguh lapar dan khusyuk skali dalam zikir makan mu...apa yang membuat kan kau begitu ya wahai pemakan janim?"


jawab si pemakan janim.."aku pula melihat kau sedang ramah membelai mereka seperti kau membelai kekasihmu waktu diranjang, dan kau mengiraikan sayap mu hingga aku lihat seperti hujan cinta gugur jatuh kepundakku dan ianya terus mendamaikanku jadi aku makan janim-janim ini semua dengan tenang dan aman".


ya memang aku membuatkan kau damai dan aman melahap janim-janim itu, tapi itu cuma sementara dan sekarang sudah sampailah masanya untuk aku memenggal kepala kau..lekas ucapkan lah dua kalimah agar mati mu tidak sia-sia wahai sipemakan janim.




selepas ratusan tahun berlalu tak ada seorang pun manusia yang pernah mendengar kisah burung sufi lagi.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog