Keadaan dalam pot sunyi seketika, matahari meninggi burung burung dan ayam hutan mencari makanan, ular-ular tidor dan ada yang bersalin kulit. ajip peon, pak embong, nuar gemok, kamal, udin tokan, lee tongkang, badut dan makwe udin yang lawa tu menyedut tak henti henti macam dah kemaruk, barang baru barang baik barang stim semua buat hal masing masing sampai terlupa nak jaga air(ricky line). sambil borak borak kosong, kamal lentok, kepala dah nak cecah tanah, badut dengan parang belatinya dipinggang, nuar gemok terduduk macam budha, ajip peon mengira duit yang dikirim meli londeh untuk beli stock 2 pecket.
''weh sapa duduk jaga air kat luar te''? tanya udin tokan. bebudak lain semua diam.
ajip peon bersuara ''mana ada sapa macam kita mula masuk tadi la nampok line clear je semua''
''aokme jangan buat pasai, kang tak pasai2 kita kedalam semua, ace sesapa pegi tengok, kejap lagi keh payung la ubat sebatang'' udin mula memerintah.
''bior kaweh pegi'' kata badut menawarkan diri, sambil membawak parang tak bersarung badut berjalan, ''aok nak ikut mal''? tanya badut pada kamal. kamal diam, mana taknya kamal dah lentok kena ubat kuning johor ubat kuning tanah yang udin bawak yang udin masak sendiri kat lab. awek udin yang lawa tu dah terbaring dah. lentok sangat gayanya.
pyan dengan meli londeh baru sampai kampung awah, baru nak masuk simpang jalan kelapa sawit tempat pot udin tokan. ''mu bawok molek pyei jale licing ni baru lepah ujei, reboh kito kekgi nayo ja''
''ala gua tau la, bukan baru sehari gua bawak moto, lu duduk diam-diam'' kata pyan rogol.
belum sampai seratus meter meredah jalan ladang yang licin, pyan nampak banyak kepala, badan tegap-tegap pegang rotan sedepa. tanpa pikir panjang pyan terus brek, melintang moto tengah jalan, meli londeh terkejut.
''wak po nyar'' tanya meli. ''POLIS'' kata pyan
meli londeh meloncat turun dari moto, mengelabah gila babi punya, matanya bulat macam hantu paya, melilau tengok keliling. pyan rogol buat stunt, dipulasnya trotal minyak mengaum moto, polis semua dah stanby dengan rotan panjang sedepa. berpusing moto dikerjakanya oleh pyan, pyan tak cakap banyak dia pulas lagi sekali trotal, kacip clutch masuk gear terus pecut tinggal meli londeh terpingga-pingga, meli londeh mengejar pyan sambil berlari, polis keluar dari semak samun menyerbu macam cerita apocalypto, memburu mangsa dengan suara menengking memberi amaran
''OI JANGAN LARI''
sedang dalam pot semua budak-budak mengelabah bila dengar orang menengking bagi amaran ''JANGAN LARI'' ceper dan paper ches berterabur, udin tokan lari bawak ubat tinggal awek yang tengah lentok tinggal moto, cuma ubat yang udin bawak lari. lee tongkang mengelabah beruk sampai terkencing dalam seluar, nuar gemok hilang arah nak lari kemana, kamal melompat celah busut jantan jatuh kedalam kubang babi, ajip peon capai moto masuk gear kacip clutch menolak moto sambil pulas trotal, moto hidup, ajip terus lompat atas moto dan meredah pelepah-pelepah kelapa sawit yang separuh tinggi, pak embong pun sama lebih sayang moto dari diri sendiri, memandu gaya orang masuk rally motorcros mencelah celah batang kelapa sawit.
HARI TU MEMANG TRAJEDI, HARI TU MEMANG MALANG, LAGU PELANGI PETANG TAK KEDENGARAN YANG KEDENGARAN BUNYI KERINCING GARI BERANTAI YANG DIPASANG PADA TANGAN DAN KAKI. YANG KEDENGARAN HANYA RUNGGUTAN MENYALAHKAN SATU SAMA LAIN, YANG KEDENGARAN SUARA HAWKYTALKIE
''GERAKAN GERAKAN KAMI TELAH MEMBERKAS SEKUMPULAN REMAJA PENAGIH DADAH DIKEBUN KELAPA SAWIT KAMPUNG AWAH DALAM, ROGER ROGER 9 LELAKI DAN SATU PEREMPUAN, ROGER DAPAT''
sooott seett soot setttt zzzzzz....troooouutttt.......zzzz...troooouttt......
Rabu, 19 Mei 2010
Langganan:
Postingan (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN - Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan berse...8 bulan yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...6 tahun yang lalu
-
Hai Juana! - Sebentar tadi, Juana mesej saya di Telegram:- *"Beb, mula la menulis".* Lalu saya jawab:- * "Aku tengah menulis la ni. Menulis Afidavit. Susah w...6 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...9 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...9 tahun yang lalu
-
-
-
-