Minggu, 19 Mei 2013

Pesan Adam: Kuatkan semangat, teruskan perjuangan

Meskipun direman selama lima hari, namun aktivis mahasiswa Adam Adli sempat menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan yang bermalam di luar Lokap Berpusat Jinjang dan pihak yang menyokongnya di seluruh negara. “Kuatkan semangat. Teruskan perjuangan,” pesan Adam yang disampaikan melalui peguam Latheefa Koya hari ini. Sejak malam tadi, kira-kira 30 aktivis mahasiswa dan NGO berkampung di hadapan Lokap Berpusat Jinjang untuk memberikan sokongan kepada Adam Adli. Kumpulan tersebut turut menyalakan lilin tanda solidariti selain berkempen melalui laman twitter dengan menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli. Manakala buskers Nik Jidan dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip turut membacakan puisi sambil diperhatikan ole kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa. Mereka turut mendirikan khemah, namun diarahkan Polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diturunkan kira-kira jam 12.30 pagi. Difahamkan, solidariti nyalaan lilin bagi menyatakan sokongan kepada Adam Adli akan diteruskan jam 8 malam ini di Lokap Berpusat Jinjang. Adam direman selama lima hari sehingga Khamis, 23 Mei dan disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 13 Mei lalu. sadickyn..suarakeadilan

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog