Minggu, 19 Mei 2013

Pesan Adam: Kuatkan semangat, teruskan perjuangan

Meskipun direman selama lima hari, namun aktivis mahasiswa Adam Adli sempat menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan yang bermalam di luar Lokap Berpusat Jinjang dan pihak yang menyokongnya di seluruh negara. “Kuatkan semangat. Teruskan perjuangan,” pesan Adam yang disampaikan melalui peguam Latheefa Koya hari ini. Sejak malam tadi, kira-kira 30 aktivis mahasiswa dan NGO berkampung di hadapan Lokap Berpusat Jinjang untuk memberikan sokongan kepada Adam Adli. Kumpulan tersebut turut menyalakan lilin tanda solidariti selain berkempen melalui laman twitter dengan menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli. Manakala buskers Nik Jidan dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip turut membacakan puisi sambil diperhatikan ole kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa. Mereka turut mendirikan khemah, namun diarahkan Polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diturunkan kira-kira jam 12.30 pagi. Difahamkan, solidariti nyalaan lilin bagi menyatakan sokongan kepada Adam Adli akan diteruskan jam 8 malam ini di Lokap Berpusat Jinjang. Adam direman selama lima hari sehingga Khamis, 23 Mei dan disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 13 Mei lalu. sadickyn..suarakeadilan

Sabtu, 13 April 2013

Teruskan Jangan Berhenti

kadangkala bila ada waktu2 dan ilham untuk menulis selalu datang rasa rendah diri apakah kita ini boleh menulis dengan baik seperti penulis2 profesional, menerangkan detail fakta sesuatu perkara? tapi bagi saya kalau perlu untuk penulisan yang berat2 kita perlukan juga fakta yang betul termasuk juga dalam penulisan2 yang ringan, soalnya mereka memahami atau tidak yang itu akan jadi persoalan. kita mendalami bukan apa yang sebenarnya harus kita dalami. kau penuh dengan ilmu yg hebat2, aku cuma kutu akui cuma peninggal masa dan sebenarnya apa yang kamu bayangkan dan nyatakan akan lenyap mungkin menuruni atau menaik, boleh juga ianya pergi mendatar dan mencondong terkait langsung pada pemahaman pembaca dan dibawa kematian. jika sebenarnya kita ini sebuah ruang kosong kenapa perlu ada yang mengaku penuh? memang selalu ada kekurangan dan kelebihan yang akan tetap setia mencampuri nafas dan langkah kita. lelaki dan perempuan dua makhluk allah yang terindah ini memainkan peranan dalam perkembangan insan dan untuk membawa masa hadapan dalam kebijaksanaan manusia terus dan terus tidak mahu berhenti. aku perhatikan aku teliti aku susuri aku praktikkan dalam ruang2 gelap dan terang jalan basah dalam hujan ditimpa gelisah orang orang miskin kaya bandar dan kampung yang membina mimpi. perjudian adalah perjudian hidup selalu ada salah dan benar kalah dan menang seperti lelaki dan perempuan selepas kau tahu matang.

Rabu, 10 April 2013

BANJIR.. HARTA RAKYAT MUSNAH DAN BERHALA

ini dia pembanggunan yang sering diagung agungkan oleh kerajaan umno/bn. Kononnya umno pembela rakyat tetapi kejadian begini semakin hari semakin tidak terkawal MAHATIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY BERHALA INILAH YANG TELAH BANYAK MENJAHANAM DAN MEMESONGKAN AKIDAH SERTA TINDAKLAKU RAKYAT MALAYSIA. Dengan pengaruh dan harta kekayaannya yang hasil dari curian maka dengan mudah saja berhala ini mengarahkan komplot untuk menfitnah demi memanjangkan usia parti haram mereka. mereka memberi kerakyatan mudah lagi percuma untuk pendatang tampa izin, hinggakan kebanyakan dari mereka yang memiliki I.C segera ini bisa membuka gedung gedung pakaian, karpet permaidani restoran kedai komputer kedai handfon kedai barang kemas seperti emas permata dan lain lain sedangkan rakyat sendiri mengemis ditepi2 jalan berniaga dengan modal yang kecil kemudian diganggu pula oleh pihak penguasa perbandaran. pihak perbandaran pula leka dengan kuasa yang diberi (yang bukan dipilih oleh rakyat)mereka hanya memilih milih tugas, contohnya hanya berani menyaman kenderaan2 yang diparking dikawasan2 melayu menghalang rakyat untuk menggunakan harta awam, memukul mahasiswa hingga kerja kerja perparitan diabaikan, dahan2 pokok yang menutupi signbord/papan penanda arah tidak dibersihkan hingga membuatkan pemandu yang datang dari luar daerah sukar mencari tempat yang dituju. sungai sungai pula tidak diberi nafas lantas BENCANA SEPERTI INILAH YANG AKAN TERUS BERLAKU SEKIRANYA MANUSIA MASIH LEKA TIDAK MAHU BERSAHABAT DENGAN ALAM DAN MANUSIA.

Jumat, 22 Maret 2013

MAKAM hitam buat mamak MADEY kutty

alam malam; beberapa ribu makhluk berdiri menatapi sebuah makam. lubang tak bercahaya gelap dan menakutkan terbuka, asap berkepul keluar secara perlahan putih hitam bercampur dalam kelam, . makhluk berbagai rupa bentuk dan amat mengerikan juga banyak sangat mendatang kemakam ini. apa yang ada didalam makam ini? siapa yang dimakamkan didalam makam ini? nampak ngeri empat lima kali ganda menyeramkan daripada melintasi kubur darakula. pada mula jatuhnya pertanyaan itulah jua selepas belasan tahun menunggu khabar berita rupa rupanya bukan ada apa apa didalam makam itu cuma makam itu menanti tuannya yang akan masuk kedalam sana tidak berapa lama saja lagi. ##P/S; ALAMMALAM

Kamis, 21 Maret 2013

Gema lagu NikJidan Dimana-mana

Setelah mendengarnya berulang kali dan berulang kali saya jadi bertambah yakin – inilah album untuk PRU13. Nik Jidan – “Dendang Anak Muda”. Album wajib. Mesti diperdengar-kan ke seluruh negara. Nik Jidan mesti dibawa ke seluruh negara untuk memperdengarkan jeritan-laungan-dendangannya melalui enam lagu reformasi ini. Memang tidak lengkap. Banyak yang tidak dimasukkan. Kerana ini bukannya buku politik atau CD ceramah pendedahan kejahatan Umno-BN, yang dikeluarkan untuk menang PRU. Bukan. Ini hanya sebuah album muzik yang mengandungi enam buah lagu. Itu saja. Tetapi cubalah dengar. Nik Jidan – ya, penyanyinya bernama Nik Jidan, atau NikbinJidan. Bukan penyanyi pop atau penyanyi rock mahupun blues, R&B, rap atau hip-hop popular. Juga bukan penyanyi Gangnam Style yang sanggup diimport BN dari Korea Selatan dengan kos lebih RM2 juta itu. (Tak disangka-sangka termalukan PM Najib di depan khalayak umum pula kerananya). Dia ini hanya seorang Nik Jidan – penyanyi rakyat atau penyanyi jalanan yang sesekali dijemput ke majlis-majlis Reformasi Pakatan Rakyat. Dan baru-baru ini dia menerbitkan sebuah album enam lagu. Baru-baru ini juga dia hadir menyanyikan sebuah lagu dalam majlis pelancaran buku saya “Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan” oleh Husam Musa di Taman Melewar. Lagu yang dinyanyikannya ialah “Anak Muda Bernama Teoh”. Memang. Itulah lagunya. Memang sedap lagu itu. Tetapi bukan sedap sebenarnya. Apa nak kata ya? Dia menyentuh hati kita, menggegarkan jiwa kita, membangkitkan semangat kita, juga membangkitkan rasa sedih, pilu, simpati dan marah kepada mereka yang kejam ke atasnya, hingga menyebabkan kematiannya itu. Saya beli albumnya – RM15 saja. Mendengar lagi lagu itu, dan lagi dan lagi, lirik yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu. Memang meremang bulu roma, dan menggenang air di mata, apabila dihayati suara dendangan Nik Jidan yang terasa keikhlasannya menyanyikan lagu itu – ‘nyanyi dari hati’. Bertingkah pula dengan tiupan harmonica (bangsi) yang menikam-menyayat itu. Oh alangkah mengharukan! Terutamanya pada lirik yang berbunyi: “gurindam syair untuk keluargamu / lagu puisi untuk anak kamu yang tak pernah kau lihat mukanya / lagu dan puisi untuk anak kamu yang menyambung perjuangan bangsa”. Ada nada dan gaya pengucapan puisi, pada saat pernyataan yang memuncak. Setelah mendengarnya berulang-ulang kali, saya mencadangkan kepada orang-orang Pakatan Rakyat – inilah lagu-lagu untuk PRU13. Dendangkanlah lagu-lagu ini di mana-mana saja. Biar ia menjadi dendangan rakyat. Biar ia mengalir dan menjalar tanpa sedar ke seluruh rasafikir rakyat. Biar ia menjadi siulan semua anak-anak muda kita. (‘Anak semua bangsa’ – kata Hisham Rais). Sungguh – album ini boleh membangkitkan semangat Reformasi ke arah kejatuhan Umno-BN. Kalau anda tak percaya, cubalah dengar! Khasnya lagu ‘Teoh Beng Hock’ itu (Anak Muda Bernama Teoh). Seorang anak muda yang sudah menjadi ‘ikon sejarah’ – seperti kata Nik Jidan dalam lagu ini. Bayangkan anak semua bangsa, khasnya anak-anak muda Melayu menyanyikan lagu ini – untuk seorang anak muda Cina yang telah menjadi korban kezaliman rejim Umno-BN. Memang kita sedang memasuki satu era budaya politik baru. Dan lagu ini memantapkan lagi persefahaman kita itu. Barangkali ada lirik yang agak mengelirukan dan mungkin kurang sesuai, iaitu dalam lagu ‘Asal Bukan Umno’. Liriknya ada menyabut: “Umno memerintah cara kuku besi / Memenjarakan sasterawan kami / Umno membunuh imam-imam kami”. Orang boleh tanya – siapakah sasterawan yang telah dipenjaraklan oleh Umno itu? Siapakah imam-imam yang telah dibunuh oleh Umno itu? Boleh sahajalah dijawab bahawa ayat itu tidak bermaksud secara harafiah, tetapi mempunyai maksud secara metafora dan sebagainya. Boleh. Terpulanglah. Masalah kecil saja tu. Tafsiran! Sebenarnya Nik Jidan bukanlah orang baru yang tiba-tiba saja muncul dengan album panas dan pedas ini. Saya sudah lama mengenalinya dan melihat dia memetik gitar dan menyanyi di tempat-tempat awam seperti di medan selera dan sebagainya. Maka hakikatnya, kalau Psy dan Gangnam Style itu boleh menggegarkan negara dan huru-haralah mereka itu sekejap kerananya, lagu-lagu reformasi Nik Jidan inipun jangan kita pandang remeh. Anda tidak tahu kekuatan tenaga dalaman sebuah lagu sehinggalah ia meletop! Maka marilah kita cuba dengan album ini. Hubungi 0196342559 nikjidan++ #sumber dan artikel ini sudah terbit diharakah bil 1821 Wacana Budaya garapan pak Dinsman#

Minggu, 10 Maret 2013

surat terbuka untuk ayahnda mah-hatir

Kehadapan ayahnda mah-hatir yg selalu diingati dan dikasari, agar selalu ingatlah pada dosa dosa ayahnda hendaknya. salam rabun dan salam lembik selamanya pada ayahnda. Ayahnda sesungguhnya masuk hari ini sudah 2 hari malaysia tidak ada perdana menteri. akibat dari perbuatan musuh ayahnda si anuar lah nampaknya semua perkara ini terpaksa berlaku. Tidak seperti dulu dimasa ayahnda masih berkuasa, sungguh kalau berani ada seorang hamba yg cuba untuk menjatuhkan ayahnda pasti akan ayahnda penjarakan atau akan ayahnda jadikan kambing hitam untuk menutup segala kejahilan yg berselindung di dalam diri ayahnda. OOH berita yang paling dianggap PENGKHIANATAN oleh seluruh rakyat tanah melayu adalah kerana ayahnda sendiri telah berjaya memberikan berjuta I.C segera kepada rakyat pendatang agar mengundi parti UMNO supaya kuasa terus ditangan ayahnda dan kroni ayahnda. Sungguh kejam!!kejam!! hinggakan ayahnda sanggup menuduh timbalan ayahnda sebagai PELIWAT. sungguh kejam!! kejamm!! bila ayahnda mengeluarkan arahan bunuh keatas syahid ustad ibrahim dimemali dan seluruh penduduk kampung itu ayahnda penjarakan. sungguh kejammm!! Sengaja atau tidak sengaja surat ini sudah pun dibaca oleh orang2 banyak sebelum ayahnda sendiri membacanya. sekali lagi untuk peringatan ayahnda yg semakin hari semakin uzur bahwa dunia hari ini bukan dunia ayahnda lagi. dunia ayahnda sudah sampai kehari kiamatNya. sampai disini sajalah buat kali ini, agar ayahnda tidaklah terus mati bila membaca surat ini. dan akhir sekali janganlah bersedih selalu. p/s; minumlah air ketum untuk kesehatan

Kamis, 07 Maret 2013

bulan muda angin arah timur

tubuh kecil dalam gelisah, percik api disana sini; aku dalam samar subuh; kaulah kuasa mata hati dan akalmu' indah gagah menentang badai kerana aku bukan tidak datang tapi aku memerhatikanmu; setiap waktu hingga kini aku masih lagi disitu, jadi temanmu aku jadi kata-katamu. bergerak bernafas melihat dan mendengar aku dan kau jadi ilham. RUPA HARI INI RUPA HARI ESOK

Daftar Blog Saya

nik binjidan

nik binjidan
1

kudrat

rasa

Pengikut