Senin, 28 Februari 2011

perjalanan ke satu

hari semalam ada sedikit sukar

aku dikejutkan dengan keras

tapi masih ada cicipan nasi dagang buat sarapan

dari tangan orang tersayang

maka tak lah sukar mana pun hari semalam


....kemesraan..

aku berjaya buat kau tertawa .. menciptakan kebahagiaan

itu memang kemahiran memikat ku katamu

kau dan aku kita sama2 merasa kesakitan..

supaya kita selalu yakin.. mengingati ada DIA



...........petang..



petir guruh hujan turun lebat lebat

cermin kereta ku berkabus

pembetongan tidak lancar maka jalan dinaiki air

banyak kenderaan tersadai, pak musa dan pil gali-gali

ubat kuat bikin otak jadi bantot





....aku susur kekanan dan kekiri

cuba lari dari keadaan ini....




kau pusing lorong belakang

kau taruk dalam satu lubang

kau campak kepala raja

bik mama beli coli besar





buku ini hadiah hari lahir mu adam..

supaya nanti kau jadi orang yang mengingati akan DIA

dan oleh kerana itulah umar pasti mengikut jejakmu

bila pagi yang tenang itu kita berada di taman yang indah

tidakkah kau merasa bersyukur?

Rabu, 23 Februari 2011

PERIHAL ORANG BESAR PENYAMUN BESAR

IRHAL IRHAL YA MUBARAK - BERAMBUS BERAMBUS YA MUBARAK !!

Mahmoud Muhim bingkas bangun dan mengambil megapone ketika ribuan penunjuk perasaan sedang bergerak menuju ke Dataran Mutiara. Dia melaung … “Tidak ada sesiapa yang akan memberi ganti rugi. Setiap orang hanya mengucapkan tahniah kerana anak aku telah gugur shahid. Anak aku gugur untuk Bahrian.” (petikan akhbar Guardian London)

Kau kutuk aku dalam buku sejarah kau
Dengan segala tohmah dan bohongan
Kau pijak aku bersama sampah
Tetapi, seperti debu, aku akan naik…aku akan naik…aku akan naik
( bait puisi Maya Angelou – penyaer wanita kulit hitam dari Amerika)

Kawan-kawan yang aku hormati,

Apakah kamu terperanjat apabila mula melihat anak anak muda gugur shahid di Tunisia, di Benghazi, di Al-Kaherah, di Suez, di Tehran, di Iskandariah, di Aljazail, di Saana atau di Manama. Kau selalu bertanya-bertanya kepada aku kenapa semua ini terjadi.

Kawanku yang baik hati biarkan aku kesahkan : sejarah perjuangan kita untuk menegak keadilan bukan hanya bermula dengan 20 September 1998. Sejarah perjuangan manusia untuk menghampus kezaliman dan menentang kebatilan bukan bermula bulan lalu. Sejarah perjuangan manusia bukan bermula dengan Revolusi Bolshevik atau Revolusi Tiongkok.

Hidup manusia ini adalah perjuangan. Hidup manusia ini adaklah perjuangan kelas. Perjuangan - kelas yang di tindas melawan kelas yang menindas. Perjuangan menentang kezaliman dan kebatilan. Pejuangan untuk menegak keadilan dan menumpas penipuan. Jangan sesekali kau lupa akan hakikat ini wahai kawan ku.

Apakah kaum masih ingat lagi , awal dahulu kesah Leila Si First Lady lari dengan satu tan lebih jongkong emas. Kemudian diikuti oleh Suzzane Si First Lady yang lari berhelikopter meninggalkan Istana Presiden. Ini Istana kesayangan yang telah ditiduri selama 30 tahun. Kawan ku, bayangkan betapa lamanya Si First Lady ini tinggal di Istana itu. Kalau kau telah menanam biji durian 30 tahun dahulu pasti telah berbuah 20 musim.

Gamal anak Suzzane Si First Lady telah lari terlebih dahulu ke London. Gamal, seorang bilionaire ingin memastikan yang dia tidak akan tersadai di Riyadh seperti nasib Ben Ali dan Leila. Bayangkan Leila Si First Lady dengan harta bertimbun-timbun tidak ada apa satu yang boleh dilakukan di padang pasir yang kering kontang. Hendak berjangak susah sekali. Hendak memandu tidak mungkin lagi. Siapa pulakah gerangan yang akan mendadan rambutnya untuk menjulang tinggi.

Kawan-kawan, ketika aku menulis ini dunia Arab sedang terbakar. Telah aku baca tentang anak anak muda telah mula turun ke jalan raya di Rabat dan Tangier. Telah aku baca berita sedih tentang 200 penunjuk perasaan telah di tembak mati oleh askariah upahan Kolonel Gadaffy.

Juga telah aku dengar di Tehran anak anak muda sedang berkabung sebagai tanda setiakawan kepada Saane Zhaleh dan Mohammad Mokhtari. Kau bayangkan dua shuhada ini adalah anak mahasiwa yang masih muda – Saane baru berumur 26 dan Mokhtari hanya 22 tahun.

Apa kau masih kurang faham kenapa ini berlaku?

Kawan-kawan ku, biarlah aku menjadi sang perawi disini. Aku akan membawa kesah-kesah perjuangan anak anak muda dari Timur Tengah. Biarlah kesah-kesah ini kita dengari bersama agar kita akan menjadi lebih dewasa. Agar kesah-kesah ini juga akan menjadikan kita manusia-manusia yang bertakwa untuk sama bangun berjuang menumpas penipuan dan kezaliman.

Lalu kau bertanya-tanya tanpa satu noktah : apakah benar dan saheh bahawa anak anak muda yang berkumpul di Dataran Tahrir itu semuanya kerana Facebook. Adakah mereka turun ke jalan raya kerana menyahut panggilan tweeter. Atau apakah mereka penagih blog?

Biar akau katakan disini – ada betul dan ada salah tentang babak ini. Memang betul anak anak muda ini berfacebook. Memang betul mereka ini dipanggil tweeter. Memang betul mereka amat gian membaca pelbagi blog. Lihat buktinya : pada tahun 2005 dahulu hanya muncul beberapa blog yang dilayari. Tetapi hari ini telah ada beribu. Hari ini 3 juta warga Mesir dililit oleh rangkaian Facebook tetapi ini agak kecil berbanding dengan penduduk yang berjumlah 80 juta.

Jadi tidak benarlah jika kita katakan bahawa semua yang berlaku kerana mereka befacebook dan bertweeter. Kaum pemodal mahu kamu melupakan tentang satu pekara yang amat penting dalam babak sejarah ini. Pekara yang ingin dipadamkan ialah babak-babak perjuangan kaum buruh dan kaum tani

Kawan ku, sebenarnya ada babak-babak sejarah yang lebih besar dari kesampaian teknoloji terbaru ini. Ada babak babak sejarah yang lebih mendalam dalam ingatan bersama warga Mesir. Ingatan bersama – collective memories - inilah yang mengikat mereka untuk turun berkumpul di Dataran Tahrir.

Kawan-ku yang baik hati,

Apakah kau lupa tarikh pertama anak anak muda di jemput berkumpul di Dataran Tahrir ialah pada 26 haribulan Januari. Apakah kau tidak teringat, atau tidak terbaca akan tarikh keramat ini. Biar aku ingatkan disini tentang apakah dia tarikh yang bersejarah ini.

Pada tarikh yang sama dalam tahun 1952 dahulu kota Kaherah telah terbakar. Warga kota Kaherah telah turun berduyun-duyun ke jalan raya menunjuk perasaan. Mereka bangun marah kerana sehari sebelum ini soldadu penjajah British telah membunuh 40 orang polis Mesir di Suez. Ini permulaan gerakan nasionalisma moden Mesir. Enam bulan kemudian Nasser dan Free Officer Movement telah merampas kuasa. Raja Farouk telah dihanyutkan ke Rom.

Revolusi Naseer sebenarnya masih segar dalam dalam ingatan anak anak muda ini. Kerana itu tarikh ini telah dipilih untuk menjadi satu tanda pemisah antara rejim revolusi Naseer dengan rejim Sadat dan Mubarak.

Jangan kau lupa wahai kawan ku tentang bagaimana a kaum falahin – kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota telah keluar menunjuk perasaan pada 18-19 Januari 1977 dahulu. Mereka menjadi mangsa Bank Dunia dan International Monetary Fund. Kaum kapitalis ini telah memaksa Presiden Sadat memansuhkan subsidi harga gandum sehinggakan warga miskin tidak ada keupayaan untuk membeli makanan asas ini. Tujuh puluh sembilan telah shahid ditembak mati dan 800 cedera kerana menunjuk perasaan apabila harga roti dinaikkan.

Tidak cukup dengan kezaliman ini – setahun kemudian Anwar Sadat telah membuat perjanjian damai dengan zionis Israel. Babak ini dianggap sebagai satu penghinaan dan pembelotan terhadap perjuangan warga Arab khususnya warga Palestin.

Kawan ku, kau wajib mengetahui dan memahami tentang musibah yang dibawa oleh dasar ‘ infitah – penswastaan’ yang diperkenalkan oleh Sadat. Berpuluh-puluh syarikat milik negara telah di swastakan kepada para kroni, anak bini dan saudara mara. Tuan-tuan empunya pabrik dan kilang yang telah diswastakan ini tanpa segan dan malu telah membuang dan mengurangkan tenaga kerja. Langkah ini untuk memastikan keuntungan berlipat ganda.

Tanpa bantuan kerajaan dan daulah ribuan kaum tani, kaum buruh dan penduduk mikin kota terus hidup merempat. Mereka yang ada pekerjaan terus dibayar dengan upah yang murah. Tuntutan gaji minima telah ditolak. Pada tahun 2006 seramai 24,000 kaum buruh dari berbelas belas kilang kain telah melancarkan mogok. Ada kilang kain kerajaan dan ada dari kilang kain swasta. Mereka telah bersatu menuntut upah yang lebih. Pada tahun 2007 sekali lagi mogok yang sama berlaku.

Pada 6 April 2008 – satu lagi mogok telah dirancang. Tuntutan kaua buruh kain ini adalah sama seperti tahun 2006/7 – meminta gaji minima dan mendapt khidmat kesihatan. Presiden Mubarak telah meghantar polis untuk menganasi kaum buruh. Ada yang di tangkap. Kilang ditutup dan ramai pemimpin buruh berakhir dalam penjara.

Kawan ku, aku rasa kau pernah terbaca 6 April Youth Movement. Yang aku surahkan disini hanyalah teromba dan salasilah bagaimana bermulanya Gerakan Anak Muda 6 April ini . Kumpulan anak muda ini telah menyahut laungan kaum buruh dan meneruskan perjuangan dilaman blog dan alam maya.

Anak-anak muda ini telah meneruskan perjuangan kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota. Mereka telah membuat tuntutan ini :
1 – Tamatkan pemerintahan rejim Mubarak
2 - Tolak usha untuk menjadikan Gamal Mubarak , anak Mubarak sebagai ganti Presiden
3 - Bukakan ruang kebebasan dan wujudkan lembaga untuk menjalankan pilihanraya yang adil dan bebas
4 – Hentikan keganasan polis dan mukahabarat/SB dan dakwa penjenayah ini

Tuntutan ini terpampang luas di Dataran Tahrir. Tuntutan inilah yang menjadi pemidai dan kain rentang yang menyatukan kaum buruh, kaum tani, anak muda, kaum nasionalis, wanita, kaum agamawan dan kaum kiri. Islam dan Kristian telah bahu membahu mendobarak kebatilan. Mereka telah berjaya mengalang satu barisan rakyat untuk membebaskan Mesir dari cengkaman elit politik yang telah merompak kekayaan negara.

Kawan-kawan ku, ketika aku menulis ini sejarah perjuangan ini belum selesai. Dunia Arab masih bergolak. Aku tidak berani menjadi nujum untuk meramalkan apa yang akan berlaku. Tetapi aku sedar dan yakin bahawa kaum pemodal, kaum zionis dan imperialis Amerika sedang merancang untuk memandulkan Revolusi Sungai Nil ini.(TT)


PETIKAN T.T

Selasa, 22 Februari 2011

ada dan tak ada


..................................................................................
mereka-mereka seperti Bob marley, Jimi Hendrix,
Iron Maiden, Megadeth,Dying fetus, Meor yusof, Nik bin jidan, Iwan Fals
banyak memberi pengajaran menerusi lagu-lagu mereka. Jika anda rasa kadang-kadang mereka
ini seperti melampau, kaji dulu "pengisiannya". Jangan dihukum terus. Akan tetapi, ingatlah, bagi sesuatu itu "masih ada batasnya...". petikan dari blog "entah"



maka ada dan tak ada kami di arena musik malaysia adalah seperti sampah2 yang bertaburan di jalanan, ye memang aku bernada sedikit emosi bukan sebab apa-apa cuma kasihan melihat teman2 musisi yang lain yang sama-sama berjuang untuk mengisi perut dan memcari identiti dalam musik yang kami persembahkan..


hahaha nadanya seperti fynn jamal yang menguncang poket2 usahawan yang menguruskan persembahan pentas2 kecil supaya memberi imbuhan ala kadar untuk menampung belanja pengangkutan atau lebih senang difahami bayar duit minyak makan minum serta rokok..

Awwww...........hahaha keterlaluan kah kata2 saya disini?? ermmm korang pikir la sendiri mesej didalam lagu2 fynn jamal atau mana yang lebih penting!!!



26febuary saya dijemput untuk memeriahkan acara sambutan konsert maher zain di stadium shah alam dan banyak lagi acara akan berlansung disana.

salam hormat jumpa disana..insyallah

Senin, 21 Februari 2011

RASUAH RASUAH RASUAHHH!! CINA RASUAH MELAYU APASAL TAK TANGKAP

Norhanizatuazwin Samsuni, 30, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Mat Ghani Abdullah mendapati dia bersalah kerana setuju menerima wang RM10,000 daripada Ketua Eksekutif syarikat Syarikat Winmont Development Sdn Bhd, Datuk Lau Kim Soo, sebagai balasan kepada kelulusan untuk satu permit membawa keluar pasir.



LIHAT BERITA DI ATAS


apa jadi dengan DATUK LAU KIM SOO
dia pemberi rasuah
kenapa dia tidak ditahan sama?

mana dia pukida
kenapa tak minta sultan tarik balik derajah datuk ini?
mana dia ngo melayu?
bukan kah datuk ini hina raja
kerana beri derajah kebesaran tapi amal rasuah?

mana dia pejuang islam zul nordin?
kenapa tak minta DATUK LAU KIM SOO ini di gantung mati?

mana dia melayu jati?
kenapa tak minta china ini dihukum kerana amal rasuah?

mana raja melayu?
tak kan tak baca berita ini?

macam mana china ini dapat datuk?
sultan tak malu?
ketua menteri tak malu?
gabenor tak malu?
pooorah !!!

Kenapa Bob Lokman sertai PAS




ERMM HAHA YE LA DULU GUA KEROH BANYAK BUAT SALAH SEKARANG SUDAH INGAT..BAGUS BOB, BUAT LA LAGU ISABELA II OPSSS HAHA

kawan tim tukar tiub

judi halal ialah genting milik cukong lim goh tong
judi halal ialah tikam ekor milik lebai vincent tan

kenapa judi ini polis tak tangkap?
ini kerana towkay judi ini telah kautim dengan ketuanan melayu
ketuanan melayu ada saham dalam judi halal ini

maka polis dijadikan baru'a' untuk tangkap judi haram
polis buat kerja ini kerana kalau tak tangkap judi haram
judi halal akan hilang pelanggan

jelas polis digunakan untuk menambah kaya towkay judi halal
inilah dia contoh ketuanan melayu
persoalan sekarang apakah "judi" ini halal atau haram?
kah kah kah

Rabu, 09 Februari 2011

Ancaman Piramid Firaun

Himpunan setiakawan antara rakyat malaysia dan rakyat mesir agar Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan segera supaya ada pemimpin muda yang berani membuat perubahan dalam sistem pemerintahan mesir..

hai apa lagi!!!! dah 30 tahun memerintah secara kuku besi, dan duit pun dan berbilion2 juta harta sudah bertimbun2 jadi sudah2 lah tu...malas nak berhujah panjang2 lu baca la sendiri cerita kat bawah ni.



DIMANA ADA PENINDASAN – DISITU ADA PERLAWANAN


Sebelum saya berkesah tentang Mesir lebih baik saya buka sadikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih muda sangat ketika Presiden Marcos dari Pilipina dan Presiden Suharto dari Indonesia berada dipuncak kuasa. Mereka berdua adalah diantara beberapa orang ditaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.

Di zaman Perang Dingin – perang idealoji sosialis lawan kapitalis - Amerika memilihara berpuluh puluh ekor ditaktor. Di Latin Amerika dan di Afrika bersepah sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Assia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan semuanya dibawah junta tentera dan ditaktor.

Di zaman inilah Marcos dan Suharto wujud. Kedua-dua Presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik tahtha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan alat senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin : mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.

Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Pilipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Suharto di humbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi Presiden selama 30 tahun.

Kedua-dua Presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihanraya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yangh direka-reka.

Mari kita kembalai kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika ini sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Suharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarkan tentera. Jangan silap baca – politik moden Mesir sesudah perang dunia ke dua bukan politik pro Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia.

Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strateji politik, perniagaan dan militer kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.

Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia ke dua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Russia.

Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki baki dari Empire Ottoman sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera Naseer telah melihat bagaimana bumi Arab di racik-racik oleh kuasa kolonial British dan Peranchis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.

Pada tahun 1952 Naseer dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari tahtha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Naseer dari Mesir.

Pengaruh Naseer bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syrian pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan stratejik Nasser untuk menentang pengaruh zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.

Pada tahun 1955 , Naseer, Chao En Lai dan Sukarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Naseer dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Naseer dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948.

Kuasa imperial British, Peranchis dan Israel tidak senang tidor dengan Mesir di bawah pimpinan Naseer. President Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memilik negarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britaian, Peranchis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia ke dua. Kuasa imperilis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di timur tengah.

Pada awalnya – seperti Perjanjian Bandung - Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Russia. Akhirnya Russia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Russia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan , malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.

Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang di tentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo China Amerika sednag dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab- Mesir.

Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelamakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel-nya. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.

Dizaman Nasserlah kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Naseer juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya.

CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti komunis dan anti gulungan progresif. CIA telah memilihara dan mendukong parti Muslim Adik Beradik atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.

Dasar-dasar Naseer yang anti Amerika selalu mendapat tentang dari parti Muslim Adik Beradik. Amat jelas di zaman ini parti Muslim Adik Beradik ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nassser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan Parti Muslim Adik Beradik Mesir.

Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.

Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin di rampas Israel hingga ke hari ini. Sinai wilayah Mesir di rampas oleh Isreal.

Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan wafat. Maka sekali lagi politik Mesir berubah.

Pengganti Naseer ialah Anwar Sadat. Anwar Sadt juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari tahtha.

Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politk yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis President Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin – Mossad dan CIA – terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul.

sumber petikan(TT)

nota:
Akan disambung di bahagian kedua
tentang sejarah dan politik Mesir moden.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog