Himpunan setiakawan antara rakyat malaysia dan rakyat mesir agar Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan segera supaya ada pemimpin muda yang berani membuat perubahan dalam sistem pemerintahan mesir..
hai apa lagi!!!! dah 30 tahun memerintah secara kuku besi, dan duit pun dan berbilion2 juta harta sudah bertimbun2 jadi sudah2 lah tu...malas nak berhujah panjang2 lu baca la sendiri cerita kat bawah ni.
DIMANA ADA PENINDASAN – DISITU ADA PERLAWANAN
Sebelum saya berkesah tentang Mesir lebih baik saya buka sadikit tentang sejarah politik yang lebih dekat dengan wilayah kita sendiri. Biar saya surahkan kepada anak anak muda yang masih muda sangat ketika Presiden Marcos dari Pilipina dan Presiden Suharto dari Indonesia berada dipuncak kuasa. Mereka berdua adalah diantara beberapa orang ditaktor ganas yang pernah muncul di arena politik Asia Tenggara.
Di zaman Perang Dingin – perang idealoji sosialis lawan kapitalis - Amerika memilihara berpuluh puluh ekor ditaktor. Di Latin Amerika dan di Afrika bersepah sepah kepala negara yang merampas kuasa dan menjadi ditaktor. Bagitu juga di Assia Tenggara – Vietnam, Laos, Burma , Thailand dan Korea Selatan semuanya dibawah junta tentera dan ditaktor.
Di zaman inilah Marcos dan Suharto wujud. Kedua-dua Presiden ini adalah budak suruhan Amerika Syarikat yang amat setia. Mereka naik tahtha kerana Amerika memerlukan khidmat mereka. Amerika syarikat memberi sokongan politik, sokongan ekonomi dan membekalkan alat senjata kepada para ditaktor ini. Sifat ditaktor ini sama sahaja ketika Perang Dingin : mereka anti demokrasi, anti kebebasan yang bertopengkan anti komunis.
Akhirnya Ferdinand Marcos telah dihumbankan oleh rakyat Pilipina pada tahun 1986 setelah berkuasa selama 21 tahun. Manakala Haji Ahmad Suharto di humbankan oleh rakyat Indonesia pada tahun 1998 setelah menjadi Presiden selama 30 tahun.
Kedua-dua Presiden ini telah dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah bukan melalui pilihanraya. Rakyat Filipina dan Indonesia telah memilih jalan raya untuk menghumbankan kedua dua ditaktor ini. Ini fakta sejarah dan bukan berita dongeng yangh direka-reka.
Mari kita kembalai kepada Hosni Mubarak Presiden Mesir yang ketika ini sedang dikepong oleh rakyatnya. Dari segi pensejarahan Presiden Mubarak ini lebih mirip dengan Presiden Suharto. Mereka memiliki latar belakang budaya politik yang sama. Dua-dua berlatarkan tentera. Jangan silap baca – politik moden Mesir sesudah perang dunia ke dua bukan politik pro Amerika. Mesir memiliki sejarah nasionalis Arab yang kukuh, sejarah menentang zionis Israel, dan dasar anti imperialis yang jelas. Ini sama seperti sejarah negara bangsa Indonesia.
Mesir negara Arab yang terbesar dengan 86 juta penduduk. Manakala Indonesia adalah negara penganut Islam terbesar dengan 238 juta penduduk. Dari segi strateji politik, perniagaan dan militer kedua-dua negara ini amat penting untuk kuasa imperial dan kaum pemodal.
Kalau Indonesia moden dilahirkan bersama watak Presiden Sukarno, Mesir moden muncul bersama watak Presiden Nasser. Dua protoganis ini adalah nasionalis hebat yang mucul sesudah perang dunia ke dua. Mereka telah mengemudi tanah air mereka untuk bebas dari pengaruh Amerika mahu pun Russia.
Nasser lahir dari gerakan Free Officers Movement. Ini satu gerakan bawah tanah yang anti British. Sebelum perang dunia kedua, Mesir sebagai saki baki dari Empire Ottoman sedang diperintah oleh Raja Farouk. Mesir adalah tanah jajahan British. Sebagai pegawai tentera Naseer telah melihat bagaimana bumi Arab di racik-racik oleh kuasa kolonial British dan Peranchis. Nasser juga melihat bagaimana negara Arab tewas dan Israel dilahirkan di bumi Arab.
Pada tahun 1952 Naseer dengan gerakan bawah tanah ini telah melakukan satu revolusi dan merampas kuasa. Raja Farouk telah diturunkan dari tahtha dan dilayarkan ke Itali. Mesir kini merdeka dari British. Maka bermulalah dasar Pan Arabism atau nasionalisma Arab yang disebarkan oleh Naseer dari Mesir.
Pengaruh Naseer bagitu kuat sekali. Semangat kesedaran bangsa Arab naik menjulang. Malah Mesir dan Syrian pernah bersatu sebagai Republik Arab Bersatu pada tahun 1958 hingga tahun 1961. Inilah rancangan stratejik Nasser untuk menentang pengaruh zionis di bumi Arab. Ini kerana Naseer sedar bahawa Mesir ialah tembok dan kunci untuk bumi Arab melawan Israel.
Pada tahun 1955 , Naseer, Chao En Lai dan Sukarno telah mengadakan Konferensi Bandung. Konferensi Bandung inilah yang melahirkan blok Negara-Negara Berkecuali. Sekali lagi kuasa imperial Amerika merasa bahawa orang yang bernama Naseer dan kaum nasionalis dari Dunia Ketiga ini amat merbahayakan. Mesir di bawah Naseer dilihat amat merbahaya buat Isreal yang baru bertapak pada tahun 1948.
Kuasa imperial British, Peranchis dan Israel tidak senang tidor dengan Mesir di bawah pimpinan Naseer. President Nasser telah mengambil dasar nasionalis Arab. Naseer telah memilik negarakan Terusan Suez pada 26 Julai 1956. Kuasa kolonial Britaian, Peranchis dan Israel telah menyerang Mesir. Ketika ini muncul kuasa imperial baru yang mencelah masuk dan berusaha untuk menamatkan perang ini. Kuasa baru ini ialah kuasa imperial Amerika - satu kuasa yang terkuat sesudah selesai perang dunia ke dua. Kuasa imperilis Amerika mencelah masuk seolah-olah menyebelahi Mesir kerana ingin mencari kawan dan sahabat di timur tengah.
Pada awalnya – seperti Perjanjian Bandung - Presiden Nasser telah mengambil dasar berkecuali tetapi apabila projek empangan Aswan cuba digagalkan oleh British maka Presiden Nasser telah mula berbaik-baik dengan blok Soviet Russia. Akhirnya Russia telah menjadi rakan setia kepada Mesir. Russia bukan sahaja telah membantu menyiapkan empangan Aswan , malah telah membekalkan senjata terkini dan tercanggih buatan Blok Soviet untuk tentera Mesir.
Semua ini berlaku di zaman Perang Dingin. Pada ketika ini kuasa imperialis Amerika sedang di tentang oleh rakyat dunia ketiga. Di Indo China Amerika sednag dipukul hebat oleh rakyat Vietnam. Rakyat Dunia Ketiga dengan sokongan politik dan persenjataan dari Russia telah berani bangun menentang Amerika. Di era inilah Soviet Union telah berjaya mendapat rakan yang paling berpengaruh di bumi Arab- Mesir.
Di zaman ini tidak ada seorang pun pemimpin Arab yang berani membuat hubungan sulit dengan Israel. Malah banyak negara Arab ketika ini memiliki dasar luar yang tidak pro Amerika atau berkecuali. Saudi yang dijelamakan sebagai raja oleh kuasa British pun tidak berani menunjukan sentimen pro-Israel-nya. Ini kerana sesiapa sahaja pemimpin Arab yang dilihat bersubahat walau pun secara sulit dengan Israel pasti akan digugurkan oleh rakyat.
Dizaman Nasserlah kuasa imperial Amerika terdesak. Kaum buruh di Mesir mula menyusun kasatuan sekerja. Kaum tani di Mesir telah berani menuntut hak tanah mereka. Kaum pelajar dan anak muda bebas berpersatuan. Naseer juga telah memulakan dasar ekonomi sosialis. Melihatkan semua ini berlaku maka kuasa imperial Amerika malalui CIA telah mula menjalankan jarumnya.
CIA telah berjaya menanamkan bibit-bibit Islam yang anti komunis dan anti gulungan progresif. CIA telah memilihara dan mendukong parti Muslim Adik Beradik atau Ikhwan Muslimin. Parti ini pada awalnya bekerjasama dengan Nasser tetapi telah menjadi sebuah parti reaksioner yang anti kaum buruh dan anti gerakan nasionalis Arab.
Dasar-dasar Naseer yang anti Amerika selalu mendapat tentang dari parti Muslim Adik Beradik. Amat jelas di zaman ini parti Muslim Adik Beradik ini telah diperalatkan oleh CIA untuk menentang Nassser. Dokumen-dokumen yang baru ditemui telah membuktikan jelas hubungan CIA dengan Parti Muslim Adik Beradik Mesir.
Ketika ini musuh agung Mesir dan warga Arab ialah zionis Isreal. Amerika bersama Isreal terus merancang untuk menumpaskan pengaruh Nasser dari bumi Arab. Pelbagai rancangan licik dijalankan. Akhirnya perang meletus pada bulan Jun 1967. Israel terlebih dahulu secara mengejut telah menyerang Mesir. Kapal terbang tentera udara Mesir menjadi sasaran pertama Israel. Pertahanan udara Mesir lumpuh.
Perang Enam Hari atau Perang Bulan Jun ini adalah kekalahan yang amat sangat untuk umat Arab. Bukit Gholan milik Syria dirampas Israel hingga ke hari ini. Tebing Barat bumi Palestin di rampas Israel hingga ke hari ini. Sinai wilayah Mesir di rampas oleh Isreal.
Kekalahan ini juga adalah pukulan yang maha hebat secara pribadi untuk Presiden Naseer. Ini adalah pukulan maut dari segi politik, diplomasi dan ketenteraan. Tiga tahun kemudian pada 28 September 1970 Nasser diserang penyakit jantung dan wafat. Maka sekali lagi politik Mesir berubah.
Pengganti Naseer ialah Anwar Sadat. Anwar Sadt juga adalah dari kumpulan Free Officerrs Movement. Malah pernah dipenjarakan oleh British kerana gerakan anti-penjajah. Dari segi sejarah Anwar Sadatlah yang bertanggung jawab menghebohkan berita di radio kepada rakyat Mesir ketika gerakan Free Officer Movement melakukan rampasan kuasa dan menurunkan Raja Farouk dari tahtha.
Sekali imbas, Anwar Sadat dengan sejarah politk yang baik adalah sosok yang unggul untuk menyambung dan meneruskan garis politik dan ekonomi nasionalis President Naseer. Tetapi di zaman Perang Dingin – Mossad dan CIA – terus bergerak untuk memastikan negara Arab yang berpengaruh ini akan mandul.
sumber petikan(TT)
nota:
Akan disambung di bahagian kedua
tentang sejarah dan politik Mesir moden.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN - Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan berse...7 bulan yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...6 tahun yang lalu
-
Hai Juana! - Sebentar tadi, Juana mesej saya di Telegram:- *"Beb, mula la menulis".* Lalu saya jawab:- * "Aku tengah menulis la ni. Menulis Afidavit. Susah w...6 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...9 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...9 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar