Minggu, 13 November 2011

SHAHRIZAT DAN ONE' MENERUNG

MARI LAH MENERUNG, YOU ALL TAU TAK LAST NIGHT MY MENTERI KABERET MENERUNG DENGAN TERUNG. SALAM ONE MENERUNG SHAHRIZAT!!

anak syarikat anak jahanam, sampai lapan tahun lapan jam

kuasa pikir juta juta, perempuan kaberet diangkat melambung

silap tak pilih nama baik2 terpancul nama one'menerung

otak belit perempuan kaberet lepas nafsu pakai terung



dalam geram jantan hero datang membawa pedang

cuba memuaskan nafsu sijalang

waktu malam malam sunyi dan murung dia terbelalak memerhati

wajah sijalang puas dengan terung dipuki



keluarga siapa nama siapa

one'menerung siapa yang punya

jalil ya jalil

jalil ya jalil



lalat lalat liar kupu kupu malam

hinggap pada taik ghirah ghairah ghairah

one'menerung salah tersorong

bikin otak jadi linglung

Senin, 24 Oktober 2011

fakta: Tiada Ugama (9,726) dan tiada maklumat agama (22,595)

ISU KOD NEGARA 71


Bagi pecahan agama daripada "pengundi" yang warganegaranya tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % atau 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam.

"Pecahan" bukan beragama Islam adalah seperti berikut = Buddha (50,842), "Tiada Maklumat ugama" (22,595), Hindu (12,698), "Tiada Ugama" (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83).

Menariknya bagaimana mereka yang tidak mempunyai maklumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.


oleh;
ust nasrudin hassan tantawi.




saya tertarik dengan persoalan diatas tadi seperti yang brade nas tulis yang mencatatkan *Memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan ahli-ahli parlimen Malaysia, daripada Nasruddin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.

dan saya juga ingin menegaskan disini mempersoalkan juga "bagaimana manusia pendatang yang tidak diketahui agamanya ini berada dimalaysia?

"Tiada Maklumat ugama" (22,595) dan "Tiada Ugama" (9,726)


KALAU DAH TAHU TAK ADA UGAMA JANGANLAH BENARKAN MEREKA BERADA DIMALAYSIA JANGAN CEMARKAN TANAH MELAYU INI DENGAN BILANGAN KAUM YANG TIDAK MAHU MENGINGATI ALLAH.

JIKA MEREKA MAHU JUGA TINGGAL DITANAH MELAYU AJARKAN MEREKA DENGAN LEMBUT AGAR MENGENAL ALLAH

Minggu, 23 Oktober 2011

Patrick Watson - Sit Down Beside Me





Sit down beside me and stay awhile
Let our hearts do their parts
With wine and words to meet the hours
So the day never starts
Cause that's what I want
That's what we need
Cause that's what we want
Cause that's what we need

Sit down beside me and stay awhile
Don't rush out ......
Till we're old and grey
Till we've got nothing left to say
Cause that's what we want
That's what we need
Cause that's what we want
That's what we need

That's what we need
Cause that's what we want
That's what we need

Oh lay, lay low
Deep in time tonight
Oh lay, lay low
Deep in time tonight
Stay awhile
I will lay with love
If you talk to me now
Stay awhile

Sit down beside me and stay awhile
Till the night runs away
Till the morning rises, and we part our ways
To the end of our days

Kamis, 20 Oktober 2011

bukan tak pernah salah ..

ketika harum bauMu kekasih

terang benderang bulan dilangit

aku dalam terdiam

kemana perginya puisi cinta




ketika namaMu bergema

menghentam keras tembok istana

aku dalam terdiam

mencari keredhoan




sepi ini ruang untuk kita lebih mengenali

erat dan lancar mata hati bernyanyi

guru hidup dan guru yang telah pergi

sekilas datang teguh menemani




dalam fikiranku terbang jauh

kemasjidil al-aqsa dan bencana kebuluran disomalia

entah kenapalah dosa mereka disana




tuhan berikan hidayahMu

tetapkanlah aku mengingatiMu

lebih lebih lagi disaat aku sedang mara

menjalani takdir indah ini

Selasa, 20 September 2011

merdekalah ..

merdekalah hati
merdekalah negeri
buanglah yang keruh
ambillah yang jernih


pimpinan terbaik
jadikan amalan
bersuara kencanku
pastikan kebenaran


tanah ku ibu pertiwi
tempat tumpah darahku
bersatulah..bersatulah
dengan langit yang memayungi


tanah ku bangsa berdamai
semua juga menikmati
merdekalah .. merdekalah
semangatkan jangan pergi
bersatulah .. bersatulah
semangatkan jangan pergi

merdekalah .. merdekalah
semangatkan jangan pergi

Sabtu, 10 September 2011

jadilah demokrasi ini jangan basi

lambat..lambat..lambat menunggu siang

kejam..kejam..kejam orang menghentam

dua..dua..dua saling bercakaran

demokrasi..demokrasi demokrasi anjing kurap



batu dan kayu jadi senjata

api neraka sedang menyala

didepan istana raja membisu

matanya buta telinganya terkunci


jadi..jadi..jadi jadi demokrasi

jadi..jadi..jadilah demokrasi ini

jadi..jadi..jadi jadi demokrasi

jadi..jadi..jadilah jangan basi



orang mengelar namanya dengan nama demokrasi

dimana..dimana dimanakah demokrasi

jangan dicemarkan dengan tipu dan nista


ohhh jadi..jadi..jadi jadilah demokrasi ini

jadi..jadi..jadi..jadilah jangan basi

Rabu, 07 September 2011

yang sudah dan tak sudah

isu demi isu yang telah ketinggalan zaman mula dibangkitkan semula, isu dalam kain mak cik kangkong dan pak cempedak macam baru lepas digoreng. isu belum masuk rumah dikatakan sudah hampir basi, tapi ini isu sejarah pasal orang yang sudah mati. mula la cik embun dan abg kemela mencari2 kitab lama membelek2 surah perati dalam-dalam tulisan jawi, tapi ada sikit boleh eja dan dibaca dan masih banyak yang belum termengaji lagi. silap betul dulu tak belajar surah jawi sampai sekarang dok rumi al rumi menari nari dalam gelap sampai pagi.

kelajuan masa tak dapat dibendung sejarah tak pasti mana satu betul mana yang salah. nak cari pengawal bukan jaman ini, ini jaman modernisasi jadi, kolaborasi. pemuda melawan generasi. hitam putih apa peduli tiga line juga yang dicari. bikin yang banyak kepada yang sedikit bikin yang sedikit kepada yang banyak, lebih2 banyak juga orang kita yang mati. GELAP masa depan bangsa melayu kalau begini. tak setuju dianggap rasis dalam juang mana punyai pilihan, kata TUAN juang sampai ketitisan tapi tuan selalu saja ketirisan.

anak tok ampu dah gagal lagi mau berdebat dengan tim menteri, anak menantu masih belum kena SEBAT lagi kerana kerap menjual harta negeri. semua ni masih belum reti mengalah dah nak mampos pun masih nak bermegah2. aku sanggah kau dalam jujuran alam fitrah sebab yang menang hanya ALLAH.

Selasa, 16 Agustus 2011

Apa makna tanah rezab melayu kepada maruah bangsa Melayu?

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! YTL CORP BHD DIKUASAI OLEH KELUARGA TAN SRI YEOH TIONG LAY MELALUI YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN BHD.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].

Jika UMNO mengaku boleh membantu rakyat di negeri Pakatan Rakyat, sila perhatikan fakta ini di negeri lubuk UMNO sendiri. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat?

Menurut kajian Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat), Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Ironinya aktiviti 'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalah jenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan tanah KTM ratusan hektar yang menimbulkan kontroversi di dalam hubungan kedua-dua negara ialah isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Republik Singapura. Tanah pajakan kekal 999 tahun itu diperoleh melalui perjanjian di antara Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Perjanjian Tahun 1918. Perjanjian ini telah digazetkan dalam The Singapore Railway Transfer Ordinance (Chapter 380) pada tahun 1918 kini telah terlepas kepada Singapura dalam bentuk perjanjian yang tidak menguntungkan bangsa dan tanahair pada masa akan datang.

Suatu ketika dahulu Dr Mahathir meneropong Pulau Pinang dari Seberang Perai dan terlihat kawasan perkampungan Melayu Jelutong yang terhakis dan dhaif sedangkan Gerakan-BN sedang memerintah Pulau Pinang. Beliau mengatakan penduduk melayu Jelutong seperti melayu selepas Perang.

Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya. Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.


Muhammad Nuruddin Bashah. harakahdaily


Rabu, 10 Agustus 2011

Kerja jahat UMNO sekat perkembangan ilmu agama

Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas suatu kerja jahat dan bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat.
Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid.

Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya.

"Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai.

"Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah.

"Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat.

Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja.

"Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya.

Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam.

Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam.

"Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara.

"Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam.

"Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau.


by PASPB

MELAYU YANG TAKUT

Apa dia Melayu yang takut?

Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang telah begitu lama ditakut takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki initiatif sendiri.

Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal.

Otak manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Inilah dia Malapetaka yang menghimpap manusia Melayu. Justeru tarikah 31 Ogos ini sama-sama kita nobatkan sebagai hari Malapetaka untuk Tanah Melayu.

(TT)

Sering kita dengar melayu yang takut ini adalah melayu pengampu united malay NATANG organisation. SEBAB APA? sebab kalau tak ikut nanti tak dapat projek atau nanti akan masuk neraka, melayu yang takut adalah melayu yang mengikut saja apa kata ketua mereka tak kira parti apa sekalipun. kerana ada habuan syurga mereka menurut 100peratus kata ketua mereka. ini melayu yang takut malahan juga bodoh.

bangsa melayu kena ada pendirian dalam diri mereka sendiri kalau seandainya ketua mereka melakukan perbuatan jahat atau mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan akal budi pemikiran mereka, mereka haruslah menyangkal dengan terang2. meskipun Raja atau sultan atau juak umngok atau pakatan kerana yang berkuasa harus membuat kebaikan pada semua orang.

Selasa, 09 Agustus 2011

MONYET MONYET MONYET

mahafiraun mahatir pandy kuty kata ada usaha hancurkan umngok...ishhh baru nak tau ke monyet tua ni. memang la sekarang ni rakyat dah menyampah sangat dengan umngok.

undi tipu, mat bangla mat indon minah siam mat negro semua boleh undi barang naik.

angkara pentadbiran umno orang islam banyak yang MURTAD. guru agama makrifat dikata sesat dibunuh

cukong kaya orang melayu papa kedana, tanah orang asli dirembat. orang asli tak dapat makan lontong tupai tak boleh cari petai tak boleh memburu biawak, gaji sikit anak ramai hidup tersepit beban hutang bertambah.


rosmah beli cincin juta2. najib ada skandal bunuh dan rasuah. PHD beli doktor2 palsu memang haru biru, bolak balik nak kaji apapasal dulu tak mau mengaji. sekolah orang putih hukum islam dianggap remeh.

raja2 disuruhnya titah guna texs. raja pun satu bodoh macam lembu kena tarik idung oleh umngok.


SUDAH TENTU KAMI RAKYAT TAK SETUJU SEBAB LEBONG UMNGOK SEMUA TIPU

indah cerah alam raya dipagi hari raya

ohh hari raya datang lagi
gemerincing suara suci menawan cakrawala
selamat berbahagia menyucikan hati
dipagi hari raya ini

ohh jangan dilupa pada yang telah pergi
tuhan kabulkan hajat hambaMu yg walang
salam hamba pada semua
bersalam salaman dipagi hari raya

indah cerah alam raya
wajah kekasih didepan mata
membuat hatiku berbunga bunga
dipagi hari raya

ewahhhhhhh selamat hari raya oi oi oi oi
selamat selamat hari raya

Minggu, 07 Agustus 2011

SULTAN SUDAH MATI

Bahkan dewasa ini tiada anak muda yang mahu menurut perintah serta larangan sultan atau Raja yang mengaku sebagai ketua negara. soalnya kenapa jadi begitu? disebutkan disini ketua ugama adalah Raja tapi apa fungsi meraka2 ini yang hanya berdiam diri semasa umat islam sedang bertempur dengan masaalah umat islam yang harubiru hilang punca dan hilang taring khalid al-walidnya dan dimana hilangnya sifat umar al-khattabnya.


Ternyata fungsi sultan dan raja2 ini hanya memakan duit cukai rakyat bawahan yang berugama islam dimalaya ini. sengaja saya menyebut Malaya disini kerana tanah ini belum merdeka lagi sejak 54 tahun dulu.


Kepada mereka2 yang bertanya mengapa saya selalu mencemuh institusi raja ini adalah kerana kalangan mereka inilah yang menjual negara dan ugamanya. kita lihat saja beberapa hari yang lalu ketika umat islam sibuk menunaikan ibadah puasa, negara digegarkan dengan isu MURTAD! dan dimana kaum kerabat raja2 ini? tidak adakah yang mahu ambil peduli pada umat islam yang semakin diambang kejatuhan ini? apakah mereka2 ini pekak atau tuli atau memang sengaja tidak mahu ambil peduli soal ugama dan permasaalahan bangsanya sendiri bahkan langsung tidak kedengran komentar dari intitusi jahanam ini.


(Engku Ibrahim telah mulai bersara (07.01.11) dan akan digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66) lihat saja disini siapakah ganti ku ibrahim selalu penyimpan mohor besar raja2? syed DANIAL syed ahmad! bahkan kalian lihat sendiri pada namanya saja sudah melambangkan kristian apakah anak muda yang berugama islam dapat menerima kenyataan ini dengan mudah?


Bertapa hina dan mudahnya paderi2 kristian memperdaya umat islam dengan hanya menaburkan wang sogokan untuk menyara kehidupan mereka yang miskin dan memerlukan yang semakin terdesak oleh kerajaan yang korup ini, sehingga mereka sanggup meninggalkan ugama islam yang suci sejak dari awal dunia ini dijadikan begitu jugalah hinanya badan2 kebajikan seperti tabung zakat dan badan kebajikan masyarakat yang sudah diketahui mengaburi mata rakyat dengan program2 yang hanya mementingkan Glamor bila menghulurkan bantuan.



RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH. pepatah ini bukan asing bagi kita orang melayu, maka kalau sudah tiada sultan atau raja yang berani menegakkan ugama islam ditanah melayu ini SILA BUBARKAN SAJA INSTITUSI RAJA!! BIAR KAMI RAKYAT SENDIRI YANG MENGADILI.

MALULAH PADA ALLAH WAHAI RAJA2 MELAYU KERANA MASIH ADA ORANG MISKIN DINEGARA YANG KAYA INI SEDANGKAN KAMU DUDUK DI ISTANA MEGAH DENGAN PAKAIAN MEWAH.

Sabtu, 06 Agustus 2011

MEMANG MACAM ORANG GILA

Macam orang gilak!
Membebel membebel membebel
Melalak melalak melalak
Mengilai mengilai mengilai
Tapi kosong
Macam tong kosong
Macam orang gilak
Menjilat menjilat menjilat
Itulah keje pecacai
Bulan pose buat dose
Itulah keje orang gile*
Macam orang gilak!



NUKILAN (LAYAN)

Jumat, 29 Juli 2011

salam ramadhan 1432

lagi satu ramadhan datang ini kali yang 1432.



sahabat dan semua makhluk yang masih hidup hendaknya bersyukur kerana ramadhan datang lagi untuk kita mencari hidayah meneruskan perjuangan.

salam ramadhan 1432hijrah buat seluruh umat manusia yang mengenal ALLAH

Rabu, 27 Juli 2011

NAKBA DAN MALAPETAKA

Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera.

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah. (TT)

Jumat, 22 Juli 2011

SESUDAH NAJIB PULANG MENUNTUT ILMU HITAM DARI POPE

Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila mengarahkan penangkapan William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis.

Namun apabila peguam hak asasi manusia dari Mahkamah Perancis itu ditangkap, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan.


Dalam temubual ekseklusif dengan Malaysiakini hanya beberapa jam sebelum beliau ditahan oleh pegawai imigresen, yang menaiki pesawatnya di KLIA pagi ini, Bourdon berkata:

"Cara perbicaraan itu dijalankan, telah menimbulkan banyak persoalan; masih banyak kekaburan mengenai status pembunuhan Altantuya."

JAMPI SERAPAH NAJIB DAN ROSMAH DAN JUGA ILMU HITAM MEREKA MEMBUATKAN KAMBING KAMBING UMNGOK SEMUA LURUH BULU.

TIDAK LAMA LAGI SEMUA KESERAKAHAN MEREKA SELAMA INI AKAN TERBONGKAR

Selasa, 19 Juli 2011

KENYATAAN ORANG ASKAR

ultrazalani

assalamualaikom..salam sejahtera..saya adalah anggota tentera..untuk makluman semua rakyat malaysia dan terutama pada yg teraniaya dek kebiadapan kerajaan Be End...kemanakah hak kami sbg rakyat malaysia?? kami boleh mengundi tetapi melalui undi pos..sebelum digerakkan ke tempat mengundi kami dah diberi penerangan dan amaran oleh pihak atasan kami sekiranya nak berkhidmat lebih lama dalam organisasi ini kami perlu memangkah Be End..kalau tentera pon dah boleh diekploitasi camni apatah lg polis..

LUDAH SUDAH KENA MUKA SENDIRI




anonymous said=Ambiga kan menawarkan guaman percuma untuk orang nak MURTAD bro, lu masih tutup mata bro..!!! Lu jadi orang buta lagi bagus, minta sedekah makan free..!!!!


KAH KAH KAH DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI DAH UMNGOK PUNYA BLOGER YG KOMENT KAT BLOG GUA NI. PADAN MUKA KAU SETAN


HOI PENCACAI UMNGOK NAJIB SUDAH JUMPA POPE WADUH AGAKNYA LA NAJIB NAK BELAJAR ILMU SUFI DENGAN POPE NI... WAH NANTI BOLEH LA AJARKAN MUFTI UMNGOK DAN PENCACAI2 UMNGOK YANG TAKSUB SANGAT DENGAN NAJIS ANAK RAZAK NI DAN KERAJAAN BERAJA NI NANTI BOLEH LAH DIGANTIKAN DENGAN KERAJAAN YAHUDI.


WOW WOW WOW ANAK CUCU DIORANG NANTI BOLEH LA BIKIN VIDEO TELANJANG BANYAK2

Rabu, 13 Juli 2011

SIASAT EMILDA ROSMAH BINI NAJIB SEKARANG

Pagi tadi sekumpulan anak muda dari SAMM telah hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan rasmi mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai yang masuk melalui KLIA. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil tindakkan dan mengemukakan hasilnya kepada tatapan umum kerana kes ini melibatkan isteri kepada Perdana Menteri.

Siasat Rosmah dari mana datangnya uwang yang berjuta itu. Adakah ia dari projek Permata, tidaklah diketahui. Yakin dan percaya ramai lagi pihak yang akan tampil ke hadapan untuk memastikan siasatan ke atas Rosmah tidak dibakul-sampahkan. SAMM juga akan bertidak dari semasa ke semasa jika pihak SPRM tidak menjalankan tugasnya.


rosmah ibu kepada iblis adalah seorang pemboros, penjilat!! perempuan gemok dan pendek yang sangat malang diabad ini. FAT LADY OF MALAYA FLOMsundal!!

PERGI MATI ROSMAH!!!

bicara tentang bulan

dari rakyat kepada rakyat

dari langit turunnya hujan

anak kecil main api

anak muda mainkan gitar


roh2 terbang tadi pagi melayang

khamis yang berkabus tebal dan dingin

memandang langit tak berubah

bulan lesu pulang meninggalkan malam


satu janji dua janji tiga janji dia bilang boleh

namun tersekat juga demokrasi dipalang besi

kebebasan dipenjara dalam sel yang gelap



syamsir mengajak roh berdiam dan bertafakur

sejadah sudah terbentang

cahaya lurus menyilau terang

dan membawa roh pergi pelan2

Selasa, 12 Juli 2011

neutral

kita tak pernah sama, tak akan pernah sama

dari bawah sampai keatas gerombolan ditaja oleh penjajah

orang2 yang belum merdeka adalah pengikut tegar british

ada pula yang berhujah bahawa tanah melayu merdeka menentang jepun

entah sejarah mana, entah kitab apa yang dikaji


menang atau kalah bukan taruhan lagi

sekarang syahid paling dicari

berani mati menegakkan kebenaran

tanah melayu kita pertahankan


ahli agama surahkan hakikat insan

dari sianak kecil hingga rang dewasa

sudah tersuluh jalan2 nabi

untuk yang mahu menyucikan hati

Jumat, 08 Juli 2011

MELAWAN UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN

Kuala Lumpur, 9 Julai 2011, Pihak polis telah menyekat semua jalan masuk ke kuala lumpur bermula jam 12 tengah malam tadi, ini dipercayai atas arahan "tangan ghaib" yang akan berbuat apa saja untuk kekal berkuasa.

Jika anda mampu berfikir secara rasional, apakah motif sebenar sekatan ini, bukankah umporno Be-End pernah mengatakan Himpunan ini sudah tidak mendapat sokongan, adakah mereka berdusta atau ini rancangan mereka untuk megiyakan apa yang mereka katakan.. kerana sesuatu yang digambarkan itu mampu membuat orang percaya.

Yang pastinya Utusan meloya sudah mendrafkan himpunan ini sebagai gagal, itu matlamat dan misi utama yg diberikan kepada mereka oleh "tangan ghaib" maka kita semua pula bertanggungjawab untuk menghalang niat jahat itu terlaksana.

Bangkit la semua jiwa, anda kini dalam zon tidak selesa, dan sesuatu perlu anda lakukan, mari tegakkan demokrasi di atas bumi tercinta ini, ketua negara kita ialah SPBY Dipertuan Agong, bukannya pemimpin rasuah yang rakus kuasa.

Percayalah tindakan tangan ghaib yang mengarahkan polis melakukan sekatan ini sebenarnya tindakan paling bodoh dan terdesak, mereka telah melumpuhkan perniagaan, mereka telah menimbulkan keadaan tegang, ketidak selesaan dan banyak lagi implikasi buruk , Peserta Himpunan tidak berbuat apa-apa, mereka sendiri telah menjamin himpunan ini sebagai himpunan aman.

nampaknya Pihak "tangan ghaib" sendiri yang menyusahkan rakyat, kerana rakus kuasa, mereka buat segala bentuk pelanggaran perlembagaan, mereka inilah pengkhianat. bukan peserta himpunan aman yang mahu menegakkan demokrasi seperti yang selalu mereka canangkan.

masa untuk umnoporno sudah hampir tamat, jadi bersedialah....

buat semua peserta himpunan, percayalah, akan ada anggota polis sendiri yang akan membuka ruang dan laluan buat anda, tunggu saat itu dan gunakan sebijak mungkin. usaha Be-end sudah sampai kemuncak, dan bila berada di penghujung kemuncak, ia sebenarnya saat paling genting,

sedikit usaha lagi dan Be-end pasti tumbang.


''TUKANG LAWAN akan terus melawan sampai tumbang lembu umngok

POLIS TAHAN LU JAWAB DENGAN BERANI

Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

Sabtu, 02 Juli 2011

TEKNOLOGI

Catatatan karut buatmu.
(i)
Petang, segelas susu panas,
aku dan engkau,
roti canai banjir kari.
Kemudian kita berbaring, berpeluk dan bergolek di bawah pohon-pohon tua dan daun-daun coklat yang gugur, cemas retak kulitnya kayu, takut-takut rentak gergaji datang merabak retak, menghentak belah dan menebangnya jatuh tersungkur tersembam menyembah kaki, tinggal tunggul mereput.
Rehat kita di bawah rendang dahan pohon tua, di tebing simen sungai Gombak, dan burung-burung gagak berteriak, masjid India selepas hujan. Berat kepalaku basah dengan resah;
Modal menimbun, berkecah dan lecah, membonyer bertambah kental
Ketat, likat, liat dan liar kertas-kertas bercetak nota nilai, duit merabit, wang bergewang, menyabit kepala, mengelar-ngelar leher lapar.
Tandus, kering kegersangan. Haus, dahaga keinginan bersarang dan membiakkan asap tebal dari gagal industri kimia
menyental dan membebal
Barang dan orang bergerak
Khidmat dan maklumat mengasak
Arus kewangan berkhianat
Laju menyerang
Perusahaanlah yang membelah sempadan
Meroboh tembok-tembok batu dan ceracak kayu
Membodoh imigresen, passport dan visa
Mencemuh hasrat dan cita-cita menjadi negara
Perusahaan kongsi gelap bertopeng terang
Samseng menyonglap meragut mengugut memeras menyundal membedal membebal
Merentas kota dan pekan
Menghempas pelabuhan dan perhentian
Sauh-sauh besi, dan minyak kerosene kapal terbang, kontena, pengangkut
- bukan kita yang ditumpang,
- bukan aku yang dijulang,
- bukan engkau yang ditampung.
Perusahaan tajam mencantas badan
Merampas peta
Pulau di seberang tambak
Selat tebrau Jambatan bengkok pemimpin bongkak
Hikayat lara rakyat murba dibongokkan, nenek bongkok sebal dadanya
Saham membaham segalanya dari masa berlari, dari usia bergari dan dari jiwa berduri.
Engkau di kota berlumpur hitam, di pusat kitaran roda dan gerak jentera, menggelegak minyak hitam, senak tenaga mencanak, menggaung enjin bingit menjerit, nyawa si jantung hati berdenyut di sini.
- aku di ladang, di estet, di felda, di kampung, di hulu, di kuala, di laut, di sungai, di bukit, di hutan hanya jadi bahan kontan – jiwa luka disuap ke mulut naga niaga. Perutku ternganga, melopong kosong
- eeee, bunyinya E, teknologi ngeri, ku tak mengerti pantun apa ini:
Engkau bermimpi engkau berlari
terbangnya tinggi logam dan besi
banyaknya bunyi batu dan IT
budinya badi serinya duri
mahunya hati serunya iri
tanaman padi semadi mati
gali perigi gerudi bumi
tolak bahagi mengira hari
campur dan kali ukuran kaki
bom biologi bank bankrupsi
saiz posisi digital beli
gelombang basi nuclear berloji
cukai industri perang mengisi
bon memaki skala melidi
kerja kronie tabung hierarki
syarikat baki berkarat janji
hutang mencari langgan korupsi
untung bersemi berkarung rugi
sains dan seni, sain cap jari
sakan berjoli sakit terapi
monumen todi minuman gergaji
mesin yang ngeri kilang gergasi
enjin mengundi jenteranya caci
sumpahnya kuli seranah berkunci
alat membuli bermodal tinggi
mabuk berjudi mantul kuantiti
daki kembiri kantul kualiti
berkonspirasi memonopoli
hub pornografi saudagar titi
mendadah dengki perkakasnya benci
lapar berkati tentera tangki
manusia gaji angan-angannya tivi
bukan, bukan bukan-bukan, kita bukan produk fantasi,
diriku
dirimu
diri kita
aku dan engkau punya diri, punya inti, jati dan pati. Iya, tapi aku tak bekerja. Dan engkau punya kerjaya.
(ii)
Malam di lembah tengah, seharusnya kita telah lemas dalam dengus nafas kencang asmara.
Mataku,
matamu,
matakita berdepan,
dan kenapa perlu engkau mengalih pandang pada skrin wayang,
fikiranku melayang jauh dari sandiwara filem, jauh dari projector dan jauh dari layar menyelam ke dalam keruh sungai kelang
dari rasa rinsa runsing merusuh
dari rindu paya tertimbus
dari bimbang bangun mega mall
membungkus limau kasturi dalam karung plastik, mencabut akarnya, mematah-matahkan dahan, dan daun-daun hijau lumat, pucuk yang hancur. Syurga beli-belah mengunyah halaman kampung, akta telah mengharamkan tanah, membaham rumah, memindahkan tubuh ke dalam sarang kotak-kotak batu dan membenam ruh-ruh lusuh ke dalam lemau hawa dingin “air con”
dan almari ketul-ketul ais
kesegaran disejukbekukan,
menghantar pergi wangi dan setanggi
menguncinya dalam peti keranda harga,
pasar-pasar berantai beraya dengan seribu pesta gaya.
(iii)
Malam kuntum-kuntum cempaka, melur dan kenanga, seharusnya kita telah lelah setelah senggama panjang siang dan petang,
kejangmu,
kejangku,
kejang kita dalam nafas yang harum.
Kucup cium bibir aku dan engkau, bibir kita mengaum. Raba ramas, kita saling meriba dan meraba dalam ribuan bara kasih, sayang dan cinta. Bukan, bunga itu, bunga duri warnanya haru-biru dari huru-hara berburu, bunga janji yang dipinjamkan:
Arteleri jantung, patung-patung perang dan mesin perbelanjaan, kira-kira yang menghamburkan debu kuning bacteria, kuman-kuman kering kuasa yang mencakar,
Bom satu demi satu gugur meleburkan satu demi satu peta, nuclear meletup menghancurkan degup dan telah tak ada lagi yang lari dari cukai. Tulang-tulang urusniaga digigit-gigit, meneka-neka sumber yang tersisa. Judi megabank bertaruh, satu demi satu peluru berlumba, bersaing dan bertarung berpandukan pelaburan kilang-kilang teknologi meninggi keuntungan.
Mataku letih dengan tanda harga, broker-broker pengugut rasa merekabentuk belanja, memasang iklan, mengguna gambar dan kata-kata menjalar masuk ke mata, telinga mendengar, hati digaruk-garuk api, keluk tawar dan minta mengetuk-ngetuk kepala, dan aku cepat terlelap dalam gelap terlupa pada mentari petang, disulap silap, disuluh lampu letrik gedung beli-belah. Silau mataku dengan angau. Arghh aku tak mampu. Tak larat kederat menyumbat kehendak. Hanya khayal sebenarnya. Engkau tahu, dalam kocekku hanya ada gumpalan kertas-kertas tiket ekor yang koyak, buku tiga lima yang renyuk, hanya ada habuk, abu dan candu rokok.
Petang, segelas susu panas,
aku dan engkau,
roti canai banjir kari.


RAHMATHARON

15000 Mykad untuk pendatang asing diSabah sebulan

Sabah mempunyai penduduk seramai 1.6 juta orang. Tapi dari jumlah tersebut, 600,000 adalah pendatang asing dari indonesia, Pakistan atau Filipina. Peningkatan mendadak penduduk Sabah bermula sekitar awal 90an apabila Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah selepas menang dalam PRU 1990.
Dalam unjuran kemenangan yang dibuat oleh Kit Siang, dia tidak memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai negeri tumpuan kerana tahu negeri tersebut adalah fix deposit Umno.
Sabahkini.net melaporkan, sejak Januari hingga Jun 2011, sebanyak 91,190 Mykad dan 7323 kad Pemastautin Tetap telah dikeluarkan. Secara kasar, lebih 15,000 Mykad telah dikeluarkan termasuk untuk pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.
Apakah ini satu perkara baru?
Projek IC telah bermula sejak sekian lama. Malah Anwar Ibrahim sendiri terlibat dalam projek ini semasa dia menjadi Menteri Kewangan. Dia yang kontrol budget untuk projek ini.
Projek IC bermula sejak 1990 apabila Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah. Tapi pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing ini bukan dibuat oleh Pairin, tetapi dibuat oleh Mahathir menerusi projek IC untuk menumbangkan Pairin.Memang la Mahathir yang bertanggungjawab kerana dia Perdana Menteri, tapi siapakah yang mendapat faedah tertinggi dari projek IC Sabah dalam tahun 1990an?
Anwar mendapat keuntungan yang paling tinggi dari Projek ini kerana berjaya membawa Unmo ke Sabah dan seterusnya mendapat sokongan padu dari Umno Sabah. Dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno, Anwar mendapat sokongan padu dari Sabah sehingga membuatkan Ghafar Baba terpaksa berundur.
Dalam pilihanraya 1995, Pairin berjaya ditumbangkan dan Umno Sabah berjaya mengambil alih pemerintahan. Disitulah bermulanya penguasaan Umno di Sabah.
Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada masa itu dan dalam satu temubual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Anwar cuci tangan. Anwar kata dia tak terlibat dalam projek IC diSabah. Boleh percaya ka cakap Anwar? Sedangkan dia menjadi MNentyeri kewangan pada tahun 1990 dan timbalan Perdana Menteri tahun 1993 selepas menewaskan Ghabfar Baba.
Projek IC Sabah ini dilakukan oleh satu sindiket yang dianggotai oleh JPN, SPR termasuk polis, manakala dalangnya adalah Umno.Tak percaya, cuba tanya kat Pakistan jual karpet yang datang kerumah-rumah dikampung kita sekarang. Macam mana depa dapat lesen motor dan Mykad. Kalau diperiksa Mykad depa, rata-rata datang dari Sabah.
Diantara mereka yang terlibat dalam projek Mykad semasa Anwar menjadi Menteri kewangan dulu adalah Ansari Abdullah dan Hassanar Ibrahim, Ketua Cabang PKR Batu Sapi. Dalam PRK Batu Sapi, Ansari menjadi Calon walaupun dia bukan orang Batu Sapi. Ansari jadi calon disebabkan kemahuan Hassanar. Anwar hanya ikut cakap Hassanar sebab Hassanar adalah taiko di Sabah. Ansari juga pernah menjadi Pengerusi PKR Sabah.
PKR Sabah sepatutnya sudah berkembang dengan kuat sekarang apabila kebanyakan didalam Umno menyertai PKR. Ditambah pula dengan kemasukan Jefferey Kitingan kedalam PKR. Tapi oleh kerana "bogey" masa lalu, Anwar terpaksa menurut kemahuan Hasanar dan Ansari. Akhirnya Jefferey terpaksa berundur.
Seorang lagi yang terlibat secara aktif dalam projek IC semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu ialah Dato Amir Junus, Timbalan Pengarah Special Branch pada masa itu. hangpa ingat lagi? Amir Junus yang jadi saksi pendaka dalam kes Anwar tahun 1999 dimana Amir memberitahu bahawa Anwar mengarahnya untuk "gempaq" Umi Hafilda? Akhirnya, kenyataan itu menjadi penyebab Anwar dipenjara 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasa.
Amir Junus adalah rakan karib Anwar. Amir junus juga adalah runner untuk Anwar dalam projek IC tapi akhirnya Amir Junus menyebabkan Anwar masuk penjara.
Pasai apa tiba-tiba aku tulis pasai projek Mykad dan mengaitkan Anwar Ibrahim?
Aku tau, ramai yang membaca Malaysiatimes tidak membaca Malaysia Today. Sebabnya, ramai yang tak faham apa yang dikatakan oleh Raja Petra sebab Petra tak cerita habis. Dia suka memberikan sesuatu "hint"..lepas tu suruh kita berfikir.
Yang terakhir, Raja Petra melabel Anwar Ibrahim sebagai Trojan Horse.
"I hope my friend is right. I hope it is just incompetence and not because Anwar is a Trojan Horse that the Pakatan Rakyat states, in particular Selangor, are refusing to implement its free state-wide wireless internet after more than three years."
Ok..BERSIH akan berlangsung hanya beberapa hari lagi. BERSIH adalah tuntuan untuk mereformasikan pilihanraya di Malaysia, bukan untuk membela Anwar Ibrahim. Sebab Anwar Ibrahim juga perlu membersihkan dirinya.



MALAYSIATIMES.

Minggu, 26 Juni 2011

sajak yang dicurigai

aku menulis dalam diam bertatih tatih menyusun rasa melihat perwatakan manusia. angin datangnya seperti serigala tanpa mata merempuh tiang langit, bebas melibas gagah tak terkalahkan. aku liar murung dan lapar tenaga ku sedikit dan dengan sajak yang dicurigai aku dianggap celaka yang menghantui si jantan. oooooo pohon limau berduri yang tumbuh disini, oooo daun nipah dan tembakau asli aku masih punya resepi untuk melawan tanpa berdiri. nyawa dalam tangan tuhan allah; mata melihat syurga, api geram liar meliar berani tunjuk rasa: budi hidup secebis debu terbang melayang terbiar menaik. kawan dan taulan jujur menilai ramah berpesan. air lalu dalam jalur damai kita disitu berpandangan bukan bertutur kata; hati satu matlamat; jitu, bernafas tenang dan terang.

najib anak razak tolong jangan bicara soal moral!!




Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.

Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.


OH MAK AI UDAH POCAH TUNGGU MASO YO NAK TOBURAI.

Sabtu, 25 Juni 2011

Dalang Video blue




ORANG YANG KENA TANGKAP MENGHISAP ROKOK DITEMPAT AWAM DIMELAKA DIKENAKAN DENDA RM5000 MASAKAN PENYIAR GAMBAR LUCAH DIDENDA 1000?? INI MEMANG SANGAT TAK MASUK AKAL. JABATAN KEHAKIMAN RASUAH. BUBARKAN JABATAN KEHAKIMAN!!

Sabtu, 18 Juni 2011

..dan basah terbias dalam tawa

Cintakah yang kan bertahta

ketika dingin

setelah apa yang terjadi

kuperlukan Kau untuk kembali...


dihujung penantian ini sepi

hanya bayangmu..hanya kenangan

tapi ku tak ragu untuk memiliki

cinta mu sekali lagi


harapan ini menjadi nadi

bila kau hadir akulah yang bertuah

memiliki cintamu


hari yang indah

kudengar suaramu

menyanyi riang menyapa hujan

dan basah terbias dalam tawa

Kamis, 16 Juni 2011

phoenix yang bangkit


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).

Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


berjuanglah untuk bangkit dari kebodohan
yang bertuankan iblis

Kamis, 09 Juni 2011

TIMBALAN KETUA BERKATA-KATA

MAT AMPU

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,”



SAYAP ULAMA' LIANCAUUUUUUUUUUUU!! ULAMAK ALA MAMAK UMNGOK YANG ADA PUN TIPU SANA SINI, MEROYAN TAK TENTU PASAL, HATI KATA LAIN MULUT KATA LAIN...MENGIKUT TELUNJUK SETAN!!

ULAMA KONON CEHH, TAK LAYAK LANGSUNG NAK DIGELARKAN ULAMA KALAU TAK BERANI MATI SYAHID MENEGAKKAN KEBENARAN DAN HANYA MENANTI IMBUHAN TIAP BULAN

Senin, 06 Juni 2011

KERAJAAN MALAYSIA KERAJAAN RASUAH

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh Aziz Muda KUALA LUMPUR, 6 Jun:

Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya d...ilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan. Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis. Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu. "Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu. Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu. Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu. Menurut Cynthia Gibrael (gambar), jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi. Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat. "Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya. Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis. Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda. Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis. Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu. Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia. Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu. Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang. Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.

Jumat, 03 Juni 2011

gunting dalam lipatan

semua orang besar2 sudah mula gila kuasa
dari atas sampai kebawah sikap warasnya hilang
ujung abad yang kesian
ujung abad yang smakin tenggelam

hati yang berkata gundah dan patah
sudah dijanjikan dapat peruntukan
masuk keluar ada jaminan
tapi hitam juga bekas jelaga yang melekat seperti karat itu

ujung abad penuh kecelakaan
airmata kebencian yang tak terpisahkan

semuanya hanya sia-sia
sia-sia memilih kamu sebagai tuan
yang lagakmu seperti gunting dalam lipatan
merobek hati sekalian orang banyak

Sabtu, 28 Mei 2011

IBU

Hari ini kita berdua bergandingan
burung-burung menyanyi riang berkicau

petang yang nyaman selepas asar
hatiku seperti disambar cinta
padamu semua ingin kulepaskan
apa yang terpendam dan tersimpan sekian lama

O..o..o..o ibuku ikhlaslah air susumu
kesedihanku amat dalam
bila kau tak lagi mahu
menerima kasihsayang yang anakmu curahkan

sampai bila..sampai bila ibu

airmata menitis jatuh perlahan-lahan
tak mampu ku tahan
tak mampu ku selindungkan

tapi ibu ku tahu kau
selalu menyayangiku
walau tak kau luahkan
tak kau luahkan

ibu ikhlaslah air susumu
saat ini ku ingin memelukmu
dan tiada apa lagi yang dapat ku berikan
selain cinta

Rabu, 25 Mei 2011

AZAN

INI BAB AZAN YANG BERKUMANDANG SETIAP HARI, LIMA WAKTU SUBUH ZOHOR ASAR MAGRIB DAN ISYAK.


BANYAK WAKTU TERBUANG DIKALA MUAZIM MELAUNGKAN AZAN, DENGAN LENGOKNYA MELENTOK LENTOK LAYU KADANG2 SAMPAI TAK CUKUP NAFAS PUNYALAH PANJANG AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........... AAAAAAAA AAAAA AAAAAA AAA..NYA. DISINI SAJA KITA DAH BUANG MASA BANYAK, AZAN TAK TEGAS, BERLAGU LAGU SAMPAI "BAGAIKAN ORANG MENGANTUK DISORONG BANTAL DENGAR AZAN JER TERUS TERTIDUR."


SUDAH DIBAGITAU KALAU AZAN PERLU TEGAS DAN BERSERDERHANA KALAU MELENTOT LIUK ORANG ISLAM AKAN MAKIN LAMBAT, LEMBIK DAN KETINGGALAN.


WAHAI MUFTI2 AHLI AHLI AGAMA TERUS TERANG SOAL MAKRIFAT, JANGAN SELINDUNG2.

Minggu, 15 Mei 2011

AKIBAT PANCUT MERATA RATA, MAKA ANAK GUNDIK MENGAKU RAJA

"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya MUHYIDIN YASIN.



TAPI MAT SEMBAB LUPA SUPAYA DIJADIKAN NEGARA MALAYSIAL NI NEGARA PENGELUAR GULA GARAM KENTANG UBIKAYU JAGUNG BERAS DAN BERBAGAI2 LAGI BARANGAN MAKANAN LAIN, CUBA MAT SEMBAB KAJI BETUL2 NEGARA NI DAH 50TAHUN LEBIH MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA... JADI TIDAK LAYAK KAH KITA MENJADI NEGARA PENGELUAR BAHAN MENTAH YANG SANGAT POPULAR DIRANTAU ASIA. OLEH KERANA MAT SEMBAB DAN P.M DAN RAJA2 NI SUDAH SELESA DUDUK DIATAS KERUSI EMPUK YANG MENGALAS KEPALA TAIK DIORANG JADI MEREKA LUPA BAHAWA TANAH MELAYU NI BESAR BOLEH BUAT LADANG TEBU, LADANG UBIKAYU, LADANG SEGALA LADANG. TAPI KERE-JAAN UMNO TELAH MENGHABISKAN DUIT WAKTU TIBA NAK PILIHANRAYA, MERASUAH RAKYAT SUPAYA MENGUNDI UMNO AGAR UMNO TERUS BERKUASA MENJAJAH DAN MENJARAH KERINGAT BANGSA MELAYU DAN BANGSA MALAYSIA YANG LAIN.



AKU BUKAN ORANG BAIK KALAU AKU MENULIS BENDA JAHANAM MACAM NI...KORANG ORANG UMNO/BN PKR PAS ATAU APA SAJA PERTUBUHAN MELAYU KENA TAU BAHAWA KENAPA DULU PORTUGIS, BELANDA, ARAB CINA INDIA DATANG KETANAH MELAYU DAN MAHU MEMERINTAH NEGARA INI? KERANA TANAH MELAYU ADALAH NEGARA PENGELUAR BAHAN MENTAH. TANAH MELAYU DIKENALI JUGA SEBAGAI SEMENANJUNG EMAS OLEH TAMADUN INDIA PURBA. SEMENAJUNG MELAYU MENYAMBUT PEDAGANG DAN PENGHUNI DARI INDIA DAN CINA SEAWAL ABAD PERTAMA MASIHI LAGI.



JADI SILA BUKA KEPALA OTAK RAJA2 MELAYU DAN PEMIMPIN MELAYU YANG SENTIASA MAHU MEMASTIKAN AGAR ORANG MELAYU TERUS MENJADI HAMBA KEPADA RAJA2 SIAL NI SEMUA. PERGI JAHANAM.




YA ALLAH ENGKAU HAPUSKANLAH RAJA2 MELAYU DAN PEMIMPIN MELAYU YANG MEMPERHAMBAKAN DAN MEMAKAN BAHAGIAN KAMI YANG TIDAK KAMI REDHOI.

LYNAS






OK NAK SANGAT BUAT PROTES HA DATANG PADA MASA DAN TARIKH YANG TERTERA DIPOSTER TU...KALAU NAK MERUSUH SILA BAWA SENJATA SEPERTI PARANG KAPAK LEMBING KERAMBIT LASTIK JANGAN LUPA YANG MANA ADA SENAPANG SILA BAWAK, KALAU KITA MATI PUN MATI SYAHID.. SYAHID KERANA KITA PERTAHANKAN NEGARA KAUM KELUARGA ANAK CUCU CICIT KITA SUPAYA BEBAS DARI BAHAN NUKLEAR YANG AKAN MEMBUNUH SECARA PERLAHAN2 SEPERTI UMNO YANG MEMBUNUH ORANG MELAYU DAN PARA ULAMAK ISLAM SECARA DIAM-DIAM.

Jumat, 13 Mei 2011

Sampai bila nak tipu kami

Selalunya lah kita yang kecil ni semakin hari semakin ditindas dengan kenaikan harga barang, cukai jalan, saman DBKL saman polis saman tra-pet, sebab dah ramai polis2 yang hisap fit hisap dadah hisap ice/syabu kalau tak percaya buat urine TEST semua polis2 secara mengejut mesti 70/80persen kantoi punya..


lain pula dengan orang bangsawan macam P.RAMLEE, ahmad nawab jamal abdillah, salem, ameng spring, mike jagger bob marley elvis prestley atau elton john yang kaki bontot tu walaupun mereka gunakan dadah dalan karier diorang tapi ianya berhasil menarik minat raja2 PM, tun tan .. syarizat jalil rosmah mansor atau rais yatim untuk tengok diorang ni perform.



tak percaya? lu tanya bapak kepada bapak lu bapak kepada bapak belah bini lu tanya pada bapak kepada bapak mak lu dan juga tanya kepada bapak kepada bapak bapak lu mesti diorang kata




YEEEEE......BETUL SUARA DIORANG SEDAP, LAGU DIORANG SEDAP MACAM BOLEH MAKAN MACAM KENA DENGAN CERITA HIDUP BAPAK KEPADA BAPAK BAPAK KORANG... sebab bapak kepada bapak lu dan bapak kepada bapak belah moyang lu dulu pun ada yang hisap ganja minum air ketung atau air akar pinang untuk berjaga malam menimba ilmu dalam ilmu hakikat dan makrifat..ilmu mengenal ALLAH


akhirnya ternyata air ketung yang memberi tenaga kepada golongan perkerja ladang perkerja sawah padi perkerja pemotong kayu balak ni disalah ertikan...


KATA KERE-JAAN OK tak pa hang nak minum arak boleh, jangan minum air ketung kerana air ketung akan menjejaskan penjualan arak dipasaran nanti cukong2 mata sepet tak dapat untung jadi raja raja tak boleh minum arak kena minum air ketung mana standart.. tak mat saleh la.


air ketung banyak khasiat, kerja kuat badan sihat, sexs kuat dan sudah jadi minuman turun temurun sejak sebelum adanya penjualan arak ditanah melayu lagi tok nenek moyang kita dulu dah minum air ketung ni tetapi oleh kerana ada arak yang dijual oleh kere-jaan jadi AIR tumbuhan yang boleh memberikan semangat berkerja dan kesihatan buat orang melayu ini dijatuh disalahertikan atas akta2 tertentu contohnya akta racun.


kerana jika dikomersilkan air ketung ni nanti penjualan arak akan menurun, setan2 cina tak dapat lah untung banyak dan raja2 melayu pun tak dapat la duit cukai arak yg banyak mengalir kedalam poket2 mereka selama ini, lalu ekonomi cina ni akan telingKup dan juga orang melayu akan beralih kepada minuman kesihatan daripada minuman air kencing setan.



LU PIKIR LAH SENDIRI

Rabu, 11 Mei 2011

Dari seorang hamba kepada Raja

Lelaki dengan rantai dileher bersama group minum-minum ditepi jalan lima jam 3 suku 1.32pg waktu malaysia..datang tiga orang polis preman menaiki motosikal.

abang berger dering semacam, ada Bau keluar dari dapur .. aroma bersatu bau sedap campur bau berger sama mayonis.


dalam arena warna warni berbagai.. macam pelangi


banyak kereta mewah milik kerajaan setan tak bayar saman tak bayar tol tak bayar cukai jalan...meskipun rembat 230kmj


ooooooohhhh mak ai bingit jentera buat jalan, datang awek cun aku tegur "hai dik nak beli berger" ermmm dia senyum jauh dibelakangnya seorang lelaki berseluar paras lutut, tak macho tapi oleh kerana salah pilihan si gadis manis lelaki seluar separuh lutut mengiringi sampai kemeja yang kosong makan berger dan beredar.

Aku bersama teman sabah dan dua orang polis berpangkat ASP menghirup minuman biasa yang semua orang suka minum.. tapi kami masih teguh punyai nilai moral yg tinggi membicarakan masa depan, gagah jalani hidup. kami bincangkan soal sampai kemana mabuk ini akan membawa kami lalu ianya terang dan jelas kami saling bertukar pendapat yang membuahkan keinsafan dalam diri, mencari yang mulia dan terus mabuk ini membuat kami saling akrab menilai sampai kemana kasih sayang yang maha Esa, harus kah kami disambar petir kerana kami ingin benar mengubati tubuh kami yang sakit dan penuh dengan darah yang hitam dihati kami!!


Jadi langkah pertama yang kami persetujui adalah tetap berpegang teguh pada iman dan akidah mengEsakan Allah S.W.T.


tiada yang lain meskipun berdosa.


ya memang benar berdosa minum arak berdosa jika kamu berzina berdosa juga jika kamu menempelak ibu bapa kamu, tapi dosa yang paling besar adalah bagi PEMERINTAH yang hanya tahu duduk makan dan tido..


Terang2 disini yang aku maksudkan dengan pemerintah adalah bukan PM atau tan sri atau datuk atau adun galas tapi RAJA-RAJA melayu. Raja2 bodoh ini semua adalah virus yang membunuh rakyat dengan keinginannya sendiri hinggakan kami ingin mengetahui apakah yang mereka suka buat apabila mereka dalam kemabukan.. Ya sudah pasti BURIT yang mereka pikirkan yakni memuaskan nasfu selepas mabuk mabukan tapi kami tidak! kami membicarakan soal bagaimana tuhan memilih kami disini. kami membicarakan soal kecantikan bukan kekal dan semuanya yang kami lihat indah dimata saat ini adalah FANA.


rupanya yang tingal hanya gelas2 yang kosong cerah dan jernih, bagaikan tiada pernah dipenuhi.

Senin, 09 Mei 2011

selamat jalan UMNGOK

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut-nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan dan rasuah....


Dalam banyak2 kisah kisah politik adalah kisah yg banyak dengan penipuan tak kira la parti politik apa pun...jangan harap aku akan terpedaya dengan POLITIK BASI... NGO juga lebih kurang 2 x 5 .. semua demi kepentingan poket sendiri... yang memimpin bukan nabi tapi babi2 yang dilepaskan untuk menyondol akal2 bodoh dan menakut-nakutkan rakyat. ini adalah kerana buku TAJUS SOLATIN telah mengabarkan bagaimana mahu menjadi raja atau pemimpin negara yg adil, kasih kepada rakyat melebihi kasih pada diri sendiri.


Tapi yang aku lihat jaman ini raja atau pemerintah melebihkan untuk dirinya serta keluarganya dan juga kroni2nya untuk membina kekayaan dari hasil bumi yg rahmat ini untuk diri-diri mereka sendiri.


SEMOGA ALLAH MELAKNAT RAJA2 DAN PEMIMPIN2 YANG MELEBIHKAN ATAS DIRINYA SENDIRI SELAIN RAKYATNYA

Minggu, 24 April 2011

mana nak dapat video blue hitam putih jaman 2011...rare

Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.


Mat Zain Ibrahim
18hb.April 2011

Kepada;

YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia, Melalui:Email dan Dengan Tangan
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email:iho@rmp.gov.my

YDH Tan Sri,

SIASATAN VIDEO SEKS 2011-PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

1. Sepertimana juga sebilangan besar rakyat,saya turut mengikuti perkembangan penyiasatan Polis berkaitan isu video seks menerusi MSM dan juga media alternatif yang akan masuk minggu ke-empat.Berdasarkan kepada komen-komen mereka yang berpeluang membuatnya,menampakkan ramai yang mempersoalkan hala tuju penyiasatan Polis. Malah ramai yang membantah secara lantang pendirian Polis yang dikatakan jelas kelihatan berat sebelah terhadap satu pihak yang bertelagah dalam isu ini.

2. Saya jemput Tan Sri merujuk kepada Surat Terbuka saya bertarikh 28 March 2011 yang kemudiannya dibahaskan diParlimen.Saya mengekalkan dan mengulangi kenyataan-kenyataan saya dalam Surat Terbuka tersebut,serta mengambil kandungannya sebagai sebahagian dan lanjutan kepada surat ini.Saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini adalah merupakan pertembungan peribadi antara Rahim Thamby Chik dan Anwar Ibrahim.

3. Saya yakin Polis mampu mengambil pendirian yang professional dan berkecuali menangani siasatan ini,serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua- dua belah pihak,sambil memberikan mereka “gelanggang yang samarata”(level playing field),untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

4. Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis,namun begitu sebagai seorang pesara Polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan,saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

4.1. Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini,tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka.Saya berharap ketinggalan ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

5. Saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga Polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga,yang diedarkan dalam tahun 1999.Pengedaran video seks ini disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999.

5.1. Terdapat dua video seks yang diedarkan serentak. Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu” (merujuk kepada Mohamed Sabu seorang pemimpin PAS).Bagi maksud eksesais ini saya akan ketepikan video Skandal Seks Mat Sabu, memandangkan isu beliau tidak berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan sekarang.

5.2. Beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan dihadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis,tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada Polis.Antara mereka adalah seorang Encik Mohd.Zainuddin Arman dan seorang Encik Onn Abu Bakar.Antara report Polis yang berkaitan ialah Ceras Rpt No:19068/99 dan Sungai Besi Rpt No:5894/99 bertarikh 25.11.1999.Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes ini dengan kesemua laporan-laporan yang diterima di-“cross refer” kepada laporan Pertama seperti yang lazimnya.KJSJ Kuala Lumpur ada membuat kenyataan akhbar mengesahkan menerima laporan-laporan dan video-video tersebut, serta memperakukan yang kes berkenaan sedang dalam siasatan Polis.

5.3. Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan JSJ Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, dipejabat KJSJ setelah YBhg.Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini diakhbar.Setakat yang saya masih ingat, antara kandungan Video Seks Pertama 1999 ini,terdapat juga rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan seorang teman wanitanya.

5.4. Penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti “sumber” Video Seks Pertama 1999.Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum. Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-10.Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan.

5.5. Selain itu,tidak dapat disahkan sama ada pengadu-pengadu yang tampil membuat report mengenai penemuan Video Seks Pertama ini, telah membuat salinan untuk simpanan mereka sendiri atau sebaliknya,sebelum menyerahkan kepada Polis.Beberapa orang pengadu dikenalpasti sebagai ahli Parti Keadilan.

VIDEO SEKS KEDUA 2011.

6. Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T,terdiri daripada Rahim,Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011,maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat “nexus” antara kedua Video Seks ini.

Antara persoalannya adalah seperti berikut:-

6.1. Adakah Video Seks Pertama itu juga tulen sepertimana Video Seks Kedua yang ketulenannya telah diistiharkan secara rasmi.

6.2. Adakah kandungan adegan-adegan dalam Video Seks Pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya terdapat juga dalam Video Seks Kedua.

6.3. Adakah identity lelaki dalam Video Seks Kedua yang Polis telah istiharkan boleh dikenalpasti secara positif itu, lelaki yang sama dalam Video Seks Pertama.

6.4. Adakah rakaman suara lelaki dalam Video Seks Pertama itu milik lelaki yang dikatakan boleh dikenalpasti dalam Video Seks Kedua.

6.5. Adakah rakaman suara wanita dalam Video Seks Pertama itu milik wanita yang dikatakan telah dikenalpasti dalam Video Seks Kedua .

6.7. Adakah lokasi pengambaran Video Seks Pertama itu sama dengan lokasi pengambaran Video Seks Kedua.

6.8. Adakah Rahim,Shuib dan Eskay terlibat atau mempunyai apa-apa peranan dalam
pembikinan atau pengedaran Video Seks Pertama 1999, memandangkan ketiga-tiga mereka dilaporkan telah mengenali dan mempunyai sesuatu hubungan dengan Anwar.Lebih-lebih lagi Rahim yang dipercayai mempunyai sebab untuk menyimpan dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1999.Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

7. Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim,Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut;

7.1. Dang Wang Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz,atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

7.2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

7.3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

8. KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”.

8.1. Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan.

SUMPAH PALSU RAHIM BUAT KEPADA PERDANA MENTERI.

9. Satu diantara 4 kesalahan jenayah yang pihak BPR dan Jabatan Peguam Negara sahkan mempunyai keterangan “prima-facie” terhadap Rahim ialah; kerana membuat satu Akuan Statutori Palsu (atau dalam bahasa yang mudah;”Angkat Sumpah Palsu”), suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahannya.Akuan palsu ini dikatakan dibuat kepada Perdana Menteri dan di-Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

9.1. Persoalan yang boleh ditimbulkan dalam situasi ini adalah; sama ada keterangan Rahim dalam siasatan Video Seks Kedua, boleh diterima pakai sepenuhnya, memandangkan Rahim telah sanggup sehingga mengangkat sumpah palsu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan jenayah yang beliau telah lakukan seperti yang dilaporkan oleh BPR sedemikian itu.Jika demikian,kesanggupan Rahim memberi kesaksian palsu dalam siasatan Video Seks Kedua tidak boleh diperkecilkan.

9.2. Walaubagaimanapun saya berpendapat “benefit of the doubts” wajar diberi kepada Rahim berkaitan penglibatannya dalam Video Seks Kedua.Saya sarankan siasatan wajar dijalankan sama ada Rahim telah dihasut,dipaksa atau diugut untuk mendapatkan apa-apa keterangan dengan apa cara sekalipun untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah terhadap Anwar;sebagai balasan Peguam Negara kepada Rahim yang tidak dituduh atas beberapa kesalahan salahguna kuasa,rasuah dan membuat akuan statutory palsu.

9.3. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Ini memandangkan Peguam Negara,Gani Patail antara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 telah dengan cara yang menyalahi undang-undang mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof menyediakan tiga laporan perubatan palsu terhadap Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.Dipercayai sebagai balasannya, Dr.Rahman tidak dikenakan apa apa pertuduhan oleh Gani Patail dalam kes ugutan jenayah terhadap Dr.Rahman.Salahlaku jenayah Gani Patail sedemikian itu beserta dengan bukti-bukti yang tidak disangkal adalah dalam pengetahuan persendirian YAB Perdana Menteri sejak dua-setengah tahun yang lalu.

JAM TANGAN OMEGA

10. Pada pendapat saya,sekiranya penyiasatan kes Video Seks Kedua ini dikekalkan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan semata-mata,maka penyiasatan lanjut untuk mengesan pemilik Jam Tangan Omega tersebut adalah tidak relevan serta melampaui keperluan “ingredients” yang wajib dibuktikan dibawah Seksyen 292 KK tersebut.

10.1. Dengan itu izinkan saya menyarankan supaya Pegawai Penyiasat kes melebarkan klasifikasi penyiasatan kepada Seksyen 192 Kanun Keseksaan iaitu,mereka keterangan palsu.Saya sarankan supaya Pegawai Penyiasat memfokuskan perhatian kepada misalan-misalan yang sedia ujud sekian lama,sepertimana diperturunkan dibawah.

Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Misalan-Misalan.
(a)A memasukkan barang-barang kedalam sebuah peti kepunyaan Z,dengan niat supaya barang-barang itu boleh dijumpai dalam peti itu,dan supaya keadaan ini boleh menyebabkan Z disabitkan atas kesalahan mencuri.A telah mereka keterangan palsu.

(English version)
(a)A puts jewels into a box belonging to Z,with the intention that they may be found in that box,and that this circumstance may cause Z to be convicted of theft.A has fabricated false evidence.

10.2. Berdasarkan kenyataan Eskay sendiri kepada media cara bagaimana Jam Tangan Omega tersebut sampai ketangan beliau,serta mengambil kira hubungan akrab beliau dengan Anwar, serta motif Eskay mendedahkan video seks berkenaan, tidak keterlaluan untuk saya berpendapat bahawa misalan (a) dalam Seksyen 192 Kanun Keseksaan tersebut, mungkin adalah relevan.

10.3. Pada pendapat saya beban bukti yang jam Omega tersebut tidak diperlakukan sepertimana misalan yang tersebut diatas kini terletak dibahu Eskay dan bukan pemilik berdaftar jam Omega tersebut.

10.4. Berdasarkan kepada keadaan yang mengelilingi Video Seks Kedua ini,saya berpendapat bahawa terdapat kewajaran untuk melebarkan siasatan meliputi pembuktian kes dibawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan.Ini sebagai peringatan kepada orang ramai akan betapa seriousnya perbuatan mereka keterangan palsu dan kesan jangka panjangnya terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

PENYELESAIAN ISU “ONCE AND FOR ALL”

11. Ada kalanya kita harus berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyelesaikan sesuatu masaalah “once and for all”.Asalkan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang Negara dan Hukum Syariah atau melanggar paraturan moral.Sekiranya kita tersesat jalan, tidak salah kita berpatah balik kepangkalnya untuk mencari jalan yang betul.

11.1. Selama lebih 12 tahun pemikiran rakyat telah bergelumang dan diracuni serta dicemari dengan isu-isu yang berkisar dengan seks luar nikah dan seks luar tabii,seolah-olah tidak ada perkara yang lebih penting daripada itu untuk rakyat fikirkan.Malahan pemain-pemain utama yang terlibat dalam kekalutan ini juga berkisar diantara beberapa individu sahaja yang nama-nama mereka hampir kesemuanya terdapat dalam surat kecil ini.

11.2. Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.Saya mencadangkan tindakan-tindakan berikut;

TAYANGKAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999 KEPADA UMUM.

12. Saya menjangka akan dikecam membuat cadangan ini.Percayalah,saya yang menyelia penyiasatan kes ini dan ingatan saya masih segar akan apa yang terkandung dalam video tersebut.Video tersebut tidak mengandungi adegan- adegan seksual seperti dalam “blue film” yang mungkin sesetengah orang harapkan.Kandungan keseluruhannya pada pendapat saya tidak tergulung sebagai bahan lucah sepertimana tafsiran dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Tayangannya kepada umum juga pada pendapat saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang Am atau Syariah.

12.1. Sepanjang yang saya ingat, kandungan Video yang dibertajuk “Siapa Anwar” lebih berbentuk documentary yang menggambarkan kisah hidup seksual Anwar.Video ini juga mendedahkan gambar-gambar lokasi/bilik hotel dimana Anwar dikatakan sering kunjungi untuk melakukan aktibiti seks luar nikah atau luar tabii beliau.Turut dimuatkan dalam video ini adalah rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan teman wanitanya dan bercakap mengenai seks.Video ini disunting sedemikian rupa yang sesuai digunakan untuk meyakinkan penuntun bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi kepada Masyarakat Melayu yang beragama Islam.

12.2. Saya yakin selepas rakyat diberi peluang menuntun video ini,khasnya orang-orang Melayu, mereka boleh membuat keputusan masing-masing, sama ada Anwar benar-benar seorang yang tidak mempunyai moral untuk layak menjadi pemimpin dan Perdana Menteri seperti yang cuba digambarkan, ataupun video tersebut telah direkacipta oleh musuh-musuh peribadi dan politik Anwar bertujuan memfitnah dan membunuh karier politik beliau,ataupun kerana membalas dendam akibat pendedahan Anwar berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemimpim-pemimpin tertentu sepertimana yang disebutkan dalam perenggan 6.8 dan 7 diatas.Sekiranya anggapan yang terkemudian ini yang betul,maka tindakan undang-undang yang setimpal terhadap individu yang melakukan jenayah tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa lengah lagi without fear or favour.

PENUTUP.

13. Lebih cepat kita menyelesaikan isu ini,lebih baik untuk rakyat jelata.Selamat maju jaya dan selamat sejahtera.


Yang benar,
(Mat Zain Ibrahim)
18 April 2011

Selasa, 05 April 2011

Gembala Sapi (Sedikit Agak P0rN0 neh)

Anak Anak Haram

“Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?”

ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

diatas antara petikan kata2 dari ustad idris ahmad seorang pejuang kuasa rakyat memperjuang kan kepentingan rakyat banyak..


.......kami tak mau TONTON TAYANGAN LUCAH.....


itu saja ... maka KERE-JAAN NAJIS BINI ROSMAH jangan main kotor begitu juga MADER sila pergi naik haji lagi baik duduk kat mekah sana... kau tak lama lagi dah nak jalan.

titik

Rabu, 09 Maret 2011

Angin dalam 'lalang'

Ops Lalang yang lena sejak lebih dua dekad lalu, baru-baru ini dikejutkan dengan hembusan badai supaya kisah itu digamit semula bagi mencari dalang atau alasan bagi pihak berkuasa kembali sibuk memburu 'anasir-anasir' yang kononnya membahayakan keselamatan negara.

Suka ataupun tidak, ada yang berpendapat 'cantasan lalang' akan berulang. Namun, sebelum kita tatapi signifikan cerita dinihari, molek kita amati dulu peristiwa tempoh hari.

mahathir and operasi lalang14 Mac 1988, - empat bulan selepas operasi tersebut, kementerian dalam negeri (KDN) mempersembahkan kertas puttih berjudul 'Ke Arah Memelihara Keselamatan Dalam Negeri' kepada parlimen.

Kertas putih itu memaparkan justifikasi kerajaan untuk penangkapan beramai-ramai dalam operasi yang diadakan tahun sebelumnya.

Operasi yang melihat lebih seratus individu ditahan tanpa bicara, hak berkumpul secara aman disekat dan lesen penerbitan empat akhbar ditarik balik.

Urutan cengkaman totalitarian yang Bapa Kemerdekaan kita sendiri Tunku Abdul Rahman labelkan sebagai anjungan kepada sebuah negara kuku besi!

Siapa saja yang mengeluarkan arahan, sama ada pihak polis atau perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad, kertas putih berkenaan tidak menyatakannya.

Yang dicatatkan hanyalah "kerajaan mengambil keputusan untuk bertindak."

Tidak salah kalau ditafsirkan 'kerajaan' ini adalah pihak berkuasa ketika itu, yang dipimpin oleh Dr Mahathir. Lebih-lebih lagi, laporan berkenaan disediakan oleh KDN, porfolio yang dipegang Mahathir dari 1986 hinggalah 1999.



'Berakhirnya di pejabat PM'


Walaupun betapa bebalnya bantahan Mahathir yang menafikan beliau bertanggungjawab mengeluarkan arahan itu, telunjuk masih membidik ke dahi bekas perdana menteri yang juga menteri dalam negeri ketika itu.

mahathir and crowdNamun penulis sajak 'Melayu Mudah Lupa' ini mempunya ingatan yang agak berlainan.

Jarinya dituding kepada polis sebagai pihak yang bertanggungjawab memulakan Ops Lalang.

"Saya berjumpa dengan pemimpin pembangkang (terlebih dahulu) dan memberi jaminan yang mereka akan kekak bebas. Tapi apa yang polis buat? Ditangkapnya mereka. Kewibawaan saya musnah," kata Mahathir kepada wartawan dan penulis Tom Plate.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, seorang daripada tahanan itu menyangkal dakwaan berkenaan.

Katanya, Mahathir tidak pernah berjumpa beliau dan mencabar bekas perdana menteri menamakan ketua-ketua pembangkang yang ditemuinya dan diberi jaminan kebeabasan mereka itu.

Bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar pula mempertahankan Dr Mahathir. Katanya pihak polis yang bertanggungjawab.

Tetapi beliau sempat menuding jari kepada Dr Mahathir untuk arahan tahanan selanjutnya selepas tahanan tempoh 60 hari dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri luput.

"Dari masa itu, semuanya adalah keputusan beliau," kata Hanif.

Walhal pun jika polis benar bertindak sendirian, tanggungjawad mutakhir masih berada di tangan perdana menteri yang memerintah, ulas pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari.

Katanya, "segalanya berakhir di pintu pejabat perdana menteri".

Aturan sejarah juga menjadi saksi yang perdana menteri yang disifatkan bagaikan Machiavelli ini, tidak mungkin memberi kebebasan kepada polis untuk bertindak sesuka hati.




Keselamatan negara atau kesinambungan politik?


Soalan cepumas dalam percaturan ini bukanlah siapa yang mengeluarkan arahan. Tetapi yang lebih menggusarkan adalah alasan kerajaan untuk melaksanakan Ops Lalang. Ura-ura serupa seperti sudah kunjung tiba, seperti yang didakwa pihak berwajib.

ops lalang chan tse yuen arrest 271005Terdapat enam bahagian di dalam laporan yang ditulis pada tahun 1988 itu. Setiap bahagian menyentuh perkara yang pihak berkuasa dakwa sebagai pemangkin "aktiviti yang membahayakan keamanan rakyat dan keselamatan negara".

Antara isu yang disentuh ialah penggamatan isu-isu sensitif, bahaya 'Kristianisasi', Islam yang radikal, kebangkitan golongan sosialis dan pelajar, pengganas komunis dan akhbar yang enggan tunduk dek telunjuk kerajaan.

Tidak terlalu liar untuk kita bayangkan yang isu-isu terbabit juga sedang digembar-gemburkan, isu sensitif umpamanya menjadi permainan NGO-NGO belaan sebuah parti Melayu dan pihak berwajib seakan pilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap demonstrasi.

Kerajaan pula seperti sedang cuba untuk menghalang kebangkitan aktivis pelajar dan gelombang rakyat sejagat yang makin celik dengan kesedaran sosial.

Begitu juga dengan isu-isu yang dicanagkan PAS, petubuhan Kristian dan juga isu agama yang seperti diapi-apikan menjurus kepada perlanggaran. Timbul juga isu kewujudan sel-sel pengganas di Malaysia kononnya berleluasa walaupun tanpa bukti mantap.

Pihak berkuasa juga dewasa ini asyik menegur suratkhabar dan penerbitan supaya lebih 'berkerjasama' dengan agenda pemerintah atau menjadi sasaran amaran dan kawalan. Jika dilihat keadaan sejagat mungkin agak keruh sekali.

Tetapi adakah kelodak ini masalah nyata ataupun propaganda? Adakah ia isu keselamatan dalam negara ataupun alasan kesinambungan politik sebuah rejim yang mencecah 53 tahun ini.

Tanpa bayangan rusuhan kaum dan juga pertembungan agama, mungkin sudah tiada ruang untuk institiusi politik rapuh dan lapuk seperti BN. Binaan politik usang seperti ini mungkin patut dimandulkan saja untuk kebaikan rakyat.


hazlan zakaria malaysiakini.com

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog