Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh Aziz Muda KUALA LUMPUR, 6 Jun:
Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya d...ilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan. Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis. Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu. "Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu. Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu. Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu. Menurut Cynthia Gibrael (gambar), jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi. Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat. "Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya. Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis. Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda. Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis. Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu. Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia. Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu. Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang. Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
-
(KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA - Handling Baggage Ground Crew *KLIA* Diperlukan segera ada 50 kekosongan Berminat ‼ segera ... www.wasap.my/601120739987/nakkerja 18 - 45 tahun lelaki war...4 tahun yang lalu
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...6 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...9 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...9 tahun yang lalu
-
Malang - Kota Malang, Jawa Timur. 7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...10 tahun yang lalu
-
-
-
-
biarkan diadili di luar,bukan di negara ini kerana tiada keadilan sudah di negara ini.
BalasHapusmana pergi ulama2 kerajaan nie.smakin hairan kemana mereka dlm membentuk dan mengjar kbaikan untuk rakyat malaysia yg beragama islam nie.
BalasHapusmgkin bersembunyi untuk berlari.
BalasHapussux
BalasHapus