Kamis, 20 Mei 2010

cerita sehabis azan subuh

''Demi masa manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka yang tahu"

selepas habis azan subuh salam sahut sahutan diangkasaraya menyambut fajar pagi tiba. salam yang datang dari langit dan bumi turun dan menaik bersama embun yang suci. barangkali ada cinta dalam cerita mat punk ya memang tak dapat dinafikan bahawa cinta mengisi satu ruang dalam tubuh. entah bagaimana rupanya dan dimana tempat letak yang tepat bagi mencari titik penentu.


sambil menghisap lebihan lebihan candu bersalut tembakau yang padat memenuhi dada itu kami memulakan perjalanan menuju keruang langit yang terbuka. ringgit dan syurga atau neraka tidak berguna disini. disini disatu sudut ini yang paling suci adalah cintaNya. tak berupa tak berbentuk.


kami berjalan memasuki lobang cahaya dan mendengar sayup jauh kedepan kalimah Allahhumassollialamuhammad dan sepanjang perjalanan juga kami mengucapkan salam buat diri sendiri agar selamat dalam lindungan cinta sang hidup.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog