Minggu, 08 September 2013

tanda kalah atau menang

mereka mula membicarakan jawatan. entah sapa akan menang dalam pemilihan ini nanti. orang orang jalanan masih macam dulu mungkin sedikit bijak untuk menampung keperluan keluarga dikampung. yang bekerja dibandar sanggup tidor kotak kerana tidak mahu membazirkan wang menyewa bilik. ya demi anak dan isteri juga mungkin siibu yang sedang sarat sakit yang juga sedang menghadam obat obatan dari akar2 kayu.





FAJAR DIMUSIM PERANG



Setahun enam bulan semenjak kuasa tentera bermula dan kekejaman serta pembunuhan terus berlaku. setiap hari ada saja kematian, bukan satu atau dua malah ratusan mati akibat senjata berat dan beracun yang digunakan oleh pihak tentera.


tak ada cahaya tak ada pelangi semua menjadi gelap ketika azan mula bergema malam sudah pasti memenuhi kata. aku diam. memerhatikan waktu berlalu. apa saja yang terlintas difikiranku tentang perutku yang lapar tekak yang dahaga tentang raja tentera kuasa bangsa harga sebuah kesetian padang yang luas hutan dan sungai hujan serta apa saja. yang mereka julang julang belaka semua mimpi ingin dibeli hingakan mengadaikan nyawa rakyat tak berdosa. jemaah alim ulamak hanya mementingkan orang parti..jika tidak dalam parti jangan kritik, yang mereka pentingkan cuma kuasa berpolitik.



gerakan anak muda dari lelaki perempuan atas 12 tahun sudah berani mengangkat senjata melawan kuasa tentera. gabungan dan jaringan bawah tanah oleh massa berlanjutan terus.
amerika akan mengambil tindakan ketenteraan keatas iran kerana membangunkan program senjata nuklear. apa saja yang negara timur ada semua ingin dirampas oleh amerika. emas hitam batu ajaib kuil malah apa saja mahu ditukar milikkan kepada mereka. dasar penjajah bermata satu berkuku besi.



lepas tengah malam kereta kuda bergerak, aku tak sedar waktu bila perempuan setengah abad turun dari gerobok belakang dan menunggang semula. hujan debu..aku menyusup lalu berpindah kedalam rumah yang separuh roboh dibedil peluru perpandu.



unggun api aku nyalakan dan bahangnya dapat memanaskan tubuhku





















nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog