Minggu, 12 April 2009

BAHAGIA.

Bahagia?tanya saidin kepadaku waktu kami jumpa dikedai mamak,
aku jawab bahagia..itulah orang2 disekeliling aku,mereka mencari kebahagiaan dan banyak yang sudah bertemu dan tak kurang juga yang masih terkial-kial mencari bahagia itu sendiri.dan ada jugak yang masih tercari cari apa Bahagia yang kami maksudkan..

pada usia aku 12 tahun aku dgn kawan-kawan sebaya aku diminta membuat persembahan untuk hari perpisahan maknanya kami akan meninggalkan sekolah rendah dan melangkah ke sekolah pertengahan.jadi pada hari itu ramailah orang2 kampung tok lebai siak makcik makcik dan anak2 kecik mana yg menangis mana yg tekencing dalam seluar boleh katakan.berjuak juak datang semua kesekolah,khabarnya dari mulut kemulut ada persembahan nyanyian lakonan dan tarian lawak jenaka pun ada yang dihebahkan oleh pok leh serta wartawan berita kampung yang memang terkenal dgn kehandalan berita sensasi sumbang kelamin antara orang2 setempat.

sesi latihan sudah tamat jadi hari ini adalah hari yang membuat kan aku rasa nk terkencing pun ada sbb..aku takut terlupa lirik lagu yang aku nk nyanyi nt dan buat pertama kalinya aku menyayi dipentas dengan disaksikan oleh cikgu2 tok lebai,haji mail siak makcik makcik anak2 kecik yang mana tekencing dalam seluar tadi dan semua mata telah tertumpu pada aku.

aku jengok2 jugak intai-intai kot mana lah tau family aku pun ada tengok tapi setelah aku amati kaum keluarga aku tak ada, aku jadi sedikit berani,

aku pegang mic,aku tolak suiz on...dan Bismillahirrahmanirrahim

1953 bulan 5 aku dilahirkan disebuah negeri yang diberi nama negeri sembilan
selepas itu aku dibesarkan dinegeri kelantan
aku belajar disekolah orang putih dekat dgn pasir putih
saya anak malaysia
lepas skolah aku merayau negeri mat saleh aku merantau
tempat orang indah sekali tapi malaysia tetap dihati
saya anak malaysia
sampai masa aku pun balik makweku tengok dia pelik
dia kata you nak jadi apa aku kata itu tuhan punya kuasa
lemah lembut sopan santun sudah menjadi darah dagingku
walau pun aku nampaknya kutu
aku hormat orang tuaku........

Hah begitulah bait puisi s amin sahab yang terkenal pada masa tu..aku puas hati sebab cikgu2 orang2 kampung tok lebai siak haji mail makcik2 dgn anak2 kecik yang mana terkencing dalam seluar tadi semua ikut nyanyi saya anak malaysia,jadi riuh rendah lah sekolah pada hari tu.aku pun dengan bangganya diberikan tepukan oleh orang banyak tadi.

bapak aku yang melewati sekolah waktu balik dari jual sekerap singgah sekedar mahu ambil tahu kenapa orang banyak datang kesekolah dan dengan tak sengaja telah menyaksikan nyanyianku tadi.apalagi bila balik rumah je kena sembur la aku...KALAU MENGAJI TAK PULAK LANCAR MACAM KAU MENYANYI YE..alamak dalam hati aku mana pulak orang tua ni tau aku menyanyi sedangkan aku tak bagitau kat family aku pun yang aku nak buat persembahan nyanyian. ishhh

aku diam dan terus masuk bilik tido...

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog