Selasa, 04 Agustus 2009

AKU MUSIK DAN KHAYALAN...

HUJAN PANAS GELOMBANG DILAUT GUNUNG BERAPI DAN KESEDARAN...

timbul semacam satu kuasa yg membataskan aku dgn nafsu yg selama ini menghidup dgn sendri tampa akar hanya bergantung harap seperti pohon menumpang..dan sedikit demi sedikit layu dan mati dibantai oleh kekuatan jiwa,,dgn zikir dan jalan ALLAh saja ianya mampu dihapuskan..

SEGAMAT..KAMPUNG MELAYU RAYA..2000

pagi ku sibukkn dri dengan memotong rumput2 dan lalang yg menaik disekeliling rumah..membakar segala sampah sarap yg membuat busuk dan pencemaran bau.. aku melepaskan marah pada kekotoran diluar dan dalam dri.........sekeliling adalah hutan pohon getah dan jalan masih bertanah merah..

tengahariku pula sibukkan dgn diri membaca berita2 diakhbar dan mengambil anak saudaraku dari sekolah dan membeli barang2 keperluan dipasar berhampiran.. kadang2 mengikut abg besar ketika dia cuti dan pergi mencari rezeki di sungai2 berhampiran..aku sudah tidak mendengar musik dari luar lagi cuma musik dari dalam dri saja yg kupelajari dan kuhafal satu persatu..ianya membentuk satu kesejatian kebenaran hidup dan tk pernah mati.cuaca dan waktu terus berjalan usia ku smakin meningkat..gitar sbagai teman ku dan tuhan meningkatkan kuasa kemahiran pada jari2 ku memetik dan mengalih alih kan bentuk2 nada pada alam tuhan dan diri sendiri..

kadang2 bila malam yg sesuai aku dan abgku pergi mencari ayam2 hutan untuk dijadikan lauk sekeluarga..keberanian dan kemahiran ini memang sudah dikhaskan bagi orang2 sperti kami yg
mengabdikan diri pada kehidupan..langsung tidak mahu ambil tahu status mahu kaya dan berkuasa...rupa2nya kami dirompak oleh gerombolan yg mengelarkan diri mereka ahli politik..

DAN BERMULALAH LAGU2 PERJUANGAN TENTANG HAK KAMI SEBAGAI RAKYAT KELUAR DAN TERUS KELUAR...

lagu2ku telah menjurus kepada kecaman dan pemberontakan,,mana keadilan yg sebenar,,kenapa kami tidak diberi kesamaratan sebagai rakyat,bahkan kami tidak mempunyai tanah pun ..walhal kami adalah rakyat?jadi raja2 adalah orang yg terutama jika kugelarkan sebagai derhaka..menderhaka kepada rakyat sendiri.satu ugama satu bahasa....

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog