Selasa, 30 Juni 2009

SEVEN SEAS

AIR INI BILA DIMINUM IA AKAN MEMABUKKAN..

sama macam tequila,black lable,V.S.O.P,jack daniel dan macam2 lagi.satu masa dlu aku kerja disebuah kelab dangdut kat complek wilayah sana..ada macam2 arak dijual tapi yg paling laris ialah chivas V.S.O.P ngan black lable harga 170 sebotol chivas plak 350 bole minum nit atau campur coke..

aku bukan nk cerita pasal arak tu sebenarnya tapi cerita orang2 yg datang minum kt sna lebih kurang macam berlibur la..dgn G.R.O yg montok2 muda dan seksi sambil mendengar live band yg sasau dgn lagu cover mereka tak de lagu sendiri sampai jemu dgr lagu tu je hari2.. ha nak tau yg datang berlibur kat situ bukannya orang biasa je datuk2,orang pangkat dalam kerajaan,pengurus bola sepak,pemain bola sepak negara atau negeri,pegawai daerah,pegawai tanah peguam ehh banyak lagi la orang yg berpangkat pangkat datang nak berlibur dgn G.R.O ni hahhaaaaaaaa maklum la kt rumah isteri dah monopose jd mna lg yg kaki betina yg kaki mabuk yg kaki dangdut smua aku tgok macam kera dalam hutan dpt bunga hahhaaaa..

.ini lah kehidupan waktu malam ditengah-tengah bandar kuala lumpur ni,itu baru satu kelab kalu ada 150 kelab brapa bnyak air todi tg dapat dijual pada satu malam plak..
dan berapa ramai yg tongang telingkup sbb mabuk G.R.O lepas tu begaduh kerana berebut seorang G.R.O yg pungung dan dada nya yg tegak dek push up bra dan G.string..

wah aku dah merapu dah ni...kelab tutup kul 3pg nak naik teksi duit tip tak seberapa maka aku pun jalan kaki dari kompleks wilayah lalu ikut kampung baru menuju ke chow kit amik jalan ipoh masuk kanan pg bandar baru sentol dan terus kerumah di taman dato senu..

fuhhh...hari2 gini bole masuk iron man siot..

P/s..jangan cuba2 minum arak ye..setitik 40 ari tak bole solat ..hahhaha..kv6o..c4//

Minggu, 28 Juni 2009

MALAM SENI RAKYAT..


KITA BERTEMU DAN BERBICARA DIBAWAH SATU ALIRAN

DEMI KEMANUSIAN DAN MENCABAR PENYELEWENGAN DAN KERAKUSAN

KUASA YANG MEMPERHAMBAKAN RAKYAT!

BIAR MATI BERMARUAH DARI MATI MENJADI BARUA PENJAJAH!

Jumat, 26 Juni 2009

NYANYIAN PARA MALAIKAT

sejemput debu suatu masa kelak
akan lebih sempurna dari ujud cahaya
tanah oleh bintang yg memandu nasibnya
kelak akan menjadi langit

khayalnya yg kini masih menyusu
kepada aliran pelbagai peristiwa
kelak akan melampaui titik putaran lazuardi
renungkanlah sejenak hakikat manusia ini
apakah yg kau minta dari kami

ia masih berselimut lumpur
tapi suatu masa kelak akan sempurna

demikian sempurnanya ia nanti
makhluk yg tampak tampa keistimewaan ini
sehingga suatu hari nanti
tuhan pun cemburu kepadanya

lirik:iqbal
lagu:nikbinjidan


UNTUK ORANG2 ISLAM

orang2 islam jangan cepat marah-marah
bawa bertenang dan bermuzakarah
hujung hidup ini belum tentu kau masuk syurga
entah tersungkur dipintu neraka

orang tua kita dulu sudah berpesan
pandai-pandai kau jaga dirimu diperbatasan

mungkin saat ini kau dirasuk syaitan
yg mengintai ruang untuk menyesatkan
mungkin saat ini kau dirasuk syaitan
yg berbagai rupa serta menakutkan

mak datuk ayah abang
peniaga besar duit bergudang
apa salah menyumbang sedikit
dapat tebus dosa anak cicit

aku cuba mencuri masamu
kumerakamkan setiap tangismu
benar dan tuluslah kata hatiku
sesungguhnya aku tetap cinta padamu

ya ku cinta pada mu
aku tetap mencintai mu
ya kucinta padamu.

lirik:nikbinjidan
lagu:nikbinjidan

TERANG BULAN.

terang bulan bersatu dalam hijaunya langit
harum kesucianmu
dicemar penyalahgunaan kuasa
aku bukanlah tuhan mutlak yg paling muktamad
DIA sesungguhnya tahu

agama sudah dijual ketangan-tangan jahanam
agama hanya menjadi pekakas
jual beli laba niaga

pembunuhan demi pembunuhan
memutarbalikkan fakta
yang selalu mereka dengungkan
haruskah kita hanya diam

marilah kita bertindak balas
beriaksi atas keadaan
yang mendesak penciptaan
meninjau-ninjau sekeliling
dan benarlah pohon yg berzikir....

lirik:fendi/rahmat haron/nikbinjidan
lagu:nikbinjidan


IA MASIH DISINI.

bencana sudah perang pun sudah
hanya perang dalam diri belum berakhir
datang dan pergi sedih dan tawa
sering memberi dapat merasakan pengertiannya

akan berakhirkah kisah mu itu
atau permulaan
yang tak berpenghujung selamanya

sebenarnya menghayalkanmu
sesungguhnya ada kau disini
dilayang mimpi kusatukan rindu
kasih dan sayang hakikat cinta

kupraktikan cinta dilayang mimpi
kusatukan rindu kasih dan sayang hakikat cinta.

lirik:meor/nikbinjidan
lagu:nikbinjidan


C4-LLPK

menjeritlah ketawalah sehendakmu
aku mahu kau melihat kepadaku
usah ragu usah jemu mendengarkan
selang seli bertingkah pencak sumbang

bekas jutawan dituduh kes pembunuhan
kawan-kawan rapatnya lari bertaburan
anak-anak kecil diancam penculikan
mungkin ada yg lapar organ dalaman

dunia sibuk dengan bahan nuklear
harga minyak tetap tinggi dipasaran
mana ada rasul melayu dalam kitab
mirza gulam ahmad itu adalah penipu besar...

lirik:nikbinjidan
lagu:nikbinjidan


BERSIAPLAH UNTUK SEBUAH REVOLUSI

politik ekonomi penjajahan bermaksud memperhambakan rakyat
yang dijajah
serta menafikan hak2 yang sepatutnya dinikmati
golongan terjajah itu
disebalik politik ekonomi penjajahan ini
akan berlakulah pertentangan kelas
antara kelas hamba rakyat yg ingin merdeka
dengan kelas pemerintah yang terus menjajah

golongan penindas golongan tertindas
golongan lanun dan mangsa rompakan lanun

namun yg lebih mustahak lagi dalam pertentangan ini
memerangi oputurnisme

oputurnisme merujuk kepada tindakan
sesetengah orang yg menangguk diair keruh
bergerak sebagai duri dalam daging
menikam dan menjadi gunting tajam dalam lipatan

oooooooo duri dalam daging
gunting tajam dalam lipatan ooooo

lirik:rahmat haron
lagu:nikbinjidan


BENDERA NEGERI.

bendera negeri ku warna hitam putih
kelelawar terbang dilangit yg merah
anak-anak bangsa tempuh arus yg deras
lebih kuasanya lebih segalanya

mata-mata bundar tak mengerti bingung
duhai permataku terus lah bersinar
siapkan dirimu ayuh belayar
dilautan akal yang tiada batas

cinta adalah aku
cinta adalah kamu
cinta adalah segala-galanya
hukum rimba dan akal
garang mencakar tembok
trajedi berdarah 11 september

daun melambai-lambai
kampung halaman tergadai
oleh arus pembangunan tak henti-henti

cinta adalah aku
cinta adalah kamu
cinta adalah segala-galanya...

lirik:nikbinjidan
lagu:nikbinjidan

p/s;;untuk lagu aku dan kamu dan perang cari dipost yg lalu..:)

Rabu, 24 Juni 2009

hand made..



Hari ini juga dalam sejarah telah terhasilnya sebuah album baru.

terima kasih kepada teman2 yg memberi sokongan terutama meor (gitar man)rahmad haron(gambar depan dan lirik)
black(lirik)
...abg sham fardush(bagi pinjam gitar)

...joekid(ricecooker)mat nor..

orang2 kampung C.M

iqbal(lirik nyanyian para malaikat)

dan semua yg terlibat dalam pembikinan album C4 ini...

akan mula dijual DI PENTAS KITA..KARYA KITA..
jumaat ini..

Selasa, 23 Juni 2009

iran yg bergolak...

aku melihat pembunuhan wanita di iran oleh sniper itu adalah satu pembunuhan yg tidak boleh dimaafkan..apakah seorang wanita atau sebagai rakyat marhaen yg tidak bersenjata boleh dgn sewenang2 nya dibunuh begitu?bgitu juga dengan serangan disebuah masjid disiam tidak berapa minggu yg lalu...
amat kejam dan zalim mereka yg membunuh itu..
mungkin kerana sudah tidak ada apa lg yg hendak dibanggakan lalu mereka membunuh dgn sekehendak mereka..sialan ..

parti politik yg bergolak rakyat yg jadi mangsa..

kan lebih bagus jika dunia ini tiada pemimpin..jd manusia itu lebih bebas melakukan apa saja seperti tiada tuhan

ahhh tuhan pun mungkin senang dgn perkara ini..??

lalu aku menarik keluar kitab hakikat insan dan terus bertafakur seketika diatas bukit thur....

dalam masa yg kurang 15 minit itu datang suara dari atas..ahh kusangkakan awan yg berkata kata itu tapi...masyaALLAh.......
tuhan berkata... ''ya anakku.. semua kejadian ini memang telah aku rancang dan aku mahu kau mengerti soal hidup dan mati itu ditangan siapa.."

Senin, 22 Juni 2009

MAHA FIRAUN..

DR mahathir dan Musa hitam..kedua2 nya cuba menutupi bangkai yg semakin membusuk dan menebar ke serata pelusuk negeri."operasi lalang"tak kan pernah dilupakan oleh keluarga2 para syuhada memali yg telah dihapus rakuskan oleh dua penguasa ini.

dengan menjadi penasihat kepada NAJIB RAZAK ..dr mahathir diertikan cuba mendapat perlindungan dari P.M baru ini..
chin peng dan mahathir!

apa bezanya dua makhluk asing ini ye..??

Sabtu, 20 Juni 2009

mati..

bila bila saja kita rasa suka

......nk makan

nk tido

........nk mmburit

..nk joging

..nk kawin

.....nk pg melancong nk hehhe asal korang BAHAGIA buat jer la apa yg korang nk..

Selasa, 16 Juni 2009

malam seni PENTAS KITA.... KARYA KITA


Pertama kali di sungai sumun,bagan datoh.anjuran BloggersNetwork@perak

dngan kerjasama lanterajiwa


tarikh dan masa telah tertera di poster

dan masuk adalah percuma

segala petanyaan sila berhubung terus dgn

BloggersNetwork@perak

Senin, 15 Juni 2009

sudah siap satu projek tapi RABAK jugak la gayanya

1.aku dan kamu
2.bersiaplah untuk sebuah revolusi
3.terang bulan
4.ia bermula disini
5.untuk orang2 islam
6.bendera negeri
7.nyanyian para malaikat
8.LLPK
9.everyday war

Minggu, 14 Juni 2009

bertemu roh ibrahim libya disempadan langit

dua peluru kusimpan untuk menghancurkan kepala penjajah british
dua peluru juga kuhadiahkan buat sadam hussin
13 jarum beracun yg datang secara berasingan telah merosakkn pemikiran orang agama
syaitan berlindung dalam tubuh
mengintai ruang untuk menyesatkan
dan para malaikat pula sibuk berjudi dan mabuk-mabukan
seorang pelacur kulihat sedang bermanja dgn seekor buraq
terbang kesana kesini menelan anggur dan madu...........ahh


.......musykil........

lalu aku bertanya kepada roh ibrahim libya yg kutemui didalam perjalanan menyeberangi sempadan langit!
wahai tuan!bagaimana perempuan jalang itu boleh amat baik sekali perlakuan yg ditunjukkan oleh buraq kepadanya??

roh ibrahim libya berkata..wahai anak muda dua peluru yg kau simpan untuk menghancurkan kepala penjajah british itu adalah ..DENDAM
dua peluru yg kau hadiahkan buat sadam hussin itu adalah RIAK..
13 jarum beracun itu adalah SOLAT tetepi sudah ditawarkan oleh keberadaan nafsumu
.....syaitan pula berlindung dalam tubuh kerana malu melihat malaikat berjudi mabuk-mabukan dan perempuan pelacur itu pula ikhlas demi anak2 nya..

Selasa, 09 Juni 2009

aku dan kamu..

aku dan kamu disini ditempat ini
melihat dgn jelas perlakuan manusia
ada bengang ada sakit hati
rasa bersalah dan dipersalahkan dan menyalahkan.

aku dan kamu disini dilembah ini
bersaksi alam kita bersatu
bersama raikan hidup ini

petang resah langit cemar..
paru2 asap candu bidadari lalu lalang
mengubat jiwa yg gersang......

debu2 jalan mabuk kebingungan
seketika aku menghayalkan tiada satu pun kenderaan..

burung masa muda terbang dan tidak kembali lagi
pada perahu aku mendengar tamparan yg lembab
dari kaki telanjang..
dan meramalkan wajah yg gelap
dgn rasa lapar hatiku berdegup antara dia dan jalan

kekuatan apakah yg memecahkan ..
aku bebas dari matanya lepas dari senjatanya..

lirik; nik,meor,rahmat,black.
lagu;nikbinjidan

Senin, 08 Juni 2009

MasUk stuDio Lg..



hari ni 8 jun 09..aku start mercordkan lagu2 baru .. dah dua taun garisan abstrak harap2 yang ini lebih berjaya dari yg lama..rezeki pun smakin murah skarang banyak show..

ALhamdulillah...

trima kasih kpada kwan2 yang bnyak membantu .. nan"s blues diatas teguran yang membina, meOr wa slute lu beb..
....raHmat.... abg sham krana bagi pinjam gitar..

Orang2 kampOng pasar seni..dan kamu semua.

Sabtu, 06 Juni 2009

sipetang yg santai bersama seorang iblis......

poi pokan naik basika,tongah hari tongah panehh...haha gitu la gaya nya bila beralih ke negeri sembilan..lagu ni kna nyanyi jugak sbb apa aku tak tau..mybe sbb awek yg mintak kot..hahaha..

lihat lah dalam gambar tu bertapa santainya pengunjung2 yg datang berlibur ke p.D bila hari cuti..ponoh sosak la ha..yg mana datang dari jb,singapura,melaka dn lain negeri lagi..ada cina melayu india bangla..semua santai .. sambil menikmati laut yg terbentang luas anak2 kecil yg berlari telanjang dada ibu2 yg penuh bangga menayangkan emas dan perak dileher dan lengan2 mereka,,bapak2 yg pening kpala nk cari tempat parking sbb takut kna saman dgn penguasa trafik..lagu2 pun santai smacam jerr tp sesekali gua taruk jugk lagu yg parah skit biar diorg ni terbiasa dgn lirik yg berat dan penuh mesej..

terang bulan bersatu dlm hijaunya langit
harum kesucianmu..dicemar penyalahgunaan kuasa
aku bukanlah tuhan mutlak yg paling muktamad
DIA sesungguhnya tahu..
agama sudah dijual ketangan-tangan jahanam
agama hanya menjadi pekakas
jual beli laba niaga..

pembunuhan demi pembunuhan
memutarbalikkan fakta
yg selalu mereka dengungkan
haruskah kita hanya diam

marilah kita bertindak balas
bereaksi atas keadaan yg mendesak penciptaan
meninjau-ninjau sekeliling
dan benarlah pohon yg berzikir...

p/s;trima kasih buat rahmat dan fendi..krana bnyak membantu dlm lirik2 aku..

Jumat, 05 Juni 2009

sebahagian dari hidup..


hishamudin rais,rahmat harun,meor,pak samad dan black ni adalah nama yg sangat bermakna bagi aku..sorang lagi mei chen,,minah ni gua bru jmpa skali jer masa kt lunching gadoh tu ari..
malaysia bole gegar ooo klu diorang ni buat protes.ye la prote2 diorang ni bukan untuk keburukkan tapi untuk kebaikan rakyat bersama.diorang tak mementingkan pangkat kuasa.

berdemo dlm kelompok yg kecil pun sudah cukup kata meor padaku..kerana ianya akan menarik perhatian golongan pemerintah mendengar permasaalahan rakyat?katanya lagi..

haha aku masih igt demo kat kelana jaya haha satu malaysieee kecoh..kepalanya hisham..
dgn caburator yg buat halnya..hahaha pening aku tengok gelagat diorang.tp ok la lpas tu harga minyak turun..turun..turun dan turun lagi.

Kamis, 04 Juni 2009

masih mengingati dia lagi...


dari kuala lumpur mahu pergi pulau pinang
hati dalam ingat mau duduk senang lenang
sampai pulau pinang sibuk sini sibuk sana
jumpa sama raju dia beri seguni ganja..

hari ini mau cabut
barang semua sudah siap
belum sampai sungai siput
saya sudah kena tangkap

kereta pun ditahan
kastam suruh bukak belakang
belum sempat bukak
saya lari lintang pukang
lari punya lari orang cakap serupa hantu
kalau masuk sport tentu saya no 1..
nasib saya kurang baik kastam sudah tangkap baju

kastam sudah dapat dia beri sama polis
polis sudah dapat dia hantam sama tenyeh
terus saya dipasang gari kini duduk kandang salah
tiga paku tanya ini barang siapa punya
sumpah saya cakap ini bukan saya punya
dia sudah naik radang misai pendek jadi panjang
dia kasi satu tendang....adoih..

hari bicara sudah sampai
saya didapati bersalah

rumah tiga tingkat hai pintu beratus ribu
member la punya ramai melayu cina serta hindu
kesal punya kesal
duduk bilik makan roti
dada sempot otak bantut
besok pagi hukum gantung....


ini adalah sebahagian dari kenang gua bersama arwah osman ghani..gua tak pernah akan dapat bergurau senda dengan nya lagi..masa kecil dikampung gua cuma dapat mendengar lagu lizawati dimain kan dicurung radio..tak pernah tahu siapa pengubah lagu itu..maklumlah kecik lagi masa tu..
dia........atuk man gua pangil dia atuk man sebab dia dah tua tapi banyak awek siott.dia lak pangil gua jidan...klu jumpa jerrr mesti dia nak main gitar..sebab gua memang sering bawak gitar..hehe satu hari gua suruh dia main lagu dia sendri ..jadi dia sudah main lagu yang seperti lirik diatas.

lirik tu katanya ditulis oleh mail kerbau..
ntah gua pun tak kenal sapa mail kerbau tu..
''orang nya handal boleh bukak gari tak pakai kunci tu yop''
cerita atuk man pada aku...

mati..semua orang akan mati..kata gua..
''atuk man dah mati lepas ni sapa pulak''?tanya saidin pada gua dengan meor masa minum kt kedai mamak annex..

Rabu, 03 Juni 2009

recording oh recording..


smalam aku mengikut meor ke studio mokhtar di sek19 subang..studio yg harganya jutaan ringgit itu dimiliki oleh seorang anak muda yg sungguh berdisiplin dalam kerja2 recording dan bisnes.aku tidak ada yg nak disumbangkan dalam album d.r.u.r ni cuma sokongan yg tak pernah berbelah bagi untuk melihat album ni diangkat menjadi album rakyat yang pertama dimalaysia.

hanya mahu kebenaran itu tidak terpinggir kan lagi oleh juak2 penjajah.untuk semua generasi menilai sendri apa yg rakyat tidak puas hati dgn pemerintah zaman ini,maka belilah album D.R.U.R ni nt bila dah siap..mata-mata kami,telinga-telinga kami tidak boleh ditutup dari melihat dan mendengar akan keserakahan yg telah berlaku selama pemerintah yg tidak adil melakukan onar pada rakyat jelata.
daulat rakyat lebih besar dari daulat raja2 yg hanya tau main golf,mabuk-mabukan,perempuan simpanan,judi,pembunuhan oleh pemimpin kelas atasan,berselindung disebalik kuasa menjadi duri dalam daging kami yg marhean,kami tidak mau dijulang sebagai hero negara tapi cukup sekedar diberi kesamarataan.apa guna wang jutaan ringgit jika itu hanya akan mengaburi mata2 kami dari kelaparan,kemiskinan dan penderitaan yg dialami oleh insan lain.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog