Sabah mempunyai penduduk seramai 1.6 juta orang. Tapi dari jumlah tersebut, 600,000 adalah pendatang asing dari indonesia, Pakistan atau Filipina. Peningkatan mendadak penduduk Sabah bermula sekitar awal 90an apabila Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah selepas menang dalam PRU 1990.
Dalam unjuran kemenangan yang dibuat oleh Kit Siang, dia tidak memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai negeri tumpuan kerana tahu negeri tersebut adalah fix deposit Umno.
Sabahkini.net melaporkan, sejak Januari hingga Jun 2011, sebanyak 91,190 Mykad dan 7323 kad Pemastautin Tetap telah dikeluarkan. Secara kasar, lebih 15,000 Mykad telah dikeluarkan termasuk untuk pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.
Apakah ini satu perkara baru?
Projek IC telah bermula sejak sekian lama. Malah Anwar Ibrahim sendiri terlibat dalam projek ini semasa dia menjadi Menteri Kewangan. Dia yang kontrol budget untuk projek ini.
Projek IC bermula sejak 1990 apabila Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah. Tapi pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing ini bukan dibuat oleh Pairin, tetapi dibuat oleh Mahathir menerusi projek IC untuk menumbangkan Pairin.Memang la Mahathir yang bertanggungjawab kerana dia Perdana Menteri, tapi siapakah yang mendapat faedah tertinggi dari projek IC Sabah dalam tahun 1990an?
Anwar mendapat keuntungan yang paling tinggi dari Projek ini kerana berjaya membawa Unmo ke Sabah dan seterusnya mendapat sokongan padu dari Umno Sabah. Dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno, Anwar mendapat sokongan padu dari Sabah sehingga membuatkan Ghafar Baba terpaksa berundur.
Dalam pilihanraya 1995, Pairin berjaya ditumbangkan dan Umno Sabah berjaya mengambil alih pemerintahan. Disitulah bermulanya penguasaan Umno di Sabah.
Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada masa itu dan dalam satu temubual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Anwar cuci tangan. Anwar kata dia tak terlibat dalam projek IC diSabah. Boleh percaya ka cakap Anwar? Sedangkan dia menjadi MNentyeri kewangan pada tahun 1990 dan timbalan Perdana Menteri tahun 1993 selepas menewaskan Ghabfar Baba.
Projek IC Sabah ini dilakukan oleh satu sindiket yang dianggotai oleh JPN, SPR termasuk polis, manakala dalangnya adalah Umno.Tak percaya, cuba tanya kat Pakistan jual karpet yang datang kerumah-rumah dikampung kita sekarang. Macam mana depa dapat lesen motor dan Mykad. Kalau diperiksa Mykad depa, rata-rata datang dari Sabah.
Diantara mereka yang terlibat dalam projek Mykad semasa Anwar menjadi Menteri kewangan dulu adalah Ansari Abdullah dan Hassanar Ibrahim, Ketua Cabang PKR Batu Sapi. Dalam PRK Batu Sapi, Ansari menjadi Calon walaupun dia bukan orang Batu Sapi. Ansari jadi calon disebabkan kemahuan Hassanar. Anwar hanya ikut cakap Hassanar sebab Hassanar adalah taiko di Sabah. Ansari juga pernah menjadi Pengerusi PKR Sabah.
PKR Sabah sepatutnya sudah berkembang dengan kuat sekarang apabila kebanyakan didalam Umno menyertai PKR. Ditambah pula dengan kemasukan Jefferey Kitingan kedalam PKR. Tapi oleh kerana "bogey" masa lalu, Anwar terpaksa menurut kemahuan Hasanar dan Ansari. Akhirnya Jefferey terpaksa berundur.
Seorang lagi yang terlibat secara aktif dalam projek IC semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu ialah Dato Amir Junus, Timbalan Pengarah Special Branch pada masa itu. hangpa ingat lagi? Amir Junus yang jadi saksi pendaka dalam kes Anwar tahun 1999 dimana Amir memberitahu bahawa Anwar mengarahnya untuk "gempaq" Umi Hafilda? Akhirnya, kenyataan itu menjadi penyebab Anwar dipenjara 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasa.
Amir Junus adalah rakan karib Anwar. Amir junus juga adalah runner untuk Anwar dalam projek IC tapi akhirnya Amir Junus menyebabkan Anwar masuk penjara.
Pasai apa tiba-tiba aku tulis pasai projek Mykad dan mengaitkan Anwar Ibrahim?
Aku tau, ramai yang membaca Malaysiatimes tidak membaca Malaysia Today. Sebabnya, ramai yang tak faham apa yang dikatakan oleh Raja Petra sebab Petra tak cerita habis. Dia suka memberikan sesuatu "hint"..lepas tu suruh kita berfikir.
Yang terakhir, Raja Petra melabel Anwar Ibrahim sebagai Trojan Horse.
"I hope my friend is right. I hope it is just incompetence and not because Anwar is a Trojan Horse that the Pakatan Rakyat states, in particular Selangor, are refusing to implement its free state-wide wireless internet after more than three years."
Ok..BERSIH akan berlangsung hanya beberapa hari lagi. BERSIH adalah tuntuan untuk mereformasikan pilihanraya di Malaysia, bukan untuk membela Anwar Ibrahim. Sebab Anwar Ibrahim juga perlu membersihkan dirinya.
MALAYSIATIMES.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
-
(KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA - Handling Baggage Ground Crew *KLIA* Diperlukan segera ada 50 kekosongan Berminat ‼ segera ... www.wasap.my/601120739987/nakkerja 18 - 45 tahun lelaki war...4 tahun yang lalu
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...6 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...9 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...9 tahun yang lalu
-
Malang - Kota Malang, Jawa Timur. 7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...10 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar