Rabu, 23 Februari 2011

PERIHAL ORANG BESAR PENYAMUN BESAR

IRHAL IRHAL YA MUBARAK - BERAMBUS BERAMBUS YA MUBARAK !!

Mahmoud Muhim bingkas bangun dan mengambil megapone ketika ribuan penunjuk perasaan sedang bergerak menuju ke Dataran Mutiara. Dia melaung … “Tidak ada sesiapa yang akan memberi ganti rugi. Setiap orang hanya mengucapkan tahniah kerana anak aku telah gugur shahid. Anak aku gugur untuk Bahrian.” (petikan akhbar Guardian London)

Kau kutuk aku dalam buku sejarah kau
Dengan segala tohmah dan bohongan
Kau pijak aku bersama sampah
Tetapi, seperti debu, aku akan naik…aku akan naik…aku akan naik
( bait puisi Maya Angelou – penyaer wanita kulit hitam dari Amerika)

Kawan-kawan yang aku hormati,

Apakah kamu terperanjat apabila mula melihat anak anak muda gugur shahid di Tunisia, di Benghazi, di Al-Kaherah, di Suez, di Tehran, di Iskandariah, di Aljazail, di Saana atau di Manama. Kau selalu bertanya-bertanya kepada aku kenapa semua ini terjadi.

Kawanku yang baik hati biarkan aku kesahkan : sejarah perjuangan kita untuk menegak keadilan bukan hanya bermula dengan 20 September 1998. Sejarah perjuangan manusia untuk menghampus kezaliman dan menentang kebatilan bukan bermula bulan lalu. Sejarah perjuangan manusia bukan bermula dengan Revolusi Bolshevik atau Revolusi Tiongkok.

Hidup manusia ini adalah perjuangan. Hidup manusia ini adaklah perjuangan kelas. Perjuangan - kelas yang di tindas melawan kelas yang menindas. Perjuangan menentang kezaliman dan kebatilan. Pejuangan untuk menegak keadilan dan menumpas penipuan. Jangan sesekali kau lupa akan hakikat ini wahai kawan ku.

Apakah kaum masih ingat lagi , awal dahulu kesah Leila Si First Lady lari dengan satu tan lebih jongkong emas. Kemudian diikuti oleh Suzzane Si First Lady yang lari berhelikopter meninggalkan Istana Presiden. Ini Istana kesayangan yang telah ditiduri selama 30 tahun. Kawan ku, bayangkan betapa lamanya Si First Lady ini tinggal di Istana itu. Kalau kau telah menanam biji durian 30 tahun dahulu pasti telah berbuah 20 musim.

Gamal anak Suzzane Si First Lady telah lari terlebih dahulu ke London. Gamal, seorang bilionaire ingin memastikan yang dia tidak akan tersadai di Riyadh seperti nasib Ben Ali dan Leila. Bayangkan Leila Si First Lady dengan harta bertimbun-timbun tidak ada apa satu yang boleh dilakukan di padang pasir yang kering kontang. Hendak berjangak susah sekali. Hendak memandu tidak mungkin lagi. Siapa pulakah gerangan yang akan mendadan rambutnya untuk menjulang tinggi.

Kawan-kawan, ketika aku menulis ini dunia Arab sedang terbakar. Telah aku baca tentang anak anak muda telah mula turun ke jalan raya di Rabat dan Tangier. Telah aku baca berita sedih tentang 200 penunjuk perasaan telah di tembak mati oleh askariah upahan Kolonel Gadaffy.

Juga telah aku dengar di Tehran anak anak muda sedang berkabung sebagai tanda setiakawan kepada Saane Zhaleh dan Mohammad Mokhtari. Kau bayangkan dua shuhada ini adalah anak mahasiwa yang masih muda – Saane baru berumur 26 dan Mokhtari hanya 22 tahun.

Apa kau masih kurang faham kenapa ini berlaku?

Kawan-kawan ku, biarlah aku menjadi sang perawi disini. Aku akan membawa kesah-kesah perjuangan anak anak muda dari Timur Tengah. Biarlah kesah-kesah ini kita dengari bersama agar kita akan menjadi lebih dewasa. Agar kesah-kesah ini juga akan menjadikan kita manusia-manusia yang bertakwa untuk sama bangun berjuang menumpas penipuan dan kezaliman.

Lalu kau bertanya-tanya tanpa satu noktah : apakah benar dan saheh bahawa anak anak muda yang berkumpul di Dataran Tahrir itu semuanya kerana Facebook. Adakah mereka turun ke jalan raya kerana menyahut panggilan tweeter. Atau apakah mereka penagih blog?

Biar akau katakan disini – ada betul dan ada salah tentang babak ini. Memang betul anak anak muda ini berfacebook. Memang betul mereka ini dipanggil tweeter. Memang betul mereka amat gian membaca pelbagi blog. Lihat buktinya : pada tahun 2005 dahulu hanya muncul beberapa blog yang dilayari. Tetapi hari ini telah ada beribu. Hari ini 3 juta warga Mesir dililit oleh rangkaian Facebook tetapi ini agak kecil berbanding dengan penduduk yang berjumlah 80 juta.

Jadi tidak benarlah jika kita katakan bahawa semua yang berlaku kerana mereka befacebook dan bertweeter. Kaum pemodal mahu kamu melupakan tentang satu pekara yang amat penting dalam babak sejarah ini. Pekara yang ingin dipadamkan ialah babak-babak perjuangan kaum buruh dan kaum tani

Kawan ku, sebenarnya ada babak-babak sejarah yang lebih besar dari kesampaian teknoloji terbaru ini. Ada babak babak sejarah yang lebih mendalam dalam ingatan bersama warga Mesir. Ingatan bersama – collective memories - inilah yang mengikat mereka untuk turun berkumpul di Dataran Tahrir.

Kawan-ku yang baik hati,

Apakah kau lupa tarikh pertama anak anak muda di jemput berkumpul di Dataran Tahrir ialah pada 26 haribulan Januari. Apakah kau tidak teringat, atau tidak terbaca akan tarikh keramat ini. Biar aku ingatkan disini tentang apakah dia tarikh yang bersejarah ini.

Pada tarikh yang sama dalam tahun 1952 dahulu kota Kaherah telah terbakar. Warga kota Kaherah telah turun berduyun-duyun ke jalan raya menunjuk perasaan. Mereka bangun marah kerana sehari sebelum ini soldadu penjajah British telah membunuh 40 orang polis Mesir di Suez. Ini permulaan gerakan nasionalisma moden Mesir. Enam bulan kemudian Nasser dan Free Officer Movement telah merampas kuasa. Raja Farouk telah dihanyutkan ke Rom.

Revolusi Naseer sebenarnya masih segar dalam dalam ingatan anak anak muda ini. Kerana itu tarikh ini telah dipilih untuk menjadi satu tanda pemisah antara rejim revolusi Naseer dengan rejim Sadat dan Mubarak.

Jangan kau lupa wahai kawan ku tentang bagaimana a kaum falahin – kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota telah keluar menunjuk perasaan pada 18-19 Januari 1977 dahulu. Mereka menjadi mangsa Bank Dunia dan International Monetary Fund. Kaum kapitalis ini telah memaksa Presiden Sadat memansuhkan subsidi harga gandum sehinggakan warga miskin tidak ada keupayaan untuk membeli makanan asas ini. Tujuh puluh sembilan telah shahid ditembak mati dan 800 cedera kerana menunjuk perasaan apabila harga roti dinaikkan.

Tidak cukup dengan kezaliman ini – setahun kemudian Anwar Sadat telah membuat perjanjian damai dengan zionis Israel. Babak ini dianggap sebagai satu penghinaan dan pembelotan terhadap perjuangan warga Arab khususnya warga Palestin.

Kawan ku, kau wajib mengetahui dan memahami tentang musibah yang dibawa oleh dasar ‘ infitah – penswastaan’ yang diperkenalkan oleh Sadat. Berpuluh-puluh syarikat milik negara telah di swastakan kepada para kroni, anak bini dan saudara mara. Tuan-tuan empunya pabrik dan kilang yang telah diswastakan ini tanpa segan dan malu telah membuang dan mengurangkan tenaga kerja. Langkah ini untuk memastikan keuntungan berlipat ganda.

Tanpa bantuan kerajaan dan daulah ribuan kaum tani, kaum buruh dan penduduk mikin kota terus hidup merempat. Mereka yang ada pekerjaan terus dibayar dengan upah yang murah. Tuntutan gaji minima telah ditolak. Pada tahun 2006 seramai 24,000 kaum buruh dari berbelas belas kilang kain telah melancarkan mogok. Ada kilang kain kerajaan dan ada dari kilang kain swasta. Mereka telah bersatu menuntut upah yang lebih. Pada tahun 2007 sekali lagi mogok yang sama berlaku.

Pada 6 April 2008 – satu lagi mogok telah dirancang. Tuntutan kaua buruh kain ini adalah sama seperti tahun 2006/7 – meminta gaji minima dan mendapt khidmat kesihatan. Presiden Mubarak telah meghantar polis untuk menganasi kaum buruh. Ada yang di tangkap. Kilang ditutup dan ramai pemimpin buruh berakhir dalam penjara.

Kawan ku, aku rasa kau pernah terbaca 6 April Youth Movement. Yang aku surahkan disini hanyalah teromba dan salasilah bagaimana bermulanya Gerakan Anak Muda 6 April ini . Kumpulan anak muda ini telah menyahut laungan kaum buruh dan meneruskan perjuangan dilaman blog dan alam maya.

Anak-anak muda ini telah meneruskan perjuangan kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota. Mereka telah membuat tuntutan ini :
1 – Tamatkan pemerintahan rejim Mubarak
2 - Tolak usha untuk menjadikan Gamal Mubarak , anak Mubarak sebagai ganti Presiden
3 - Bukakan ruang kebebasan dan wujudkan lembaga untuk menjalankan pilihanraya yang adil dan bebas
4 – Hentikan keganasan polis dan mukahabarat/SB dan dakwa penjenayah ini

Tuntutan ini terpampang luas di Dataran Tahrir. Tuntutan inilah yang menjadi pemidai dan kain rentang yang menyatukan kaum buruh, kaum tani, anak muda, kaum nasionalis, wanita, kaum agamawan dan kaum kiri. Islam dan Kristian telah bahu membahu mendobarak kebatilan. Mereka telah berjaya mengalang satu barisan rakyat untuk membebaskan Mesir dari cengkaman elit politik yang telah merompak kekayaan negara.

Kawan-kawan ku, ketika aku menulis ini sejarah perjuangan ini belum selesai. Dunia Arab masih bergolak. Aku tidak berani menjadi nujum untuk meramalkan apa yang akan berlaku. Tetapi aku sedar dan yakin bahawa kaum pemodal, kaum zionis dan imperialis Amerika sedang merancang untuk memandulkan Revolusi Sungai Nil ini.(TT)


PETIKAN T.T

2 komentar:

  1. Jangan kamu bersungut apabila keletihan merawi,
    Rawi kamu akan diketepikan setelah dibaca dan diteliti.

    Dimana ada satu kerajaan dalam dunia ini tanpa kroni yang menghimpun harta benda untuk kelak dibawa lari.

    Bersedialah untuk merawi, seterus dan selamanya
    selagi ada bulan dan matahari.

    BalasHapus
  2. hahha perawi adalah sang pemikir juga pak ngah haha

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog