Rabu, 09 September 2009

AKU MUSIK DAN KHAYALAN..


ADA BANYAK YANG MELINTAS DIFIKIRAN KU...


bermula semula selepas bebas dari pengaruh dadah aku berhijrah kembali kekuala lumpur meneruskan sebahagian lagi kehidupan ku yang belum selesai.

tahun 2000 aku berkerja disebuah bengkel kimpalan membuat peralatan khemah.ada sikit2 kemahiran yang dulu aku cuba praktikkan semula.kerja berat angkat besi susun potong dan kimpal menjadi sebuah rangka khemah yang korang dapat lihat dihari2 perayaan atau konsert2 besar atau dimajlis2 keramaian sekarang ini.tapi yang banyak dapat dilihat atau diperhatikan cuma bumbung kanvas plastik yang kelihatan.sebenarnya rangka2 besi menegak itulah yang membuatkan tertegak nyata khemah2 itu.
dari sendi-sendi ketiang-tiang dan akhirnya kerabung yang membentuk piramid adalah amat merenyahkan dan sulit untuk dibuat.ukuran kena tepat,kimpalan kena cantik dan yang penting kuat untuk menahan segala ancaman cuaca seperti angin atau hujan ribut.

dengan duit gaji hasil kerja yang sulit itu aku membeli sebuah gitar acoustik,dan buat pertama kali berkenalan dengan arwah osman ghani semasa membeli gitar.beliaulah yang memilih gitar untuk aku dan aku suka.arwah seorang yang ramah tak kedekut ilmu.walhal aku tak kenal pun siapa dia waktu itu.sekarang beliau telah pergi buat selama-lamanya.alfatihah....

malam aku praktis,buat lagu merapu,bila hari2 cuti aku keluar ke centrel market berjalan-jalan dilorong-lorong belakang mencari ilham..sendiri-sendiri masih sendiri... melihat gelagat manusia..yang menyayi dijalanan..aku tertarik..,yang berkepit berdua-duaan,hilang kawalan...

kerje semakin sulit.. dari duduk mengimpal dibengkel aku juga sudah dikerah memasang khemah2 dimajlis keramaian,menjadi pemandu lori,memasang grill tingkap dan pintu pagar, mendapatkan bekalan besi2,ahh kerja semakin renyah dan banyak,gaji masih sedikit kadang2 sangkut tak berbayar.aku ambil keputusan angkat kaki lambung.

lagu lara lagu ria..datang dari rumah kerumah
membisikan kata rindu pada kampung halaman
dan berjalan sendirian..

11 komentar:

  1. Bro,

    Sulit juga hidup lu..., macam senasib jer...

    BalasHapus
  2. Kalau kerja dah tentu halal,buat apa saja dapat berkat-Nya.

    Bulan puasa ni,Nik masih busking di CM.?Kalau ya,Sabtu ni,ingin ke sana.Bila PETAK dapat busking puisi di situ.?:DD

    Melihat kan kerja keras Nik,mari PETAK cipta serangkap lagu puisi.

    * * *

    Atas tangan yang keras.
    Bawah awan yang panas.
    Biar lah mata yang memandang menggelupas.
    Demi sesuap nasi secupak beras.

    BalasHapus
  3. puasa ni cuti la bader...cantik sajak tu nt kita sambung lagi sampai jadi lagu.lepas raya baru busking smula.

    bang isa..ramai orang yang mengharungi kehidupan yg lebih sulit dari kita bang.
    terima kasih kerana memahami.

    BalasHapus
  4. btul nik..banndingkan dengan yg lebih merana dari kita..

    BalasHapus
  5. sekurang-kurangnya, kita 'mencuba' supaya menjadi lebih baik dari semalam... :)

    BalasHapus
  6. lu jd towkey kimpal, gua keja ngan lu nik..
    kulup ckp, raikan hidup..

    BalasHapus
  7. oit,aku tak paham..
    ape maksud ayt ko nie?

    'kona baring jgn sampai terbabas sudah hahahaaaaaaaaaaaaa'

    ????

    BalasHapus
  8. mmg perit hidup lu dulu bro..
    gua dpt feel..eceh..
    haha..

    BalasHapus
  9. abd fatah...yes bader layan...

    sang darkness...kebarangkalian ketika kita makan mereka lapar..

    lonelyrose..semalam adalah semalam yang tak mungkin berulang.

    BalasHapus
  10. aku..ye raikan hidup bader

    solehah...lu belasan tahun...bnyak benda lu kna tau dan belajar lagi.

    mael...klu kita jalani kehidupan yang teruk masa lalu kita akan lebih mudah dan berani menghadapi hari depan.

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog