Kamis, 10 September 2009

21 malam

Sepertimana hidup dan kematian..kita terjebak dalam lingkaran waktu yang sedikit melemaskan. kita berhak untuk memilih jalan mana yang harus kita lalui.hidup ini hanya sementara maka kita harus tentukan jalan mana yang harus kita tempuh iblis apa yang mesti kita tentang.oleh itu pandanglah kehadapan,cuba resapi naluri batinmu.aku disini hanya melontarkan meskipun aku sendiri tersunggkur dihentam memori.kau mahu itu aku mahu ini tidak dipaksa dan memaksa.aku lebih senang melihat kau terbang bebas.bergaul dengan segala binatang buas.kita tidak punya banyak pilihan.semuanya bukan kita yang menentukan.

Dari timur sampai kebarat,dari utara hingga keselatan,manusia melaungkan kemerdekaan.tapi sebenarnya untuk apa dan untuk siapa kemerdekaan itu?sedangkan kita masih lagi dijajah oleh satu kuasa perompakan yang nyata didepan mata kita sendiri.nyatanya menang menang tidak bererti menang dan kekalahan jua yang terbukti jelas.kerana kita semua akan mati.

Mati adalah kekalahan yang mutlak kerana kita tidak dapat melawan kehendak sang dewa ghaib.untuk apa kemerdekaan ini dan untuk siapa kemerdekaan itu?engkau adalah makhluk yang tewas.begitu juga dengan aku.kita tidak dapat mengingkari kenyataan ini.maka oleh itu terbanglah sebebas-bebasnya.harus diingat cicipkanlah belas kasih sayang dan cinta yang sedikit benar dipinjamkan pada kita.berbahagi rasa hingga sampai detik kembali nanti.

5 komentar:

  1. Kita boleh memilih jalan sendiri.Ya.Sememang nya begitu.Tapi aku masih ditambat kaki dikurung di rumah batu ini.

    Ah.Kita belum merdeka lagi.Jiwa masih di jajah.

    BalasHapus
  2. 16sept hari merdeka sekali lg buat malaysia.. dibawah penyatuan sabah dan serawak malaysia menjadi sebuah negara terpisah diantara laut cina selatan.tapi aku heran malaysia yang penuh dgn hutan kayu balak dan tanah yang subur ini tidak langsung melambangkan kemerdekaannya.

    rakyat tidak bisa melakukan apa yang mereka suka,penindasan dimana-mana,hak mutlak kemerdekaan bagi diri sendiri musnah.kekayaan negara dirompak rakyat dianak tirikan dan bermacam-macam lagi bentuk dan rupa ketidak adilan yang berlaku semenjak negara kita merdeka.
    nah bererti apa gunanya merdeka ini?

    bagi aku ambil apa saja yang kamu mahu ambil tapi jangan rampas hak kemerdekaan diriku untuk melakukan apa saja yang aku suka.

    BalasHapus
  3. life and death..
    tak boleh tido kalau pikir ni bro..
    haha..
    selamat mencari lailatul qadr..

    BalasHapus
  4. Merdeka? Negara? Jiwa? ...
    Err .. boleh tlg tak? I see you follow Kak Fynn Jamal. Kalau sudi, plz calunkan fynn utk weblog popular 1malaysia. Your cooperation is highly appreciated. Tenkiu!!

    BalasHapus
  5. SELAMAT AIDILFITRI
    MAAF ZAHIR DAN BATIN

    Ikhlas
    -Jasadbeku-

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog