Selasa, 27 Oktober 2009

dari 130 sampai 325

Semalam aku duduk kat rumah melayan macam-macam dalam kepala hotak aku ni, ada rasa geram mendengar berita dari kampung. Bukan nya aku tak biasa dengar cerita sial camtu selama hidup aku tapi ianya dah selalu sangat malahan dikota besar atau dimana pelusuk dunia pun aku dah biasa dengar cerita begini.

Mak telefon, pukul 5 lebih, dalam kepala ingat mak nak suruh balik ke sebab dah lama tak balik, aku pun jawab-jawab manja je la sebab amik hati mak. Bagi salam pun pelahan penuh tertib, mak nampak sihat dari tutur bicaranya, Lancar tidak mengeluh padat dengan berita hangat yang baru tapi kejadian yang sudah masuk enam bulan berlaku.

Aku menung, tak sempat aku nak sampaikan salam pada abah mak dah letak telefon, nampak macam berhajat benar dengan suruhannya tu tadi. Aku mula fikir nak kena buat apa ni, bagitau kaum ke tak atau aku pergi settle sendiri?

Aku rasa aku kena selidik perkara ni bagi jelas dulu baru boleh koment. Tapi mana mamat ni aku kol dia asik engage je...ok tak pe aku bagi masa dia 1 hari lagi.


Aku dail no kawan 013 yang bole buat cerita jadi lain, sebab aku tak nak pikir sangat pasal tu, kami pun bercerita la dari satu topik ke satu topik, tapi yang masih terkesan bagi aku yang dia ni tak suka patah balik hahaaaaaaaaa, aku namakan dia 'D.'

D ni ada satu alasan dalam hidup dia, D suka jadikan alasan itu sebagai penguat fakta yang dia tidak akan berpatah balik katanya dia malu, dan D memang tak suka patah balik. jadi suatu hari D pergi pasar dengan mamanya, D yang drive mamanya duk sebelah sudah langgar sisi tembok
oleh kerana malu untuk berpatah balik, D terus menekan pedal minyak dan menggeselkan keretanya pada tembok dan menggesel menekan pedal minyak menggesel lagi menekan pedal lagi menggesel dan bercalarlah tembok dan kereta dari kepala sampai keekor sama-sama luka sama-sama sakit sama-sama padan muka dan mama D biru bibir lebam paras solat hajat serta surah yassin mintak doa pada tuhan supaya selamat lalu selamatlah mereka anak beranak pulang kerumah dengan kereta yang luka sama macam tembok, luka juga kerana telah D' gesel-geselkan dengan keretanya.





''dalam hati aku ada jugak orang perangai gini''

9 komentar:

  1. mcm member gua siot D tu. serius. ini see-rius.

    BalasHapus
  2. ada gaya mmber lu ke? kah kah kah... dia tau tak gua buat posting ni cuba lu tnyaaaaaaaaaaaa :)

    BalasHapus
  3. apela.
    hahaha..
    kejam betol.

    habes la kerete tuhhhh

    haha!
    ;P

    dah mmg ade org macam neh.
    nak buat camne kan??
    tuhan dan jadikan centu.
    haha

    BalasHapus
  4. jawab abah dia marahhh, jahanam keta kesayangan masa mula2 ngorat nak kawen dngan mama dia tu dulu

    hahaha

    BalasHapus
  5. marah sangat ke?
    muka panas gile???

    haha

    BalasHapus
  6. hatifragile;; lu jgn buat ginehh,
    kesian keta ngan tembok tu
    :)

    BalasHapus
  7. hahah bro. mak kol dr kampung. dia rindu tu.

    BalasHapus
  8. iye le tapiiii gua rindu dia juga :)

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog