Selasa, 25 Agustus 2009

menarik bulan turun kehadapanku

pengajaran yang aku dapat dalam hidup ini kita kena berani..berani bukan membabi buta tapi berani dengan mengikut akal fikiran yang waras..hati menjadi punca segala-galanya sebab disitu bermula niat.buat apa pun semua kerana niat.

aku tak takut untuk mempelajari sesuatu yang baru,buruk ke baik ke kita sendiri yang tau sebab ianya bermula dengan hati.aku hampir-hampir mati kerana terlalu berani.memandu kereta dan mengambil selekoh dengan laju membuatkan kereta berpusing hilang kawalan.mencuba dan terus mencuba,bermoto sampai patah tulang gagah itu juga sesuatu yang berani bergaduh sampai nak terburai isi perut juga sesuatu yang berani bahkan jika sekarang ini aku dihadapkan dengan orang2 yang mahu merompak hak kemerdekaanku akan ku tentang kerana aku tidak pernah terikat dengan hukum manusia.

pernah suatu ketika dulu aku ditahan kerana membelasah seorang lelaki cina dengan kerusi besi.puncanya si cina ni telah menganggu kami yang sedang aman menikmati hidup makanya aku tidak dapat bersabar dengan perbuatannya itu jadi darah pun tumpah kebumi kesimpulannya aku lebih rela mempertahankan hak kemerdekaanku dari diganggu gugat oleh sesiapa pun.aku suka mencabar diri sendiri...apa?? jika sudah ditakdirkan aku mati ya terserah.

kedewasaan mengajarkan aku lebih matang ye matang dalam menjaga hak kemerdekaan diriku sendiri.aku bukan tidak pernah diterajang dipijak dihenyak dihiris dikeronyok dibuli disiat dilempang dipatahkan hidung dipenjara dijadikan hamba pada keadaan dicaci dan dimaki dibelai dikasihi disayang ditiduri sehingga lemas dengan kerenah hidup rindu cinta kuasa harta kemewahan dan segala macam bentuk penindasan kemiskinan didepan mata tak berduit mencuri merompak menagih heroin morfin syabu sedelic actacy menjadi pusher hingga kepada memanjat banggunan-bangunan tinggi menarik bulan turun kehadapanku berbicara dengan angin dan awan berjabat tangan dengan bintang-bintang terjun kedalam laut dan selalu ku berteman dengan malam yang sunyi lagi dingin.

maka kemerdekaanku ini adalah asal usulnya hati dan penglihatanku adalah hak kurnian sipemilik batin.dan jika aku dikehendaki mengangkat senjata untuk berjuang demi sebuah kemerdekaan bagi tanah airku aku rela.

12 komentar:

  1. dahsyat..
    selamat hari merdeka dan selamat puasa ke-5 hari bro nik..
    haha..

    BalasHapus
  2. wah patriottttttttttt...caya sama lu!

    BalasHapus
  3. ...adalah hak kurniaan sipemilik batin.

    selamat hari merdeka nik..

    BalasHapus
  4. Mari kita menyebut MERDEKA yang baru.

    BalasHapus
  5. slamat berpuasa mael..

    pyan...waaaaaaa....kih3

    pak oncu..pose den tk tinggal lg

    sang kegelapan....mungkin gua dilahirkan untuk jadi patriot hahaha

    BalasHapus
  6. aku.........yup selamat hari merdeka buat jiwa

    petak...dgn lebih berani lagi

    amar...berjaya..gagal..berjaya...gagal...dan berjaya lagi gagal lagi berjaya lagi dan lagi dan lagi...hahahaaaaaa

    BalasHapus
  7. gua pun x terikat dgn hukum manusia! tp kalo mak bapak gua tepaksa ikut:(

    BalasHapus
  8. salam bro..
    lama benor teman tak nengok blog miker..makin umphh..

    BalasHapus
  9. bulan ditarik turun ke hadapannya,
    kita semua sedang menyaksikan kelahiran sebutir bintang (Nik)
    dan kita semua bersyukur dapat menikmati sinarnya.

    syabas Nik

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog