Rabu, 15 Juli 2009

MUSIK DAN KHAYALAN..


MASUK KE ERA 87 HINGA HUJUNG 90AN... dilayar perak sudah keluar filem kembara seniman jalanan..tapi aku macam terjerat dalam dunia nak cari duit bantu keluarga..macam2 kerja yg aku lakukan dari mengambil upah tebas semak samun kat ladang orang kampung hingga mencuri ayam dan skodeng(haha pun termasuk jugak ke)hingga ke menjual cili padi dan ikan sungai aku tak peduli kerja apa skali pun janji dapat duit..menanggung biaya persekolahan yg smakin meningkat dari hari kehari..dari sejak itu juga aku dah mula mendengar lagu2 barat seperti beatles ACDC..motley crue iron maiden hingga ke musik punk dan grind,aku menilai satu persatu musik yg terhebat seperti sepultura,zombie,metallica,stone tample pilot(stp)dan banyak lagi la klu nk ditulis disini hinggalah ke demo2 yang di terbitkan oleh anak2 tempatan dan sesungguhnya kehidupanku amat kasar dan buas pada kancah keberanian anak muda yg mengores resam hidup berdiri atas tapak kaki sendiri.

aku mula berjinak2 dengan gitar waktu usiaku mencecah 13 tahun sedikit pun tiada galakan dari sesiapa malahan tohmahan dan sindiran dari segenap ruang manusia yg melingkariku waktu itu amat tidak melemahkan semangatku untuk memetik tali2 gitar yg usang kepunyaan abang besar.sebenarnya aku cacat sewaktu lahir.. jariku bercantum dan hanya ada 4 kuku yang selebihnya hanya tulang dan isi yang dibaluti kulit luaran semata..bayangkanlah ada ketikanya ianya luka kerana aku terlalu marah umpama melepaskan kemarahanku pada nada2 gitar yg kupetik sumbang..tuhan sesungguhnya tidak adil kepada ku..teriakkan hanya keluar dari hati dan ada ketikanya aku lepaskan pada petikan gitar serta tune suaraku yang kasar bercampur sedih..mata berkaca ..sedikit air keluar dan aku cepat2 menyapunya dan terus lari dari kesedihan itu.

sewaktu umurku 15 tahun sudah ada getaran bunyi2an yg menarik minatku pada musik terus berkembang banyak..teman2 kelas waktu itu sudah berani melangari urusan waktu pembelajaran.. kami lebih banyak mengkaji tentang musik dan mula menubuhkan band.. aku yang sedikit sebanyak mengenal tune gitar dan suara telah bergabung dgn 3 orang lagi rakan sebaya menubuhkan TAMPANAMA..aku sbagai pemain bass dan vokalis pada masa itu tapi malangnya TAMPANAMA tidak dapat bertahan lama kerana salah seorang dari kami mengakhiri zaman bujangnya terlalu awal.. pada awal 91 aku mula menjejakkan kaki ke kota besar kuala lumpur dengan harapan dan impian untuk berjaya dan bahagia dlm hidup.

lalu kuterjah alam khayal yg terindah dan terpahit untuk dilalui oleh golongan anak jalanan..aku berhijrah ke kota kuala lumpur dgn berbekalkan keberanian yg kuwarisi dari leluhurku..bergabung tenaga menimba segala ilmu kejujuran dan kehampaan dikotaraya yg menjanjikan seribu kebahagiaan..musik sedikit sebanyak sudah lenyap dari hidup ku.dari kerja kilang aku berniaga burger dan dari berniaga burger aku kerja memikul beras dan dari sana pula aku belajar apa itu khayalan.. bersambung

2 komentar:

  1. sepultura-beneath the remains!
    rebelious album about war and shit political

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog