Kamis, 16 Juli 2009

AKU DAN PEREMPUAN TUA..

AKU DAN PEREMPUAN TUA
MEMBAJAK SAWAH DIDATARAN LUAS
TAK PEDULI TERIK MENTARI
TAK PEDULI HUJAN MEMBASAHI
TAK PEDULI ULAR TIKUS DAN LINTAH BULAN

KAMI MENCARI SEPAT DAN KELI
ULAM RAJA DAN PEGAGA
JERING SEMAI TAK PAYAH DIBELI
KERANA AKU MEMANG TAHU HASIL BUMI

AKIBAT KERAKUSAN PEMBANGUNAN
HASIL BUMI KAMI DICURI DAGANGKAN
SEJAK EKONOMI MAKIN MENJADI
DAN LAPARLAH KAMI PADA TALI AIR TEMPAT KAMI BERSENJA MANDI

AKU DAN PEREMPUAN TUA
KINI APA LAGI YANG TINGGAL
PEREMPUAN TUA SUDAH MATI
AKU BERGELANDANG SEPI

KASIH AKU PADA PEREMPUAN TUA
BERGELOMBANG BAGAI SAMUDRA
DALAM JIWA DAN SEGALA APA YANG TERSEMBUNYI
MENGALIR BAGAI AIR DIMUSIM MENGHUJAN

NAMUN BISIKAN PEREMPUAN TUA JADI SEMANGAT KU KINI...KATANYA
''NAK NANTI JIKA AKU SUDAH MATI JANGAN LAH KAU DAGANGKAN TANAH KITA INI
KEKEJAMAN PORTUGIS BRITISH DAN JEPANG SUDAH AKU JALANI... YG TEGUH KUBUR AKU DAN BAPAKMU JANGAN TIDAK KAU SIRAMI..
BUKAN DENGAN AIR MAWAR
BUKAN DENGAN NISAN BERHARGA TINGGI''

AKU DAN PEREMPUAN TUA
MESKIPUN NAFAS KU KADANG TERSENGAL DUKA
MELIHATKAN KERAKUSAN KUASA
BUKAN DARI PORTUGIS..BUKAN DARI BRITISH DAN BUKAN DARI JEPANG BERANI MATI...BUKAN!!......
TAPI DARI ANAK BANGSA KU SENDIRI..........AHH.....
BARANGKALI NANTI TUMBUH NALURI SEJATI
DAN SEGALANYA AKAN JADI SEPERTI SEDIAKALA...



HU....YA.............................................................................................
...................................................................................
RAB............................................................................................
.................................................................................HU...ALLAH HU......

3 komentar:

  1. perempuan itu..
    menanak nasi untuk ku..
    perempuan itu...
    biniku..
    huhuhu..

    BalasHapus
  2. Lantas aku teringat kisah aku dan perempuan tua,
    Yang kini masih bernyawa dan sihat sejahtera, Alhamdulillah, muga dia sentiasa diberkati dan lanjut usia.

    Ketika aku baru mengenal apa itu erti perjuangan,
    Ketika darah mudaku bergelora konon inginkan perubahan,
    Aku membisikkan kepadanya, tukarlah kerajaan agar kita semua dapat merasai kenikmatan..

    Lalu katanya.
    Ingatlah nak, engkau tidak pernah merasa erti kesengsaraan,
    Ketika emak dan ayah menjada abdi, merempat dilajanan,
    Ketika negara dalam peperangan..

    Lalu ketika itu muncul pejuang-pejuang bangsa,
    Bergolok bergadai demi membebaskan nusa,
    Tanpa mengenal erti jemu dan sengsara..
    Hingga akhirnya negara merdeka.

    Engkau lahir dalam kemewahan..
    Celik sahaja mata, kemahuan sudah dihadapan.
    Jangan kerana marah, jasa pejuang engkau lupakan.
    Jangan kerana marah, maruah bangsa engkau gadaikan.

    Lantas aku menung sejenak.
    Dimanahkah kita.
    Kemanakah hala tujuan kita.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog