Rabu, 11 Desember 2013
zabur daud
tujuh fasal
{ Fasal 1 }
Diberkatilah orang, yang tidak berjalan menurut bimbingan orang durjana
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan,
dan tentang hukum-Nya dia berfikir siang malam.
Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya
dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.
Tidak demikian orang durjana!
Mereka seperti sekam
yang dilayangkan angin.
Oleh itu orang durjana tidak akan bertahan dalam penghakiman
begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.
Kerana Tuhan menaungi jalan orang benar,
tetapi jalan orang durjana akan binasa.
{ Fasal 2 }
Mengapakah bangsa-bangsa berpakat
dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?
Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian
dan para pemerintah bermuafakat
untuk melawan Tuhan
dan melawan Dia yang Disucikan-Nya,
Mereka berkata, "Mari kita putuskan rantai pengikat mereka
Dan buangkan belenggu mereka."
Dia yang bertakhta di Syurga tertawa;
Tuhan mencemuh mereka,
Kemudian menegur mereka dalam kemarahan-Nya
dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya,
sambil berfirman,
"Aku telah menabalkan Raja-Ku
di atas Sion, Bukit suci-Ku."
Aku akan mengisytiharkan firman Tuhan:
Dia berfirman kepadaku,
"Engkaulah Putera-Ku;
Hari ini Aku telah menjadi Bapamu"
Mintalah daripada-Ku,
Aku akan menjadikan segala bangsa warisanmu,
dan setiap pelosok bumi ini milikmu.
Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi
dan menghancurkan mereka seperti tembikar.
Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah;
berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.
Layanlah Tuhan dengan rasa takut
dan bersukacitalah dengan gementar.
Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah
lalu kamu dibinasakan di jalan,
kerana kemurkaan-Nya boleh menyala dalam sesaat.
Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.
{ Fasal 3 }
Ya Tuhan, betapa banyaknya musuhku!
Betapa banyak yang bangkit melawanku!
Banyak yang berkata tentangku,
"Allah tidak akan menyelamatkannya."
Tetapi Engkau adalah perisai melindungiku, Ya Tuhan;
Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku,
Kepada Tuhan aku berseru lantang,
dan Dia menyahut seruan dari gunung suci-Nya.
Aku baring dan tidur;
Aku terjaga semula, kerana Tuhan memeliharaku.
Aku tidak akan takut terhadap puluhan ribu
yang bersiap sedia melawanku di setiap pihak.
Bangkitlah, Ya Tuhan!
Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku!
Palulah semua musuhku di tulang rahangnya;
patahkanlah gigi orang durjana.
Daripada Tuhan datang penyelamatan.
Semoga berkat-Mu di atas umat-Mu.
{ Fasal 4 }
Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu,
Ya Allah Tuhanku yang benar,
Kurangkan penderitaanku;
kasihanilah aku dan dengan doaku.
Berapa lamakah, hai manusia,
engkau akan terus menjadikan kemuliaanku keaiban?
Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya
dan mencari tuhan-tuhan palsu?
Ketahuilah, Tuhan telah memilih orang salih untuk diri-Nya;
Tuhan akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.
Dalam kemarahanmu janganlah melakukan dosa;
ketika di tempat tidurmu,
sorotilah hatimu dalam senyap sepi.
Persembahkan korban-korban yang wajar
dan percayalah kepada Tuhan.
Banyak yang bertanya," Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?
Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, Ya Tuhan.
Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan
lebih daripada ketika bijiran dan khamar baru mewah melimpahnya.
Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera,
kerana hanya Engkau, Ya Tuhan,
membolehkan aku tinggal dalam selamat.
{ Fasal 5 }
Dengarlah kata-kataku, Ya Tuhan,
pertimbangkan keluhanku.
Dengarlah jeritanku meminta tolong,
wahai Rajaku dan Allah Tuhanku,
kerana kepada-Mu aku berdoa.
Pada waktu pagi, Ya Tuhan, Kau dengar suaraku;
pada waktu pagi kurafakkan permohonanku
ke hadirat-Mu
lalu menanti dengan harapan.
Engkau bukanlah Tuhan yang suka akan kejahatan;
Dengan-Mu orang durjana tidak dapat tinggal.
Orang tidak dapat berdiri di hadrat-Mu;
Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.
Engkau membinasakan orang yang berdusta;
orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya
dibenci oleh Tuhan.
Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu,
akan masuk ke rumah-Mu;
dengan sepenuh hormat aku akan tunduk
ke arah rumah ibadat-Mu yang suci.
Pimpinlah KU, Ya Tuhan, dalam kebenaran-Mu
kerana musuh-musuhku -
luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.
Tiada sepatah kata pun dari mulut mereka dapat dipercayai;
hati mereka dipenuhi pembinasaan.
Kerongkong mereka seperti kubur terbuka
lidah mereka menuturkan tipu daya.
Isytiharkan mereka bersalah, Ya Tuhan!
Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka
Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,
kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.
Tetapi biarlah semua orang bernaung kepada-Mu bersukacita;
biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.
Berilah mereka perlindunganmu,
supaya orang yang mengasihi nama-Mu
dapat bersukacita kerana-Mu.
Kerana tentulah, Ya Tuhan,
Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu
seperti dengan perisai.
{ Fasal 6 }
Ya Tuhan, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu
atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.
Kasihanilah aku, Ya Tuhan, kerana aku sudah longlai;
Ya Tuhan, sembuhkah aku, kerana
tulang-tulangku terseksa.
Jiwaku gundah-gulana.
Berapa lama, Ya Tuhan, berapa lama?
Berpalinglah semula kepadaku, Ya Tuhan,
dan lepaskan aku;
selamatkan aku kerana kasih-Mu yang kekal.
Tiada siapa mengingati-Mu setelah dia mati.
Siapa yang memuji-Mu dari kubur?
Aku letih lesu daripada mengerang;
sepanjang malam kubanjiri
tempat tidurku dengan tangisan
dan kubasahi tilamku dengan air mataku.
Mataku menjadi lemah dengan kesedihan;
Dan semakin kelam kerana sekatan musuhku.
Pergi jauh dariku, kamu semua yang berbuat jahat,
kerana Tuhan telah mendengar tangisanku.
Tuhan telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan;
Tuhan menerima doaku.
Semua musuhku akan malu dan kecewa;
mereka akan berpatah balik
dalam keaiban yang tiba-tiba.
{ Fasal 7 }
Ya Allah Ya Tuhanku, kepada-Mu aku bernaung;
selamatkan dan lepaskan aku
daripada semua yang memburuku,
atau mereka akan mengoyak-ngoyakkanku
seperti seekor singa
dan mencarik-carikku
tanpa sesiapa menyelamatkanku.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku telah melakukan ini
dan tanganku bergelumang dosa -
jika aku telah berbuat jahat kepada seseorang
yang baik denganku
atau tanpa sebab aku telah
merampas milik musuhku -
maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku;
biar dia melanyak nyawaku ke tanah
dan membuatku tidur dalam debu.
Bangkitlah, Ya Tuhan, dalam kemarahan-Mu;
bangun melawan keberangan para musuhku.
Jagalah, ya Tuhanku; firmankan keadilan.
Biarlah perhimpunan kaum-kaum mengelilingi-Mu
Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;
Biar Tuhan menghakimi segala kaum.
Hakimi aku, Ya Tuhan, berasaskan kebenaranku,
berasaskan ketulusanku, Ya Tuhan Maha Tinggi.
Ya Allah Tuhan Yang Benar,
yang menyoroti fikiran dan hati,
tamatkan keganasan orang durjana
dan pastikan keselamatan orang yang benar.
Perisaiku Allah Maha Tinggi,
yang menyelamatkan orang jujur.
Allah hakim yang benar,
Allah menunjukkan kemurkaan-Nya
setiap hari.
Jika Dia tidak memaafkan,
Dia akan mengasah pedang-Nya;
Dia akan memasang panah-Nya.
Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya
yang membawa maut;
Dia menyediakan anak-anak panah-Nya
yang menyala.
Orang yang menghamilkan kejahatan
dan membenihkan kekacauan
akan melahirkan kekecewaan.
Orang yang menggali lubang
akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.
Kekacauan yang disebabkannya
akan memantul ke atas dirinya;
keganasannya menimpa kepalanya sendiri.
Aku akan mengucap syukur kepada Tuhan
kerana kebenaran-Nya,
dan akan menyanyikan pujian
kepada nama Tuhan Maha Tinggi.
Amin!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN - Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan berse...7 bulan yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...6 tahun yang lalu
-
Hai Juana! - Sebentar tadi, Juana mesej saya di Telegram:- *"Beb, mula la menulis".* Lalu saya jawab:- * "Aku tengah menulis la ni. Menulis Afidavit. Susah w...6 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...9 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...9 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar