Sabtu, 28 Desember 2013

29






kota kuala lumpur kota panas kota para binatang nafsu lawan berjuang untung para penipu dengan hanya menampal iklan




.........,,,;;;;.......................................










Jumat, 27 Desember 2013

mediaMARAH



isu pengantungan akhbar theheat membuatkan seluruh pengamal media bersatu hati membentuk satu front yg tunggal bagi melawan kehendak KDN yg didalangi orang politik mentah tentang hak kebebasan media. seluruh rakyat juga tak kira pengamal pembaca dan petugas penghantar surat khabar juga tersinggung dengan tindakan menteri dalam negeri zahid hamidi. rata-rata kebanyakan mereka melampiaskan ketidakpuashatian mereka didalam blog fecebook dan twiter. najib razak masih keliru, jalan mana yang harus ditempuh selepas satu persatu masaalah keborosan keluarga perdana menteri itu dibongkar diakhbar2 pembangkang dan akhbar dunia.

seluruh pelusunegeri tahu bahawa najib rosmah dan menteri2nya berjoli dengan wang rakyat.

yang terbaru anak rosmah bersama suami terdahulu merangkap anak tiri kepada najib razak telah membeli sebuah kondominium dinew york berharga 110juta ringgit malaysia. ini amat meresahkan dan membungkam najib kelobang neraka. ketika para rakyat bergelumang dengan masaalah kenaikan cukai dan pemborosan yg tak terhinggakan mereka2 para menteri masih sibuk berjoli membeli aset2 diluar negara dan aset dalam negara dijual atau dipajak pula.

sesiapa saja yg berlaku jujur membongkar kejahatan peguam negara melaporkan rasuah akan dihumban kedalam rumah pasung, sesiapa yg membangkitkan jiwa rakyat kejalan yg benar akan dituduh dengan berbagai2 tuduhan seperti syiah, mahu menggulingkan kerajaan, pengkhianat negara dan berbagai lagi kemudian waran tangkap akan dikeluarkan.

inilah dia kekejaman rejim UMNO/BN yg ditempa oleh mahathir iskandarkutty. nyawanya sudah dipenghujung senja

Rabu, 11 Desember 2013

zabur daud




tujuh fasal



{ Fasal 1 }


Diberkatilah orang, yang tidak berjalan menurut bimbingan orang durjana
atau berdiri di jalan orang berdosa

atau duduk di kerusi orang yang mengejek.

Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan,
dan tentang hukum-Nya dia berfikir siang malam.

Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya

dan daunnya tidak layu.

Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.

Tidak demikian orang durjana!
Mereka seperti sekam

yang dilayangkan angin.

Oleh itu orang durjana tidak akan bertahan dalam penghakiman
begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.

Kerana Tuhan menaungi jalan orang benar,
tetapi jalan orang durjana akan binasa.



{ Fasal 2 }


Mengapakah bangsa-bangsa berpakat
dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?

Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian
dan para pemerintah bermuafakat

untuk melawan Tuhan

dan melawan Dia yang Disucikan-Nya,

Mereka berkata, "Mari kita putuskan rantai pengikat mereka
Dan buangkan belenggu mereka."

Dia yang bertakhta di Syurga tertawa;
Tuhan mencemuh mereka,

Kemudian menegur mereka dalam kemarahan-Nya
dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya,

sambil berfirman,

"Aku telah menabalkan Raja-Ku
di atas Sion, Bukit suci-Ku."

Aku akan mengisytiharkan firman Tuhan:
Dia berfirman kepadaku,

"Engkaulah Putera-Ku;

Hari ini Aku telah menjadi Bapamu"

Mintalah daripada-Ku,
Aku akan menjadikan segala bangsa warisanmu,

dan setiap pelosok bumi ini milikmu.

Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi
dan menghancurkan mereka seperti tembikar.

Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah;
berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.

Layanlah Tuhan dengan rasa takut
dan bersukacitalah dengan gementar.

Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah
lalu kamu dibinasakan di jalan,

kerana kemurkaan-Nya boleh menyala dalam sesaat.

Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.



{ Fasal 3 }


Ya Tuhan, betapa banyaknya musuhku!
Betapa banyak yang bangkit melawanku!

Banyak yang berkata tentangku,
"Allah tidak akan menyelamatkannya."

Tetapi Engkau adalah perisai melindungiku, Ya Tuhan;
Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku,

Kepada Tuhan aku berseru lantang,
dan Dia menyahut seruan dari gunung suci-Nya.

Aku baring dan tidur;
Aku terjaga semula, kerana Tuhan memeliharaku.

Aku tidak akan takut terhadap puluhan ribu
yang bersiap sedia melawanku di setiap pihak.

Bangkitlah, Ya Tuhan!
Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku!

Palulah semua musuhku di tulang rahangnya;

patahkanlah gigi orang durjana.

Daripada Tuhan datang penyelamatan.
Semoga berkat-Mu di atas umat-Mu.



{ Fasal 4 }


Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu,
Ya Allah Tuhanku yang benar,

Kurangkan penderitaanku;

kasihanilah aku dan dengan doaku.

Berapa lamakah, hai manusia,
engkau akan terus menjadikan kemuliaanku keaiban?

Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya

dan mencari tuhan-tuhan palsu?

Ketahuilah, Tuhan telah memilih orang salih untuk diri-Nya;
Tuhan akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.

Dalam kemarahanmu janganlah melakukan dosa;
ketika di tempat tidurmu,

sorotilah hatimu dalam senyap sepi.

Persembahkan korban-korban yang wajar
dan percayalah kepada Tuhan.

Banyak yang bertanya," Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?
Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, Ya Tuhan.

Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan
lebih daripada ketika bijiran dan khamar baru mewah melimpahnya.

Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera,
kerana hanya Engkau, Ya Tuhan,

membolehkan aku tinggal dalam selamat.



{ Fasal 5 }


Dengarlah kata-kataku, Ya Tuhan,
pertimbangkan keluhanku.

Dengarlah jeritanku meminta tolong,
wahai Rajaku dan Allah Tuhanku,

kerana kepada-Mu aku berdoa.

Pada waktu pagi, Ya Tuhan, Kau dengar suaraku;
pada waktu pagi kurafakkan permohonanku

ke hadirat-Mu

lalu menanti dengan harapan.

Engkau bukanlah Tuhan yang suka akan kejahatan;
Dengan-Mu orang durjana tidak dapat tinggal.

Orang tidak dapat berdiri di hadrat-Mu;
Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.

Engkau membinasakan orang yang berdusta;
orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya

dibenci oleh Tuhan.

Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu,
akan masuk ke rumah-Mu;

dengan sepenuh hormat aku akan tunduk

ke arah rumah ibadat-Mu yang suci.

Pimpinlah KU, Ya Tuhan, dalam kebenaran-Mu
kerana musuh-musuhku -

luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.

Tiada sepatah kata pun dari mulut mereka dapat dipercayai;
hati mereka dipenuhi pembinasaan.

Kerongkong mereka seperti kubur terbuka

lidah mereka menuturkan tipu daya.

Isytiharkan mereka bersalah, Ya Tuhan!
Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka

Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,

kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.

Tetapi biarlah semua orang bernaung kepada-Mu bersukacita;
biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.

Berilah mereka perlindunganmu,

supaya orang yang mengasihi nama-Mu

dapat bersukacita kerana-Mu.

Kerana tentulah, Ya Tuhan,
Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu

seperti dengan perisai.



{ Fasal 6 }


Ya Tuhan, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu
atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.

Kasihanilah aku, Ya Tuhan, kerana aku sudah longlai;
Ya Tuhan, sembuhkah aku, kerana

tulang-tulangku terseksa.

Jiwaku gundah-gulana.
Berapa lama, Ya Tuhan, berapa lama?

Berpalinglah semula kepadaku, Ya Tuhan,
dan lepaskan aku;

selamatkan aku kerana kasih-Mu yang kekal.

Tiada siapa mengingati-Mu setelah dia mati.
Siapa yang memuji-Mu dari kubur?

Aku letih lesu daripada mengerang;
sepanjang malam kubanjiri

tempat tidurku dengan tangisan

dan kubasahi tilamku dengan air mataku.

Mataku menjadi lemah dengan kesedihan;
Dan semakin kelam kerana sekatan musuhku.

Pergi jauh dariku, kamu semua yang berbuat jahat,
kerana Tuhan telah mendengar tangisanku.

Tuhan telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan;
Tuhan menerima doaku.

Semua musuhku akan malu dan kecewa;
mereka akan berpatah balik

dalam keaiban yang tiba-tiba.



{ Fasal 7 }


Ya Allah Ya Tuhanku, kepada-Mu aku bernaung;
selamatkan dan lepaskan aku

daripada semua yang memburuku,

atau mereka akan mengoyak-ngoyakkanku
seperti seekor singa

dan mencarik-carikku

tanpa sesiapa menyelamatkanku.

Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku telah melakukan ini
dan tanganku bergelumang dosa -

jika aku telah berbuat jahat kepada seseorang
yang baik denganku

atau tanpa sebab aku telah

merampas milik musuhku -

maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku;
biar dia melanyak nyawaku ke tanah

dan membuatku tidur dalam debu.

Bangkitlah, Ya Tuhan, dalam kemarahan-Mu;
bangun melawan keberangan para musuhku.

Jagalah, ya Tuhanku; firmankan keadilan.

Biarlah perhimpunan kaum-kaum mengelilingi-Mu
Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;

Biar Tuhan menghakimi segala kaum.
Hakimi aku, Ya Tuhan, berasaskan kebenaranku,

berasaskan ketulusanku, Ya Tuhan Maha Tinggi.

Ya Allah Tuhan Yang Benar,
yang menyoroti fikiran dan hati,

tamatkan keganasan orang durjana

dan pastikan keselamatan orang yang benar.

Perisaiku Allah Maha Tinggi,
yang menyelamatkan orang jujur.

Allah hakim yang benar,
Allah menunjukkan kemurkaan-Nya

setiap hari.

Jika Dia tidak memaafkan,
Dia akan mengasah pedang-Nya;

Dia akan memasang panah-Nya.

Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya
yang membawa maut;

Dia menyediakan anak-anak panah-Nya

yang menyala.

Orang yang menghamilkan kejahatan
dan membenihkan kekacauan

akan melahirkan kekecewaan.

Orang yang menggali lubang
akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.

Kekacauan yang disebabkannya
akan memantul ke atas dirinya;

keganasannya menimpa kepalanya sendiri.

Aku akan mengucap syukur kepada Tuhan
kerana kebenaran-Nya,

dan akan menyanyikan pujian

kepada nama Tuhan Maha Tinggi.

Amin!


allah yang membuat rencana







tidak makan sotong bukan syiah, kumpulan berbasikal bukan syiah, jangan tuduh sembarang. perbalahan mazhab atau apa saja ajaran setan patutlah dihentikan segera. sudah 1500 tahun rasulullah pergi. setiap ayat yang diucapkannya, katanya telah dibukukan menjadi kitab suci agama islam. namun ada juga yang mengatakan bahawa al-quran itu masih ada ayat yang tertinggal beberapa ratus ayat telah hilang. wallahuaqlam. jika benar agama islam itu satu kenapa sampai terjadinya mazhab2 ini semua, ugama islam itu satu maka haruslah satu bukan dua bukan tiga cara amalannya, cara amalan yang dua tiga ini adalah tujuannya untuk mendapat keuntungan dari pemilikan mazhab mazhab itu. apakah manusia ini lain2 mahluk, tidak! mereka tetap sama, punyai mata hati telinga dan anggota lain yg sama juga.


perbalahan didalam debat debat pemikir jaman lampau dan jaman baharu ini memang tidak dapat diterima akal, bukankah allah yg mengatur kalian jadi biarkan allah yang mengatur jangan kalian si pemikir2 ini yg mengatur, memaksa maksa orang mengikut jalan kalian. mazhab mazhab ini adalah ikutan secara tidak sengaja atau sengaja dari ajaran kristian yang mendului agama islam.


571tahun sebelum kelahiran muhammad, isa lah yang harus kita ikuti dan ajaran isa juga datangnya dari allah jua, namun apabila golongan2 pemerintah yg kejam lagi zalim menjatuhkan hukuman bunuh dengan muslihat maka allah membuat perancangan baru untuk melahirkan muhammad sebagai ikutan semua umat. dan semua itu jua adalah perancangan allah agar kalian memahaminya.


aku benci mazhab mazhab setan kalian.






jadilah manusia yang sentiasa lapang mengucapkan selawat bagi muhammad.









Kamis, 14 November 2013

Ramesh Bukan Pembunuh?




sudah tiga tahun enam bulan dia ditahan. berpindah dari satu penjara ke penjara yg lain membawa hati resahnya yg bertanya bilakah kes ini akan selesai. tiga tahun dulu ramesh seorang lelaki india duda berusia 60 tahun menerima amanah dari kakaknya yg tinggal dimentakab untuk menjaga anak saudara perempuannya yang bermasaalah sosial sejak dibangku sekolah menengah. anak saudara perempuannya itu terjebak dengan cinta monyet lalu mencari kesedapan dalam dakapan lelaki hingga menyebabkan anak saudaranya pernah termengandung dan kandungan itu terpaksa digugurkan demi menjaga maruah keluarga.


apabila kisah termengandung selesai dan keadaan kembali pulih ramesh diminta oleh kakanya untuk membawa anak saudara perempuannya itu tinggal dirawang bersama sama dengannya dan mendaftarkan anak saudara perempuannya itu kekolej swasta diibu kota atas permintaan kakanya. dan segala urusan telah disempurnakan oleh ramesh dengan baik walau mendapat berbagai halangan juga. jadi tinggallah ramesh dan anak saudaranya dirumah sewa mereka dirawang. ramesh menyayangi anak saudara perempuannya itu seperti darah daging sendiri dan dia pula meneruskan kerja2 hariannya sebagai buruh kasar, kadang2 mengambil upah menjadi kelindan lori yg membuat penghantaran ketempat2 yg jaraknya jauh hingga memaksa dia tidak pulang kerumah sewa selama beberapa hari. jadi tinggallah anak perempuannya yg bernama gheta bersendirian.



malam berganti hari hari berganti minggu minggu berganti bulan dan tahun baru bakal tiba urusan kerja dan urusan memelihara gheta menjadi dua perkara penting dalam hidup ramesh, meskipun ramesh tahu gheeta seorang perempuan yg suka bersosial jadi dilebihkanlah nasihat2 untuk kebaikan gheeta dan pertalian kekeluargaan mereka. hampir setahun, sikap dan perlakuan gheeta meresahkan ramesh, gheeta seakan terbawa bawa perangai sewaktu dibangku sekolah menengah bermain main dengan cinta palsu. ramesh tahu ada seorang lelaki dihati gheeta ketika itu, ramesh pula kerap memberi nasihat2 yg baik untuk gheeta demi kebaikannya sehinggalah...


pada suatu hari yang malang ketika ramesh sedang melakukan kerja2 hariannya sebagai buruh kasar telah berlaku satu pembunuhan dirumah sewanya. gheeta mati berlumuran darah dengan pisau belati dijumpai dilantai rumah. sek 302 kanun keseksaan ramesh dituduh membunuh.



tiada saksi yg melihat, ramesh tiada dirumah waktu kejadian selepas tiga tahun kes belum selesai ujian DNA pada belati tidak lakukan dan siasatan terlalu perlahan, rakan2 gheeta dikolej tidak diambil keterangan. ramesh tetap tidak mengaku pertuduhan atas perkara yg tidak dilakukannya. kini ramesh hanya mampu menadah pada ilahi agar dirinya terlepas dari dizalimi oleh undang2.




keadaan ramesh sangat tertekan, dia terpaksa menghadapi karma hidupnya didalam penjara dikala umur sudah lanjut keusia senja. setiap pagi selepas subuh ramesh akan sembahyang mengikut kitab veda yg diamalkan oleh agama hindu untuk meminta petunjuk dari yg maha kuasa dan berserah hanya padaNya apakah ramesh akan mati didalam tahanan seperti banduan2 india yg telah terpancut berita2 kematian mereka didalam tahanan polis? mungkin ye mungkin tidak. siapa yg tahu.


setelah mendengar teliti bicara dari banduan yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan 302 itu aku menulis.


kata2 terakhir ramesh... saya sudah tua saya punya jantan pun sudah tak berapa mau bangun, macamana saya nak rogol anak saudara sendiri, gheeta dia sudah mati. siapa yg bunuh saya tak tahu!





Kamis, 26 September 2013

(BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi “Mangsa”




Independent Power Producer



Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia….

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam

Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkanmonopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)

Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya

Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah

Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.

Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.

Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.

Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”.

Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.

Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada

RM16.974 billion (tahun 2009)
RM17.379 billion (tahun 2010)

Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.

Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :

Beli gas pada harga subsidi (sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia

Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih tinggi

TNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh)

Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh)

TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain
Tarif elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesan
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?

sumber; buletin pakatan rakyat

Minggu, 08 September 2013

tanda kalah atau menang

mereka mula membicarakan jawatan. entah sapa akan menang dalam pemilihan ini nanti. orang orang jalanan masih macam dulu mungkin sedikit bijak untuk menampung keperluan keluarga dikampung. yang bekerja dibandar sanggup tidor kotak kerana tidak mahu membazirkan wang menyewa bilik. ya demi anak dan isteri juga mungkin siibu yang sedang sarat sakit yang juga sedang menghadam obat obatan dari akar2 kayu.





FAJAR DIMUSIM PERANG



Setahun enam bulan semenjak kuasa tentera bermula dan kekejaman serta pembunuhan terus berlaku. setiap hari ada saja kematian, bukan satu atau dua malah ratusan mati akibat senjata berat dan beracun yang digunakan oleh pihak tentera.


tak ada cahaya tak ada pelangi semua menjadi gelap ketika azan mula bergema malam sudah pasti memenuhi kata. aku diam. memerhatikan waktu berlalu. apa saja yang terlintas difikiranku tentang perutku yang lapar tekak yang dahaga tentang raja tentera kuasa bangsa harga sebuah kesetian padang yang luas hutan dan sungai hujan serta apa saja. yang mereka julang julang belaka semua mimpi ingin dibeli hingakan mengadaikan nyawa rakyat tak berdosa. jemaah alim ulamak hanya mementingkan orang parti..jika tidak dalam parti jangan kritik, yang mereka pentingkan cuma kuasa berpolitik.



gerakan anak muda dari lelaki perempuan atas 12 tahun sudah berani mengangkat senjata melawan kuasa tentera. gabungan dan jaringan bawah tanah oleh massa berlanjutan terus.
amerika akan mengambil tindakan ketenteraan keatas iran kerana membangunkan program senjata nuklear. apa saja yang negara timur ada semua ingin dirampas oleh amerika. emas hitam batu ajaib kuil malah apa saja mahu ditukar milikkan kepada mereka. dasar penjajah bermata satu berkuku besi.



lepas tengah malam kereta kuda bergerak, aku tak sedar waktu bila perempuan setengah abad turun dari gerobok belakang dan menunggang semula. hujan debu..aku menyusup lalu berpindah kedalam rumah yang separuh roboh dibedil peluru perpandu.



unggun api aku nyalakan dan bahangnya dapat memanaskan tubuhku





















Sabtu, 07 September 2013

tak seperti biasa

kita gelisah ketika harga minyak mula naik. sejarah yang terlucutkan samad hisham adam dan beberapa rakan lagi ditahan. sangsaka jadi sebutan. sejarah rabak sejarah main tangkap muat tidak mendapat sambutan sejarah perlu tegas pada kebenaran. zaman sekarang bukan mudah. amerika tengah menyusun strategi untuk menguatkan negara israel. beberapa kisah yang kita ikuti baru baru ini. penyerangan keatas syria menjadi perdebatan dan mesir turki dan negara2 yang hampir dan antara jalan masuk kepalestin akan menuju ketidakamanan.



FAJAR DIMUSIM PERANG


Derap kereta kuda melalui jalan batu yang rosak belopak dan basah, ditarik seeokor baghal, tukang pacunya seorang perempuan setengah abad umurnya. aku mengintai dari celah celah serpihan timbunan konkrit dan hanya aku dan joe, selaras senapang patah. aku tidak pernah menembak menggunakannya.



sejak pemberontakan keatas kuasa tentera dari bulan mei semua parti haluan kiri bergabung membentuk satu front yang tunggal. bererti rakyat melawan tentera atas satu matlamat demi keamanan dari senjata toksid. bukan itu saja malah jutaan mangsa yang telah mati diracun gas yang tidak mengenal jantan betina kecil atau besar itu.


...kereta kuda berhenti. aku memerhatian baik baik. perempuan turun. kedegaran dengus kaldai menarik nafas perlahan dalam samar. debu diamana mana. matahari seakan sudah malas hadir..debu dan awan hitam selalu menutupi pancarannya. hujan kecil2 dan perempuan menuju kegerobok belakang. naik dan terus lenyap kedalam.













Jumat, 21 Juni 2013

TIADA banyak pilihan, TURUN KEJALAN

Jangan tolak kemanisan turun berdemo adalah kemanisan dalam hidup, kebahagian adalah turun berdemo kejalan. kebahagiaan ini tidak dapat ditolak tolak lagi. semua orang yang hidup mesti mengerti bahawa ini adalah kemanisan. Apa lagi yang kalian tunggu tunggu, masanya melihat perubahan telah tiba..sesiapa yang tidak berani menuntut haknya adalah bacul. kita ditipu dan kita sering dimanipulasikan, apa lagi yang tinggal jika kita tidak bangkit dari sekarang. mahathir kutty telah banyak menipu kita mencuri mempermainkan kita menjual negara kita kepada pelabur pelabur asing yang sedia dari jaman sebelum merdeka lagi sudah menjarah hasil bumi kita. namun kita sedia maklum dibutakan dengan mata setan yang chanelnya boleh ditukar dengan menekan buton remote yang kita pandang setiap hari memainkan berbagai cerita yang indah indah namun hakikatnya rakyat dipendalaman ketinggalan jauh dari kemajuan yang sebenar benarnya. Sanggupkah kita ditipu lagi dengan permasaalahan orang kaya masaalah TPPA masalah air tidak sampai kepada penduduk. korupsi masalah ugama masaalah bangsa masalah jalan jalan raya didaerah daerah pendalaman tidak diselengarakan dengan sempurna, maka pembangunan sukar untuk masuk. mungkin mereka yang diatas lebih suka begitu, agar dapat terus memandulkan pembanggunan diluar bandar. agar terus dapat menipu bahkan membunuh terus ilmu pengetahuan tentang banyak perkara kepada generasi muda melayu perempuan mahupun lelaki tua mahupun muda. pengetahuan terbatas, kos untuk mendapatkan pengetahuan amat mahal maka dengan mudah generasai ini akan ditipu. SUDAH SAMPAI WAKTU PERTUKARAN KUASA DARI YANG ZALIM KEPADA YANG AMANAH DAN SETIAKAWAN. SETIAP JIWA MERAIKAN, KERAJAAN ZALIM KITA TUMBANGKAN. BERUSAHALAH SAMPAI JAYA "JADI SAMPAH YANG BERGUNA KEPADA ALAM DAN MANUSIA DAN JUGA KEHIDUPAN ITU SENDIRI"

Kamis, 20 Juni 2013

TAHU SIAPA LAWAN

Sangat cantik malam dgn bulan terang memenuhi langit dan bumi...pergolakan yg sedang berlaku dalam negara kita sekarang sangat bermasaalah sekali. semua parti politik menuding jari antara sesama. kebanyakan anak muda sudah bosan dengan parti politik. ada ketua ketua pemuda yang sangat lemah dalam menguasai pikiran anak muda, ya yang sebenarnya memang anak muda mahukan satu perubahan yang besar dalam abad ke 20 ini. ramai yang mahu menunjukkan kemampuan tapi masih kurang ruang untuk mencipta kejayaan yang sering di impi impikan oleh setiap anak muda jaringan penguasa dan sistem pentadbiran yg pincang menganggu gerak kerja dan kebebasan anak muda, malahan dunia ini akhirnya akan dikuasai juga oleh anak2 muda yang berani ini. cuma masa akan menentukan. Asalkan ada kemahuan kita pasti akan melakar kejayaan. untuk anak muda demi pembebasan kita harus tahu siapa yg sedang kita lawan ketika ini. polis dan tentera akan bergabung dalam mengawal himpunan black 505 pada sabtu ini. dan sudah pasti kita akan melaYan penguasa yg ditunggangi oleh kerajaan regim UMNO/BN. setiap pergerakan kita diperhati. setiap kata kata kita boleh dijadikan alasan oleh kerajaan regim untuk menghukum. dengan akta akta serta undang undang gila regim pemerintah. PASTIKAN SIAPA KITA AKAN LAWAN SABTU INI. TIPU PILIHANRAYA KITA MENUNTUT SPR MELETAK JAWATAN TAPI BILA REGIM MENGHALANG TINDAKAN RAKYAT DENGAN MENGUNAKAN ANJING ANJING GILA MEREKA UNTUK MENAKUT NAKUTKAN RAKYAT YANG AKAN KELUAR BERHIMPUN PADA SABTU 22JUNE INI, MAKA KITA TIADA PILIHAN KECULI LAWAN!!

Senin, 17 Juni 2013

DEMI TANAH TERCINTA

ANAK ANAK MUDA TANAH MELAYU ANAK SEMUA BANGSA MARILAH KITA SAMA MENENTANG SEGALA MACAM BENTUK PENINDASAN POLITIK DARI HANTU2 POLITIK YANG RAKUS MENJARAH HASIL BUMI MALAYSIA YG MASUK KEDALAM KANTUNG PERIBADI MEREKA, MEREKA TIDAK MAHU MENGONGSI BAHKAN MEMBUAT KITA TERTEKAN AKIBAT KENAIKAN HARGA BARANG SERTA UNDANG UNDANG GILA YANG DIKENAKAN KEATAS KITA. KEPINCANGAN KEPEMIMPINAN TERTINGGI MEMBUATKAN KITA SERING TERBIASA DIJADIKAN MANGSA KEADAAN. PENIPUAN PILIHANRAYA ADALAH SALAH SATU PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBIARKAN MERAJALELA. MAKA TURUNLAH KEJALAN MENUNTUT KEADILAN. BERSIAP SEDIALAH INI MASA KITA INI ZAMAN ANAK MUDA MEMBELA NASIB NEGARA.

Kamis, 30 Mei 2013

Ketua negara goyang ekor serupa anjing

seperti biasa dan selalu semua 9 mangkuk dan 11 sudu yang terlihat diatas meja makan itu bukan untuk diisi dengan sup atau rendang juga 11 sudu itu telah mengambarkan bahawa sudah lebih sudu dari mangkuk. namun mangkuk tetap kosong dan sudu sudah lebih dua. kerajaan malaysia semakin menggila, bermacam2 perjanjian rahsia yang diselindungkan dari rakyat telah banyak dimeterai. ...They seek to conclude and sign the agreement by October 2013! perjanjian. Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan begitu juga Perjanjian Trans-Pacific Partnership agreement(TPPA) adalah dirahsiakan dan kita rakyat malaysia sendiri telah melihat kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam diri dan percaya kerajaan? sekarang kita melihat 9 ekor anjing itu tidak tahu apa TPPA, 9 ekor anjing itu cuma tahu menggoyang goyangkan ekornya, 9 ekor anjing ini tidak perlu gelang leher kerana 9 ekor anjing ini mahu bebas memberak dimana mereka suka. STADIUM DIBANJIRI PENYOKONG DUA2 BELAH PIHAK TAPI AKIBAT PENYAKIT JUDI SEMUA TAK JADI. ANAK SEMUA BANGSA MENJADI "ANGKATAN RAKYAT" MENOLAK PERJANJIAN RAHSIA MEMLIBATKAN NEGARA. Don’t Let Them Sign Away Our Future.... The TPPA negotiations are seeing proposals put on the table that will negatively affect affordable medical treatment, environmental conservation and the ability to regulate numerous other areas in the public interest, It will instead maximise private corporate rights and interest at our expense. Let’s stand in solidarity with other peoples and movements who are demanding that their rights to life, health, livelihood, equality, equity, food, environment, knowledge, traditional systems of life and livelihood not be jeopardized by the TPPA

Rabu, 29 Mei 2013

"BERSIH" ANAK MUDA TURUN KEJALANRAYA

Seperti biasa semua mata telinga dan seluruh pancaindera tertumpu kepada penangkapan demi penangkapan. semua meredah gelora, semua merasakan kapal BN sedang tenggelam, semua anak muda yang tahu kuasa facebook kuasa tweeter dan blog merancang untuk mengerakkan sebuah revolusi. Demi menumbangkan kuasa regim MAHATIR dan united malays national organisation, demi menghapuskan sistem kuku besi demi menaikkan martabat rakyat yang menggerak ekonomi negara maka seruan demi seruan tegas agar anak muda dan rakyat malaya yang berani bertindak turun kejalanraya. pelaku mungkar semakin tersepit, kematian dalam tahanan bertambah. hakim hakim banyak yang memihak kepada jalan salah. menteri itu menteri ini lancang bicara menghentam rasa, seorang penyair tua berbisa menyindir dalam jenakanya. PILIHANRAYA 2013 ADALAH PILIHANRAYA YANG KOTOR.. SEKARANG MASA UNTUK "BERSIH" tuhan kuburkan united malays national organisation!

Minggu, 19 Mei 2013

Pesan Adam: Kuatkan semangat, teruskan perjuangan

Meskipun direman selama lima hari, namun aktivis mahasiswa Adam Adli sempat menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan yang bermalam di luar Lokap Berpusat Jinjang dan pihak yang menyokongnya di seluruh negara. “Kuatkan semangat. Teruskan perjuangan,” pesan Adam yang disampaikan melalui peguam Latheefa Koya hari ini. Sejak malam tadi, kira-kira 30 aktivis mahasiswa dan NGO berkampung di hadapan Lokap Berpusat Jinjang untuk memberikan sokongan kepada Adam Adli. Kumpulan tersebut turut menyalakan lilin tanda solidariti selain berkempen melalui laman twitter dengan menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli. Manakala buskers Nik Jidan dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip turut membacakan puisi sambil diperhatikan ole kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa. Mereka turut mendirikan khemah, namun diarahkan Polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diturunkan kira-kira jam 12.30 pagi. Difahamkan, solidariti nyalaan lilin bagi menyatakan sokongan kepada Adam Adli akan diteruskan jam 8 malam ini di Lokap Berpusat Jinjang. Adam direman selama lima hari sehingga Khamis, 23 Mei dan disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 13 Mei lalu. sadickyn..suarakeadilan

Sabtu, 13 April 2013

Teruskan Jangan Berhenti

kadangkala bila ada waktu2 dan ilham untuk menulis selalu datang rasa rendah diri apakah kita ini boleh menulis dengan baik seperti penulis2 profesional, menerangkan detail fakta sesuatu perkara? tapi bagi saya kalau perlu untuk penulisan yang berat2 kita perlukan juga fakta yang betul termasuk juga dalam penulisan2 yang ringan, soalnya mereka memahami atau tidak yang itu akan jadi persoalan. kita mendalami bukan apa yang sebenarnya harus kita dalami. kau penuh dengan ilmu yg hebat2, aku cuma kutu akui cuma peninggal masa dan sebenarnya apa yang kamu bayangkan dan nyatakan akan lenyap mungkin menuruni atau menaik, boleh juga ianya pergi mendatar dan mencondong terkait langsung pada pemahaman pembaca dan dibawa kematian. jika sebenarnya kita ini sebuah ruang kosong kenapa perlu ada yang mengaku penuh? memang selalu ada kekurangan dan kelebihan yang akan tetap setia mencampuri nafas dan langkah kita. lelaki dan perempuan dua makhluk allah yang terindah ini memainkan peranan dalam perkembangan insan dan untuk membawa masa hadapan dalam kebijaksanaan manusia terus dan terus tidak mahu berhenti. aku perhatikan aku teliti aku susuri aku praktikkan dalam ruang2 gelap dan terang jalan basah dalam hujan ditimpa gelisah orang orang miskin kaya bandar dan kampung yang membina mimpi. perjudian adalah perjudian hidup selalu ada salah dan benar kalah dan menang seperti lelaki dan perempuan selepas kau tahu matang.

Rabu, 10 April 2013

BANJIR.. HARTA RAKYAT MUSNAH DAN BERHALA

ini dia pembanggunan yang sering diagung agungkan oleh kerajaan umno/bn. Kononnya umno pembela rakyat tetapi kejadian begini semakin hari semakin tidak terkawal MAHATIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY BERHALA INILAH YANG TELAH BANYAK MENJAHANAM DAN MEMESONGKAN AKIDAH SERTA TINDAKLAKU RAKYAT MALAYSIA. Dengan pengaruh dan harta kekayaannya yang hasil dari curian maka dengan mudah saja berhala ini mengarahkan komplot untuk menfitnah demi memanjangkan usia parti haram mereka. mereka memberi kerakyatan mudah lagi percuma untuk pendatang tampa izin, hinggakan kebanyakan dari mereka yang memiliki I.C segera ini bisa membuka gedung gedung pakaian, karpet permaidani restoran kedai komputer kedai handfon kedai barang kemas seperti emas permata dan lain lain sedangkan rakyat sendiri mengemis ditepi2 jalan berniaga dengan modal yang kecil kemudian diganggu pula oleh pihak penguasa perbandaran. pihak perbandaran pula leka dengan kuasa yang diberi (yang bukan dipilih oleh rakyat)mereka hanya memilih milih tugas, contohnya hanya berani menyaman kenderaan2 yang diparking dikawasan2 melayu menghalang rakyat untuk menggunakan harta awam, memukul mahasiswa hingga kerja kerja perparitan diabaikan, dahan2 pokok yang menutupi signbord/papan penanda arah tidak dibersihkan hingga membuatkan pemandu yang datang dari luar daerah sukar mencari tempat yang dituju. sungai sungai pula tidak diberi nafas lantas BENCANA SEPERTI INILAH YANG AKAN TERUS BERLAKU SEKIRANYA MANUSIA MASIH LEKA TIDAK MAHU BERSAHABAT DENGAN ALAM DAN MANUSIA.

Jumat, 22 Maret 2013

MAKAM hitam buat mamak MADEY kutty

alam malam; beberapa ribu makhluk berdiri menatapi sebuah makam. lubang tak bercahaya gelap dan menakutkan terbuka, asap berkepul keluar secara perlahan putih hitam bercampur dalam kelam, . makhluk berbagai rupa bentuk dan amat mengerikan juga banyak sangat mendatang kemakam ini. apa yang ada didalam makam ini? siapa yang dimakamkan didalam makam ini? nampak ngeri empat lima kali ganda menyeramkan daripada melintasi kubur darakula. pada mula jatuhnya pertanyaan itulah jua selepas belasan tahun menunggu khabar berita rupa rupanya bukan ada apa apa didalam makam itu cuma makam itu menanti tuannya yang akan masuk kedalam sana tidak berapa lama saja lagi. ##P/S; ALAMMALAM

Kamis, 21 Maret 2013

Gema lagu NikJidan Dimana-mana

Setelah mendengarnya berulang kali dan berulang kali saya jadi bertambah yakin – inilah album untuk PRU13. Nik Jidan – “Dendang Anak Muda”. Album wajib. Mesti diperdengar-kan ke seluruh negara. Nik Jidan mesti dibawa ke seluruh negara untuk memperdengarkan jeritan-laungan-dendangannya melalui enam lagu reformasi ini. Memang tidak lengkap. Banyak yang tidak dimasukkan. Kerana ini bukannya buku politik atau CD ceramah pendedahan kejahatan Umno-BN, yang dikeluarkan untuk menang PRU. Bukan. Ini hanya sebuah album muzik yang mengandungi enam buah lagu. Itu saja. Tetapi cubalah dengar. Nik Jidan – ya, penyanyinya bernama Nik Jidan, atau NikbinJidan. Bukan penyanyi pop atau penyanyi rock mahupun blues, R&B, rap atau hip-hop popular. Juga bukan penyanyi Gangnam Style yang sanggup diimport BN dari Korea Selatan dengan kos lebih RM2 juta itu. (Tak disangka-sangka termalukan PM Najib di depan khalayak umum pula kerananya). Dia ini hanya seorang Nik Jidan – penyanyi rakyat atau penyanyi jalanan yang sesekali dijemput ke majlis-majlis Reformasi Pakatan Rakyat. Dan baru-baru ini dia menerbitkan sebuah album enam lagu. Baru-baru ini juga dia hadir menyanyikan sebuah lagu dalam majlis pelancaran buku saya “Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan” oleh Husam Musa di Taman Melewar. Lagu yang dinyanyikannya ialah “Anak Muda Bernama Teoh”. Memang. Itulah lagunya. Memang sedap lagu itu. Tetapi bukan sedap sebenarnya. Apa nak kata ya? Dia menyentuh hati kita, menggegarkan jiwa kita, membangkitkan semangat kita, juga membangkitkan rasa sedih, pilu, simpati dan marah kepada mereka yang kejam ke atasnya, hingga menyebabkan kematiannya itu. Saya beli albumnya – RM15 saja. Mendengar lagi lagu itu, dan lagi dan lagi, lirik yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu. Memang meremang bulu roma, dan menggenang air di mata, apabila dihayati suara dendangan Nik Jidan yang terasa keikhlasannya menyanyikan lagu itu – ‘nyanyi dari hati’. Bertingkah pula dengan tiupan harmonica (bangsi) yang menikam-menyayat itu. Oh alangkah mengharukan! Terutamanya pada lirik yang berbunyi: “gurindam syair untuk keluargamu / lagu puisi untuk anak kamu yang tak pernah kau lihat mukanya / lagu dan puisi untuk anak kamu yang menyambung perjuangan bangsa”. Ada nada dan gaya pengucapan puisi, pada saat pernyataan yang memuncak. Setelah mendengarnya berulang-ulang kali, saya mencadangkan kepada orang-orang Pakatan Rakyat – inilah lagu-lagu untuk PRU13. Dendangkanlah lagu-lagu ini di mana-mana saja. Biar ia menjadi dendangan rakyat. Biar ia mengalir dan menjalar tanpa sedar ke seluruh rasafikir rakyat. Biar ia menjadi siulan semua anak-anak muda kita. (‘Anak semua bangsa’ – kata Hisham Rais). Sungguh – album ini boleh membangkitkan semangat Reformasi ke arah kejatuhan Umno-BN. Kalau anda tak percaya, cubalah dengar! Khasnya lagu ‘Teoh Beng Hock’ itu (Anak Muda Bernama Teoh). Seorang anak muda yang sudah menjadi ‘ikon sejarah’ – seperti kata Nik Jidan dalam lagu ini. Bayangkan anak semua bangsa, khasnya anak-anak muda Melayu menyanyikan lagu ini – untuk seorang anak muda Cina yang telah menjadi korban kezaliman rejim Umno-BN. Memang kita sedang memasuki satu era budaya politik baru. Dan lagu ini memantapkan lagi persefahaman kita itu. Barangkali ada lirik yang agak mengelirukan dan mungkin kurang sesuai, iaitu dalam lagu ‘Asal Bukan Umno’. Liriknya ada menyabut: “Umno memerintah cara kuku besi / Memenjarakan sasterawan kami / Umno membunuh imam-imam kami”. Orang boleh tanya – siapakah sasterawan yang telah dipenjaraklan oleh Umno itu? Siapakah imam-imam yang telah dibunuh oleh Umno itu? Boleh sahajalah dijawab bahawa ayat itu tidak bermaksud secara harafiah, tetapi mempunyai maksud secara metafora dan sebagainya. Boleh. Terpulanglah. Masalah kecil saja tu. Tafsiran! Sebenarnya Nik Jidan bukanlah orang baru yang tiba-tiba saja muncul dengan album panas dan pedas ini. Saya sudah lama mengenalinya dan melihat dia memetik gitar dan menyanyi di tempat-tempat awam seperti di medan selera dan sebagainya. Maka hakikatnya, kalau Psy dan Gangnam Style itu boleh menggegarkan negara dan huru-haralah mereka itu sekejap kerananya, lagu-lagu reformasi Nik Jidan inipun jangan kita pandang remeh. Anda tidak tahu kekuatan tenaga dalaman sebuah lagu sehinggalah ia meletop! Maka marilah kita cuba dengan album ini. Hubungi 0196342559 nikjidan++ #sumber dan artikel ini sudah terbit diharakah bil 1821 Wacana Budaya garapan pak Dinsman#

Minggu, 10 Maret 2013

surat terbuka untuk ayahnda mah-hatir

Kehadapan ayahnda mah-hatir yg selalu diingati dan dikasari, agar selalu ingatlah pada dosa dosa ayahnda hendaknya. salam rabun dan salam lembik selamanya pada ayahnda. Ayahnda sesungguhnya masuk hari ini sudah 2 hari malaysia tidak ada perdana menteri. akibat dari perbuatan musuh ayahnda si anuar lah nampaknya semua perkara ini terpaksa berlaku. Tidak seperti dulu dimasa ayahnda masih berkuasa, sungguh kalau berani ada seorang hamba yg cuba untuk menjatuhkan ayahnda pasti akan ayahnda penjarakan atau akan ayahnda jadikan kambing hitam untuk menutup segala kejahilan yg berselindung di dalam diri ayahnda. OOH berita yang paling dianggap PENGKHIANATAN oleh seluruh rakyat tanah melayu adalah kerana ayahnda sendiri telah berjaya memberikan berjuta I.C segera kepada rakyat pendatang agar mengundi parti UMNO supaya kuasa terus ditangan ayahnda dan kroni ayahnda. Sungguh kejam!!kejam!! hinggakan ayahnda sanggup menuduh timbalan ayahnda sebagai PELIWAT. sungguh kejam!! kejamm!! bila ayahnda mengeluarkan arahan bunuh keatas syahid ustad ibrahim dimemali dan seluruh penduduk kampung itu ayahnda penjarakan. sungguh kejammm!! Sengaja atau tidak sengaja surat ini sudah pun dibaca oleh orang2 banyak sebelum ayahnda sendiri membacanya. sekali lagi untuk peringatan ayahnda yg semakin hari semakin uzur bahwa dunia hari ini bukan dunia ayahnda lagi. dunia ayahnda sudah sampai kehari kiamatNya. sampai disini sajalah buat kali ini, agar ayahnda tidaklah terus mati bila membaca surat ini. dan akhir sekali janganlah bersedih selalu. p/s; minumlah air ketum untuk kesehatan

Kamis, 07 Maret 2013

bulan muda angin arah timur

tubuh kecil dalam gelisah, percik api disana sini; aku dalam samar subuh; kaulah kuasa mata hati dan akalmu' indah gagah menentang badai kerana aku bukan tidak datang tapi aku memerhatikanmu; setiap waktu hingga kini aku masih lagi disitu, jadi temanmu aku jadi kata-katamu. bergerak bernafas melihat dan mendengar aku dan kau jadi ilham. RUPA HARI INI RUPA HARI ESOK

DENDANG ANAK MUDA'

HARI BERSEJARAH 112K.L ...SEMAKIN PANAS!! 7mac; sulu kiram 111 minta berundur dan gencatan senjata, najib mahu pemberontak semua serah diri. KAK MAH TELAH CUBA KELUARKAN TELOR BANG JIB DARI CELAH KOPEK TAPI TELORRR SUDAH TEMBELANG.

Selasa, 05 Maret 2013

WAJAH-WAJAH PENGKHIANAT NEGARA

MUKA2 didalam gambar ini adalah bangsa melayu yg selalu merompak kekayaan negara dan menggunakannya dengan sewenangnya untuk kepentingan diri sendiri. muka2 ini semua orang UMNO/BN. haakkkk tuii....!!!

SEMUA SALAH MADEY A/L ISKANDAR KUTTY

bilakah madey a/l iskandar kuty akan dipenjarakan

Kamis, 28 Februari 2013

kenakalan wartawan sepenuh masa dan bebas

wartawan ni ada yang baik tulis betul semua cerita lengkap tak ada tipu-tipu tak ada main agak2 tak ada nak main dengar2 tapi ada juga wartawan yg malas nak amik tau atau suka boikot atau memang kerja dia menipu dalam tulisannya, nak dapat story banyak dapat duit banyak tulis berita main cincai sampai benda yg tak ada pun kekadang diada-adakan supaya orang ramai terkeliru. air kopi tak ada cuma strawberry milk saja

Selasa, 26 Februari 2013

BERANI LANGGAR

PENDEDAHAN... Bala berani" punya dua telor; seorang hindu masih beragama...angkat duit kiri kanan bala tibai depan belakang bala sapu. bala berani cakap.. bala sudah nekad biar pusing dan selamat dibumi malaysia. TAPI ITU MASAALAH BALA..SEKARANG RAKYAT TANYA SIAPA BAGI ARAHAN BUNUH!!

SIAPA BAGI ARAHAN BUNUH!!

SIAPA DIA ANG? ang ialah special branch dari singapura nama china ini hilang lesap lee kuan yew tahu semua kes najib lee kun yew ada gambar kerana itu najib kena pau kerana itu jual tanah ktm kerana itu jual pengerang nota sila beritahu kaum keluarga sirul dan azilah tak ada guna kena gantung lebih baik bercakap benar kerana najib akan hilang kuasa NOTA banyak nama nama yang disebut bala hilang entah ke mana Saya, Balasubramaniam a/l Perumal …. dengan sesungguhnya mengaku seperti berikut ; 1. Saya pernah berkhidmat sebagai anggota Polis dengan Polis Di Raja Malaysia, menyertai pasukan ini sebagai seorang Konstabel dalam tahun 1981. Kemudian saya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan akhirnya meletakkan jawatan daripada pasukan Polis dalam tahun 1988 sewaktu bersama Special Branch.** 2. Saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian sebaik saja meninggalkan pasukan Polis. 3. Antara bulan Jun atau Julai 2006, saya telah diambil bekerja selama 10 hari oleh Abdul Razak Baginda untuk mengawasi beliau di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja ekoran gangguan yang dialaminya dari pihak ketiga. 4. Saya berhenti daripada tugas tersebut selepas 2 ½ hari ekoran saya tidak menerima sebarang arahan yang sepatutnya. 5. Walaubagaimanapun saya telah diambil semula oleh Abdul Razak Baginda pada 5 Oktober 2006 ekoran gangguan panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina yang mengenalkan diri sebagai ASP Tan yang mengugutnya supaya menjelaskan hutang. Kemudian saya mengenalpasti lelaki tersebut dikenali sebagai Ang, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaaribu. 6. Abdul Razak Baginda risau berhubung individu bernama Altantuya Shaaribuu, wanita Mongolia di sebalik ugutan ini dan bimbang wanita ini akan sampai ke Malaysia untuk menghubunginya. 7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia bimbang bahawa Altantuya ada ‘kuasa’ yang diberikan oleh bomoh Mongolia dan menyebabkan dia akan ‘tunduk’ kepada Altantuya. 8. Bila saya bertanya berkenaan wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda beritahu saya bahawa wanita itu adalah kawannya yang telah diperkenalkan kepadanya oleh VIP dan meminta beliau membantu dari segi kewangan. 9. Saya menasihatkannya agar membuat laporan Polis berhubung ugutan yang diterima melalui panggilan telefon daripada lelaki Cina bergelar ASP Tan tetapi dia menolak untuk berbuat demikian dan memberitahu saya ianya melibatkan individu berprofil tinggi. 10. Abdul Razak Baginda seterusnya beritahu saya bahawa Altantuya seorang penipu besar dan bijak mempengaruhi orang. Wanita ini juga didakwanya sebagai ‘mata duitan’ dan dia ada membiayai harta milik Altantuya di Mongolia. 11. Kemudian Abdul Razak Baginda memberi saya dengar beberapa mesej suara di dalam telefon bimbit yang meminta dia membayar apa yang sepatutnya, jika tidak dia akan dipukul dan anak perempuannya dimalukan 12. Oleh kerana itu, saya dicadangkan untuk melindungi anak perempuannya Rowena dengan sebaik mungkin. 13. Pada 9 Oktober 2006, saya menerima panggilan telefon dari Abdul Razak Baginda kira-kira jam 9.30 pagi dan saya diberitahu bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan meminta saya ke sana segera. Oleh kerana pada waktu itu saya sedang dalam tugas pengawasan, saya menghantar Suras ke pejabat Abdul Razak Baginda dan saya akan turut serta kemudian. Suras bertindak mengawal situasi dan dia meminta secara sopan agar Altantuya dan dua orang rakannya meninggalkan premis tersebut. Bagaimanapun Altantuya meninggalkan nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di atas kertas berlabel Hotel Malaya, meminta Abdul Razak Baginda menghubunginya melalui nombor telefon bimbit (nombor diberi) dan menulis sekali nombor bilik hotelnya dengan jelas. 14. Altantuya telah memperkenalkan dirinya kepada Suras sebagai ‘Aminah’ dan memaklumkan kepada Suras tujuan dia ke sana adalah untuk menemui teman lelakinya. 15. Tiga orang wanita Mongolia ini bagaimanapun telah datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya kira-kira jam 12.00 tengahari. Mereka tidak memasuki ke dalam bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras yang mereka mahu menemui teman lelaki Aminah, Abdul Razak Baginda. 16. Pada 11 Oktober 2006, Aminah sendiri datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda dan memberi kepada saya sekeping nota untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda, saya serahkan. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota tersebut kepada saya yang pada asasnya memintanya menghubungi wanita Mongolia itu dengan segera. 17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa adalah lebih baik diatur agar Altantuya ditahan jika masih terus bertindak mengganggunya, tetapi dia menolak kerana merasakan wanita itu akan pulang segera ke Mongolia sebaik saja menerima wang yang diminta. 18. Dalam masa yang sama, saya mengaturkan tugas untuk Suras di Hotel Malaya bagi mengawasi setiap pergerakan ketiga-tiga wanita Mongolia itu, tetapi mereka mengenalinya. Rupanya mereka menjadi kawan Suras selepas itu dan Suras mengakhirinya selepas meluangkan masa beberapa malam di bilik hotel mereka. 19. Bila Abdul Razak Baginda mendapat tahu yang Suras semakin rapat dengan Aminah dia meminta saya keluarkan Suras daripada Hotel Malaya. 20. Pada 14 Oktober 2006, Aminah pergi ke rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights bila saya tiada di sana. Abdul Razak Baginda menelefon telefon bimbit saya dan memaklumkan kepada saya tentang kehadiran Altantuya, saya terus bergegas kembali ke rumahnya. Bila tiba, saya dengar Aminah menjerit “Razak, haram jadah, keluar dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal, jadi saya telefon Polis dan mereka sampai dengan dua buah kereta peronda. Saya menjelaskan situasi sebenar kepada anggota Polis, kemudian membawanya pergi dari situ menuju ke Balai Polis Brickfields. 21. Saya mengikut kereta peronda tersebut menuju Balai Polis Brickfields dengan sebuah teksi. Saya telefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya Dirren meminta mereka buat repot Polis tetapi mereka enggan berbuat demikian. 22. Semasa berada di Balai Polis Brickfields, penyiasat persendirian Aminah, Mr Ang tiba dan kami berbincang bersama. Saya diberitahu untuk menyampaikan permintaan kepada Abdul Razak Baginda berupa wang sebanyak USD 500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia, yaitu komisen yang belum dibayar kepada Altantuya hasil daripada perjanjian di Paris. 23. Sebaik Aminah ditenangkan pada ketika ini, seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menasihatkan saya agar pulang dan selesaikan masalah ini secara berhemah. 24. Saya memberitahu Abdul Razak Baginda tentang permintaan yang dibuat Aminah dan saya beritahunya yang saya kecewa kerana tiada yang mahu mendengar pandangan saya supaya membuat laporan Polis. Kami berbincang panjang tentang situasi itu bila saya menyuarakan hasrat untuk keluar dari tugasan ini. 25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ; i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura. ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur. iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang. iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris. v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris. 26. Pada 19 Oktober 2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights untuk bertugas waktu malam. Seperti biasa saya letakkan kereta di luar. Saya nampak sebuah teksi Proton Perdana kuning lalu dengan tiga penumpang wanita, seorang daripadanya ialah Aminah. Teksi itu membuat ‘pusingan U’ dan berhenti di hadapan rumah lalu penumpang wanita menurunkan cermin tingkap dan mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada saya. Kemudian teksi itu terus beredar. 27. Lebih kurang 20 minit kemudian teksi tadi datang semula bersama dengan Aminah sahaja di dalam. Aminah keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya hantar SMS pada Abdul Razak Baginda dan memaklumkan “Aminah ada di sini”. Saya terima SMS daripada Razak mengarahkan saya “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”. 28. Dalam perbualan saya dengan Aminah, dia beritahu saya seperti berikut ; i) bahawa dia bertemu Razak di Singapura bersama Najib Razak. ii) bahawa dia juga bertemu Abdul Razak Baginda dan Najib Razak sewaktu makan malam di Paris. iii)bahawa dia dijanjikan sejumlah USD 500,000 sebagai komisen kerana membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.*iv) bahawa Abdul Razak Baginda ada membelikannya sebuah rumah di Mongolia tetapi abangnya terpaksa membiayai semula rumah tersebut dan dia sangat memerlukan wang untuk menebus balik. v) bahawa ibunya sedang sakit dan dia perlukan wang untuk membiayai kos rawatan. vi) bahawa Abdul Razak Baginda pernah mengahwininya di Korea sebagaimana ibunya berbangsa Korea manakala ayahnya berbangsa campuran Mongolia/Cina. vii)bahawa jika saya tidak membenarkannya untuk bertemu Abdul Razak Baginda, adakah saya boleh aturkan untuknya berjumpa dengan Najib Razak. 29. Selepas berbual dengan Aminah lebih kurang 15 minit, sebuah Proton Aeroback merah sampai dengan seorang wanita dan dua lelaki. Saya kenal wanita itu sebagai Lans Koperal Rohaniza dan dua lelaki itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya manakala dua lagi menunggu di kereta. 30. Azilah bertanya kepada saya samada wanita itu Aminah dan saya kata “Ya”. Kemudian dia berjalan sambil membuat beberapa panggilan telefon melalui telefon bimbitnya. Selepas 10 minit sebuah kenderaan, Proton Saga berwarna biru, dipandu seorang lelaki Melayu lalu secara perlahan. Cermin pemandunya sedia terbuka dan pemandu tersebut hanya memerhatikan kami. 31. Kemudian Azilah beritahu saya bahawa dia akan membawa Aminah pergi. Saya beritahu Aminah yang mereka akan menahannya. Kemudian dua orang lagi keluar dari kereta dan bertukar tempat duduk, oleh itu Lans Koperal Rohaniza dan Aminah di belakang manakala dua lelaki di hadapan. Mereka beredar dari situ dan itulah kali terakhir saya menemui Aminah. 32. Abdul Razak Baginda tiada di rumahnya sewaktu semuanya ini berlaku. 33. Selepas 19 Oktober 2006, saya menyambung tugas untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Damansara Heights dari jam 7.00 petang hingga jam 8.00 keesokan paginya, berikutan mesej ugutan yang diterimanya dari seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Amy’ yang juga merupakan sepupu ‘Aminah’ di Mongolia. 34. Pada malam 20 Oktober 2006, kedua-dua orang rakan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda dan bertanya di mana Aminah berada. Saya beritahu mereka bahawa Aminah telah ditangkap malam semalam. 35. Beberapa malam berikutnya, dua wanita Mongolia itu, Mr. Ang dan seorang lagi wanita Mongolia yang dikenali sebagai Amy datang semula ke rumah Abdul Razak Baginda untuk mencari Altantuya yang dipercayai sedang dikurung di dalam rumah. 36. Bila kekecohan mula berlaku, lalu saya menghubungi Polis yang tiba seketika kemudian dengan kereta peronda. Sebuah lagi kereta peronda sampai kemudian bersama dengan pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi yang bertanggungjawab terhadap laporan kehilangan orang yang dibuat oleh salah seorang wanita Mongolia, saya percaya ianya Amy. 37. Saya menghubungi Abdul Razak Baginda yang sedang berada di rumah dan beritahunya tentang apa yang sedang berlaku di hadapan pintu gate rumahnya. Kemudian dia menghubungi DSP Musa Safri dan menghubungi saya semula memberitahu bahawa DSP Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya dan saya akan menyerahkan telefon bimbit itu kepada Inspektor daripada Balai Polis Dang Wangi. 38. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari DSP Musa Safri dan terus saya serahkan telefon bimbit saya kepada Inspektor Dang Wangi itu. Selepas perbualan mereka sepanjang 3 – 4 minit dia beritahu wanita Mongolia itu supaya beredar dan datang untuk berjumpa dengannya pada hari berikutnya. 39. Pada atau kira-kira 24 Oktober 2006, Abdul Razak Baginda mengarahkan saya untuk menemaninya pergi ke Balai Polis Brickfields sebagaimana beliau dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung dengan gangguan yang diterimanya daripada wanita Mongolia ini. 40. Sebelum ini, Amy ada menghantar SMS kepada saya memaklumkan dia pergi ke Thailand untuk membuat repot ke Konsulat Mongolia berhubung kehilangan Aminah. Rupanya dia juga menghantar SMS yang sama pada Abdul Razak Baginda. Inilah sebabnya mengapa Razak beritahu saya bahawa dia dinasihatkan agar membuat laporan Polis. 41. Abdul Razak Baginda beritahu saya yang DSP Musa Safri telah memperkenalkannya dengan seorang bernama DSP Idris, ketua jabatan jenayah, Balai Polis Brickfields, dan DSP Idris merujukkan dia kepada ASP Tonny. 42. Bila Abdul Razak Baginda membuat laporan Polis di Balai Polis Brickfields, di hadapan ASP Tonny, dia diminta membuat kenyataan tetapi dia menolak seperti yang dia kata bahawa dia berada di luar negara. Dia bersetuju bagaimanapun berjanji akan menyediakan kenyataan itu dan menyerahkan ‘thumbdrive’ kepada ASP Tonny. Saya tahu ini tidak dilakukan sebagaimana ASP Tonny beritahu saya. 43. Bagaimanapun hari berikutnya ASP Tonny meminta saya pula menyediakan kenyataan dan saya lakukan. 44. Saya berhenti kerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26 Oktober 2006 yaitu pada hari yang sama dia meninggalkan negara pergi ke Hong Kong. 45. Pada pertengahan November 2006, saya menerima panggilan telefon daripada ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah meminta saya berjumpa dengannya berhubung kes Aminah. Bila saya sampai di sana serta-merta saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Acara Jenayah kerana mengugut. 46. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan atas jaminan Polis. 47. Pada penghujung November 2006, jabatan D9 IPK menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Bila sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Acara Jenayah kerana membunuh. Saya dilokap dan direman selama 7 hari. 48. Saya dibawa ke Bukit Aman dan di sana saya disoal-siasat berhubung SMS yang saya terima daripada Razak Baginda pada 19 Oktober 2006 yang bertulis “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”. Mereka rupanya mendapat mesej ini daripada telefon bimbit Abdul Razak Baginda. 49. Kemudian mereka merekodkan semua kenyataan saya dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Saya beritahu mereka semua yang saya tahu termasuklah segala apa yang Razak Baginda dan Aminah beritahu saya tentang hubungan mereka dengan Najib Razak tetapi bila saya datang untuk tandatangan kenyataan saya, semua butiran terperinci dibuang. 50. Saya memberi bukti dalam perbicaraan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwa tidak bertanya sebarang soalan kepada saya tentang hubungan Aminah dengan Najib Razak atau tentang panggilan telefon yang saya terima dari DSP Musa Safri, yang dipercayai sebagai ADC kepada Najib Razak dan/atau isterinya. 51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditahan, saya bersama dia di pejabat peguamnya pada jam 6.30 pagi. Abdul Razak Baginda memaklumkan kepada kami bahawa dia telah menghantar mesej kepada Najib pada petang sebelumnya untuk menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan ditahan, tetapi tidak menerima sebarang respons. 52. Ringkasnya selepas itu, kira-kira jam 7.30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Najib Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. Mesej ini dibaca seperti berikut : “Saya akan berjumpa KPN pada jam 11.00 pagi ini… segala masalah akan selesai… tenanglah”. 53. Saya difahamkan bahawa Abdul Razak Baginda telah ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang. 54. Tujuan Pengakuan Bersumpah ini adalah untuk ; i) Menyatakan kekecewaan saya terhadap mutu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. ii) Mendedahkan maklumat dari sumber yang kukuh menunjukkan memang wujud individu lain selain tiga tertuduh yang mesti memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu. iii)Merayu kepada pihak berkuasa agar membuka semula penyiasatan mereka dalam kes ini segera dan dengan itu boleh jadi sebarang bukti baru diajukan ke mahkamah terlebih dahulu di penghujung pendakwaan kes. iv) Berdasarkan fakta dan pengalaman saya pernah bertugas dalam Polis Di Raja Malaysia selama 17 tahun, sesungguhnya saya yakin tiada pegawai Polis yang akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan badan mereka tanpa menerima arahan khusus daripada pihak atasan mereka terlebih dahulu. v) Menyatakan kebimbangan saya mengapa pihak pembela tidak dipanggil dalam perbicaraan pembunuhan yang dimaksudkan, tertuduh Azilah dan Sirul tidak perlu bersumpah dan bersaksi sebagaimana arahan yang diterima dan daripada siapa mereka berdua menerima arahan. 55. Dan saya membuat pengakuan ini dengan tenang dan teliti serta percaya ianya adalah benar dan dengan niat baik sebagaimana peruntukan dalam Akta 1960 Akuan Bersumpah. Balasubramaniam a/l Perumal 1 Julai 200

Jumat, 18 Januari 2013

UCAPAN MERANGKAP AMARAN!!

Ucapan pelancaran Album Dendang Anak Muda Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam. Salam sejahtera buat pengerusi majlis, yang berbahagia Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, penulis dan pengkritik sosial Hishamuddin Rais, yang dialu2kan keluarga mendiang Teo Beng Hock, penganjur program malam ini Malaysian For Teoh Beng Hock para wartawan dan pengamal media dan para hadirin yang diraikan sekalian. Pada hari ini, kita berkumpul sekali lagi untuk mengenang kembali perjuangan rakyat Malaysia bagi memperingatkan janji yang pernah dilafazkan oleh Perdana Menteri - yang masih belum ditepati - iaitu untuk mengembalikan hak kepada keluarga mendiang Teo Beng Hock. Kini sudah 1270 hari, satu tempoh yang sangat lama bagi orang yang mampu bersabar. Dan dalam tempoh ribuan hari ini, telah pelbagai usaha diakukan. Dari demonstrasi, penyerahan memorandum, inkuiri, Suruhanjaya Siasatan Diraja, mengumpul tanda tangan bantahan dan solidariti, namun tragedi yang menimpa mendiang Teo Beng Hock masih tinggal misteri sehingga ke hari ini. Maka, apa yang boleh dilakukan oleh para seniman seperti kami? Justeru sebagai seniman yang memerhatikan pelbagai peristiwa dan tragedi dalam negara, yang sebahagiannya terkesan langsung kepada sebahagian diantara kita, maka antara sumbangan para karyawan ialah untuk merakamkan sejarah melalui karya-karyanya. Dan hari ini menjadi hari yang paling bersejarah apabila album Dendang Anak Muda dilancarkan sebagai simbol perjuangan, bagi mengembalikan yang hak, dan menumpaskan yang batil.
Seni bukan lagi halwa mata dan telinga. Bak kata Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Siad, bahawa puisi kini telah menjadi senjata. Maka saya ingin asah semula kata-katanya -- bahawa peranan seniman melalui karya seninya - kini umpama peluru yang menjadi senjata berbahaya, buat pemerintah yang selalu membungkam suara rakyatnya. Kalau dulu orang sering memandang buskers atau pemain gitar jalanan dianggap mengganggu tugas penguatkuasa Dewan Bandaraya. Tapi kini peranan kami bukan sekadar menghibur, namun lebih tegas, menyuarakan suara-suara mereka yang tidak mampu bersuara. Melukis pandangan-pandangan mereka yang takut memberikan pandangan. Kemudian kami tuang emosi kami ke dalam karya, melalui lagu, melalui lukisan, melalui puisi. Untuk rakyat selalu ingat, tidak lupa dan mengenang kembali, ada orang-orang yang terkorban untuk mempertahankan hak mereka yang lebih ramai, iaitu kita - rakyat Malaysia.
Pemerintah boleh memenjarakan jasad manusia, tapi bukan jiwanya. Seniman yang berani adalah seniman yang bukan hanya bersuara bagi dirinya, bahkan kepada orang-orang lain. Apatah lagi suara-suara orang yang tidak terbela. Begitu juga peranan anak muda. Kalau dulu anak muda sering dipaksa patuh dan tunduk kepada keuasaan tidak boleh mempersoalkan. Hari ini kami sedar peranan kami. Takkan lagi seperti lembu dicucuk hidungnya. Takkan lagi boleh dipaksa dengar, dengar dan dengar. Hari ini kami mahu tahu bertanya dan bertanya dan brtanya. Mengapa dan bagaimana? Sehinggalah kamu, para pemerintah memberikan jawapan untuk setiap persoalan-persoalan. Maka, buat kaum keluarga Teo Beng Hock, masih ada lagi hari untuk esok. Tidak ada kemenangan tanpa kebenaran, tidak ada kebenaran tanpa pengorbanan. Buat para aktivis dan rakan2 yang tak putus-putus memperjuangkan hak rakyat yang terrindas, album ini juga sebahagian penghormatan para seniman atas usaha ikhlas saudara saudari berdepan risiko semata-mata untuk memahamkan rakyat bahawa kematian Teo Beng Hock adalah kematian kita semua. Dan kemurungan keluarga Teo Beng Hock adalah kemurungan rakyat Malaysia. Terima kasih sekali lagi buat seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih kerana menghadiri program pelancaran album Dendang Anak Muda. Semoga Tuhan memberkati perjuangan kita semua. ###=====sadiqin omar 2013++++###

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog