Rabu, 27 Januari 2010
kerana pandainya dia menjala aku dapat merasa meratah ikan sungai...
aku dihantar kesekolah, diajar cara berperang dengan nafsu dan berdikari kejalan yang lurus.
rajin kerja, jujur, amanah pada percaya orang banyak tidak seleweng bersaudara dengan sesiapa saja selagi ianya bergelar manusia. orang tua itu amat baik tutur katanya tidak pernah aku melihat dia hilang kawalan. selalu dalam sedar membuat keputusan yang itu membuatkan dia dihormati oleh sembilan anak anaknya.
ya .. sekarang dia sedang terbaring kepenatan setelah keringatnya tumpah mengalir kebumi masuk kesungai sungai...
semoga tuhan merahmati seluruh hidup kau wahai pengembara.
Senin, 25 Januari 2010
pesanan buat sang raja
{Karma yang baik membawa kepada kelahiran semula ke dalam ruang yang baik dan Karma yang buruk membawa kepada yang buruk. Tempat (kesudahan) yang tinggi diperolehi melalui nilai yang baik, maksiat pula membawa kepada (kesudahan di) tempat yang ke bawah. Dari kebijaksanaan rahmat diperolehi, manakala seksaan pula dari yang sebaliknya (iaitu kejahilan). Selagi Karma –tidak kira yang baik atau buruk- itu tidak berakhir, manusia tidak akan mencapai Moksha atau kebebasan mutlak biarpun di dalam ratusan Kalpas (kehidupan). Kedua Karma yang baik dan buruk mengikat Jiva (jiwa) di dalam rantaian (sebab dan kesudahan) mereka. Yang satu merupakan rantai dari emas dan satu lagi merupakan rantai dari besi. Moksha tidak akan dicapai manusia selagi dia tidak mencapai kefahaman dan kebijaksanaan (yang membawanya menjalani kehidupan dunia dalam menuju hidup abadi)}
"Yudhishthira said, 'O illustrious one, thou art conversant with all duties and all the scriptures. Do thou tell me, what is truly the friend of mortal creatures? Is the father, or mother, or son, or preceptor, or kinsmen, or relatives, or those called friends, that may be said to truly constitute the friend of a mortal creature? One goes to the next world, leaving one's dead body that is like a piece of wood or a clod of earth. Who is it that follows him thither?' "
{“(Raja) Yudhishthira berkata, “Wahai Tuan yang terkenal dengan kebijaksanaan, Tuan yang lebih biasa dengan segala kewajiban dan ayat-ayat kitab suci. Beritahukanlah kepadaku, siapakah dia sahabat yang sebenarnya kepada makhluk-makhluk yang fana? Adakah bapa, atau ibu, atau anak, atau anak murid, atau saudara sedarah, atau saudara mara, atau mereka yang digelarkan kawan, boleh dianggap sebahagian dari sahabat dalam erti kata sebenar kepada makhluk-makhluk yang fana? (beritahukan juga kepadaku) setelah seseorang menuju ke alam seterusnya (selepas mati), dan meninggalkan jenazahnya seperti sebatang kayu atau segumpal tanah. Siapa yang akan menurutinya ke sana?”
Vrihaspati berkata, “Ia (mana-mana makhluk yang fana) dilahirkan bersendiri, wahai Raja, dan ia mati juga bersendiri; segala kesulitan direntasi ia secara bersendiri; ia secara bersendiri menghadapi apa jua penderitaan yang menimpa ia. Ia tiada peneman di dalam semua perlakuan ini. Bapa, ibu, abang, anak lelaki, anak murid, saudara sedarah, saudara mara, sahabat handai, meninggalkan jenazah tersebut seolah-olah seperti sebatang kayu atau segumpal tanah, setelah berkabung seketika, kesemua mereka beredar menjauhi ia (jenazah tersebut) dan meneruskan kehidupan mereka. Hanya kebaikan (amalan) yang akan menuruti si mati ketika kesemua mereka meninggalkannya. Dari situ, secara jelas, hanya kebaikan amalan itu peneman sejati dan hanya kebaikan amalan perlu diusahakan oleh semua. Barangsiapa yang diberikan kebaikan amalan akan mendapat tempat yang tinggi yang merupakan sebahagian dari Syurga. Jika dipenuhi dengan amalan buruk, ia ke Neraka.”}
Kamis, 14 Januari 2010
jual...............
sesapa nok beli ini t-shirt harganya 25 ringgit, tambah lagi 5 ringgit dapat cd javidnamah c4-llpk kira lamsam la gua malas nk bekira kira sangat, nt mati masuk tanah juga. gua tak pasti ini barang boleh hantar guna pos laju sbb gua tak pernah cuba dan gua tak berani amik risiko kehilangan kemungkinan dirembat oleh kutu2 pos malysia kerana baju ini tersangatlah memberahikan hehehe..lebih elok kalau nak beli boleh jumpa gua terus.
kalau nak beli t-shirt saja pun boleh harga tetap sama 25 hinggit barang baru barang baik barang jadi. size berbagai s m l xl.
terima kasih.
Rabu, 13 Januari 2010
pergi jahanam kerajaan
dimaysia ada kilang buat black money haa ini semua kreja mamat niger, maysia juga ada kilang mmproses dadah yg kebanyakannya dimiliki oleh cukong cina, maysia juga ada bengkel membuat parang panjang keris pisau juga kapak sabit tapi jgn harap ada bengkel buat pistol atau senapang ak47....
dimalaysia tak ada orang pandai buat kapalterbang ke, dimalaysia tak ada orang berani buat enjin keretaapi 300kmj ke, dimalaysia ini hanya ada orang yang buat bodo dan dibodohkan ke?
maaf saya menggunakan perkataan yang agak mencemar dibawah duli taik ayam candu
maaf saya juga kasihan melihat perdana menteri malaysia yang bebal dan tamak haloba, mengapa saya berkata begitu adalah kerana pemimpin negara islam dulu dulu cuma ada pakaian yang lusuh dan tasbih. amat cool merendah diri. memikul makanan untuk si miskin. tetapi perdana menteri malaysia ini sibuk dengan shoping, rumahnya bergedung besar. semuanya ditanggung percuma oleh rakyat. letriknya airnya pakaiannya barang hiasan rumah dan tubuhnya hingga seluar dalamnya juga ditanggung oleh rakyat.
ohh maaf sudah saya katakan tadi, dimalaysia cuma ada orang yang buat bodoh dan yang dibodohkan.
ayohlah ayoh...jangan buat buat bodoh dan diperbodohkan ayoh kita tinggalkan kerajaan yang sekarang ini, kerajaan ini korup pemimpinnya korup. pemimpinnya tidak mempunyai nilai kemanusiaan. para menterinya tidak boleh melihat wanita berdahi licin. bahkan para isteri isteri mereka telah menjampi mereka dengan jampi merembat selagi hayat.
mari kita tinggalkan raja yang bersultan dihati itu, mereka itu tidak menjamin hidup harmoni rakyat. raja raja sultan sultan yang ada sekarang cuma boneka yang disuap dengan wang hasil curian keringat rakyat.
malam makin sundal malam makin larut, bapak menteri masih berkiblatkan bini.
ruang ini tidak sempit lagi.
Selasa, 12 Januari 2010
hati masih disana
haihhh bila lg la dpt balik ketanah tumpah darah sendiri.
entah!!
Kamis, 07 Januari 2010
apa aku peduli mati
dia sampai ke opis dengan baju basah kuyup, pagi itu hujan amat lebat. dalam hatinya menyumpah sangat sangat. ''hish time aku bawak raincot tak ujan cerah ceria hari tapi bila raincot tertinggal boleh hujan pulak.''
mamat yang biasa tak dilayan olehnya kerana bau kaki yang busuk menyandar ketembok sambil menghisap rokok surya. tapi mamat tu kali ini menegur tanpa disangka.
''basah? ujan ek?
soalan itu membuatkan dia menjadi semakin hangin la, ditariknya rantai motor dari dalam raga dan dipasang terus ke tayar belakang dengan gaya marah marah sambil merungut rungut kecil.
''orang dah basah gini tanya soklan bodo lagi''
dia..memang selalu memakai baju kurung dengan swether lambang gerila regimen ke 10. nampak macam betul betul rebel bahagian anti umno. tapi tak pernah pulak dia menunjukkan sikap anti kerajaan. mungkin sebab dia berkerja dipejabat tanah yang dibawah kerajaan jadi dia lebih suka menentang hanya dalam hatinya.
hidung nya sudah mengeluarkan cecair putih, badannya mengigil kesejukan ditambah pula dengan aircond makin meresap dingin sampai ketulang kecut semua urat urat, putingnya menegang. dia terus menuju ke tandas kerana pundi kencingnya sudah menonjol kedepan.
9pg..
bos masuk....hanya ucapan slamat pagi bos tanpa banyak bicara dia terus menghulurkan surat cuti, bukan mc tapi cuti dengan alasan badannya dah nak demam kerana dibantai hujan dengan pakaian yang basah kuyup sampai kedalam dan muka sedih sambil memicit micit hidung matanya menampakkan kemanjaan meminta belas.
''awak boleh cuti''
jeng jeng jeng...hehe laku juga lakonan aku katanya dalam hati...terima kasih bos ucapnya dengan separuh rasa bersalah mengelentong dia terus mencapai helmet.
mamat poyo yang kakinya berbau busuk menghisap surya hanya memandang dia melangkah keluar dari opis tua itu.
dia membuka rantai kunci dia campakkan semula kedalam raga dia naik memutarkan kunci menghidupkan enjin dengan menekan punat starter dia bersedia hujan masih lagi ahh dia tak peduli, qaseh bukan takut mati qaseh perempuan sejati putingnya mengeras dannnnnnnnnnn
apa aku peduli mati.......
Rabu, 06 Januari 2010
pelangi petang
pak embong cuba mengarah kan lee tongkang mengambil helaian surat khabar yang tercerai berai dah..lee menurut tak membantah.
''apa benda ni semua semua ni tak de pasal cari pasal tak de angin pokok tak begoyang tak de cangkul sabit pun laku macam mana malaysia ni macam cibai pun ada'' pak embong membebel tak tentu pasal. orang orang yang lain terkebil kebil hilang punca sebab tetiba pak embong macam tak terkawal kata katanya.
''Menteri dalam negeri hishammuddin hussein hari ini berkata kerajaan tidak melarang orang-orang daripada mengekspresikan pandangan mereka tentang masalah di atas penggunaan kata "Allah" oleh majalah mingguan katolik herald, tetapi dengan syarat bahawa tindakan mereka tidak merosakkan keselamatan negara.''
''kalau nak rosak keselamatan negara bukan dengan penggunaan kalimah Allah, aokme cuba dengor enjin jet pun boleh hilang, orang kulit hitam buat black money dimalaysia, bom c4 boleh bawak kluor senang senang je, yang nak buat rosak negara ni bukan kalimah Allah tapi pemimpin yang rasuah. PKFZ, balak dekat ulu tembeling tu dah brapa juta tan dorang bawak lari, isa samad, k.j, SPRM mayat teoh belum ada dapat lagi sapa bunuh ini semua angkara rasuah.''
orang orang yang lain tergamam, macam mana pak embong boleh tau semua cerita ni padahal pak embong sama tiong macam diorang juga sama stim sama melepak sama sama jual dadah sama sama bikin lobang sama sama menenggek betina dalam kebun kelapa sawit.
pyan baru habis snap serbuk putih, meli londeh dah siap pakai baju. cadangnya dua sahabat baik ni nak pergi cari ajib peon yang dah sehari semalam tak balik. dalam kalut kalut pyan sempat lagi mengulung daun pucuk buat tarik soon. kunci moto dalam gengaman meli londeh.
''kito nok gi cari dmano ajik ni pyei, mu tau ko nok mulo kek mano ni?
''ehh tak kan tanya gua, bukan dia pergi pot udin ke.? balas pyan rogol
''iyo la pot udin la tapi ado dua daley sawit ko dirumoh udin nyar''
''kita pergi pot la terus baru best nanti jumpa udin boleh mintak dia payung'' berehhh
pyan dan meli londeh berangkat dari sungai tekam ke ladang kelapa sawit kampung awah, perjalanan memakan masa satu jam kalu bawak 60kmj tapi kalau bawak 120kmj pasti sampai dalam stengah jam saja.
diam
keadaan dalam pot sunyi seketika, matahari meninggi burung burung dan ayam hutan mencari makanan, ular ular tidor dan ada yang brsalin kulit. ajip peon pak embong nuar gemok kamal udin tokan lee tongkang badut dan makwe udin yang lawa tu menyedut tak henti henti macam dah kemaruk, barang baru barang baik barang stim semua buat hal masing masing sampai terlupa nak jaga air(ricky line). sambil borak borak kosong, kamal lentok kepala dah nak cecah tanah, badut dengan parang belatinya dipinggang, nuar gemok terduduk macam budha, ajip peon mengira ngira duit yang dikirim meli londeh untuk beli bekalan.
tiba tiba...............
Selasa, 05 Januari 2010
aku musik dan khayalan 13
sebenarnya aku masih disini, mengharapkan perubahan demi perubahan dalam hidup. kalau dulu tak reti main gitar tapi sekarang dah reti, tapi masih juga kena banyak praktis. benda yang kita minat ni kena buat hari hari, menyanyi melukis main musik membaca menulis cumanya ilmu dari tuhan ni bukan boleh paksa paksa masuk dalam jiwa, ianya kerana kita suka buat, itu pilihan kita atau memang itu yang kita punya kelebihan.
satu masa dulu kita dibawah sangat sangat langsung tak ketahuan langsung tak punya arah tujuan cumanya kita dapatlah keseronokan hidup yang tak ketahuan tu tapi sampai satu masa kita feedup dengan itu itu saja, hari hari mengadap rutin yang sama. bangun tidor pergi menoreh misalnya tak menoreh tak de duit la pulak, lama lama kita bosan. itu bukan apa bosan tu untuk kita memilih jalan lain untuk menambah pengetahuan dan pendapatan untuk memajukan diri tapi kalau berfikiran sempit alamat jadi katak bawah tempurung la kita.
bila sampai kolumpo je mata jadi rambang, pompuan banyak yang telanjang huru hara reformasi drug adict mat rempit mat dan minah clubing mamat poyo gayboy lesbian dan orang ugama yang macam cibai, bunuh rogol dan macam macam lagi la tak keruan sungguh. nak cakap sikit pasal politik tapi politik macam haramjadah nak cakap apa dah semak buat kepala lagi semak nak berbusking pun dah tak senang. tapi aku peduli apa, aku buat lagu hentam kerajaan yang korup tak kira la pas dap umno mic pkr ke sampai datuk bandar kolumpo yang baru ni ambil tindakan tak bagi kitorang busking kat pasar seni hanya kerana lagu lagu yang mendidik rakyat, pajadah dia ingat kitorang takut nak nak pulak aku la mana ada rasa takut. aku suka aku pg busking lagipun aku sekarang ni banyak undangan mengamen dimerata tempat jadi kurang sikit la kalau ke pasar seni tu. tapi sesekali aku buat gila juga sebab best sebenarnya busking kat situ.
soal nya sekarang apa yang korang suka buat korang buat aje. jangan buat yang tak baik sudah biar baik baik saja ok.
aku apa peduli
Senin, 04 Januari 2010
Gerakan Islam Terbesar Tanahair Sokong Penggunaan Nama Allah
Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan sokongan kepada penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dibacakan Ketua Penerangan Idris Ahmad lewat jam 11.45 malam tadi, Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata sokongan ini konsisten dengan prinsip Islam dan Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan ini dicapai Lajnah Politik Pas selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.
Biro pimpinan terkanan Pas menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi - Islam, Krsitian dan Yahudi - boleh diterima.
Pendirian ini konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Islam tanahair sebelum ini.
Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dinobatkan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.
Dalam nada tegas, Pas memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahguna nama Allah demi politik atau untuk mengelirukan masyarakat.
"PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat,"
Kes 'Allah' ini menguja kembali sejarah konflik antara masyarakat majmuk di negara ini, yang pernah terjerumus dalam rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.
Sebuah kumpulan pro-Melayu, Pribumi Perkasa, merancang untuk menganjurkan tunjuk perasaan pada Jumaat depan di masjid-masjid utama negara sebagai tanda bantahan.
Kerajaan Pusat turut berikrar untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh warta katolik, The Herald, minggu lalu.
Pas, selaku gerakan Islam terbesar negara, melalui presidennya Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghasut atau mengambil tindakan provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan agama.
tvselangor..
RAJAWALI
SILA JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KEBANDAR IKAN PATIN TEMERLOH PAHANG. ADA GORENG GORENG SURAH JAKARTA. MASYUK MASYUK PUKUL 3 PETANG.
RAJAWALI RAJAWALI OOOOOOO RAJAWALI
MENGIBAR
MENGITARI LANGIT
SUNGAI SUNGAI MENGALIR
MERAKSAKAN FIKIR
OOOOOO AKU DAN KAMU
KEBIASAANNYA BERDENDANG
MENGHIDUPKAN JIWA JIWA YANG KERING
WARAS
TANCAPKAN WARNA
DAN KEMESRAAN
DIBAWAH TIANG LAMPU
RAJAWALI BERSAJAK
MEMBEBASKAN KATA KATA...
Sabtu, 02 Januari 2010
qaseh
mati perasaan
mati nyawa
mati hidup ku
beterusan
aku kuat
aku lemah...
aku berpikir
aku boleh mati la kalau begini...
jangan
nt esok atau lusa
belas tahun belas hari
pot pet pot pet
racun dan madu
perempuan dan waktu
lagi lama lagi tahan lagi lama lagi kental
dimana bulan yang tersembunyi??
guruh dan lautan
akan sirna
jadi lilin jadi tugu
air
minyak
atom
teko yang berbunyi nyaring
diatas mimbar
direlung kelangsungan hidup
api
panas terbakar
rasa
rasa
rasa
dingin
ada Dia
kembali tiada........
Daftar Blog Saya
nik jidan
kudrat
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 tahun yang lalu
-
-
(KERJA KOSONG SEGERA) Handling Baggage Ground Crew KLIA - Handling Baggage Ground Crew *KLIA* Diperlukan segera ada 50 kekosongan Berminat ‼ segera ... www.wasap.my/601120739987/nakkerja 18 - 45 tahun lelaki war...4 tahun yang lalu
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...6 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...9 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...9 tahun yang lalu
-
Malang - Kota Malang, Jawa Timur. 7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...10 tahun yang lalu
-
-
-
-