Rabu, 27 Januari 2010

aku mahu meninggalkan kuala lumpur buat sementara waktu..kerana kasih sayang yang tiada penghujung antara aku dan orang tua itu selalu aku pertahankan, orang tua itu sudah sarat dengan kenangan dan ilmu. sekarang tubuhnya dan akalnya semakin lemah.


kerana pandainya dia menjala aku dapat merasa meratah ikan sungai...
aku dihantar kesekolah, diajar cara berperang dengan nafsu dan berdikari kejalan yang lurus.


rajin kerja, jujur, amanah pada percaya orang banyak tidak seleweng bersaudara dengan sesiapa saja selagi ianya bergelar manusia. orang tua itu amat baik tutur katanya tidak pernah aku melihat dia hilang kawalan. selalu dalam sedar membuat keputusan yang itu membuatkan dia dihormati oleh sembilan anak anaknya.


ya .. sekarang dia sedang terbaring kepenatan setelah keringatnya tumpah mengalir kebumi masuk kesungai sungai...




semoga tuhan merahmati seluruh hidup kau wahai pengembara.





5 komentar:

  1. bro, terlalu banyak jasa org yg membesarkan kita ,wlau dalam payah. walau dalam perit rasa. moga org kita sayang terus sihat..

    BalasHapus
  2. doa semoga aman sejahtera kedua-dua yang muda dan yang tua..

    BalasHapus
  3. K.Lumpur kota wayanhg
    pentas hidup yang terapung,
    pulanglah nak
    pulanglah...
    orangtua rindu menanggung...

    BalasHapus
  4. bijak sekali kata kata dari teman teman semua terima kasih

    aku doakan kalian semua dirahmati

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog