Senin, 04 Januari 2010

Gerakan Islam Terbesar Tanahair Sokong Penggunaan Nama Allah

Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan sokongan kepada penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dibacakan Ketua Penerangan Idris Ahmad lewat jam 11.45 malam tadi, Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata sokongan ini konsisten dengan prinsip Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini dicapai Lajnah Politik Pas selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.

Biro pimpinan terkanan Pas menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi - Islam, Krsitian dan Yahudi - boleh diterima.

Pendirian ini konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Islam tanahair sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dinobatkan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Dalam nada tegas, Pas memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahguna nama Allah demi politik atau untuk mengelirukan masyarakat.

"PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat,"

Kes 'Allah' ini menguja kembali sejarah konflik antara masyarakat majmuk di negara ini, yang pernah terjerumus dalam rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.

Sebuah kumpulan pro-Melayu, Pribumi Perkasa, merancang untuk menganjurkan tunjuk perasaan pada Jumaat depan di masjid-masjid utama negara sebagai tanda bantahan.

Kerajaan Pusat turut berikrar untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh warta katolik, The Herald, minggu lalu.

Pas, selaku gerakan Islam terbesar negara, melalui presidennya Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghasut atau mengambil tindakan provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan agama.


tvselangor..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog