Selasa, 09 September 2014

Coretan Emas









9 Peti Emas kunci dua dileher Baginda. Inginkan Puteri Gunong Ledang terlepas. Emas disimpan berkoyan-koyan. Gelang dan kalong emas tanda kebesaran. Yang pasti tidak dibuat patong anak lembu dari emas untuk sembahan. Menyimpan emas permata perak tanpa nafkah kepada berhak, kelak lambung dan punggung ditokak emas menggelegak. Al Sultan akur itulah kehendak. Semenanjung Emas nama memuncak.



Pelabuhan gemilang bersesak-sesak. Entah dari kitab mana bangsa luar selak,dan nampak, membawa petaka kepada Kesultanan Melaka pulak. Tun Perak, Patih Gajah Mada, Hayam Muruk bertiga Memanda masyhur Nusantara. Melayu berhutang budi pada Raja bila Istana Islam diterima. Kota ini tidak akan binasa selama-lamanya. Bila nafsu menguasai segala. Tak akan Melayu hilang di dunia. Apakah Tuah juga silap bicara? Pasti semua binasa, kecuali Dia. Kehancuran Melaka peringatan Allah jua. Ada hikmah. Kesultanan Melayu Melaka tinggal nama.



Kejayaan dan kehancuran itu Dia pergilirkan agar kita mendapat pelajaran. 500 tahun cerita suka duka nestapa penuh rahasia. Al Fonso de Al Buquerque. Al Mujaadillah 58:21. Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.” Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Binasalah Al Fonso de Al Buquerque dan sesungguhnya dia akan binasa. Allah Maha Mengetahui rencana jahat mereka. Bila kebenaran datang batil menghilang. Janganlah binasa karena sedih cerita nestapa. Tanah Melayu ini luas, Rajapun bingkas hijrah mencari rezeki beranak-pinak bergenuak. 9 Peti Purba bergejolak bila mahu ‘dibukak’. Moga Al Sultan duduk empuk di atas dipan bertatah emas permata di syurga kelak.







Md Radzi Ismail (Rabu 09.03.2011 Rabiulakhir 4 1432H)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog