Selasa, 10 Agustus 2010

dji sam soe i love u

sambil cungkil cungkil gigi fuad melemparkan pandangan pada dua ekor monyet yang tengah bercengkerama. rokok dji sam soe yang dari tadi belum dinyalakan di cium cium. masakan melah sangat membuka seleranya tengah hari itu. ikan singgang dengan ulam daun gajus dan tempoyak sangat buat dia berselera makan. sedar tak sedar dah pukul dua petang. solat belum lagi. melah pula dengan anak-anak yang baru becerai susu. membelai belai lembut rambut anak kembarnya. kucing hitam melintas mengintai dari jendela yang separuh terbuka.


haiihh..maen sedap ni. bagaikan halilintar menyambar nafsu fuad bila menengokkan dua ekor monyet yang sedang berahi tadi. dijelingnya isterinya yang cantik. fuad mula menyalakan rokok. asap keluar dari dua lobang hidung fuad. pedih menangkap sampai ke otak waktu dia menghembuskan asap. kepalanya mula pening pening lalat.


aku dah cakap ad,kau jangan bagi muka pada jais tu. dia tu kaki blue. nanti dengan bini kau pun dia dot dot dot . kau dah lupa dulu si rapia bini sedi? nyaris nyaris lagi.


kata kata ben ternyiang nyiang dibenak fuad. jais yang dia kenal dulu tidak begitu perangainya. sejak kecil mereka berkawan rapat. tapi sejak jais balik dari kolumpo perangainya berubah. katanya ikut pembangunan, dah kenal dunia internet dunia moden. the whole problem is a hole problem katanya. wah jais dah pandai guna bahasa mat saleh, dah mengagung agungkan bahasa penjajah pulak. tapi yang lagi merungsingkan adalah jais sudah mula pandai nak mengatal dengan awek awek cun di kampung mereka termasuk bini orang pun jais nak dot dot dot juga.


" i know la apa yang datuk tan suka buat bila dia abis kerja" cerita jais pada teman temannya dikampung. habis kerja datuk ajak i pergi tempat tempat yang dia suka. minum minum dengan gundik gundik dia. after that we go to the hotel la. malam baru balik rumah. ehh untung kerja dengan datuk ni. tambah jais lagi.


fuad merebahkan badannya kelantai, matanya tertancap pada atap rumah yang kian usang dan bersawang. rokok disedut dalam dalam. hatinya terguris dengan sikap kawannya si jais yang lupa asal usul dan hilang keutuhan agamanya sejak berkerja sebagai driver seorang datuk di petaling jaya.



...............

3 komentar:

  1. benludin,bukan ben dlm cerita10 Agustus 2010 20.31

    "...hole problem"...

    kahkahkah!!

    BalasHapus
  2. Oh! jais sudah berubah rupannya. Dia betul-betul ikut arus pembangunan. Dia guna tektik try and error, yakni cuba dulu baru tahu salah ke tidak. Baguslah jais, kamu bakal matang.

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog