Minggu, 16 Mei 2010

hidup gaya hipies


Aku pasang rokok surya sebatang yang memang dia kata dulu dia tak suka aku hisap rokok surya, pernah sekali tu aku buang je sebatang rokok surya yang belum pasang menjunam masuk longkang tui...rugi. tak sampai berapa lama aku kenal dia aku ditolak keluar dari rumah sewa.


aku mula la berkampung dalam kereta, dari sehari ke sehari dari minggu ke minggu dan hinggalah masuk berbulan-bulan aku berumah dalam kereta, makan dalam kereta tido dalam kereta tukar pakaian pun dalam kereta, duit ada cuma aku memang nak merasa hidup travel macam filem mat dan minah mat saleh yang berumah dalam kreta macam hipies. hui gaya hipies memang rabak. mandi sekali sehari, pakaian semua basuh kat dobi nyamuk agas cengkerik jadi kawan, rumah berbumbung langit kadang2 waktu bulan penuh aku tatap bulan sampai tetido, bintang pulak kalau malam gelap sangat banyak tak terkira.


ada pelangi lunar masuk bila bulan penuh, tasik titiwangsa adalah rumah parkir aku. free tak de sapa yang larang. kadang2 aku pakir je ikut suka hati aku nak pot kat mana, hujan ribut kilat sabung menyabung aku tak peduli, bila badan dah penat kat mana2 saja boleh tido hahaha pernah juga beberapa kali aku disergah petugas malam tapi semua alasan kukuh, beres semua dokument yang dichek, aku sambung tido balik. petugas blah cari mangsa lain nak paw. ye aku penyanyi jalanan, kalau nak sebut soal glamer ni tak de langsung dalam kamus hidup aku, tapi yang malang nya dia memang suka pada glamer dan kehebatan orang seni, puncaknya adalah kaya raya hidup melimpah ruah dengan duit cehh buang masa aku layan minah yang macam tu. akhirnya aku keluar dari kongkongan minah gila glamer tu.



nah sekarang aku happy, mana aku nak pergi, apa aku nak buat balik rumah ke tak balik rumah ke tak de sapa yang larang....aku bebasssssssssssssssssssssssssssss. sekarang aku dah sewa rumah semula hidup macam orang normal yang lain, tapi kadang2 aku tido dalam kereta juga hahaha.


3 komentar:

  1. Kalau dah orang seni, apa buat pun seni belaka. Meskipun seninya itu untuk orang lain mahupun untuk dirinya sendiri.

    Tetapi seninya itu akan hilang seninya pabila kakinya tiga, giginya relai dan jalannya teraba-raba...

    BalasHapus
  2. hahaha seni stim sampai tertonggeng pak hashim :)

    BalasHapus
  3. sapa minah glamer tu? :)

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog