Senin, 03 Agustus 2009

tuhan yg gagal.......

bertapa tidak selesanya aku sebagai rakyat apabila ada golongan yg membenarkan atau menyokong kepada satu bentuk hukuman kejam yg bernama ISA.akta zalim dan tidak memberi makna yg baik kepada rakyat dan pada sesebuah negara islam ini disanggah pemansuhannya oleh golongan mengelarkan mereka pewaris negara bangsa dan agama.

kampung buah pala rakyat merayu kepada tuan2 yg berkuasa sepeti raja perdana menteri mufti yang berhidmat untuk rakyat agar kampung mereka tidak lenyap dlm peta negara ini..sayangnya mereka pada tempat tumpah darah mereka ini harus dibela.cuba bayangkan jika negara malaysia ni nk dirobohkan oleh jepun misalnya atau german atau singapura atau amerika atau dari negara apa pun namanya adakah kita akan membiarkan saja.

begitulah juga dgn penduduk kampung buah pala yg sudah menghuni negara kecil mereka itu sekian lama...

perampasan penderaan dan perompakan... rasuah menjadi titik mula segala kecurangan yg berlaku..

7 komentar:

  1. btul tu nik..kemana lagi diorg nk mengadu?
    buntu....
    lesu..
    hantu..punye kerajaan!

    BalasHapus
  2. rencana byk memalsukan.. kwn ana der yg hadir perhimpunan tu.. dtg secara damai namun polis yg menghuru-harakan.. "innAllah ha maas sobirin... Allah bersama dgn org2 yg sabar".. mg jgn kita cepat melatah.. terus berjuang utk islam.. jdkan Rasulullah sbgi tauladan

    BalasHapus
  3. BERJUANG UNTUK ISLAM SAYA SOKONG! UMNO PUN BERJUANG UNTUK ISLAM JUGA..TAPI DIBELAKANG PAS ADA DAP PKR! PASTI LAGI HURU HARA NANTI PABILA KITA DISAMARATAKAN DENGAN KAUM LAIN..NAK BERSAING SESAMA MELAYU DAH SUSAH..APATAH LAGI NAK BERSAING PULA DENGAN CINA INDIA YANG TUNTUT TARAF BUMIPUTERA

    BalasHapus
  4. 1MALAYSIA=Samy vellu pun boleh jadi PM

    BalasHapus
  5. ada tiga cerita disini dlm satu kertas putih penderaan..rampasanperompakan dan rasuah

    BalasHapus
  6. Assalammualaikum..
    Pihak Koperasi telah membaca comment saudara di blog koperasi.Terima kasih kerana respon.Kami berharap saudara merenung sedalam-dalam kes ini sebelum saudara membuat penyelasan kerana isu ini mempunyai perkara tersirat tetapi ramai tidak memahami termasuk saudara.
    Tanah koperasi adalah di atas lot 336 sebelumnya tetapi telah diambil oleh State kerana untuk membuat pembesaran pada mahkamah sedia ada.Mahkamah sedia ada terlibat dengan bangunan warisan. Oleh kerana itu tanah koperasi lah yang paling hampir iaitu berhampiran Dewan Sri Pinang.State mempunyai kuasa membuat pengambilan dan berjanji akan mengantikan tanah lain.Tahun 2005 pihak state telah bersetuju menganugerahkan tanah lot 698 kepada koperasi. Primium yg dikenakan adalah RM 6.4 juta dan pihak koperasi telah membuat rayuan bagi pengurangan premium kerana anggota koperasi terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan. Atas faktor tersebut state telah mengurangkan premium kepada 3.2juta. Oleh itu koperasi dpt menjimatkan wang anggota sebanyak 3.2juta bagi tujuan bayaran premium.
    Bagi mendapatkan tanah tersebut pihak koperasi diminta untuk membuat cadangan pembangunan terhadap tanah bagi urusan pindah milik dan pembangunan.Ini bukan soal rasuah atau kroni seperti saudara dan kawan saudara fikirkan.Adalah tidak salah tanah tersebut dibangunkan bagi ekonomi Pulau Pinang.
    Apa yang telah menjadi masalah adalah pihak tertentu telah mempergunakan isu tersebut untuk kepentingan politik.Ini yang saya rasa saudara tidak nampak dan menyokong pihak tertentu.Koperasi bukanlah orang politik tetapi tahu perjalanan politik kerana kita diperintah oleh kerajaan yang berbilang kaum dan parti di Pulau Pinang sebelum ini.Penduduk sebenar kg itu kebanyakkannya telah berpindah dan bersetuju menerima pampasan RM 75,000 - RM 200,00.Terdapat 11 Keluarga telah berpindah saudara! dan banyak lagi layak memdapat diskaun rumah sebanyak 50%-20% bagi bukan TOL.Hanya tinggal 23 buah rumah yang tidak bersetuju dan membawa kes ke mahkamah. Sebenarnya 5 buah rumah sahaja yang tidak bersetuju tapi penduduk lain pun terjerat dengan mainan politik orang luar untuk lawan dalam kes ini.Tidak kesian ke saudara kerana mahkamah tidak memihak kepada mereka dan tidak layak untuk menuntuk apa-apa. Kenapa ini saudara tidak kesian. Ini adalah suatu penindasan kepada golongan tua kg itu atas kepentingan politik sesetengah pihak.Tidakah saudara tahu bahawa 5 orang yang membawa kes ini ke mahkamah adalah orang yang tinggal di luar kg itu.

    SAMBUNGAN:......

    BalasHapus
  7. BAHAGIAN 2 SAMBUNGAN
    Kenapa saudara tidak bangkitkan kg lain yang melibatkan orang melayu kita di Negeri 9 contohnya dimana surau turut dirobohkan ukt pembinaan landasan KTM ja. Kg Plentong di johor dirobohkan begitu sahaja tanpa publisi media. Kenapa isu kg buah pala semua media bangkitkan.Cuba saudara fikirkan dan kawan-kawan semua fikirkan.Tak terfikirkah saudara bahawa pihak lain juga mahu lihat isu ini tidak dapat diselesaikan oleh state.Apabila isu ini tidak dapat diselesaikan oleh state maka pihak politik lain boleh memainkan peranan dalam isu ini dan hentam state goverment. Siapa yang memerintah State Goverment penang sekarang (Pakatan Rakyat). Siapakah yang tidak bijak dalam isu ini kerana memperjuangkan isu yang memakan diri sendiri.

    Kita patut memuji kaum india kerana bijak membela kaumnya. Semua NGO, Parti Politik MIC,PKR dan lain memberi sokongan kepada kaum india.Kenapa di Negeri 9 tiada orang melayu membela isu kg tersebut sedangkan sebuah surau terlibat di dalam perobohan tersebut.Begitu juga beberapa kg di penang sebelum ini diroboh siapa pun tidak tahu.Mungkin saudara pun tidak tahu.

    Kita harus bijak berpolitik dan jangan tengok isu tersebut di suatu sudut sahaja.Pada waktu sekarang kaum lain dah bijak berpolitik hanya orang melayu yang masih bergaduh merebut sesuatu.Dalam isu ini pihak kami berasa sedih dengan bangsa sendiri (melayu) kerana menjadi kumpulan sorak yang kuat tetapi tidak banyak membantu bangsa sendiri.Tahukah saudara bahawa koperasi mempunyai 3500 ahli dan 93% adalah orang melayu.Mereka juga rakyat Pulau Pinang dan Malaysia khususnya.Bersikap adillah dalam semua sudut.

    Kita tidak meminta supaya perkara ini menjadi serumit ini tetapi apakan daya ia telah menjadi hebahan seluruh malaysia hingga ke luar negera.Pihak koperasi dituduh perompak,biadap dan banyak lagi kata-kata kesat.Pada waktu sekarang kita masih lagi menghormati undang-undang tetapi sekiranya perkara ini berlanjutan pihak koperasi tidak boleh mengawal ahli-ahli yang mungkin bertidak di luar batas undang-undang. Pihak state juga boleh menyelesaikan isu ini dengan baik dan tidak menyelebelahi mana-mana pihak.Tetapi apa yang berlaku sekarang state telah menyebelahi penduduk dan tidak berlaku adil kepada koperasi. Pihak kami juga bersetuju sekiranya state membuat keputusan yang "menang-menang" kepada kedua-dua pihak. Apa yang dilihat sekarang seolah-oleh pertembungan antara state,penduduk dan pemaju sahaja. Koperasi tidak kelihatan sedangkan tanah tersebut telah menjadi tanah milik koperasi.

    Pihak Koperasi berharap perbincangan ini menjadi sautu yang ilmiah dan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak khususnya bangsa kita sendiri.Apa yang kita harapkan sokongan dari bangsa sendiri dan fahami betul-betul isu ini sebelum membuat kenyataan atau menyokong mana-mana pihak.

    Pihak kami menyokong mana-mana pihak yang bertujuan kebaikan untuk semua rakyat malaysia.

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog