Minggu, 16 Agustus 2009

lengan2 kering tak berubah warna

pagi... lenyap sudah lembut embun yg menjatuh kerumput dan dibiarkan telanjang disinar suria. pagi... lepas dari alam malam yg runcing meratah hati..
pagi... damai hari yg terbias disudut resah para pemerintah kalah pada guris kata2 celaan.. longsong dibawa angin badai.kitaran waktu berubah-rubah.. garis tawar dan harum bau kehidupan memenuhi cawan2 kosong.rokok ku hidupkan secara tiba2 dan bara hingap jatuh dilengan kering tak berubah warna.wajah2 semalam yg diratah oleh kerakusan kuasa mengikut hawa nafsu yg lemak seperti gulai pedas hanya perlakuan yang sumbang.

berdiri diatas tapak2 bingung.. kita semakin kalah dah naif dibuai mimpi.anak2 ditakuti oleh hantu2 sejarawan biar jangan ada yg mengetahui apa kisah hari semalam apa lagu kebenaran atau apa akan jadi esok hari.lagi satu pembunuhan telah cuba ditutup dengan bangkai penipuan.kita gagal menjawab segala persoalan.kita kalah dengan hitungan ekonomi yang meruncing.kita lemah menghadapi kenyataan virus yang semakin menebar keseluruh anggota.
nah apa lagi yang tinggal..tulang daging urat2 dan segalanya akan lenyap tanpa jawapan.kita tertipu lagi.

6 komentar:

  1. hehe ada juga orang paham ayat2 terlingkup gua ni..hahaha
    thnx syarul

    BalasHapus
  2. btol bro. setiap hari masa saat. dongeng segala metafora dilagu dendang dan kamu aku kita terus dibuai lalu tidur entah bila terjaga.

    BalasHapus
  3. bro. aku dah dengar javidnamah. serius superb!!! tahniah bro!!!

    BalasHapus
  4. hahaha petak...:)

    hafis trima kasih ..banyak lagi yang akan menyusul selepas ini..tgu..

    BalasHapus

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog