Kamis, 30 April 2009

syorga dan neraka

makin lama makin banyak persoalan,selsema babi,politik dan kuasa wang dan harta kejatuhan ekonomi kisah semalam syorga dan neraka perempuan bogel dalam internet dan majalah sampailah kepada daun hijau yang menghayalkan menjadikan mabuk kitaran semula sampah hingga kepada syabu dan morfin,ekstesi disko pub pendatang asing yang bebal lagi gila,perang juga lambakan pengeluaran senjata keegoan frustasi dan seni terbalik membalik terpancul lantang suara yang mengherdik kezaliman zionis,memunggah rasa kesal dalam diri kerana kurang setia beramal baik yang sedikit dianak tirikan,mana bangsa mana rasa mana hawa antara marah risau dan dendam yang bersarang lingkup diakal yang sempit.wujud DIA dihadapan kita dan katanya disinilah dan inilah syorga dan neraka.

Senin, 27 April 2009

ketemu dia lagi...


resah tak tau nak pergi mana,aku teringat ada teatre mahsuri lalu aku kesana menonton ermm berhasil jugak dpt tengok vanida imran berteatre.kawan2 yang lain pun.bagus, jalan cerita menarik olahan fawziah nawi...yang bestnya aku ketemu dia..hihihi

Minggu, 19 April 2009

AKU PUNYA SUKA LA..........

Baru-baru ni di uptown ketika aku sedang busking(mengamen)datang la juak2 dari JKM(jabatan kebajikan masyarakat)konon nya nak menahan aku la gaya nya tu tapi mana boleh beb aku bukan boneka yang bole dijadikan permainan untuk budak2..bicaranya begini

JKM:bole tanya sikit?dah berapa lama buat keje ni?

AKU:dah lapan tahun

JKM:kenapa main musik kat jalan?

AKU:aku punya suka la! nak main musik kat mana pun,tuhan pun tak marah aku nyanyi kat jalan,apa kau nak sibuk.aku pun dah main kat hotel2, function orang kawin,depan dolah hadari tu pun aku dah perform.apa?salah ke aku buat keje ni?

JKM:kenapa tak cari kerja lain je?

AKU:buat pengetahuan kau dah macam2 keje aku buat tapi aku suka musik jadi aku main musik
la.

JKM:kalau bisnes burger nak?

AKU:kau kasi modal,tapak dan gerai la" aku bole buat"(sebenarnya aku dah lali dengan burger
ni sbb dulu memang aku bisnes burger tapi jiwa lebih kepada musik,kalau tak aku tak
buat operation la jari aku ni kerana semata mata nak main gitar)

JKM:kenapa tak mintak bantuan kat jabatan kebajikan?

AKU:huh tak payah la kau nak ajar aku tu semua aku dah cuba tapi tak pernah dilayan pun,bukannya aku mintak banyak,cuma supply sound sistem yang murah2 pun dah ok,bukan nya aku mintak yang sepuloh ribu.kalau nak bukak kedai kang macam2 nak nya..cari kedai sendiri,kena daftar syarikat sendiri,aku mana ada duit nak buat tu semua dan aku tak punyai kepandaian dalam bidang tu semua jadi kau kena tolong la.lagi satu aku dah malas nak pegi kat tingkat 10 tu lagi, menunggu punya lama,pegawai yang buat keje sorang yang lain main game, ikut hati nak aje aku terajang diorang tu,dah la orang yang menunggu ramai.kalau aku pegi ke gereja dah tentu aku dapat bantuan punya.jabatan ni cuma indah kabar dari rupa.

haha yang best nya hari tu pulak aku pakai baju rashid maidin yang bertulis "...tunku mengakui peranan penting perang gerila yang kami lancarkan dalam mencapai kemerdekaan malaya"-rashid maidin

JKM:oooo awak ni pengikut rashid maidin la ya?

AKU:memang!dan bagi aku rashid maidin ni adalah lelaki melayu terakhir dan samsiah fakeh pulak adalah wanita melayu terakhir!bukan nya normala samsudin, perempuan sundal tu tak layak digelar wanita melayu terakhir pun..apa jasa mala pada negara?berpakain seksi nampak lurah dada tunjuk peha,BUAYA darat memang suka la hahahhahaaaaaaaaa bongok!

JKM:jom ikut kitorang

AKU:pegi mana?apa yang aku dapat kalau aku ikut korang?korang bole bagi aku duit?kalau tak
ada apa yang korang boleh bagi nak buat apa aku ikut!

JKM:ok kalau tak nak ikut kena nyanyi lagu hotel california

AKU:bagi la duit"aku jual suara,kalau nak dengar bayar la!

JKM:ooo kena bayar?seringgit boleh buat pegi minum tu

AKU:kalau macam tu simpan duit seringgit kau tu pegi minum, aku pun malas nak layan kau baik aku keje.

juak2 JKM yang bongok tu pun balik la dengan muka yang separuh senget dan otak yang dah tersumbat dan aku terus mengamen(busking)

Minggu, 12 April 2009

BAHAGIA.

Bahagia?tanya saidin kepadaku waktu kami jumpa dikedai mamak,
aku jawab bahagia..itulah orang2 disekeliling aku,mereka mencari kebahagiaan dan banyak yang sudah bertemu dan tak kurang juga yang masih terkial-kial mencari bahagia itu sendiri.dan ada jugak yang masih tercari cari apa Bahagia yang kami maksudkan..

pada usia aku 12 tahun aku dgn kawan-kawan sebaya aku diminta membuat persembahan untuk hari perpisahan maknanya kami akan meninggalkan sekolah rendah dan melangkah ke sekolah pertengahan.jadi pada hari itu ramailah orang2 kampung tok lebai siak makcik makcik dan anak2 kecik mana yg menangis mana yg tekencing dalam seluar boleh katakan.berjuak juak datang semua kesekolah,khabarnya dari mulut kemulut ada persembahan nyanyian lakonan dan tarian lawak jenaka pun ada yang dihebahkan oleh pok leh serta wartawan berita kampung yang memang terkenal dgn kehandalan berita sensasi sumbang kelamin antara orang2 setempat.

sesi latihan sudah tamat jadi hari ini adalah hari yang membuat kan aku rasa nk terkencing pun ada sbb..aku takut terlupa lirik lagu yang aku nk nyanyi nt dan buat pertama kalinya aku menyayi dipentas dengan disaksikan oleh cikgu2 tok lebai,haji mail siak makcik makcik anak2 kecik yang mana tekencing dalam seluar tadi dan semua mata telah tertumpu pada aku.

aku jengok2 jugak intai-intai kot mana lah tau family aku pun ada tengok tapi setelah aku amati kaum keluarga aku tak ada, aku jadi sedikit berani,

aku pegang mic,aku tolak suiz on...dan Bismillahirrahmanirrahim

1953 bulan 5 aku dilahirkan disebuah negeri yang diberi nama negeri sembilan
selepas itu aku dibesarkan dinegeri kelantan
aku belajar disekolah orang putih dekat dgn pasir putih
saya anak malaysia
lepas skolah aku merayau negeri mat saleh aku merantau
tempat orang indah sekali tapi malaysia tetap dihati
saya anak malaysia
sampai masa aku pun balik makweku tengok dia pelik
dia kata you nak jadi apa aku kata itu tuhan punya kuasa
lemah lembut sopan santun sudah menjadi darah dagingku
walau pun aku nampaknya kutu
aku hormat orang tuaku........

Hah begitulah bait puisi s amin sahab yang terkenal pada masa tu..aku puas hati sebab cikgu2 orang2 kampung tok lebai siak haji mail makcik2 dgn anak2 kecik yang mana terkencing dalam seluar tadi semua ikut nyanyi saya anak malaysia,jadi riuh rendah lah sekolah pada hari tu.aku pun dengan bangganya diberikan tepukan oleh orang banyak tadi.

bapak aku yang melewati sekolah waktu balik dari jual sekerap singgah sekedar mahu ambil tahu kenapa orang banyak datang kesekolah dan dengan tak sengaja telah menyaksikan nyanyianku tadi.apalagi bila balik rumah je kena sembur la aku...KALAU MENGAJI TAK PULAK LANCAR MACAM KAU MENYANYI YE..alamak dalam hati aku mana pulak orang tua ni tau aku menyanyi sedangkan aku tak bagitau kat family aku pun yang aku nak buat persembahan nyanyian. ishhh

aku diam dan terus masuk bilik tido...

Sabtu, 11 April 2009

keluarga.


Aku sebenarnya tak mau menulis tapi atas desakan teman2 jadi aku cuba.Bertemu dgn fendi tadi petang mengingat kan aku kepada kedua anak cikgu ni.Annisa dan Annur.aku meor dan abg sham minum kt kedai mamak sambil tunggu hujan teduh.

sejak tahun 1991 aku mula jejakkan kaki kekuala lumpur.bolak balik bolak balik aaaaaahhhh dh 2009 padahal aku rasa macam baru semalam je aku lahir.semua kenangan yg 30 tahun dlu kaku dan beku dalam hutan batu yang sial ni....ahh sedikit emotional itu biasa.

Berbalik kepada Annur dan Annisa,kedua ibu bapa mereka diuji dengan begitu keras sekali.
aku selamba mengutuk tuhan,meor cuma gelak,mungkin dia tau perasaan aku waktu tu.. kami macam satu keluarga begitu juga cikgu satu keluarga dgn kami semua.aku rasa tak mau berpisah tapi mana mungkin.

Sabtu, 04 April 2009

KATA PERMULAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

kami ucapkan salam dan puji kepada Nabi Muhammad S.A.W.dan keluarganya serta sahabatnya.ALHAMDULILLAH dengan innayah Allah dan syafaat rasulullah serta berkat Musyaikh kami, maka ajaran Rohaniah dapat disajikan pada para pembaca yang budiman.Dengan itu munculah buku kedua 'mengenal Roh'untuk pengetahuan umat islam,supaya bila kenal datanglah cinta,sudah cinta datanglah kasih,sudah kasih datanglah ramah mesra,dengan ini datanglah pembangunan jiwa,jiwa islam yang sejati dan tidaklah kebendaan yang disembah hingga memandang kepada kebendaan itu lebih besar dari Kudrat dan Iradat Tuhan.

sebaliknya jadilah kebendaan itu hamba kepada siapa yang diamanah ALLAH untuk memiliknya.Maka tidaklah kerana kebendaan jadi fiel peribahasa,'kasih saudara sama ada'akan jadilah peribahasa baru 'kasih saudara sama hidup dan mati' INSYAALLAH akan kembalilah semangat islam,barang siapa yang tidak kasih kepada saudaranya tanda belum sempurna Imannya.
Biarlah orang-orang kafir jadi hamba kepada kebendaan dan masa tetapi umat islam yang khususnya pembaca 'Mengenal Roh'ini,kebendaan dan masa jadi hamba kepada mereka yang mengenal ROH.
Pada akhir kata terimalah salam bahagia daripada penulis.


WASSALAM.
HJ.A.TALIB NAIEM1974

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog