Jumat, 18 Januari 2013

UCAPAN MERANGKAP AMARAN!!

Ucapan pelancaran Album Dendang Anak Muda Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam. Salam sejahtera buat pengerusi majlis, yang berbahagia Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, penulis dan pengkritik sosial Hishamuddin Rais, yang dialu2kan keluarga mendiang Teo Beng Hock, penganjur program malam ini Malaysian For Teoh Beng Hock para wartawan dan pengamal media dan para hadirin yang diraikan sekalian. Pada hari ini, kita berkumpul sekali lagi untuk mengenang kembali perjuangan rakyat Malaysia bagi memperingatkan janji yang pernah dilafazkan oleh Perdana Menteri - yang masih belum ditepati - iaitu untuk mengembalikan hak kepada keluarga mendiang Teo Beng Hock. Kini sudah 1270 hari, satu tempoh yang sangat lama bagi orang yang mampu bersabar. Dan dalam tempoh ribuan hari ini, telah pelbagai usaha diakukan. Dari demonstrasi, penyerahan memorandum, inkuiri, Suruhanjaya Siasatan Diraja, mengumpul tanda tangan bantahan dan solidariti, namun tragedi yang menimpa mendiang Teo Beng Hock masih tinggal misteri sehingga ke hari ini. Maka, apa yang boleh dilakukan oleh para seniman seperti kami? Justeru sebagai seniman yang memerhatikan pelbagai peristiwa dan tragedi dalam negara, yang sebahagiannya terkesan langsung kepada sebahagian diantara kita, maka antara sumbangan para karyawan ialah untuk merakamkan sejarah melalui karya-karyanya. Dan hari ini menjadi hari yang paling bersejarah apabila album Dendang Anak Muda dilancarkan sebagai simbol perjuangan, bagi mengembalikan yang hak, dan menumpaskan yang batil.
Seni bukan lagi halwa mata dan telinga. Bak kata Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Siad, bahawa puisi kini telah menjadi senjata. Maka saya ingin asah semula kata-katanya -- bahawa peranan seniman melalui karya seninya - kini umpama peluru yang menjadi senjata berbahaya, buat pemerintah yang selalu membungkam suara rakyatnya. Kalau dulu orang sering memandang buskers atau pemain gitar jalanan dianggap mengganggu tugas penguatkuasa Dewan Bandaraya. Tapi kini peranan kami bukan sekadar menghibur, namun lebih tegas, menyuarakan suara-suara mereka yang tidak mampu bersuara. Melukis pandangan-pandangan mereka yang takut memberikan pandangan. Kemudian kami tuang emosi kami ke dalam karya, melalui lagu, melalui lukisan, melalui puisi. Untuk rakyat selalu ingat, tidak lupa dan mengenang kembali, ada orang-orang yang terkorban untuk mempertahankan hak mereka yang lebih ramai, iaitu kita - rakyat Malaysia.
Pemerintah boleh memenjarakan jasad manusia, tapi bukan jiwanya. Seniman yang berani adalah seniman yang bukan hanya bersuara bagi dirinya, bahkan kepada orang-orang lain. Apatah lagi suara-suara orang yang tidak terbela. Begitu juga peranan anak muda. Kalau dulu anak muda sering dipaksa patuh dan tunduk kepada keuasaan tidak boleh mempersoalkan. Hari ini kami sedar peranan kami. Takkan lagi seperti lembu dicucuk hidungnya. Takkan lagi boleh dipaksa dengar, dengar dan dengar. Hari ini kami mahu tahu bertanya dan bertanya dan brtanya. Mengapa dan bagaimana? Sehinggalah kamu, para pemerintah memberikan jawapan untuk setiap persoalan-persoalan. Maka, buat kaum keluarga Teo Beng Hock, masih ada lagi hari untuk esok. Tidak ada kemenangan tanpa kebenaran, tidak ada kebenaran tanpa pengorbanan. Buat para aktivis dan rakan2 yang tak putus-putus memperjuangkan hak rakyat yang terrindas, album ini juga sebahagian penghormatan para seniman atas usaha ikhlas saudara saudari berdepan risiko semata-mata untuk memahamkan rakyat bahawa kematian Teo Beng Hock adalah kematian kita semua. Dan kemurungan keluarga Teo Beng Hock adalah kemurungan rakyat Malaysia. Terima kasih sekali lagi buat seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih kerana menghadiri program pelancaran album Dendang Anak Muda. Semoga Tuhan memberkati perjuangan kita semua. ###=====sadiqin omar 2013++++###

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog