Kamis, 26 September 2013

(BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi “Mangsa”




Independent Power Producer



Tak sukar untuk memahami sejarah IPP di Malaysia. Kami akan guna bahasa & penjelasan yang cukup mudah difahami disebalik perjanjian IPP yang telah memberikan tekanan yang cukup hebat kepada TNB, PETRONAS dan juga anda sebagai rakyat Malaysia yang merupakan pengguna tenaga elektrik di Malaysia….

Semuanya bermula pada tanggal 31 Mac 1993, Tenaga Nasional Berhad (TNB), pembekal utama tenaga di Malaysia yang juga merupakan syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer – IPP) iaitu Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd (YTL).

Ini merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani oleh TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang. Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada taikun-taikun tersohor Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi kalangan pemain utama industri IPP di Malaysia. Akhirnya pada akhir tahun 1993 monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan.

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Setiap apa yang terjadi pasti ada puncanya. Apa puncanya sehingga munculnya IPP dalam industri tenaga negara?

Semuanya bermula apabila berlakunya blackout yang terburuk pada tahun 1992 sehingga menyebabkan sebahagian Malaysia “gelap-gelita” selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam

Akibatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyalahkanmonopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu
Akhirnya, IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara

Pada masa itu apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, ramai yang membida kontrak IPP sehingga sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) termasuklah jutawan dan taikun tersohor Malaysia pada masa itu seperti :

Jutawan seperti Yeoh Tiong Lay (YTL)
Ananda Krishnan (Maxis)
Lim Goh Tong (Genting)
Syed Mokhtar Al-Bukhary (MMC Corporation)

Mereka juga turut berminat dengan kontrak lumayan IPP ini walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara. Mana tidaknya :

Kontrak lumayan diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun)
Keuntungan IPP akan dijamin pulangan oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum)

Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, sebelum bermula krisis ekonomi Asia di mana Malaysia pada masa itu mempunyai lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%. Akhirnya yang terkesan TNB juga :

TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya

Sehinggalah berlakunya krisis ekonomi 1997, TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah

Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik

Gelombang kedua IPP berlaku pada tahun 2001. Walaubagaimanapun kontrak IPP pada pada masa itu “tidak semewah” dan “kurang istimewa” sebagaimana yang dinikmati oleh pemain-pemain IPP semasa gelombang pertama pemberian kontrak IPP.

Walaubagaimanapun, TNB tidak keseorangan kerana Petronas juga sebenarnya turut menerima “bala” dan menjadi “budak belasahan” akibat wujudnya gelombang pertama IPP di Malaysia. Petrolium Nasional Berhad (Petronas) yang ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi turut “diperah” hasil yang diperolehi mereka.

Sejak tahun 1997 sehingga tahun kewangan 2010, subsidi gas Petronas yang terkumpul pada jumlah yang boleh dikatakan pada angka yang mengejutkan iaitu sebanyak RM116.4 bilion. IPP sendiri menikmati sebahagian limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%) diikuti dengan TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti kecil perindustrian, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%. Secara faktanya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi.

Setakat ini, Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, menjadikan Petronas adalah penyumbang terbesar “peti simpanan negara”.

Sepatutnya keuntungan Petronas adalah berlipat kali ganda daripada yang diperolehi sekarang ini tetapi subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas. Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB.

Pada tahun 2005, 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli daripada IPP. Bagi tahun kewangan 2010, kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada

RM16.974 billion (tahun 2009)
RM17.379 billion (tahun 2010)

Ini semua disebabkan pembayaran yang lebih tinggi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion). Disebabkan kos bahanapi yang rendah, sekurangnya TNB masih boleh untuk menyerap tekanan kos pembelian tenaga yang tinggi daripada IPP.

Tak sukar untuk IPP buat untung atas angin sehingga menekan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia :

Beli gas pada harga subsidi (sangat-sangat murah) daripada Petronas sedangkan Petronas beli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia

Ia juga bermaksud, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. Secara tidak langsung, hasil kepada Petronas, kerajaan (dan rakyat) juga akan menurun yang sepatutnya keuntungan mampu dicapai pada angka yang lebih tinggi

TNB MESTI BELI tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak sebanyak 16 sen seunit (kWh)

Sedangkan TNB boleh hasilkan tenaga pada kadar yang lebih murah iaitu pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh)

TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain
Tarif elektrik naik dan akhirnya rakyat Malaysia yang terkesan
Inilah yang dinamakan “skim cepat kaya” khas tanpa sebarang risiko untuk golongan atasan supaya mereka terus menggungguli takhta senarai individu terkaya di Malaysia.

P/S : Jadi sekarang ini siapa yang menerima subsidi antara yang terbesar di Malaysia? Mana yang lebih penting, subsidi kepada rakyat kebanyakan atau taikun-taikun kaya di Malaysia?

sumber; buletin pakatan rakyat

Minggu, 08 September 2013

tanda kalah atau menang

mereka mula membicarakan jawatan. entah sapa akan menang dalam pemilihan ini nanti. orang orang jalanan masih macam dulu mungkin sedikit bijak untuk menampung keperluan keluarga dikampung. yang bekerja dibandar sanggup tidor kotak kerana tidak mahu membazirkan wang menyewa bilik. ya demi anak dan isteri juga mungkin siibu yang sedang sarat sakit yang juga sedang menghadam obat obatan dari akar2 kayu.





FAJAR DIMUSIM PERANG



Setahun enam bulan semenjak kuasa tentera bermula dan kekejaman serta pembunuhan terus berlaku. setiap hari ada saja kematian, bukan satu atau dua malah ratusan mati akibat senjata berat dan beracun yang digunakan oleh pihak tentera.


tak ada cahaya tak ada pelangi semua menjadi gelap ketika azan mula bergema malam sudah pasti memenuhi kata. aku diam. memerhatikan waktu berlalu. apa saja yang terlintas difikiranku tentang perutku yang lapar tekak yang dahaga tentang raja tentera kuasa bangsa harga sebuah kesetian padang yang luas hutan dan sungai hujan serta apa saja. yang mereka julang julang belaka semua mimpi ingin dibeli hingakan mengadaikan nyawa rakyat tak berdosa. jemaah alim ulamak hanya mementingkan orang parti..jika tidak dalam parti jangan kritik, yang mereka pentingkan cuma kuasa berpolitik.



gerakan anak muda dari lelaki perempuan atas 12 tahun sudah berani mengangkat senjata melawan kuasa tentera. gabungan dan jaringan bawah tanah oleh massa berlanjutan terus.
amerika akan mengambil tindakan ketenteraan keatas iran kerana membangunkan program senjata nuklear. apa saja yang negara timur ada semua ingin dirampas oleh amerika. emas hitam batu ajaib kuil malah apa saja mahu ditukar milikkan kepada mereka. dasar penjajah bermata satu berkuku besi.



lepas tengah malam kereta kuda bergerak, aku tak sedar waktu bila perempuan setengah abad turun dari gerobok belakang dan menunggang semula. hujan debu..aku menyusup lalu berpindah kedalam rumah yang separuh roboh dibedil peluru perpandu.



unggun api aku nyalakan dan bahangnya dapat memanaskan tubuhku





















Sabtu, 07 September 2013

tak seperti biasa

kita gelisah ketika harga minyak mula naik. sejarah yang terlucutkan samad hisham adam dan beberapa rakan lagi ditahan. sangsaka jadi sebutan. sejarah rabak sejarah main tangkap muat tidak mendapat sambutan sejarah perlu tegas pada kebenaran. zaman sekarang bukan mudah. amerika tengah menyusun strategi untuk menguatkan negara israel. beberapa kisah yang kita ikuti baru baru ini. penyerangan keatas syria menjadi perdebatan dan mesir turki dan negara2 yang hampir dan antara jalan masuk kepalestin akan menuju ketidakamanan.



FAJAR DIMUSIM PERANG


Derap kereta kuda melalui jalan batu yang rosak belopak dan basah, ditarik seeokor baghal, tukang pacunya seorang perempuan setengah abad umurnya. aku mengintai dari celah celah serpihan timbunan konkrit dan hanya aku dan joe, selaras senapang patah. aku tidak pernah menembak menggunakannya.



sejak pemberontakan keatas kuasa tentera dari bulan mei semua parti haluan kiri bergabung membentuk satu front yang tunggal. bererti rakyat melawan tentera atas satu matlamat demi keamanan dari senjata toksid. bukan itu saja malah jutaan mangsa yang telah mati diracun gas yang tidak mengenal jantan betina kecil atau besar itu.


...kereta kuda berhenti. aku memerhatian baik baik. perempuan turun. kedegaran dengus kaldai menarik nafas perlahan dalam samar. debu diamana mana. matahari seakan sudah malas hadir..debu dan awan hitam selalu menutupi pancarannya. hujan kecil2 dan perempuan menuju kegerobok belakang. naik dan terus lenyap kedalam.













Jumat, 21 Juni 2013

TIADA banyak pilihan, TURUN KEJALAN

Jangan tolak kemanisan turun berdemo adalah kemanisan dalam hidup, kebahagian adalah turun berdemo kejalan. kebahagiaan ini tidak dapat ditolak tolak lagi. semua orang yang hidup mesti mengerti bahawa ini adalah kemanisan. Apa lagi yang kalian tunggu tunggu, masanya melihat perubahan telah tiba..sesiapa yang tidak berani menuntut haknya adalah bacul. kita ditipu dan kita sering dimanipulasikan, apa lagi yang tinggal jika kita tidak bangkit dari sekarang. mahathir kutty telah banyak menipu kita mencuri mempermainkan kita menjual negara kita kepada pelabur pelabur asing yang sedia dari jaman sebelum merdeka lagi sudah menjarah hasil bumi kita. namun kita sedia maklum dibutakan dengan mata setan yang chanelnya boleh ditukar dengan menekan buton remote yang kita pandang setiap hari memainkan berbagai cerita yang indah indah namun hakikatnya rakyat dipendalaman ketinggalan jauh dari kemajuan yang sebenar benarnya. Sanggupkah kita ditipu lagi dengan permasaalahan orang kaya masaalah TPPA masalah air tidak sampai kepada penduduk. korupsi masalah ugama masaalah bangsa masalah jalan jalan raya didaerah daerah pendalaman tidak diselengarakan dengan sempurna, maka pembangunan sukar untuk masuk. mungkin mereka yang diatas lebih suka begitu, agar dapat terus memandulkan pembanggunan diluar bandar. agar terus dapat menipu bahkan membunuh terus ilmu pengetahuan tentang banyak perkara kepada generasi muda melayu perempuan mahupun lelaki tua mahupun muda. pengetahuan terbatas, kos untuk mendapatkan pengetahuan amat mahal maka dengan mudah generasai ini akan ditipu. SUDAH SAMPAI WAKTU PERTUKARAN KUASA DARI YANG ZALIM KEPADA YANG AMANAH DAN SETIAKAWAN. SETIAP JIWA MERAIKAN, KERAJAAN ZALIM KITA TUMBANGKAN. BERUSAHALAH SAMPAI JAYA "JADI SAMPAH YANG BERGUNA KEPADA ALAM DAN MANUSIA DAN JUGA KEHIDUPAN ITU SENDIRI"

Kamis, 20 Juni 2013

TAHU SIAPA LAWAN

Sangat cantik malam dgn bulan terang memenuhi langit dan bumi...pergolakan yg sedang berlaku dalam negara kita sekarang sangat bermasaalah sekali. semua parti politik menuding jari antara sesama. kebanyakan anak muda sudah bosan dengan parti politik. ada ketua ketua pemuda yang sangat lemah dalam menguasai pikiran anak muda, ya yang sebenarnya memang anak muda mahukan satu perubahan yang besar dalam abad ke 20 ini. ramai yang mahu menunjukkan kemampuan tapi masih kurang ruang untuk mencipta kejayaan yang sering di impi impikan oleh setiap anak muda jaringan penguasa dan sistem pentadbiran yg pincang menganggu gerak kerja dan kebebasan anak muda, malahan dunia ini akhirnya akan dikuasai juga oleh anak2 muda yang berani ini. cuma masa akan menentukan. Asalkan ada kemahuan kita pasti akan melakar kejayaan. untuk anak muda demi pembebasan kita harus tahu siapa yg sedang kita lawan ketika ini. polis dan tentera akan bergabung dalam mengawal himpunan black 505 pada sabtu ini. dan sudah pasti kita akan melaYan penguasa yg ditunggangi oleh kerajaan regim UMNO/BN. setiap pergerakan kita diperhati. setiap kata kata kita boleh dijadikan alasan oleh kerajaan regim untuk menghukum. dengan akta akta serta undang undang gila regim pemerintah. PASTIKAN SIAPA KITA AKAN LAWAN SABTU INI. TIPU PILIHANRAYA KITA MENUNTUT SPR MELETAK JAWATAN TAPI BILA REGIM MENGHALANG TINDAKAN RAKYAT DENGAN MENGUNAKAN ANJING ANJING GILA MEREKA UNTUK MENAKUT NAKUTKAN RAKYAT YANG AKAN KELUAR BERHIMPUN PADA SABTU 22JUNE INI, MAKA KITA TIADA PILIHAN KECULI LAWAN!!

Senin, 17 Juni 2013

DEMI TANAH TERCINTA

ANAK ANAK MUDA TANAH MELAYU ANAK SEMUA BANGSA MARILAH KITA SAMA MENENTANG SEGALA MACAM BENTUK PENINDASAN POLITIK DARI HANTU2 POLITIK YANG RAKUS MENJARAH HASIL BUMI MALAYSIA YG MASUK KEDALAM KANTUNG PERIBADI MEREKA, MEREKA TIDAK MAHU MENGONGSI BAHKAN MEMBUAT KITA TERTEKAN AKIBAT KENAIKAN HARGA BARANG SERTA UNDANG UNDANG GILA YANG DIKENAKAN KEATAS KITA. KEPINCANGAN KEPEMIMPINAN TERTINGGI MEMBUATKAN KITA SERING TERBIASA DIJADIKAN MANGSA KEADAAN. PENIPUAN PILIHANRAYA ADALAH SALAH SATU PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBIARKAN MERAJALELA. MAKA TURUNLAH KEJALAN MENUNTUT KEADILAN. BERSIAP SEDIALAH INI MASA KITA INI ZAMAN ANAK MUDA MEMBELA NASIB NEGARA.

Kamis, 30 Mei 2013

Ketua negara goyang ekor serupa anjing

seperti biasa dan selalu semua 9 mangkuk dan 11 sudu yang terlihat diatas meja makan itu bukan untuk diisi dengan sup atau rendang juga 11 sudu itu telah mengambarkan bahawa sudah lebih sudu dari mangkuk. namun mangkuk tetap kosong dan sudu sudah lebih dua. kerajaan malaysia semakin menggila, bermacam2 perjanjian rahsia yang diselindungkan dari rakyat telah banyak dimeterai. ...They seek to conclude and sign the agreement by October 2013! perjanjian. Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan begitu juga Perjanjian Trans-Pacific Partnership agreement(TPPA) adalah dirahsiakan dan kita rakyat malaysia sendiri telah melihat kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam diri dan percaya kerajaan? sekarang kita melihat 9 ekor anjing itu tidak tahu apa TPPA, 9 ekor anjing itu cuma tahu menggoyang goyangkan ekornya, 9 ekor anjing ini tidak perlu gelang leher kerana 9 ekor anjing ini mahu bebas memberak dimana mereka suka. STADIUM DIBANJIRI PENYOKONG DUA2 BELAH PIHAK TAPI AKIBAT PENYAKIT JUDI SEMUA TAK JADI. ANAK SEMUA BANGSA MENJADI "ANGKATAN RAKYAT" MENOLAK PERJANJIAN RAHSIA MEMLIBATKAN NEGARA. Don’t Let Them Sign Away Our Future.... The TPPA negotiations are seeing proposals put on the table that will negatively affect affordable medical treatment, environmental conservation and the ability to regulate numerous other areas in the public interest, It will instead maximise private corporate rights and interest at our expense. Let’s stand in solidarity with other peoples and movements who are demanding that their rights to life, health, livelihood, equality, equity, food, environment, knowledge, traditional systems of life and livelihood not be jeopardized by the TPPA

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog