Kamis, 28 Oktober 2010

SALAM

hanya sampaikan salam diangin lalu
buat semua yg hidup
buat semua yg mati


anak2 kecil yg haus menangis
melapar dan semakin lapar
rintik hujan yg diharap tak turun
cuma panas mentari yg membakar
ada gerhana siang juga malam


ada letusan gunung berapi
batu-batu lagenda pantai-pantai
yg nyaman..
air lautnya biru hitam berkilau kilauan


kau kejar Dia digaris bawah
hingga ketebing curam kau lemparkan cekera berduri
yang berputar laju melintas angin ooooooo
ada pelangi juga awan merah..


langit mengeluarkan pancaran-pancaran unggu
seakan biru
engkau yg duduk diatas
kembali kebawah
naik semula keatas
tetap begitu
seberapa lamanya...


hanya sampaikan salam diangin lalu
buat semua yg hidup
buat semua yg mati....

Selasa, 05 Oktober 2010

Perjanjian dengan iblis (I)

Bagian yang terakhir dari cerita pak leman orang minyak memang sangat nakal, orang minyak buat aku geli geleman bila malam bulan gelap datang..semua rumah-rumah menyalakan pelita minyak tanah ada juga yang menggunakan lampu gasolin sebagai penerang kamar usang. hutan pokok getah sekeliling kampung amat menyeramkan bila malam menjelma. tak ada kuasa eletrik, jalan2 berbatu lumpur merah hitam, burung2 hantu berterbangan hinggap dipohon jati, kelelawar juga riang bebas mencari makanan.




semalam baru 9hijrah haribulan melayunya 17oct ada beduk kedengaran dari surau berhampiran, bulan gelap. dari cerita yang disampaikan dari mulut kemulut orang orang kampung bahawa orang minyak menyerang lagi habis semua pakaian dalam anak2 dara kampung yang bersidai dianjung rumah hilang. bak kata pepatah pantang ada yang baru semua lesap. Anak dara haji mael yg sulung belum pandai beromen menjadi mangsa rogol orang minyak yang pertama berlaku dikampung itu. Anak Pak abas ujung kampung tepi simpang empat sorang kena rogol juga dengan orang minyak, apanamanya err si liyana anak usin gagap pun kena rogol juga masa mandi malam selasa lalu. Angkara orang minyak makin menjadi-jadi. pantang ada anak dara yang lalai abis kena rogol. aku masih duduk dalam gelap diluar anjung rumah, memerhatikan sekeliling, mendengar paruh belatuk mengumpan serangga keluar dari sarang. suasana dingin.





Orang2 kampung membuat kumpulan2 kecil berjaga waktu malam bergilir-gilir, 17oct malam khamis legi malam hantu hantu keluar merayau kata mak bidan, bersila mengunyah sirih. Orang tua itu kelihatan lebih muda dari umurnya yg sebenar bila wajahnya samar2 disuluh cahaya pelita. Dua hari yang lalu aku tak boleh tidor jadi untuk menyedapkan kepala yang kosong aku bertamu kerumah mak bidan tok jah. layan kopi dengan sirih ada rokok daun nipah buat aku stim nak menyembang dengan bidan tok jah. ''mana ada hantu-hantu ni tok jah kataku'' si wadi cucu tok jah yang bungsu yang dari tadi ralik mengulangkaji pelajarannya mengesot dekat sebelah kiri aku. Budak tu baru belasan taun kamu jangan menyakat dia kang demam susah pulak dia nak ke sekolah. tok jah menjeling ke tepi almari tinggi disatu sudut ruang rumah. bulu roma ditengkuk aku mula naik. aku hisap dalam2 rokok gulung sambil mengunyah sirih. sekali sekala ada terdengar suara bayi menangis minta susu. entah anak sapa, yang aku tahu ada dua tiga ibu yang baru melahirkan dalam dua tiga bulan lepas. bidan tok jah tersenyum lebar bila ada orang perempuan yang masih memerlukan khidmatnya untuk menyambut kedatangan orang baru. ''tok tau pasal orang minyak? tanyaku. ''Apa pulak tak taunya, orang nak sedap!! buat2 janji dengan iblis, jawabnya selamba. kalau tak dapat malam ni malam esok dia dapat juga.'' sambungnya lagi. ''dapat apa tok? tanyaku. '' dapat pantat la katanya. aku ketawa, wadi cuma tersengih2 mendengar malu malu. ''Aku tau sapa.'' katanya lagi. wajah tok jah berubah serius. matanya tajam berkilau. angin meniup langsir tingkap yang terbuka separuh.





Aku terdiam meneka apakah tok jah tau benar siapa yang membuat perjanjian dengan iblis itu.

Jumat, 01 Oktober 2010

TANAM SEMULA: 11 LAGI PENYELEWENGAN FELDA

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.

Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.

Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.

Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.

"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.

"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.

Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.

"RM8,500 Felda sudah ambil, separuh lagi yang sepatutnya diberikan kepada peneroka, tetapi tetap tidak beri," ujarnya.

Ketiga, katanya Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

Penyelewengan keempat, katanya Felda sewenang-wenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua antara RM114 hingga RM119.

"Kali pertama RM17 ribu tidak dibayar, kali pertama dipotong RM40 dan potongan kali kedua meningkat tiga kali ganda.

"Borang (tanam semula kali kedua) baru edar, tetapi dia dah potong dulu," ujarnya sambil menganggap Felda bertindak melampau ke atas peneroka.

Keempat, katanya Felda menyembunyikan maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjumlah RM1,000 bagi setiap hektar kebun sawit peneroka.

"Dia tak beritahu pun pada peneroka, rupa-rupanya ada insentif," ujarnya.

Keenam, katanya Felda tidak menyalurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka sedangkan Risda memperuntukkan RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit).

"Bantuan ini adalah ketipan dari wang ses yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahan getah, Akta Penanaman Semula, 1952.

"Rupanya wang itu telah digunakan Felda, maknanya tidak amanah, wang yang disalurkan Risda tidak diserahkan (kepada peneroka)," ujarnya.

Ketujuh, katanya Felda tidak menyediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah.

"Bayangkan kos tanah semula di Pengeli Timur sahaja sudah mencecah RM62,740 dalam tempoh empat tahun dalam keadaan peneroka tidak diberitahu apakah potongan yang sebenar," ujarnya.

Kelapan, katanya Felda masih mengekalkan kadar faedah atas kos tanam semula 6.25 peratus hingga sekarang.

"6.25 peratus mengambil kira pinjaman yang dibuat oleh Felda melalui Bank Dunia (sedangkan) pada tahun 1996, hutang dengan Bank Dunia telah langsai."

Kesembilan, katanya hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati.

"Felda khianat sebab Felda mengambil duit itu dulu, dia cek hutang-hutang yang peneroka pun tak tahu berapa hutang dia dan kemudian dia kata inilah baki," ujarnya.

Kesepuluh, beliau mempersoal tentang kos tanam semula Felda yang begitu mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya.

"Sepatutnya kos tanam semula kali kedua lebih murah sebab jalan pertanian, teres sudah sempurna , Felda tak perlu buat,” katanya.

Kesebelas, ujarnya Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh.

Katanya, pendahuluan hasil yang diberikan sangat terdedah pada penipuan kerana tiada penyata lengkap mengenainya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya caruman wang tanam semula dikembalikan kepada rakyat serta-merta tanpa syarat.

"Untuk maklumat, lebih 4,000 peneroka sebelum akhir tahun ini akan menyaman Felda (kerana) selepas kemenangan peneroka (Felda Sungai Koyan 2 dan 3, dan Kemahang 3), imej Felda nampak buruk."

"Kalau mereka (Felda) masih enggan, sombong dan angkuh, mereka bersedialah menghadapi kesedaran peneroka nanti," nasihatnya kepada Felda.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog