Jumat, 01 Oktober 2010

TANAM SEMULA: 11 LAGI PENYELEWENGAN FELDA

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan 11 lagi bentuk penyelewengan Felda mengkhianati peneroka yang majoritinya Melayu.

Menurut beliau, melalui Tabung Tanam Semula yang ditubuhkan sejak Januari 1985, sepatutnya setiap peneroka layak mendapat RM17,000 sebagai bayaran tanam semula.

Ini kerana, setiap peneroka pada setiap bulan telahpun mencarum sebanyak RM4 seekar supaya Felda memulangkan RM17 ribu kepada setiap peneroka bagi kerja-kerja tanam semula.

Di sebalik penubuhan Tabung Tanam Semula itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Peneroka dan Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, pertamanya Felda enggan menyerahkan Wang Tanah Semula kepada peneroka yang melaksanakan kebun mereka secara persendirian meskipun telah mengikuti semua garis panduan yang ditetapkan.

"Peneroka ini telah ikut garis panduan seperti pokok tua perlu ditebang, peneroka perlu tanam pokok yang baru.

"Segala yang Felda mahu mereka patuhi tetapi wang tanam semula yang dijanjikan Felda itu tidak juga diberikan oleh Felda," ujarnya.

Kedua, katanya Felda bertindak melampau memotong RM8,500 untuk 10 ekar Wang Tanam Semula (RM17,000) tanpa persetujuan peneroka atas alasan peruntukan input pertanian.

"RM8,500 Felda sudah ambil, separuh lagi yang sepatutnya diberikan kepada peneroka, tetapi tetap tidak beri," ujarnya.

Ketiga, katanya Felda tidak membayar Wang Tanam Semula sebagaimana pakej berjadual yang dipersetujui.

Penyelewengan keempat, katanya Felda sewenang-wenangnya membuat potongan baru caruman tanam semula kali kedua antara RM114 hingga RM119.

"Kali pertama RM17 ribu tidak dibayar, kali pertama dipotong RM40 dan potongan kali kedua meningkat tiga kali ganda.

"Borang (tanam semula kali kedua) baru edar, tetapi dia dah potong dulu," ujarnya sambil menganggap Felda bertindak melampau ke atas peneroka.

Keempat, katanya Felda menyembunyikan maklumat mengenai insentif tanam semula yang diberikan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjumlah RM1,000 bagi setiap hektar kebun sawit peneroka.

"Dia tak beritahu pun pada peneroka, rupa-rupanya ada insentif," ujarnya.

Keenam, katanya Felda tidak menyalurkan Bantuan Tanam Semula kepada peneroka sedangkan Risda memperuntukkan RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar (getah ke sawit).

"Bantuan ini adalah ketipan dari wang ses yang dikenakan kerajaan ke atas setiap jualan getah berasaskan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahan getah, Akta Penanaman Semula, 1952.

"Rupanya wang itu telah digunakan Felda, maknanya tidak amanah, wang yang disalurkan Risda tidak diserahkan (kepada peneroka)," ujarnya.

Ketujuh, katanya Felda tidak menyediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah.

"Bayangkan kos tanah semula di Pengeli Timur sahaja sudah mencecah RM62,740 dalam tempoh empat tahun dalam keadaan peneroka tidak diberitahu apakah potongan yang sebenar," ujarnya.

Kelapan, katanya Felda masih mengekalkan kadar faedah atas kos tanam semula 6.25 peratus hingga sekarang.

"6.25 peratus mengambil kira pinjaman yang dibuat oleh Felda melalui Bank Dunia (sedangkan) pada tahun 1996, hutang dengan Bank Dunia telah langsai."

Kesembilan, katanya hasil jualan kayu getah tua tidak disalurkan terus kepada peneroka, sebaliknya masuk ke akaun Felda serta dibuat pemotongan sesuka hati.

"Felda khianat sebab Felda mengambil duit itu dulu, dia cek hutang-hutang yang peneroka pun tak tahu berapa hutang dia dan kemudian dia kata inilah baki," ujarnya.

Kesepuluh, beliau mempersoal tentang kos tanam semula Felda yang begitu mahal berbanding kos tanam semula oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya.

"Sepatutnya kos tanam semula kali kedua lebih murah sebab jalan pertanian, teres sudah sempurna , Felda tak perlu buat,” katanya.

Kesebelas, ujarnya Felda mengambil masa yang begitu lama, sekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil untuk membuat pembayaran penuh.

Katanya, pendahuluan hasil yang diberikan sangat terdedah pada penipuan kerana tiada penyata lengkap mengenainya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya caruman wang tanam semula dikembalikan kepada rakyat serta-merta tanpa syarat.

"Untuk maklumat, lebih 4,000 peneroka sebelum akhir tahun ini akan menyaman Felda (kerana) selepas kemenangan peneroka (Felda Sungai Koyan 2 dan 3, dan Kemahang 3), imej Felda nampak buruk."

"Kalau mereka (Felda) masih enggan, sombong dan angkuh, mereka bersedialah menghadapi kesedaran peneroka nanti," nasihatnya kepada Felda.

Senin, 20 September 2010

surat buat penguasa dan bapak menteri (PM)

wahai penguasa dan bapak menteri tolong majukan kuasa internet diseluruh tanahair malaya ini supaya rakyat dapat menikmati jaringan jalur lebar yang sangat meluas dengan aman dan tak marah marah pada kerajaan. kerajaan jangan nak cerita pasal rukunegara dan satu malaysia yang bangang tu saja..kami mahu kuasa internet diseluruh malaya ditingkatkan keparas maksima. supaya rakyat dapat mengetahui berita2 terbaru..bukan berita hari semalam punya. kami mau keselesaan dalam melayari internet diseluruh malaya/tanahair kami.


SEKIAN SAJA BUAT PENGUMUMAN DAN PENGETAHUAN BAPAK MENTERI SEMUA, KAMI DI KAWANSAN LUAR BANDAR MAHU KUASA INTERNET DITAHAP MAKSIMA.

Sabtu, 18 September 2010

lu sapa gua sapa

aku suka buat apa yang aku nak buat ikut hati aku, jangan ada yang melarang. kalau kau rasa aku buat benda2 yang pelik kau tengok ajer sudah. aku bukan budak kecil lagi kau nak itu dan kau nak inikan..aku nak masuk neraka ke nak pergi ke syurga ke itu aku punya hal .. hidup aku, aku yang tentukan sendiri..


MERDEKA!!

Selasa, 07 September 2010

dan akhirnya ..

Akhirnya sampai juga kepenamat, mana yang puasa yang tak puasa semua berhari raya. macam sambut kelahiran, macam sambut bayi..memang suci bersih.


malam pula hujan gerimis...aku la yang sedang menuliskan sesuatu buat hari hari akhir ramadhan.


pung pang bunyi mercun..tengah tengah malam ada lagi budak2 main mercun..sini kawasan bandar mana ada orang pasang pelita dimalam tujuhliku, tak nampak satu pun dikawasan perumahan tempat aku tinggal ni..ajaib..iyalah akibat pembangunan!!


lampu jalan terang benderang nak buat apa pasang pelita lagi..


hutan ini telah habis, telah habis akibat pembangunan, semuanya tingal kenangan malam tujuh liku telah berlalu. kertas pena dan tinta ... selautan kasih sayang aku ucapkan.



disana banyak aku temui arti kehidupan... embun pun turun ditempat yang sama.. jiwa yang sekecil ini kunyalakan lagi cinta.






Selasa, 31 Agustus 2010

A.C.A.B - Where Have All The Bootboys Gone?




dari pada pengamatan gua memang betul lah kata2 geng punk ACAB ni, sekarang susah nak jumpa atau kita lihat geng2 kasut boot seluar masuk dalam dan rambut tegak2 macam durian disekitar kuala lumpur. satu masa dulu gua pun salah seorang pengikut punk tegar yang sentiasa ada dibelakang gig2 sekitar kuala lumpur, masa tu belum jadi buskers lagi tapi banyak jugalah musik2 metal dan punk maknanya arus musik yang berhaluan kiri dalam negara yang gua follow. tapi tak ada lah sampai minum darah kambing, syirik tu. musik2 la yang nak sampai kena minum darah kambing bebagai tu apa jadahnya pulak kan.


yang tak bestnya kerajaan dan orang2 politik tidak suka pada lagu2 berhaluan kiri ni sebab banyak ngutuk ketidak telusan dalam pemerintahan dan tidak memberi ruang pada anak2 muda ni tadi bersosial mengikut kehendak diorang. maka terjadilah puak underground yang sekarang dipanggil independent. tapi yang sekarang ni independent band dah tak pure macam band2 punk ni lagi, mereka banyak memainkan lagu2 cinta yang cengeng, tak punya isi. lebih kepada glamour. janganlah independent musik ini gila glamour nak masuk tv, bawak gitar tong tapi nyanyi lagu yg kosong tidak memberi ilmu dan kesedaran pada masyarakat. biarlah karya2 kita yang seterusnya liriknya memberi kesedaran membina moral yang tinggi membuat perubahan dalam berhibur, biar jadi penunjuk jalan membuka mata batin dan membuat pembaharuan dalan hidup.






nota: semangat musik malaya

Sabtu, 28 Agustus 2010

nak bagitau sikit aje

kau nak berkawan dengan aku tapi kau tak ikhlas kau anggap kau bijak kau anggap kau yang terbaik kau anggap kau ahli syurga kau anggap kau dah cukup bagus tapi sebenarnya kau langsung tak bagus pun.


untuk apa kau berkawan? boleh tolong kau waktu susah? boleh bagi pinjam duit waktu kau memerlukan? boleh pergunakan? boleh angkat kau jadi pembesar negara nak meraih sokongan nak dapat projek? bikin nama kau disanjung dipuja? ini jahanam punya kawan, kawan jenis ini kawan waktu ada saja, kawan jenis ini memang pandai bodek, kawan jenis ini memang pukimak


pada mata penglihatan batin aku dapat tengok kawan2 jenis macam ni, aku bukan la baik sangat pun, hidup lintang pukang jugak tapi bab berkawan ni aku sangat ikhlas.


kita bukan baru kenal sehari dua dah bertahun susah senang sama2 tapi mengapa ada rasa tak puas hati lagi diantara kita. aku yang kurang ilmu kau yang terlebih tahu jadi sangat bangsat la kalau perangai kau macam yang aku sebutkan diatas tadi. kau tak mengajarkan apa yang baik yang aku mau pelajari dari keterlebihan tahu kamu itu. bahkan kau yang lebih tahu pula seakan jahil pada hati nurani kau sendiri.


Jumat, 27 Agustus 2010

belasah aja

aku jadi macam tak sedap teling bila ada orang kata terer tapi buat projek rugi ribu2. mana boleh rugi kalau buat betul2 plan baik2. musik ni meniaga la, kau buat event mesti mau untung walau tak banyak tapi biar lah ada duit pulangan atas usaha yang kau buat tu. lagi satu kalau nak panggil artis bincang la dengan orang yang lebih tahu pasal artis. misalnya satu band lima orang, 150 nak bagi lima orang mana boleh beb. lu pikir la kos nak beli tali gitar pun tak cukup kalau banyak tu.


ada sekor mamat ni nak buat event cakap pung pang pung pang siap speking bebagai tapi handfhon pun tak ada, adoi penat la, nak call orang macamana kalau benda basic macam ni pun tak ada apatah lagi nak buat event ribu2, sapa nak percaya. andai kata tak ada duit nak beli fhon bawak la buku nota dengan pen, jangan buat mudah ini bisnes. keluar rumah jalan melengang bawak batu pelir aja, sikat kemain mahal warna pink pulak tu.


hakikatnya masih ada orang cakap pandai tapi bodoh macam lembu.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog