Rabu, 06 Januari 2010

pelangi petang

''lee, ace aok ambik kretaaih tuh..gampang koi macam tak puas hati je baca dari jauh''


pak embong cuba mengarah kan lee tongkang mengambil helaian surat khabar yang tercerai berai dah..lee menurut tak membantah.


''apa benda ni semua semua ni tak de pasal cari pasal tak de angin pokok tak begoyang tak de cangkul sabit pun laku macam mana malaysia ni macam cibai pun ada'' pak embong membebel tak tentu pasal. orang orang yang lain terkebil kebil hilang punca sebab tetiba pak embong macam tak terkawal kata katanya.



''Menteri dalam negeri hishammuddin hussein hari ini berkata kerajaan tidak melarang orang-orang daripada mengekspresikan pandangan mereka tentang masalah di atas penggunaan kata "Allah" oleh majalah mingguan katolik herald, tetapi dengan syarat bahawa tindakan mereka tidak merosakkan keselamatan negara.
''



''kalau nak rosak keselamatan negara bukan dengan penggunaan kalimah Allah, aokme cuba dengor enjin jet pun boleh hilang, orang kulit hitam buat black money dimalaysia, bom c4 boleh bawak kluor senang senang je, yang nak buat rosak negara ni bukan kalimah Allah tapi pemimpin yang rasuah. PKFZ, balak dekat ulu tembeling tu dah brapa juta tan dorang bawak lari, isa samad, k.j, SPRM mayat teoh belum ada dapat lagi sapa bunuh ini semua angkara rasuah.''



orang orang yang lain tergamam, macam mana pak embong boleh tau semua cerita ni padahal pak embong sama tiong macam diorang juga sama stim sama melepak sama sama jual dadah sama sama bikin lobang sama sama menenggek betina dalam kebun kelapa sawit.



pyan baru habis snap serbuk putih, meli londeh dah siap pakai baju. cadangnya dua sahabat baik ni nak pergi cari ajib peon yang dah sehari semalam tak balik. dalam kalut kalut pyan sempat lagi mengulung daun pucuk buat tarik soon. kunci moto dalam gengaman meli londeh.

''kito nok gi cari dmano ajik ni pyei, mu tau ko nok mulo kek mano ni?

''ehh tak kan tanya gua, bukan dia pergi pot udin ke.? balas pyan rogol

''iyo la pot udin la tapi ado dua daley sawit ko dirumoh udin nyar''

''kita pergi pot la terus baru best nanti jumpa udin boleh mintak dia payung'' berehhh



pyan dan meli londeh berangkat dari sungai tekam ke ladang kelapa sawit kampung awah, perjalanan memakan masa satu jam kalu bawak 60kmj tapi kalau bawak 120kmj pasti sampai dalam stengah jam saja.



diam



keadaan dalam pot sunyi seketika, matahari meninggi burung burung dan ayam hutan mencari makanan, ular ular tidor dan ada yang brsalin kulit. ajip peon pak embong nuar gemok kamal udin tokan lee tongkang badut dan makwe udin yang lawa tu menyedut tak henti henti macam dah kemaruk, barang baru barang baik barang stim semua buat hal masing masing sampai terlupa nak jaga air(ricky line). sambil borak borak kosong, kamal lentok kepala dah nak cecah tanah, badut dengan parang belatinya dipinggang, nuar gemok terduduk macam budha, ajip peon mengira ngira duit yang dikirim meli londeh untuk beli bekalan.













tiba tiba...............









Selasa, 05 Januari 2010

aku musik dan khayalan 13


sebenarnya aku masih disini, mengharapkan perubahan demi perubahan dalam hidup. kalau dulu tak reti main gitar tapi sekarang dah reti, tapi masih juga kena banyak praktis. benda yang kita minat ni kena buat hari hari, menyanyi melukis main musik membaca menulis cumanya ilmu dari tuhan ni bukan boleh paksa paksa masuk dalam jiwa, ianya kerana kita suka buat, itu pilihan kita atau memang itu yang kita punya kelebihan.



satu masa dulu kita dibawah sangat sangat langsung tak ketahuan langsung tak punya arah tujuan cumanya kita dapatlah keseronokan hidup yang tak ketahuan tu tapi sampai satu masa kita feedup dengan itu itu saja, hari hari mengadap rutin yang sama. bangun tidor pergi menoreh misalnya tak menoreh tak de duit la pulak, lama lama kita bosan. itu bukan apa bosan tu untuk kita memilih jalan lain untuk menambah pengetahuan dan pendapatan untuk memajukan diri tapi kalau berfikiran sempit alamat jadi katak bawah tempurung la kita.



bila sampai kolumpo je mata jadi rambang, pompuan banyak yang telanjang huru hara reformasi drug adict mat rempit mat dan minah clubing mamat poyo gayboy lesbian dan orang ugama yang macam cibai, bunuh rogol dan macam macam lagi la tak keruan sungguh. nak cakap sikit pasal politik tapi politik macam haramjadah nak cakap apa dah semak buat kepala lagi semak nak berbusking pun dah tak senang. tapi aku peduli apa, aku buat lagu hentam kerajaan yang korup tak kira la pas dap umno mic pkr ke sampai datuk bandar kolumpo yang baru ni ambil tindakan tak bagi kitorang busking kat pasar seni hanya kerana lagu lagu yang mendidik rakyat, pajadah dia ingat kitorang takut nak nak pulak aku la mana ada rasa takut. aku suka aku pg busking lagipun aku sekarang ni banyak undangan mengamen dimerata tempat jadi kurang sikit la kalau ke pasar seni tu. tapi sesekali aku buat gila juga sebab best sebenarnya busking kat situ.



soal nya sekarang apa yang korang suka buat korang buat aje. jangan buat yang tak baik sudah biar baik baik saja ok.






aku apa peduli










Senin, 04 Januari 2010

Gerakan Islam Terbesar Tanahair Sokong Penggunaan Nama Allah

Gerakan Islam terbesar tanahair, Parti Islam Se-Malaysia hari ini menyatakan sokongan kepada penggunaan Allah oleh masyarakat Kristian Katolik.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dibacakan Ketua Penerangan Idris Ahmad lewat jam 11.45 malam tadi, Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata sokongan ini konsisten dengan prinsip Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan ini dicapai Lajnah Politik Pas selepas bermesyuarat hampir tiga jam di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur.

Biro pimpinan terkanan Pas menegaskan bahawa penggunaan nama Allah oleh penganut-penganut agama samawi - Islam, Krsitian dan Yahudi - boleh diterima.

Pendirian ini konsisten dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Islam tanahair sebelum ini.

Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dinobatkan antara 500 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Dalam nada tegas, Pas memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahguna nama Allah demi politik atau untuk mengelirukan masyarakat.

"PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat,"

Kes 'Allah' ini menguja kembali sejarah konflik antara masyarakat majmuk di negara ini, yang pernah terjerumus dalam rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969.

Sebuah kumpulan pro-Melayu, Pribumi Perkasa, merancang untuk menganjurkan tunjuk perasaan pada Jumaat depan di masjid-masjid utama negara sebagai tanda bantahan.

Kerajaan Pusat turut berikrar untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh warta katolik, The Herald, minggu lalu.

Pas, selaku gerakan Islam terbesar negara, melalui presidennya Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa ia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghasut atau mengambil tindakan provokasi yang boleh membawa kepada ketegangan agama.


tvselangor..

RAJAWALI




SILA JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KEBANDAR IKAN PATIN TEMERLOH PAHANG. ADA GORENG GORENG SURAH JAKARTA. MASYUK MASYUK PUKUL 3 PETANG.




RAJAWALI RAJAWALI OOOOOOO RAJAWALI
MENGIBAR
MENGITARI LANGIT
SUNGAI SUNGAI MENGALIR
MERAKSAKAN FIKIR



OOOOOO AKU DAN KAMU
KEBIASAANNYA BERDENDANG
MENGHIDUPKAN JIWA JIWA YANG KERING
WARAS
TANCAPKAN WARNA
DAN KEMESRAAN
DIBAWAH TIANG LAMPU
RAJAWALI BERSAJAK
MEMBEBASKAN KATA KATA...




Sabtu, 02 Januari 2010

qaseh

mati hati
mati perasaan
mati nyawa
mati hidup ku
beterusan
aku kuat
aku lemah...
aku berpikir
aku boleh mati la kalau begini...



jangan



nt esok atau lusa
belas tahun belas hari
pot pet pot pet
racun dan madu
perempuan dan waktu



lagi lama lagi tahan lagi lama lagi kental
dimana bulan yang tersembunyi??
guruh dan lautan
akan sirna
jadi lilin jadi tugu
air
minyak
atom
teko yang berbunyi nyaring
diatas mimbar
direlung kelangsungan hidup
api
panas terbakar
rasa
rasa
rasa
dingin
ada Dia
kembali tiada........




Kamis, 31 Desember 2009

salam 2010


ini semboyan untuk tahun baru 2010..boleh blah semua parti politik yang menganjurkan parti perkauman, bagi aku tak ada kaum yang lebih mulia semua kita sama saja dimata tuhan, tuhan bukan diakal tapi dihati kata sorang sahabat ahhh korang pun bukan tau apa pasal tuhan tapi kalau hantu korang tahu la rupa bertaring bertanduk muka setan macam haramjadah enjin pesawak hilang buat apa nak kaji tapi kalau tak kaji ada masaalah lah dalam pentadbiran najik rajak.

bagi setahun yang telah berlalu aku sibuk memenuhi undangan demi undangan kemajlis formal tak formal semua aku ikut, ada sampai ke perak dengan lantera jiwa mat saman kati perak expres, kenegeri sembilan ke hotel hotel ke pelancaran album ke TAF ke frinjan ke rock the world dan berbagai lagi program rakyat.

rakyat sibuk dengan rencana buat program alhidayah ala puisi nasyid kalau banyak lagi undangan ke majlis baca sajak aku ikut kehotel pun aku ikut bayaran tak seberapa janji hati muda hati senang tak terikat dengan goment sapa nak larang aku berlagu bernyanyi sampai tengah malam sampai subuh dapat duit balik hati senang tak payah pikir apa jadah lagi malaun nak bikin protes bersih hindraf jerit reformasi menentang I.S.A aku sapu aku bebas bukan ada sapa yang larang malahan KDN pun tak mampu nak buat aku jadi macai ikut kata diorang bahkan polis pun tak mau ambil aku masuk balai pasai bila tengok muka aku dengan rambut janggut dan misai pun diorang dah cuak tapi aku dengan makwe aku yang banyak pun aku layan semua, ye aku bebas tak payah nak ajar aku macammana nak bebas sebab aku memang dah bebas lagu lagu aku pun bebas didengar oleh orang banyak sampai ke rusia kejepun keaustralia keindonesia banyak negara banyak orang dah dengar material aku melawan penjajah yang korup penjajah yang macam haramjadah, sampai aku dapat masuk star ikut KL sing song writer tapi duit tak bayar lagi entah bila diorang ni nak jujur pasal payment pun aku tak tau la.

meor ada menulis pasal aku kat era pakatan..rosnizam mahat pun ada buat review pasal aku kat suara keadilan, sapa aku? aku menyanyikan lagu rakyat lagu cinta maut bukan macam sinaganaga sebut pasal asmara tapi asmara apa yang dia tau tu tak sama macam yang aku maksudkan aku bukan sebut pasal cinta kecundang macam cinta tiga segi sampai boleh bunuh diri tapi aku bikin lagu pasal jiwa pasal hidup orang marhaen pasal alam roh pasal politik pasal haramjadah hidup ni memang haramjadah. yang korang tak paham itu bukan aku punya pasal itu korang punya pasal la.

bikin hari hari seni bukan mudah bukan kosong bukan macam yang korang tafsirkan itu sebab la kalau aku bikin lagu biasa biasa jer tapi apa yang aku nak tonjolkan bukan yang diluar tapi yang didalam. sila bodek la aku dengan puji pujian korang aku sikit pun tak heran aku bukan ego tapi aku tahu puji pujian tu untuk tuhan saja manusia ni tak layak dipuji sebenarnya, aku suka kalau dolah jones bikin apa yang dia suka sebut dan dia suka perkatakan dalam blog dia sebab memang itu buat aku muhasabah diri buat aku tahu diuntung bukan macam sitanggang yang menghina ibu sendiri tapi yang sebenarnya manusia tu tak perlu dipuji dan dipuja sampai esok hari dia akan pergi menemui penciptanya innalillahiwainnailaihirojiuunnn...


bila hari esok korang tahu sapa yang menyanyikan lagu lagu kebenaran korang baru mengerti apa yang ada didalam hati seorang pemikir.


cinta tak dapat lepas dari kehidupan manusia sejagat itu kebenaran dah motif utama dalam hidup, kalau cinta sudah hilang dari hati kita bermakna kita fana dan boleh juga dikatakan kita sudah gila atau tahap wali tapi selagi kita hidup bercintakah kita sebab kita cinta pada kehidupan. bahkan sipenagih dadah sekalipun masih bercinta dengan hukum kejadian hidup, mahupun pelacur dan pemabuk penghabis harta rakyat bahkan perompak sekalipun masih mengenal cinta dalam kehidupan cuma yang membedakan kita adalah baik dan jahat.


mau masuk syurga buat lah baik mau dikasihi orang berbuat baik lah sesama manusia mahu ada pengaruh juga berbuat baik lah sesama manusia bukan ada kaum atau bangsa yang lebih mulia tapi cuma ada kita yang ditinggalkan oleh keturunan yang terdahulu. sampai pada satu titik kita akan menemui ajal atau kita akan balik pada yang punya segala galanya ini.. hidup hanya pinjaman.


tuhan ada tapi tiada, tuhan wujud tapi tidak wujud, tuhan lebih hampir dari urat kerongkong kamu tapi tak dapat dilihat tak berupa dan tak berbentuk.. malahan tuhan itu kita yang berdiri dibumi yang nyata dan dilangit yang kita junjung.



jadi untuk tahun 2010 aku jadikan semalam yang berlalu sebagai hidayah pada setiap apa yang aku lakukan dalam hidup dan lebih mengenal apa itu aku dan siapa aku.









nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog