5 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
BASHA (Meninggal di PPUM)
No. KPT : 920424-14-5329 (L)
2. VICTOR WONG E HERN
(Meninggal di PPUM)
No. KPT : 880712-29-5029 (L)
3. SABREENA bte KAMARUDIN
(Meninggal Dunia di PPUM)
No. KPT : 931216-14-6582
4. SURESH A/L MOHAN
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 860616-43-5599 (L)
5. SYAZANA SOHAIME
(Meninggal Dunia di PPUKM)
No. KPT : 910124-08-6786 (P)
4 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
PPUM Warga Singapura)
2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
Warga Singapura)
3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 870620-56-5336)
4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
(Kritikal di PPUKM)
No. KPT : 951217-01-5427
admin at 3/15/2014 05:10:00 PM
kredit to budak Punk. Anton
Sabtu, 15 Maret 2014
Sabtu, 08 Februari 2014
9febuary
sembilan febuary sejak seminggu lalu dia tak keluar kemana mana, cuaca panas sejak itu juga keadaan kesihatannya sedikit terganggu. hujan belum datang disini. tahun baru cina tidak semeriah selalu..hanya kadang2 ada bunyi mercun. melihatkan jiran2 yang hampir tidak banyak berubah. tiga tahun yang susah dalam senang. semuanya terasa terlalu sebentar.
Sabtu, 28 Desember 2013
29
kota kuala lumpur kota panas kota para binatang nafsu lawan berjuang untung para penipu dengan hanya menampal iklan
.........,,,;;;;.......................................
Jumat, 27 Desember 2013
mediaMARAH
isu pengantungan akhbar theheat membuatkan seluruh pengamal media bersatu hati membentuk satu front yg tunggal bagi melawan kehendak KDN yg didalangi orang politik mentah tentang hak kebebasan media. seluruh rakyat juga tak kira pengamal pembaca dan petugas penghantar surat khabar juga tersinggung dengan tindakan menteri dalam negeri zahid hamidi. rata-rata kebanyakan mereka melampiaskan ketidakpuashatian mereka didalam blog fecebook dan twiter. najib razak masih keliru, jalan mana yang harus ditempuh selepas satu persatu masaalah keborosan keluarga perdana menteri itu dibongkar diakhbar2 pembangkang dan akhbar dunia.
seluruh pelusunegeri tahu bahawa najib rosmah dan menteri2nya berjoli dengan wang rakyat.
yang terbaru anak rosmah bersama suami terdahulu merangkap anak tiri kepada najib razak telah membeli sebuah kondominium dinew york berharga 110juta ringgit malaysia. ini amat meresahkan dan membungkam najib kelobang neraka. ketika para rakyat bergelumang dengan masaalah kenaikan cukai dan pemborosan yg tak terhinggakan mereka2 para menteri masih sibuk berjoli membeli aset2 diluar negara dan aset dalam negara dijual atau dipajak pula.
sesiapa saja yg berlaku jujur membongkar kejahatan peguam negara melaporkan rasuah akan dihumban kedalam rumah pasung, sesiapa yg membangkitkan jiwa rakyat kejalan yg benar akan dituduh dengan berbagai2 tuduhan seperti syiah, mahu menggulingkan kerajaan, pengkhianat negara dan berbagai lagi kemudian waran tangkap akan dikeluarkan.
inilah dia kekejaman rejim UMNO/BN yg ditempa oleh mahathir iskandarkutty. nyawanya sudah dipenghujung senja
Rabu, 11 Desember 2013
zabur daud
tujuh fasal
{ Fasal 1 }
Diberkatilah orang, yang tidak berjalan menurut bimbingan orang durjana
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
Tetapi dia bersukacita dengan hukum Tuhan,
dan tentang hukum-Nya dia berfikir siang malam.
Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan,
yang menghasilkan buahnya pada musimnya
dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.
Tidak demikian orang durjana!
Mereka seperti sekam
yang dilayangkan angin.
Oleh itu orang durjana tidak akan bertahan dalam penghakiman
begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.
Kerana Tuhan menaungi jalan orang benar,
tetapi jalan orang durjana akan binasa.
{ Fasal 2 }
Mengapakah bangsa-bangsa berpakat
dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?
Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian
dan para pemerintah bermuafakat
untuk melawan Tuhan
dan melawan Dia yang Disucikan-Nya,
Mereka berkata, "Mari kita putuskan rantai pengikat mereka
Dan buangkan belenggu mereka."
Dia yang bertakhta di Syurga tertawa;
Tuhan mencemuh mereka,
Kemudian menegur mereka dalam kemarahan-Nya
dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya,
sambil berfirman,
"Aku telah menabalkan Raja-Ku
di atas Sion, Bukit suci-Ku."
Aku akan mengisytiharkan firman Tuhan:
Dia berfirman kepadaku,
"Engkaulah Putera-Ku;
Hari ini Aku telah menjadi Bapamu"
Mintalah daripada-Ku,
Aku akan menjadikan segala bangsa warisanmu,
dan setiap pelosok bumi ini milikmu.
Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi
dan menghancurkan mereka seperti tembikar.
Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah;
berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.
Layanlah Tuhan dengan rasa takut
dan bersukacitalah dengan gementar.
Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah
lalu kamu dibinasakan di jalan,
kerana kemurkaan-Nya boleh menyala dalam sesaat.
Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.
{ Fasal 3 }
Ya Tuhan, betapa banyaknya musuhku!
Betapa banyak yang bangkit melawanku!
Banyak yang berkata tentangku,
"Allah tidak akan menyelamatkannya."
Tetapi Engkau adalah perisai melindungiku, Ya Tuhan;
Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku,
Kepada Tuhan aku berseru lantang,
dan Dia menyahut seruan dari gunung suci-Nya.
Aku baring dan tidur;
Aku terjaga semula, kerana Tuhan memeliharaku.
Aku tidak akan takut terhadap puluhan ribu
yang bersiap sedia melawanku di setiap pihak.
Bangkitlah, Ya Tuhan!
Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku!
Palulah semua musuhku di tulang rahangnya;
patahkanlah gigi orang durjana.
Daripada Tuhan datang penyelamatan.
Semoga berkat-Mu di atas umat-Mu.
{ Fasal 4 }
Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu,
Ya Allah Tuhanku yang benar,
Kurangkan penderitaanku;
kasihanilah aku dan dengan doaku.
Berapa lamakah, hai manusia,
engkau akan terus menjadikan kemuliaanku keaiban?
Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya
dan mencari tuhan-tuhan palsu?
Ketahuilah, Tuhan telah memilih orang salih untuk diri-Nya;
Tuhan akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.
Dalam kemarahanmu janganlah melakukan dosa;
ketika di tempat tidurmu,
sorotilah hatimu dalam senyap sepi.
Persembahkan korban-korban yang wajar
dan percayalah kepada Tuhan.
Banyak yang bertanya," Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?
Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, Ya Tuhan.
Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan
lebih daripada ketika bijiran dan khamar baru mewah melimpahnya.
Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera,
kerana hanya Engkau, Ya Tuhan,
membolehkan aku tinggal dalam selamat.
{ Fasal 5 }
Dengarlah kata-kataku, Ya Tuhan,
pertimbangkan keluhanku.
Dengarlah jeritanku meminta tolong,
wahai Rajaku dan Allah Tuhanku,
kerana kepada-Mu aku berdoa.
Pada waktu pagi, Ya Tuhan, Kau dengar suaraku;
pada waktu pagi kurafakkan permohonanku
ke hadirat-Mu
lalu menanti dengan harapan.
Engkau bukanlah Tuhan yang suka akan kejahatan;
Dengan-Mu orang durjana tidak dapat tinggal.
Orang tidak dapat berdiri di hadrat-Mu;
Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.
Engkau membinasakan orang yang berdusta;
orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya
dibenci oleh Tuhan.
Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu,
akan masuk ke rumah-Mu;
dengan sepenuh hormat aku akan tunduk
ke arah rumah ibadat-Mu yang suci.
Pimpinlah KU, Ya Tuhan, dalam kebenaran-Mu
kerana musuh-musuhku -
luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.
Tiada sepatah kata pun dari mulut mereka dapat dipercayai;
hati mereka dipenuhi pembinasaan.
Kerongkong mereka seperti kubur terbuka
lidah mereka menuturkan tipu daya.
Isytiharkan mereka bersalah, Ya Tuhan!
Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka
Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,
kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.
Tetapi biarlah semua orang bernaung kepada-Mu bersukacita;
biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.
Berilah mereka perlindunganmu,
supaya orang yang mengasihi nama-Mu
dapat bersukacita kerana-Mu.
Kerana tentulah, Ya Tuhan,
Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu
seperti dengan perisai.
{ Fasal 6 }
Ya Tuhan, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu
atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.
Kasihanilah aku, Ya Tuhan, kerana aku sudah longlai;
Ya Tuhan, sembuhkah aku, kerana
tulang-tulangku terseksa.
Jiwaku gundah-gulana.
Berapa lama, Ya Tuhan, berapa lama?
Berpalinglah semula kepadaku, Ya Tuhan,
dan lepaskan aku;
selamatkan aku kerana kasih-Mu yang kekal.
Tiada siapa mengingati-Mu setelah dia mati.
Siapa yang memuji-Mu dari kubur?
Aku letih lesu daripada mengerang;
sepanjang malam kubanjiri
tempat tidurku dengan tangisan
dan kubasahi tilamku dengan air mataku.
Mataku menjadi lemah dengan kesedihan;
Dan semakin kelam kerana sekatan musuhku.
Pergi jauh dariku, kamu semua yang berbuat jahat,
kerana Tuhan telah mendengar tangisanku.
Tuhan telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan;
Tuhan menerima doaku.
Semua musuhku akan malu dan kecewa;
mereka akan berpatah balik
dalam keaiban yang tiba-tiba.
{ Fasal 7 }
Ya Allah Ya Tuhanku, kepada-Mu aku bernaung;
selamatkan dan lepaskan aku
daripada semua yang memburuku,
atau mereka akan mengoyak-ngoyakkanku
seperti seekor singa
dan mencarik-carikku
tanpa sesiapa menyelamatkanku.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika aku telah melakukan ini
dan tanganku bergelumang dosa -
jika aku telah berbuat jahat kepada seseorang
yang baik denganku
atau tanpa sebab aku telah
merampas milik musuhku -
maka biarlah musuhku memburu dan menangkapku;
biar dia melanyak nyawaku ke tanah
dan membuatku tidur dalam debu.
Bangkitlah, Ya Tuhan, dalam kemarahan-Mu;
bangun melawan keberangan para musuhku.
Jagalah, ya Tuhanku; firmankan keadilan.
Biarlah perhimpunan kaum-kaum mengelilingi-Mu
Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;
Biar Tuhan menghakimi segala kaum.
Hakimi aku, Ya Tuhan, berasaskan kebenaranku,
berasaskan ketulusanku, Ya Tuhan Maha Tinggi.
Ya Allah Tuhan Yang Benar,
yang menyoroti fikiran dan hati,
tamatkan keganasan orang durjana
dan pastikan keselamatan orang yang benar.
Perisaiku Allah Maha Tinggi,
yang menyelamatkan orang jujur.
Allah hakim yang benar,
Allah menunjukkan kemurkaan-Nya
setiap hari.
Jika Dia tidak memaafkan,
Dia akan mengasah pedang-Nya;
Dia akan memasang panah-Nya.
Dia telah menyiapkan senjata-senjata-Nya
yang membawa maut;
Dia menyediakan anak-anak panah-Nya
yang menyala.
Orang yang menghamilkan kejahatan
dan membenihkan kekacauan
akan melahirkan kekecewaan.
Orang yang menggali lubang
akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.
Kekacauan yang disebabkannya
akan memantul ke atas dirinya;
keganasannya menimpa kepalanya sendiri.
Aku akan mengucap syukur kepada Tuhan
kerana kebenaran-Nya,
dan akan menyanyikan pujian
kepada nama Tuhan Maha Tinggi.
Amin!
allah yang membuat rencana
tidak makan sotong bukan syiah, kumpulan berbasikal bukan syiah, jangan tuduh sembarang. perbalahan mazhab atau apa saja ajaran setan patutlah dihentikan segera. sudah 1500 tahun rasulullah pergi. setiap ayat yang diucapkannya, katanya telah dibukukan menjadi kitab suci agama islam. namun ada juga yang mengatakan bahawa al-quran itu masih ada ayat yang tertinggal beberapa ratus ayat telah hilang. wallahuaqlam. jika benar agama islam itu satu kenapa sampai terjadinya mazhab2 ini semua, ugama islam itu satu maka haruslah satu bukan dua bukan tiga cara amalannya, cara amalan yang dua tiga ini adalah tujuannya untuk mendapat keuntungan dari pemilikan mazhab mazhab itu. apakah manusia ini lain2 mahluk, tidak! mereka tetap sama, punyai mata hati telinga dan anggota lain yg sama juga.
perbalahan didalam debat debat pemikir jaman lampau dan jaman baharu ini memang tidak dapat diterima akal, bukankah allah yg mengatur kalian jadi biarkan allah yang mengatur jangan kalian si pemikir2 ini yg mengatur, memaksa maksa orang mengikut jalan kalian. mazhab mazhab ini adalah ikutan secara tidak sengaja atau sengaja dari ajaran kristian yang mendului agama islam.
571tahun sebelum kelahiran muhammad, isa lah yang harus kita ikuti dan ajaran isa juga datangnya dari allah jua, namun apabila golongan2 pemerintah yg kejam lagi zalim menjatuhkan hukuman bunuh dengan muslihat maka allah membuat perancangan baru untuk melahirkan muhammad sebagai ikutan semua umat. dan semua itu jua adalah perancangan allah agar kalian memahaminya.
aku benci mazhab mazhab setan kalian.
jadilah manusia yang sentiasa lapang mengucapkan selawat bagi muhammad.
Kamis, 14 November 2013
Ramesh Bukan Pembunuh?
sudah tiga tahun enam bulan dia ditahan. berpindah dari satu penjara ke penjara yg lain membawa hati resahnya yg bertanya bilakah kes ini akan selesai. tiga tahun dulu ramesh seorang lelaki india duda berusia 60 tahun menerima amanah dari kakaknya yg tinggal dimentakab untuk menjaga anak saudara perempuannya yang bermasaalah sosial sejak dibangku sekolah menengah. anak saudara perempuannya itu terjebak dengan cinta monyet lalu mencari kesedapan dalam dakapan lelaki hingga menyebabkan anak saudaranya pernah termengandung dan kandungan itu terpaksa digugurkan demi menjaga maruah keluarga.
apabila kisah termengandung selesai dan keadaan kembali pulih ramesh diminta oleh kakanya untuk membawa anak saudara perempuannya itu tinggal dirawang bersama sama dengannya dan mendaftarkan anak saudara perempuannya itu kekolej swasta diibu kota atas permintaan kakanya. dan segala urusan telah disempurnakan oleh ramesh dengan baik walau mendapat berbagai halangan juga. jadi tinggallah ramesh dan anak saudaranya dirumah sewa mereka dirawang. ramesh menyayangi anak saudara perempuannya itu seperti darah daging sendiri dan dia pula meneruskan kerja2 hariannya sebagai buruh kasar, kadang2 mengambil upah menjadi kelindan lori yg membuat penghantaran ketempat2 yg jaraknya jauh hingga memaksa dia tidak pulang kerumah sewa selama beberapa hari. jadi tinggallah anak perempuannya yg bernama gheta bersendirian.
malam berganti hari hari berganti minggu minggu berganti bulan dan tahun baru bakal tiba urusan kerja dan urusan memelihara gheta menjadi dua perkara penting dalam hidup ramesh, meskipun ramesh tahu gheeta seorang perempuan yg suka bersosial jadi dilebihkanlah nasihat2 untuk kebaikan gheeta dan pertalian kekeluargaan mereka. hampir setahun, sikap dan perlakuan gheeta meresahkan ramesh, gheeta seakan terbawa bawa perangai sewaktu dibangku sekolah menengah bermain main dengan cinta palsu. ramesh tahu ada seorang lelaki dihati gheeta ketika itu, ramesh pula kerap memberi nasihat2 yg baik untuk gheeta demi kebaikannya sehinggalah...
pada suatu hari yang malang ketika ramesh sedang melakukan kerja2 hariannya sebagai buruh kasar telah berlaku satu pembunuhan dirumah sewanya. gheeta mati berlumuran darah dengan pisau belati dijumpai dilantai rumah. sek 302 kanun keseksaan ramesh dituduh membunuh.
tiada saksi yg melihat, ramesh tiada dirumah waktu kejadian selepas tiga tahun kes belum selesai ujian DNA pada belati tidak lakukan dan siasatan terlalu perlahan, rakan2 gheeta dikolej tidak diambil keterangan. ramesh tetap tidak mengaku pertuduhan atas perkara yg tidak dilakukannya. kini ramesh hanya mampu menadah pada ilahi agar dirinya terlepas dari dizalimi oleh undang2.
keadaan ramesh sangat tertekan, dia terpaksa menghadapi karma hidupnya didalam penjara dikala umur sudah lanjut keusia senja. setiap pagi selepas subuh ramesh akan sembahyang mengikut kitab veda yg diamalkan oleh agama hindu untuk meminta petunjuk dari yg maha kuasa dan berserah hanya padaNya apakah ramesh akan mati didalam tahanan seperti banduan2 india yg telah terpancut berita2 kematian mereka didalam tahanan polis? mungkin ye mungkin tidak. siapa yg tahu.
setelah mendengar teliti bicara dari banduan yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan 302 itu aku menulis.
kata2 terakhir ramesh... saya sudah tua saya punya jantan pun sudah tak berapa mau bangun, macamana saya nak rogol anak saudara sendiri, gheeta dia sudah mati. siapa yg bunuh saya tak tahu!
Langganan:
Postingan (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
1
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID? -  PERTANYAAN KEPADA MENTERI Soalan: Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan projek My Digital ID, khususnya melibatk...7 bulan yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS3 tahun yang lalu
-
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...8 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...11 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...11 tahun yang lalu
-
Malang - Kota Malang, Jawa Timur. 7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...12 tahun yang lalu
-
-
-
-
