PENDEDAHAN...
Bala berani" punya dua telor; seorang hindu masih beragama...angkat duit kiri kanan bala tibai depan
belakang bala sapu.
bala berani cakap.. bala sudah nekad biar
pusing dan selamat dibumi
malaysia.
TAPI ITU MASAALAH BALA..SEKARANG RAKYAT TANYA
SIAPA BAGI ARAHAN BUNUH!!
Selasa, 26 Februari 2013
BERANI LANGGAR
PENDEDAHAN...
Bala berani" punya dua telor; seorang hindu masih beragama...angkat duit kiri kanan bala tibai depan
belakang bala sapu.
bala berani cakap.. bala sudah nekad biar
pusing dan selamat dibumi
malaysia.
TAPI ITU MASAALAH BALA..SEKARANG RAKYAT TANYA
SIAPA BAGI ARAHAN BUNUH!!
SIAPA BAGI ARAHAN BUNUH!!
SIAPA DIA ANG?
ang ialah special branch dari singapura
nama china ini hilang lesap
lee kuan yew tahu semua kes najib
lee kun yew ada gambar
kerana itu najib kena pau
kerana itu jual tanah ktm
kerana itu jual pengerang
nota
sila beritahu kaum keluarga sirul dan azilah
tak ada guna kena gantung
lebih baik bercakap benar
kerana najib akan hilang kuasa
NOTA
banyak nama nama
yang disebut bala
hilang entah ke mana
Saya, Balasubramaniam a/l Perumal …. dengan sesungguhnya mengaku seperti berikut ;
1. Saya pernah berkhidmat sebagai anggota Polis dengan Polis Di Raja Malaysia, menyertai pasukan ini sebagai seorang Konstabel dalam tahun 1981. Kemudian saya dinaikkan pangkat ke Lans Koperal dan akhirnya meletakkan jawatan daripada pasukan Polis dalam tahun 1988 sewaktu bersama Special Branch.**
2. Saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian sebaik saja meninggalkan pasukan Polis.
3. Antara bulan Jun atau Julai 2006, saya telah diambil bekerja selama 10 hari oleh Abdul Razak Baginda untuk mengawasi beliau di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja ekoran gangguan yang dialaminya dari pihak ketiga.
4. Saya berhenti daripada tugas tersebut selepas 2 ½ hari ekoran saya tidak menerima sebarang arahan yang sepatutnya.
5. Walaubagaimanapun saya telah diambil semula oleh Abdul Razak Baginda pada 5 Oktober 2006 ekoran gangguan panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina yang mengenalkan diri sebagai ASP Tan yang mengugutnya supaya menjelaskan hutang. Kemudian saya mengenalpasti lelaki tersebut dikenali sebagai Ang, seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaaribu.
6. Abdul Razak Baginda risau berhubung individu bernama Altantuya Shaaribuu, wanita Mongolia di sebalik ugutan ini dan bimbang wanita ini akan sampai ke Malaysia untuk menghubunginya.
7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia bimbang bahawa Altantuya ada ‘kuasa’ yang diberikan oleh bomoh Mongolia dan menyebabkan dia akan ‘tunduk’ kepada Altantuya.
8. Bila saya bertanya berkenaan wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda beritahu saya bahawa wanita itu adalah kawannya yang telah diperkenalkan kepadanya oleh VIP dan meminta beliau membantu dari segi kewangan.
9. Saya menasihatkannya agar membuat laporan Polis berhubung ugutan yang diterima melalui panggilan telefon daripada lelaki Cina bergelar ASP Tan tetapi dia menolak untuk berbuat demikian dan memberitahu saya ianya melibatkan individu berprofil tinggi.
10. Abdul Razak Baginda seterusnya beritahu saya bahawa Altantuya seorang penipu besar dan bijak mempengaruhi orang. Wanita ini juga didakwanya sebagai ‘mata duitan’ dan dia ada membiayai harta milik Altantuya di Mongolia.
11. Kemudian Abdul Razak Baginda memberi saya dengar beberapa mesej suara di dalam telefon bimbit yang meminta dia membayar apa yang sepatutnya, jika tidak dia akan dipukul dan anak perempuannya dimalukan
12. Oleh kerana itu, saya dicadangkan untuk melindungi anak perempuannya Rowena dengan sebaik mungkin.
13. Pada 9 Oktober 2006, saya menerima panggilan telefon dari Abdul Razak Baginda kira-kira jam 9.30 pagi dan saya diberitahu bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan meminta saya ke sana segera. Oleh kerana pada waktu itu saya sedang dalam tugas pengawasan, saya menghantar Suras ke pejabat Abdul Razak Baginda dan saya akan turut serta kemudian. Suras bertindak mengawal situasi dan dia meminta secara sopan agar Altantuya dan dua orang rakannya meninggalkan premis tersebut. Bagaimanapun Altantuya meninggalkan nota yang ditulis dalam Bahasa Inggeris di atas kertas berlabel Hotel Malaya, meminta Abdul Razak Baginda menghubunginya melalui nombor telefon bimbit (nombor diberi) dan menulis sekali nombor bilik hotelnya dengan jelas.
14. Altantuya telah memperkenalkan dirinya kepada Suras sebagai ‘Aminah’ dan memaklumkan kepada Suras tujuan dia ke sana adalah untuk menemui teman lelakinya.
15. Tiga orang wanita Mongolia ini bagaimanapun telah datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya kira-kira jam 12.00 tengahari. Mereka tidak memasuki ke dalam bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras yang mereka mahu menemui teman lelaki Aminah, Abdul Razak Baginda.
16. Pada 11 Oktober 2006, Aminah sendiri datang semula ke pejabat Abdul Razak Baginda dan memberi kepada saya sekeping nota untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda, saya serahkan. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota tersebut kepada saya yang pada asasnya memintanya menghubungi wanita Mongolia itu dengan segera.
17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa adalah lebih baik diatur agar Altantuya ditahan jika masih terus bertindak mengganggunya, tetapi dia menolak kerana merasakan wanita itu akan pulang segera ke Mongolia sebaik saja menerima wang yang diminta.
18. Dalam masa yang sama, saya mengaturkan tugas untuk Suras di Hotel Malaya bagi mengawasi setiap pergerakan ketiga-tiga wanita Mongolia itu, tetapi mereka mengenalinya. Rupanya mereka menjadi kawan Suras selepas itu dan Suras mengakhirinya selepas meluangkan masa beberapa malam di bilik hotel mereka.
19. Bila Abdul Razak Baginda mendapat tahu yang Suras semakin rapat dengan Aminah dia meminta saya keluarkan Suras daripada Hotel Malaya.
20. Pada 14 Oktober 2006, Aminah pergi ke rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights bila saya tiada di sana. Abdul Razak Baginda menelefon telefon bimbit saya dan memaklumkan kepada saya tentang kehadiran Altantuya, saya terus bergegas kembali ke rumahnya. Bila tiba, saya dengar Aminah menjerit “Razak, haram jadah, keluar dari rumah”. Saya cuba menenangkannya tetapi gagal, jadi saya telefon Polis dan mereka sampai dengan dua buah kereta peronda. Saya menjelaskan situasi sebenar kepada anggota Polis, kemudian membawanya pergi dari situ menuju ke Balai Polis Brickfields.
21. Saya mengikut kereta peronda tersebut menuju Balai Polis Brickfields dengan sebuah teksi. Saya telefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya Dirren meminta mereka buat repot Polis tetapi mereka enggan berbuat demikian.
22. Semasa berada di Balai Polis Brickfields, penyiasat persendirian Aminah, Mr Ang tiba dan kami berbincang bersama. Saya diberitahu untuk menyampaikan permintaan kepada Abdul Razak Baginda berupa wang sebanyak USD 500,000 dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia, yaitu komisen yang belum dibayar kepada Altantuya hasil daripada perjanjian di Paris.
23. Sebaik Aminah ditenangkan pada ketika ini, seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menasihatkan saya agar pulang dan selesaikan masalah ini secara berhemah.
24. Saya memberitahu Abdul Razak Baginda tentang permintaan yang dibuat Aminah dan saya beritahunya yang saya kecewa kerana tiada yang mahu mendengar pandangan saya supaya membuat laporan Polis. Kami berbincang panjang tentang situasi itu bila saya menyuarakan hasrat untuk keluar dari tugasan ini.
25. Sepanjang perbincangan tersebut dan percubaan untuk memujuk saya agar terus bekerja untuknya, Abdul Razak Baginda menjelaskan kepada saya tentang perkara berikut ;
i) Dia telah diperkenalkan dengan Altantuya oleh Najib Razak dalam satu pameran berlian di Singapura.
ii) Najib Razak beritahu Abdul Razak Baginda yang dia ada hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya tiada masalah melakukan seks melalui dubur.
iii) Najib Razak mahukan Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu wanita itu memalukannya semenjak menjadi Timbalan Perdana Menteri sekarang.
iv) Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah makan malam bersama di Paris.
v) Aminah mahukan duit daripadanya justeru merasakan dia berhak ke atas komisen USD 500,000 kerana turut membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.
26. Pada 19 Oktober 2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Damansara Heights untuk bertugas waktu malam. Seperti biasa saya letakkan kereta di luar. Saya nampak sebuah teksi Proton Perdana kuning lalu dengan tiga penumpang wanita, seorang daripadanya ialah Aminah. Teksi itu membuat ‘pusingan U’ dan berhenti di hadapan rumah lalu penumpang wanita menurunkan cermin tingkap dan mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada saya. Kemudian teksi itu terus beredar.
27. Lebih kurang 20 minit kemudian teksi tadi datang semula bersama dengan Aminah sahaja di dalam. Aminah keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya dan bercakap dengan saya. Saya hantar SMS pada Abdul Razak Baginda dan memaklumkan “Aminah ada di sini”. Saya terima SMS daripada Razak mengarahkan saya “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”.
28. Dalam perbualan saya dengan Aminah, dia beritahu saya seperti berikut ;
i) bahawa dia bertemu Razak di Singapura bersama Najib Razak.
ii) bahawa dia juga bertemu Abdul Razak Baginda dan Najib Razak sewaktu makan malam di Paris.
iii)bahawa dia dijanjikan sejumlah USD 500,000 sebagai komisen kerana membantu dalam perjanjian pembelian kapal selam di Paris.*iv) bahawa Abdul Razak Baginda ada membelikannya sebuah rumah di Mongolia tetapi abangnya terpaksa membiayai semula rumah tersebut dan dia sangat memerlukan wang untuk menebus balik.
v) bahawa ibunya sedang sakit dan dia perlukan wang untuk membiayai kos rawatan.
vi) bahawa Abdul Razak Baginda pernah mengahwininya di Korea sebagaimana ibunya berbangsa Korea manakala ayahnya berbangsa campuran Mongolia/Cina.
vii)bahawa jika saya tidak membenarkannya untuk bertemu Abdul Razak Baginda, adakah saya boleh aturkan untuknya berjumpa dengan Najib Razak.
29. Selepas berbual dengan Aminah lebih kurang 15 minit, sebuah Proton Aeroback merah sampai dengan seorang wanita dan dua lelaki. Saya kenal wanita itu sebagai Lans Koperal Rohaniza dan dua lelaki itu ialah Azilah Hadri dan Sirul Azhar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya manakala dua lagi menunggu di kereta.
30. Azilah bertanya kepada saya samada wanita itu Aminah dan saya kata “Ya”. Kemudian dia berjalan sambil membuat beberapa panggilan telefon melalui telefon bimbitnya. Selepas 10 minit sebuah kenderaan, Proton Saga berwarna biru, dipandu seorang lelaki Melayu lalu secara perlahan. Cermin pemandunya sedia terbuka dan pemandu tersebut hanya memerhatikan kami.
31. Kemudian Azilah beritahu saya bahawa dia akan membawa Aminah pergi. Saya beritahu Aminah yang mereka akan menahannya. Kemudian dua orang lagi keluar dari kereta dan bertukar tempat duduk, oleh itu Lans Koperal Rohaniza dan Aminah di belakang manakala dua lelaki di hadapan. Mereka beredar dari situ dan itulah kali terakhir saya menemui Aminah.
32. Abdul Razak Baginda tiada di rumahnya sewaktu semuanya ini berlaku.
33. Selepas 19 Oktober 2006, saya menyambung tugas untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Damansara Heights dari jam 7.00 petang hingga jam 8.00 keesokan paginya, berikutan mesej ugutan yang diterimanya dari seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Amy’ yang juga merupakan sepupu ‘Aminah’ di Mongolia.
34. Pada malam 20 Oktober 2006, kedua-dua orang rakan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda dan bertanya di mana Aminah berada. Saya beritahu mereka bahawa Aminah telah ditangkap malam semalam.
35. Beberapa malam berikutnya, dua wanita Mongolia itu, Mr. Ang dan seorang lagi wanita Mongolia yang dikenali sebagai Amy datang semula ke rumah Abdul Razak Baginda untuk mencari Altantuya yang dipercayai sedang dikurung di dalam rumah.
36. Bila kekecohan mula berlaku, lalu saya menghubungi Polis yang tiba seketika kemudian dengan kereta peronda. Sebuah lagi kereta peronda sampai kemudian bersama dengan pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi yang bertanggungjawab terhadap laporan kehilangan orang yang dibuat oleh salah seorang wanita Mongolia, saya percaya ianya Amy.
37. Saya menghubungi Abdul Razak Baginda yang sedang berada di rumah dan beritahunya tentang apa yang sedang berlaku di hadapan pintu gate rumahnya. Kemudian dia menghubungi DSP Musa Safri dan menghubungi saya semula memberitahu bahawa DSP Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya dan saya akan menyerahkan telefon bimbit itu kepada Inspektor daripada Balai Polis Dang Wangi.
38. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari DSP Musa Safri dan terus saya serahkan telefon bimbit saya kepada Inspektor Dang Wangi itu. Selepas perbualan mereka sepanjang 3 – 4 minit dia beritahu wanita Mongolia itu supaya beredar dan datang untuk berjumpa dengannya pada hari berikutnya.
39. Pada atau kira-kira 24 Oktober 2006, Abdul Razak Baginda mengarahkan saya untuk menemaninya pergi ke Balai Polis Brickfields sebagaimana beliau dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung dengan gangguan yang diterimanya daripada wanita Mongolia ini.
40. Sebelum ini, Amy ada menghantar SMS kepada saya memaklumkan dia pergi ke Thailand untuk membuat repot ke Konsulat Mongolia berhubung kehilangan Aminah. Rupanya dia juga menghantar SMS yang sama pada Abdul Razak Baginda. Inilah sebabnya mengapa Razak beritahu saya bahawa dia dinasihatkan agar membuat laporan Polis.
41. Abdul Razak Baginda beritahu saya yang DSP Musa Safri telah memperkenalkannya dengan seorang bernama DSP Idris, ketua jabatan jenayah, Balai Polis Brickfields, dan DSP Idris merujukkan dia kepada ASP Tonny.
42. Bila Abdul Razak Baginda membuat laporan Polis di Balai Polis Brickfields, di hadapan ASP Tonny, dia diminta membuat kenyataan tetapi dia menolak seperti yang dia kata bahawa dia berada di luar negara. Dia bersetuju bagaimanapun berjanji akan menyediakan kenyataan itu dan menyerahkan ‘thumbdrive’ kepada ASP Tonny. Saya tahu ini tidak dilakukan sebagaimana ASP Tonny beritahu saya.
43. Bagaimanapun hari berikutnya ASP Tonny meminta saya pula menyediakan kenyataan dan saya lakukan.
44. Saya berhenti kerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26 Oktober 2006 yaitu pada hari yang sama dia meninggalkan negara pergi ke Hong Kong.
45. Pada pertengahan November 2006, saya menerima panggilan telefon daripada ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah meminta saya berjumpa dengannya berhubung kes Aminah. Bila saya sampai di sana serta-merta saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Acara Jenayah kerana mengugut.
46. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan atas jaminan Polis.
47. Pada penghujung November 2006, jabatan D9 IPK menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Bila sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Acara Jenayah kerana membunuh. Saya dilokap dan direman selama 7 hari.
48. Saya dibawa ke Bukit Aman dan di sana saya disoal-siasat berhubung SMS yang saya terima daripada Razak Baginda pada 19 Oktober 2006 yang bertulis “lengahkan dia sehingga orang saya sampai”. Mereka rupanya mendapat mesej ini daripada telefon bimbit Abdul Razak Baginda.
49. Kemudian mereka merekodkan semua kenyataan saya dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Saya beritahu mereka semua yang saya tahu termasuklah segala apa yang Razak Baginda dan Aminah beritahu saya tentang hubungan mereka dengan Najib Razak tetapi bila saya datang untuk tandatangan kenyataan saya, semua butiran terperinci dibuang.
50. Saya memberi bukti dalam perbicaraan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwa tidak bertanya sebarang soalan kepada saya tentang hubungan Aminah dengan Najib Razak atau tentang panggilan telefon yang saya terima dari DSP Musa Safri, yang dipercayai sebagai ADC kepada Najib Razak dan/atau isterinya.
51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditahan, saya bersama dia di pejabat peguamnya pada jam 6.30 pagi. Abdul Razak Baginda memaklumkan kepada kami bahawa dia telah menghantar mesej kepada Najib pada petang sebelumnya untuk menyatakan bahawa dia tidak percaya bahawa dia akan ditahan, tetapi tidak menerima sebarang respons.
52. Ringkasnya selepas itu, kira-kira jam 7.30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Najib Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. Mesej ini dibaca seperti berikut : “Saya akan berjumpa KPN pada jam 11.00 pagi ini… segala masalah akan selesai… tenanglah”.
53. Saya difahamkan bahawa Abdul Razak Baginda telah ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya yang terletak di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.
54. Tujuan Pengakuan Bersumpah ini adalah untuk ;
i) Menyatakan kekecewaan saya terhadap mutu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam kes yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
ii) Mendedahkan maklumat dari sumber yang kukuh menunjukkan memang wujud individu lain selain tiga tertuduh yang mesti memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
iii)Merayu kepada pihak berkuasa agar membuka semula penyiasatan mereka dalam kes ini segera dan dengan itu boleh jadi sebarang bukti baru diajukan ke mahkamah terlebih dahulu di penghujung pendakwaan kes.
iv) Berdasarkan fakta dan pengalaman saya pernah bertugas dalam Polis Di Raja Malaysia selama 17 tahun, sesungguhnya saya yakin tiada pegawai Polis yang akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan badan mereka tanpa menerima arahan khusus daripada pihak atasan mereka terlebih dahulu.
v) Menyatakan kebimbangan saya mengapa pihak pembela tidak dipanggil dalam perbicaraan pembunuhan yang dimaksudkan, tertuduh Azilah dan Sirul tidak perlu bersumpah dan bersaksi sebagaimana arahan yang diterima dan daripada siapa mereka berdua menerima arahan.
55. Dan saya membuat pengakuan ini dengan tenang dan teliti serta percaya ianya adalah benar dan dengan niat baik sebagaimana peruntukan dalam Akta 1960 Akuan Bersumpah.
Balasubramaniam a/l Perumal
1 Julai 200
Jumat, 18 Januari 2013
UCAPAN MERANGKAP AMARAN!!
Ucapan pelancaran Album Dendang Anak Muda
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam.
Salam sejahtera buat pengerusi majlis, yang berbahagia Sasterawan Negara, Datuk A
Samad Said, penulis dan pengkritik sosial Hishamuddin Rais, yang dialu2kan keluarga
mendiang Teo Beng Hock, penganjur program malam ini Malaysian For Teoh Beng Hock para
wartawan dan pengamal media dan para hadirin yang diraikan sekalian.
Pada hari ini, kita berkumpul sekali lagi untuk mengenang kembali perjuangan rakyat
Malaysia bagi memperingatkan janji yang pernah dilafazkan oleh Perdana Menteri - yang
masih belum ditepati - iaitu untuk mengembalikan hak kepada keluarga mendiang Teo Beng Hock.
Kini sudah 1270 hari, satu tempoh yang sangat lama bagi orang yang mampu bersabar. Dan dalam tempoh ribuan hari ini, telah pelbagai usaha diakukan. Dari demonstrasi, penyerahan memorandum, inkuiri, Suruhanjaya Siasatan Diraja, mengumpul tanda tangan bantahan dan solidariti, namun tragedi yang menimpa mendiang Teo Beng Hock masih tinggal misteri sehingga ke hari ini.
Maka, apa yang boleh dilakukan oleh para seniman seperti kami?
Justeru sebagai seniman yang memerhatikan pelbagai peristiwa dan tragedi dalam negara, yang sebahagiannya terkesan langsung kepada sebahagian diantara kita, maka antara sumbangan para karyawan ialah untuk merakamkan sejarah melalui karya-karyanya.
Dan hari ini menjadi hari yang paling bersejarah apabila album Dendang Anak Muda dilancarkan sebagai simbol perjuangan, bagi mengembalikan yang hak, dan menumpaskan yang batil.
Seni bukan lagi halwa mata dan telinga. Bak kata Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Siad, bahawa puisi kini telah menjadi senjata. Maka saya ingin asah semula kata-katanya -- bahawa peranan seniman melalui karya seninya - kini umpama peluru yang menjadi senjata berbahaya, buat pemerintah yang selalu membungkam suara rakyatnya.
Kalau dulu orang sering memandang buskers atau pemain gitar jalanan dianggap mengganggu tugas penguatkuasa Dewan Bandaraya. Tapi kini peranan kami bukan sekadar menghibur, namun lebih tegas, menyuarakan suara-suara mereka yang tidak mampu bersuara. Melukis pandangan-pandangan mereka yang takut memberikan pandangan.
Kemudian kami tuang emosi kami ke dalam karya, melalui lagu, melalui lukisan, melalui puisi. Untuk rakyat selalu ingat, tidak lupa dan mengenang kembali, ada orang-orang yang terkorban untuk mempertahankan hak mereka yang lebih ramai, iaitu kita - rakyat Malaysia.
Pemerintah boleh memenjarakan jasad manusia, tapi bukan jiwanya. Seniman yang berani adalah seniman yang bukan hanya bersuara bagi dirinya, bahkan kepada orang-orang lain. Apatah lagi suara-suara orang yang tidak terbela.
Begitu juga peranan anak muda. Kalau dulu anak muda sering dipaksa patuh dan tunduk kepada keuasaan tidak boleh mempersoalkan. Hari ini kami sedar peranan kami. Takkan lagi seperti lembu dicucuk hidungnya. Takkan lagi boleh dipaksa dengar, dengar dan dengar.
Hari ini kami mahu tahu bertanya dan bertanya dan brtanya. Mengapa dan bagaimana? Sehinggalah kamu, para pemerintah memberikan jawapan untuk setiap persoalan-persoalan.
Maka, buat kaum keluarga Teo Beng Hock, masih ada lagi hari untuk esok. Tidak ada kemenangan tanpa kebenaran, tidak ada kebenaran tanpa pengorbanan.
Buat para aktivis dan rakan2 yang tak putus-putus memperjuangkan hak rakyat yang terrindas, album ini juga sebahagian penghormatan para seniman atas usaha ikhlas saudara saudari berdepan risiko semata-mata untuk memahamkan rakyat bahawa kematian Teo Beng Hock adalah kematian kita semua. Dan kemurungan keluarga Teo Beng Hock adalah kemurungan rakyat Malaysia.
Terima kasih sekali lagi buat seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih kerana menghadiri program pelancaran album Dendang Anak Muda. Semoga Tuhan memberkati perjuangan kita semua.
###=====sadiqin omar 2013++++###
Rabu, 19 Desember 2012
"KONFLIK"
konflik
angin bertiup menyentuh daun-daun lumpur berbaju merah
akar menjulang tinggi melangit batangnya rebah tak bernyawa
korban perang terus bertambah dari hari kehari.
haiwan yang liar tak seliar manusia senang membawa bencana
dengan kembang sajak kau nyalakan
pelitahati peluru insan
matahariku bersinar teruslah bersinar jangan kau gelapi hidupku
panji negriku bersinar teruslah bersinar damai..damai..damai selalu.
.......teriak tangis derita berpanjangan air mata telah kering
konflik agama luar biasa anak bumi bersumpah berani mati
diatas nama kemanusiaan topeng syaitan menjelma...
senjata batin kita ilmu syahadah
ganti nama dihujung hisab..debunga-debunga cinta!
kertas putih perjanjian sering dicemari
raksaksa rfakus bertaring besi menjadi dalang angkara ini
konflik terjadi dimana mana konflik rumahtangga
konflik agama konflik negara
konflik orang besar rakus tamak kuasa
marhaen yang hatinya membara bangkit menuntut haknya.
Selasa, 27 November 2012
12 JANUARI 2013 RAKYAT BERANI TURUN KEJALAN
Anak muda berani melawan turun kejalan dengan satu semangat menumbangkan kerajaan kukubesi. kita anak muda berani membantai ketidakadilan dan kerakusan kuasa kerajaan UMNO/BN.
kita yang berani berjuang menegakkan maruah dan hak kebebasan memilih. inilah masanya untuk kita berdiri bersama-sama diatas tanah yang memberi kita nafas dan keyakinan diri, yang akan membenihkan sejarah demi sejarah perjuangan abad baharu.
12 januari akan tercatat dalam sejarah tanahair.
JUTA JUTA RAKYAT TURUN KEJALAN
BERANI ANAK MUDA PASTI BERANI, BERANI ANAK MUDA PUNYA JATI DIRI
Selasa, 09 Oktober 2012
Jumat, 17 Agustus 2012
"Gerakan Rakyat Merdeka'': Api dan cinta dari jalanan!
Salah satu kunci kepada karya yang baik ialah daya meyakinkan, yakni sang pengkarya memberi makna dan menterjemahkan sisa-sisa yang kadang terleka oleh kita, untuk melihat, menyucuk dan menekan pada luka lama yang sudah dilupakan, agar kita sedar langit masih di atas dan kaki masih di bumi.
Dan pekik laung sang pengkarya ini pun ternampak oleh mata kita akan kewujudannya, tetapi jarang sekali dia mahu menonjol; lebih selesa berada di belakang menghayunkan karyanya untuk dicerna deria-deria kita..
Sang pengkarya ini ialah NikJidan, sepertimana rakyat yang tertekan dengan keparahan sistem-sistem tertentu, dia mahu berkongsi rasa agar dapat membuktikan semangat manusiawi tidak ditelan ketamakan. Beliau hamburkan melalui persalaman, didahului getar suara untuk kita akali, hadami, dan fikirkan.
“…sampaikan salam di angin lalu,
buat semua yang hidup,
buat semua yang mati…” – Salam
Tidak keterlaluan kesemua tujuh buah lagu dari album Gerakan Rakyat Merdeka ini, kalau dikatakan ia lebih dekat dengan doa berbanding ‘sebuah lagi album’ jika diperhayati.
Album ketiga NikJidan
Gerakan Rakyat Merdeka merupakan album ketiga NikJidan selepas album Garisan Abstrak dan Javidnamah, masing-masing dilancarkan pada tahun 2007 dan 2009. Mesejnya jelas, ayuh bangkit dari kebodohan, kebobrokkan penguasa zalim, melawan ketidakadilan dan salah guna kuasa.
Berbanding dua albumnya sebelum ini, karya terbarunya ini lebih matang, lebih-lebih lagi kalau kita tahu pemuzik jalanan ini sudah pun bertemu jodohnya untuk melangkah ke alam baru berkongsi hidup bersama si-dia yang tercinta.
Terilham dari celah-celah lorong sempit, yang hanyir baunya, bila malamnya dipenuhi dengan gelandangan-gelandangan bisu. Bukan bisu! Mereka cuma tidak berbuat apa-apa, tidak melampiaskan rasa muak terhadap apa yang mereka gagal kecapi.
Inilah paparan realiti, paranoia dan sisi-sisi kompleks manusiawi; hadiah NikJidan kepada pendengar agar jiwarasa kita dapat merdeka dari pembodohan dan kecelaruan kata mereka di atas sana.
Kemulusan NikJidan, kejayaan rakaman dan penerbitan album ini diharap dapat memberi kesedaran berdemokrasi kepada masyarakat seluruhnya pada masa yang sama beliau sangat menggalakkan penglibatan lebih ramai seniman jalanan yang lain untuk menghasilkan album.
Menurutnya lagi, muzik harus dibebaskan dan berpijak di bumi yang nyata dimana seni, masyarakat dan politik adalah saling memerlukan. Dari situ akan wujud keseimbangan pada masa yang sama meluaskan lagi ruang penerimaan pendengar.
Hidup di lorong dan mencari hidayah
Gerakan Rakyat Merdeka merupakan bingkisan terbaik dari jalan-jalan sesak dan lorong-lorong sempit sekitar Kuala Lumpur;
“Jangan malu pada anjing, kita menyalak tak mengacau, oh Francis di depan pintu kaca kami semua tertanya-tanya: Apakah kau SB atau memang benar orang gila? Namun jawabmu… Aku juga manusia” –Francis Depan Pintu Kaca
Anjing apa yang dimaksudkan NikJidan? Anjing bertuan yang terkurung di dalam atau anjing sesat yang mengacau orang ramai? Tetapi tidak seperti yang taksub dengan karya sendiri, lagu ini cepat menunjukkan rasa kemanusiaan tinggi apabila sang pengkarya menonjolkan “aku juga manusia”. Ada baik, ada salah, bergantung kepada pandangan moral masyarakat.
Dan melalui Bulan Tak Pernah Salah, sekali lagi, dan lebih penting terutamanya apabila kekosongan menjajah jiwa, tuhan menjadi tempat kita untuk merujuk, memberikan rasa selesa, aman dan tenang, biarlah apapun, asal tuhan ada.
“Tuhan…berikan hidayah, tetapkanlah aku mengingatimu, lebih-lebih lagi disaat aku sedang mara menjalani takdir indah ini…”
Antara menunduk, ia kembali pula untuk mengingatkan pendengar akan asam garam kejahatan dalam sistem sosial ini.
“…masam asam jawa boleh kau tahan, masam bau taik di tangan penjajahan, orang berteriak mencari kebenaran, namun kebenaran amat sukar dijelaskan, realistik kejam, politik hitam, rompak harta rakyat, terbukti itu haram…” – Revolusi Muzik
Demokrasi dan kesatuan cinta
Mungkin dengan sebuah ‘revolusi’ tidak cukup, apatah lagi jika revolusi itu membelakangi semangat demokrasi. Oleh sebab itu, NikJidan pergi lebih dalam.Lagu keenam, Demokrasi Basi tanpa bermadah mengutuk amalan pemimpin negara atas janji-janji palsu dan salah guna wang negara untuk kepentingan peribadi dengan kasar dan keras.
“Lambat Lambat Lambat Lambat menunggu siang, Kejam Kejam Kejam Kejam orang menghentam. Dua Dua Dua Dua saling bercakaran, Demokrasi Demokrasi anjing kurap…. Jadi Jadi Jadi Jadilah demokrasi ini, Jadi Jadi Jadi Jadilah jangan basi auwww… Panas Panas Panas semakin panas, Caci maki gila kuasa makin menggila, Juta juta duit rakyat kuasawan songlap, Bini PM bini menteri kuatnya joli.!”
Demokrasi Basi berbeza dengan lagu Wayang Fajar yang menzahirkan kesatuan cinta dengan sentuhan dalam bentuk yang cukup cocok membawa pendengar mengembara jauh ke dalam hati dan perasaan Nik secara peribadi.
“Dan berdoa agar anak kita yang bakal lahir nanti menjadi orang yang berguna, yang gagah menentang ribut, lebih tegas dari api, benar katanya seperti nabi… amin… kau ucapkan… Marilah kupelukmu, biar ku cium alis matamu, benar… kita rasakan nikmatnya asmara… bulan madu itu…”
Seni rakyat
‘Seni untuk rakyat’. Bukan sekadar untuk merdeka jiwa raga, album ini memotret perihal kehidupan dan moral masyarakat 360 darjah, ahli politik tidak sedikit pun terkecuali.
Dengan gesekan biola, drum, gitar dan harmonika, muzik genre folk dan rock ini menggoncangkan, biarpun kita terpesona dengan bait-bait lagu dan doa yang indah.
Gerakan Rakyat Merdeka harus dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia. Dengan lagu yang lebih ekspressif dan berkualiti, harga RM20 sudah sangat berbaloi. Semoga ia mampu memberi impak dan menjadi titik tolak kearah proses pematangan berpolitik dan perubahan corak fikir masyarakat di Malaysia kearah yang lebih baik.
Untuk mendapatkan album ini, sila hubungi 0196342559 (nikjidan) sk=info Oleh: HAFIZ ZAINUDIN
Langganan:
Postingan (Atom)
Daftar Blog Saya
nik jidan
1
kudrat
rasa
Pengikut
Arsip Blog
Mengenai Saya
-
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID? -  PERTANYAAN KEPADA MENTERI Soalan: Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan projek My Digital ID, khususnya melibatk...6 bulan yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS3 tahun yang lalu
-
-
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG.. - Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak.. Saya berbu...8 tahun yang lalu
-
Musim blog sudah pupus - Musim blog sudah pupus. Fungsinya sudah diambil alih Facebook. Blog yang tercicir masih hidup, itu boleh dikatakan amat bertuah. Mungkin sebab yang gunakan...10 tahun yang lalu
-
Jaman Berubah - Kalau Allah sudah berkehendak, tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Mudah bagi Allah membalik apa yang ada sehebat sekokoh apapun itu, semudah kita membalik t...11 tahun yang lalu
-
Malang - Kota Malang, Jawa Timur. 7 jam (dengan keretapi) dari Yogjakarta ialah sebuah kota yang bernama Malang. Tak tahulah kenapa namanya Malang. Mungkin sebab...12 tahun yang lalu
-
-
-
-








