Senin, 24 Oktober 2011

fakta: Tiada Ugama (9,726) dan tiada maklumat agama (22,595)

ISU KOD NEGARA 71


Bagi pecahan agama daripada "pengundi" yang warganegaranya tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % atau 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam.

"Pecahan" bukan beragama Islam adalah seperti berikut = Buddha (50,842), "Tiada Maklumat ugama" (22,595), Hindu (12,698), "Tiada Ugama" (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83).

Menariknya bagaimana mereka yang tidak mempunyai maklumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.


oleh;
ust nasrudin hassan tantawi.




saya tertarik dengan persoalan diatas tadi seperti yang brade nas tulis yang mencatatkan *Memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan ahli-ahli parlimen Malaysia, daripada Nasruddin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia.

dan saya juga ingin menegaskan disini mempersoalkan juga "bagaimana manusia pendatang yang tidak diketahui agamanya ini berada dimalaysia?

"Tiada Maklumat ugama" (22,595) dan "Tiada Ugama" (9,726)


KALAU DAH TAHU TAK ADA UGAMA JANGANLAH BENARKAN MEREKA BERADA DIMALAYSIA JANGAN CEMARKAN TANAH MELAYU INI DENGAN BILANGAN KAUM YANG TIDAK MAHU MENGINGATI ALLAH.

JIKA MEREKA MAHU JUGA TINGGAL DITANAH MELAYU AJARKAN MEREKA DENGAN LEMBUT AGAR MENGENAL ALLAH

Minggu, 23 Oktober 2011

Patrick Watson - Sit Down Beside Me





Sit down beside me and stay awhile
Let our hearts do their parts
With wine and words to meet the hours
So the day never starts
Cause that's what I want
That's what we need
Cause that's what we want
Cause that's what we need

Sit down beside me and stay awhile
Don't rush out ......
Till we're old and grey
Till we've got nothing left to say
Cause that's what we want
That's what we need
Cause that's what we want
That's what we need

That's what we need
Cause that's what we want
That's what we need

Oh lay, lay low
Deep in time tonight
Oh lay, lay low
Deep in time tonight
Stay awhile
I will lay with love
If you talk to me now
Stay awhile

Sit down beside me and stay awhile
Till the night runs away
Till the morning rises, and we part our ways
To the end of our days

Kamis, 20 Oktober 2011

bukan tak pernah salah ..

ketika harum bauMu kekasih

terang benderang bulan dilangit

aku dalam terdiam

kemana perginya puisi cinta




ketika namaMu bergema

menghentam keras tembok istana

aku dalam terdiam

mencari keredhoan




sepi ini ruang untuk kita lebih mengenali

erat dan lancar mata hati bernyanyi

guru hidup dan guru yang telah pergi

sekilas datang teguh menemani




dalam fikiranku terbang jauh

kemasjidil al-aqsa dan bencana kebuluran disomalia

entah kenapalah dosa mereka disana




tuhan berikan hidayahMu

tetapkanlah aku mengingatiMu

lebih lebih lagi disaat aku sedang mara

menjalani takdir indah ini

Selasa, 20 September 2011

merdekalah ..

merdekalah hati
merdekalah negeri
buanglah yang keruh
ambillah yang jernih


pimpinan terbaik
jadikan amalan
bersuara kencanku
pastikan kebenaran


tanah ku ibu pertiwi
tempat tumpah darahku
bersatulah..bersatulah
dengan langit yang memayungi


tanah ku bangsa berdamai
semua juga menikmati
merdekalah .. merdekalah
semangatkan jangan pergi
bersatulah .. bersatulah
semangatkan jangan pergi

merdekalah .. merdekalah
semangatkan jangan pergi

Sabtu, 10 September 2011

jadilah demokrasi ini jangan basi

lambat..lambat..lambat menunggu siang

kejam..kejam..kejam orang menghentam

dua..dua..dua saling bercakaran

demokrasi..demokrasi demokrasi anjing kurap



batu dan kayu jadi senjata

api neraka sedang menyala

didepan istana raja membisu

matanya buta telinganya terkunci


jadi..jadi..jadi jadi demokrasi

jadi..jadi..jadilah demokrasi ini

jadi..jadi..jadi jadi demokrasi

jadi..jadi..jadilah jangan basi



orang mengelar namanya dengan nama demokrasi

dimana..dimana dimanakah demokrasi

jangan dicemarkan dengan tipu dan nista


ohhh jadi..jadi..jadi jadilah demokrasi ini

jadi..jadi..jadi..jadilah jangan basi

Rabu, 07 September 2011

yang sudah dan tak sudah

isu demi isu yang telah ketinggalan zaman mula dibangkitkan semula, isu dalam kain mak cik kangkong dan pak cempedak macam baru lepas digoreng. isu belum masuk rumah dikatakan sudah hampir basi, tapi ini isu sejarah pasal orang yang sudah mati. mula la cik embun dan abg kemela mencari2 kitab lama membelek2 surah perati dalam-dalam tulisan jawi, tapi ada sikit boleh eja dan dibaca dan masih banyak yang belum termengaji lagi. silap betul dulu tak belajar surah jawi sampai sekarang dok rumi al rumi menari nari dalam gelap sampai pagi.

kelajuan masa tak dapat dibendung sejarah tak pasti mana satu betul mana yang salah. nak cari pengawal bukan jaman ini, ini jaman modernisasi jadi, kolaborasi. pemuda melawan generasi. hitam putih apa peduli tiga line juga yang dicari. bikin yang banyak kepada yang sedikit bikin yang sedikit kepada yang banyak, lebih2 banyak juga orang kita yang mati. GELAP masa depan bangsa melayu kalau begini. tak setuju dianggap rasis dalam juang mana punyai pilihan, kata TUAN juang sampai ketitisan tapi tuan selalu saja ketirisan.

anak tok ampu dah gagal lagi mau berdebat dengan tim menteri, anak menantu masih belum kena SEBAT lagi kerana kerap menjual harta negeri. semua ni masih belum reti mengalah dah nak mampos pun masih nak bermegah2. aku sanggah kau dalam jujuran alam fitrah sebab yang menang hanya ALLAH.

Selasa, 16 Agustus 2011

Apa makna tanah rezab melayu kepada maruah bangsa Melayu?

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! YTL CORP BHD DIKUASAI OLEH KELUARGA TAN SRI YEOH TIONG LAY MELALUI YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN BHD.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].

Jika UMNO mengaku boleh membantu rakyat di negeri Pakatan Rakyat, sila perhatikan fakta ini di negeri lubuk UMNO sendiri. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat?

Menurut kajian Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat), Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Ironinya aktiviti 'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalah jenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan tanah KTM ratusan hektar yang menimbulkan kontroversi di dalam hubungan kedua-dua negara ialah isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Republik Singapura. Tanah pajakan kekal 999 tahun itu diperoleh melalui perjanjian di antara Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Perjanjian Tahun 1918. Perjanjian ini telah digazetkan dalam The Singapore Railway Transfer Ordinance (Chapter 380) pada tahun 1918 kini telah terlepas kepada Singapura dalam bentuk perjanjian yang tidak menguntungkan bangsa dan tanahair pada masa akan datang.

Suatu ketika dahulu Dr Mahathir meneropong Pulau Pinang dari Seberang Perai dan terlihat kawasan perkampungan Melayu Jelutong yang terhakis dan dhaif sedangkan Gerakan-BN sedang memerintah Pulau Pinang. Beliau mengatakan penduduk melayu Jelutong seperti melayu selepas Perang.

Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya. Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.


Muhammad Nuruddin Bashah. harakahdaily


nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog