Jumat, 08 Juli 2011

MELAWAN UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN

Kuala Lumpur, 9 Julai 2011, Pihak polis telah menyekat semua jalan masuk ke kuala lumpur bermula jam 12 tengah malam tadi, ini dipercayai atas arahan "tangan ghaib" yang akan berbuat apa saja untuk kekal berkuasa.

Jika anda mampu berfikir secara rasional, apakah motif sebenar sekatan ini, bukankah umporno Be-End pernah mengatakan Himpunan ini sudah tidak mendapat sokongan, adakah mereka berdusta atau ini rancangan mereka untuk megiyakan apa yang mereka katakan.. kerana sesuatu yang digambarkan itu mampu membuat orang percaya.

Yang pastinya Utusan meloya sudah mendrafkan himpunan ini sebagai gagal, itu matlamat dan misi utama yg diberikan kepada mereka oleh "tangan ghaib" maka kita semua pula bertanggungjawab untuk menghalang niat jahat itu terlaksana.

Bangkit la semua jiwa, anda kini dalam zon tidak selesa, dan sesuatu perlu anda lakukan, mari tegakkan demokrasi di atas bumi tercinta ini, ketua negara kita ialah SPBY Dipertuan Agong, bukannya pemimpin rasuah yang rakus kuasa.

Percayalah tindakan tangan ghaib yang mengarahkan polis melakukan sekatan ini sebenarnya tindakan paling bodoh dan terdesak, mereka telah melumpuhkan perniagaan, mereka telah menimbulkan keadaan tegang, ketidak selesaan dan banyak lagi implikasi buruk , Peserta Himpunan tidak berbuat apa-apa, mereka sendiri telah menjamin himpunan ini sebagai himpunan aman.

nampaknya Pihak "tangan ghaib" sendiri yang menyusahkan rakyat, kerana rakus kuasa, mereka buat segala bentuk pelanggaran perlembagaan, mereka inilah pengkhianat. bukan peserta himpunan aman yang mahu menegakkan demokrasi seperti yang selalu mereka canangkan.

masa untuk umnoporno sudah hampir tamat, jadi bersedialah....

buat semua peserta himpunan, percayalah, akan ada anggota polis sendiri yang akan membuka ruang dan laluan buat anda, tunggu saat itu dan gunakan sebijak mungkin. usaha Be-end sudah sampai kemuncak, dan bila berada di penghujung kemuncak, ia sebenarnya saat paling genting,

sedikit usaha lagi dan Be-end pasti tumbang.


''TUKANG LAWAN akan terus melawan sampai tumbang lembu umngok

POLIS TAHAN LU JAWAB DENGAN BERANI

Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?
o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?
o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?
o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah ?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
o Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

Jika Anda Ditahan Hubungi No. Telefon Hotline Bilik Gerakan PEGUAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

Selasa, 05 Juli 2011

Moondog - Enough about human rights

Sabtu, 02 Juli 2011

TEKNOLOGI

Catatatan karut buatmu.
(i)
Petang, segelas susu panas,
aku dan engkau,
roti canai banjir kari.
Kemudian kita berbaring, berpeluk dan bergolek di bawah pohon-pohon tua dan daun-daun coklat yang gugur, cemas retak kulitnya kayu, takut-takut rentak gergaji datang merabak retak, menghentak belah dan menebangnya jatuh tersungkur tersembam menyembah kaki, tinggal tunggul mereput.
Rehat kita di bawah rendang dahan pohon tua, di tebing simen sungai Gombak, dan burung-burung gagak berteriak, masjid India selepas hujan. Berat kepalaku basah dengan resah;
Modal menimbun, berkecah dan lecah, membonyer bertambah kental
Ketat, likat, liat dan liar kertas-kertas bercetak nota nilai, duit merabit, wang bergewang, menyabit kepala, mengelar-ngelar leher lapar.
Tandus, kering kegersangan. Haus, dahaga keinginan bersarang dan membiakkan asap tebal dari gagal industri kimia
menyental dan membebal
Barang dan orang bergerak
Khidmat dan maklumat mengasak
Arus kewangan berkhianat
Laju menyerang
Perusahaanlah yang membelah sempadan
Meroboh tembok-tembok batu dan ceracak kayu
Membodoh imigresen, passport dan visa
Mencemuh hasrat dan cita-cita menjadi negara
Perusahaan kongsi gelap bertopeng terang
Samseng menyonglap meragut mengugut memeras menyundal membedal membebal
Merentas kota dan pekan
Menghempas pelabuhan dan perhentian
Sauh-sauh besi, dan minyak kerosene kapal terbang, kontena, pengangkut
- bukan kita yang ditumpang,
- bukan aku yang dijulang,
- bukan engkau yang ditampung.
Perusahaan tajam mencantas badan
Merampas peta
Pulau di seberang tambak
Selat tebrau Jambatan bengkok pemimpin bongkak
Hikayat lara rakyat murba dibongokkan, nenek bongkok sebal dadanya
Saham membaham segalanya dari masa berlari, dari usia bergari dan dari jiwa berduri.
Engkau di kota berlumpur hitam, di pusat kitaran roda dan gerak jentera, menggelegak minyak hitam, senak tenaga mencanak, menggaung enjin bingit menjerit, nyawa si jantung hati berdenyut di sini.
- aku di ladang, di estet, di felda, di kampung, di hulu, di kuala, di laut, di sungai, di bukit, di hutan hanya jadi bahan kontan – jiwa luka disuap ke mulut naga niaga. Perutku ternganga, melopong kosong
- eeee, bunyinya E, teknologi ngeri, ku tak mengerti pantun apa ini:
Engkau bermimpi engkau berlari
terbangnya tinggi logam dan besi
banyaknya bunyi batu dan IT
budinya badi serinya duri
mahunya hati serunya iri
tanaman padi semadi mati
gali perigi gerudi bumi
tolak bahagi mengira hari
campur dan kali ukuran kaki
bom biologi bank bankrupsi
saiz posisi digital beli
gelombang basi nuclear berloji
cukai industri perang mengisi
bon memaki skala melidi
kerja kronie tabung hierarki
syarikat baki berkarat janji
hutang mencari langgan korupsi
untung bersemi berkarung rugi
sains dan seni, sain cap jari
sakan berjoli sakit terapi
monumen todi minuman gergaji
mesin yang ngeri kilang gergasi
enjin mengundi jenteranya caci
sumpahnya kuli seranah berkunci
alat membuli bermodal tinggi
mabuk berjudi mantul kuantiti
daki kembiri kantul kualiti
berkonspirasi memonopoli
hub pornografi saudagar titi
mendadah dengki perkakasnya benci
lapar berkati tentera tangki
manusia gaji angan-angannya tivi
bukan, bukan bukan-bukan, kita bukan produk fantasi,
diriku
dirimu
diri kita
aku dan engkau punya diri, punya inti, jati dan pati. Iya, tapi aku tak bekerja. Dan engkau punya kerjaya.
(ii)
Malam di lembah tengah, seharusnya kita telah lemas dalam dengus nafas kencang asmara.
Mataku,
matamu,
matakita berdepan,
dan kenapa perlu engkau mengalih pandang pada skrin wayang,
fikiranku melayang jauh dari sandiwara filem, jauh dari projector dan jauh dari layar menyelam ke dalam keruh sungai kelang
dari rasa rinsa runsing merusuh
dari rindu paya tertimbus
dari bimbang bangun mega mall
membungkus limau kasturi dalam karung plastik, mencabut akarnya, mematah-matahkan dahan, dan daun-daun hijau lumat, pucuk yang hancur. Syurga beli-belah mengunyah halaman kampung, akta telah mengharamkan tanah, membaham rumah, memindahkan tubuh ke dalam sarang kotak-kotak batu dan membenam ruh-ruh lusuh ke dalam lemau hawa dingin “air con”
dan almari ketul-ketul ais
kesegaran disejukbekukan,
menghantar pergi wangi dan setanggi
menguncinya dalam peti keranda harga,
pasar-pasar berantai beraya dengan seribu pesta gaya.
(iii)
Malam kuntum-kuntum cempaka, melur dan kenanga, seharusnya kita telah lelah setelah senggama panjang siang dan petang,
kejangmu,
kejangku,
kejang kita dalam nafas yang harum.
Kucup cium bibir aku dan engkau, bibir kita mengaum. Raba ramas, kita saling meriba dan meraba dalam ribuan bara kasih, sayang dan cinta. Bukan, bunga itu, bunga duri warnanya haru-biru dari huru-hara berburu, bunga janji yang dipinjamkan:
Arteleri jantung, patung-patung perang dan mesin perbelanjaan, kira-kira yang menghamburkan debu kuning bacteria, kuman-kuman kering kuasa yang mencakar,
Bom satu demi satu gugur meleburkan satu demi satu peta, nuclear meletup menghancurkan degup dan telah tak ada lagi yang lari dari cukai. Tulang-tulang urusniaga digigit-gigit, meneka-neka sumber yang tersisa. Judi megabank bertaruh, satu demi satu peluru berlumba, bersaing dan bertarung berpandukan pelaburan kilang-kilang teknologi meninggi keuntungan.
Mataku letih dengan tanda harga, broker-broker pengugut rasa merekabentuk belanja, memasang iklan, mengguna gambar dan kata-kata menjalar masuk ke mata, telinga mendengar, hati digaruk-garuk api, keluk tawar dan minta mengetuk-ngetuk kepala, dan aku cepat terlelap dalam gelap terlupa pada mentari petang, disulap silap, disuluh lampu letrik gedung beli-belah. Silau mataku dengan angau. Arghh aku tak mampu. Tak larat kederat menyumbat kehendak. Hanya khayal sebenarnya. Engkau tahu, dalam kocekku hanya ada gumpalan kertas-kertas tiket ekor yang koyak, buku tiga lima yang renyuk, hanya ada habuk, abu dan candu rokok.
Petang, segelas susu panas,
aku dan engkau,
roti canai banjir kari.


RAHMATHARON

15000 Mykad untuk pendatang asing diSabah sebulan

Sabah mempunyai penduduk seramai 1.6 juta orang. Tapi dari jumlah tersebut, 600,000 adalah pendatang asing dari indonesia, Pakistan atau Filipina. Peningkatan mendadak penduduk Sabah bermula sekitar awal 90an apabila Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah selepas menang dalam PRU 1990.
Dalam unjuran kemenangan yang dibuat oleh Kit Siang, dia tidak memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai negeri tumpuan kerana tahu negeri tersebut adalah fix deposit Umno.
Sabahkini.net melaporkan, sejak Januari hingga Jun 2011, sebanyak 91,190 Mykad dan 7323 kad Pemastautin Tetap telah dikeluarkan. Secara kasar, lebih 15,000 Mykad telah dikeluarkan termasuk untuk pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.
Apakah ini satu perkara baru?
Projek IC telah bermula sejak sekian lama. Malah Anwar Ibrahim sendiri terlibat dalam projek ini semasa dia menjadi Menteri Kewangan. Dia yang kontrol budget untuk projek ini.
Projek IC bermula sejak 1990 apabila Pairin Kitingan menjadi Ketua Menteri Sabah. Tapi pemberian Kad Pengenalan kepada pendatang asing ini bukan dibuat oleh Pairin, tetapi dibuat oleh Mahathir menerusi projek IC untuk menumbangkan Pairin.Memang la Mahathir yang bertanggungjawab kerana dia Perdana Menteri, tapi siapakah yang mendapat faedah tertinggi dari projek IC Sabah dalam tahun 1990an?
Anwar mendapat keuntungan yang paling tinggi dari Projek ini kerana berjaya membawa Unmo ke Sabah dan seterusnya mendapat sokongan padu dari Umno Sabah. Dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno, Anwar mendapat sokongan padu dari Sabah sehingga membuatkan Ghafar Baba terpaksa berundur.
Dalam pilihanraya 1995, Pairin berjaya ditumbangkan dan Umno Sabah berjaya mengambil alih pemerintahan. Disitulah bermulanya penguasaan Umno di Sabah.
Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada masa itu dan dalam satu temubual dengan Malaysiakini baru-baru ini, Anwar cuci tangan. Anwar kata dia tak terlibat dalam projek IC diSabah. Boleh percaya ka cakap Anwar? Sedangkan dia menjadi MNentyeri kewangan pada tahun 1990 dan timbalan Perdana Menteri tahun 1993 selepas menewaskan Ghabfar Baba.
Projek IC Sabah ini dilakukan oleh satu sindiket yang dianggotai oleh JPN, SPR termasuk polis, manakala dalangnya adalah Umno.Tak percaya, cuba tanya kat Pakistan jual karpet yang datang kerumah-rumah dikampung kita sekarang. Macam mana depa dapat lesen motor dan Mykad. Kalau diperiksa Mykad depa, rata-rata datang dari Sabah.
Diantara mereka yang terlibat dalam projek Mykad semasa Anwar menjadi Menteri kewangan dulu adalah Ansari Abdullah dan Hassanar Ibrahim, Ketua Cabang PKR Batu Sapi. Dalam PRK Batu Sapi, Ansari menjadi Calon walaupun dia bukan orang Batu Sapi. Ansari jadi calon disebabkan kemahuan Hassanar. Anwar hanya ikut cakap Hassanar sebab Hassanar adalah taiko di Sabah. Ansari juga pernah menjadi Pengerusi PKR Sabah.
PKR Sabah sepatutnya sudah berkembang dengan kuat sekarang apabila kebanyakan didalam Umno menyertai PKR. Ditambah pula dengan kemasukan Jefferey Kitingan kedalam PKR. Tapi oleh kerana "bogey" masa lalu, Anwar terpaksa menurut kemahuan Hasanar dan Ansari. Akhirnya Jefferey terpaksa berundur.
Seorang lagi yang terlibat secara aktif dalam projek IC semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dulu ialah Dato Amir Junus, Timbalan Pengarah Special Branch pada masa itu. hangpa ingat lagi? Amir Junus yang jadi saksi pendaka dalam kes Anwar tahun 1999 dimana Amir memberitahu bahawa Anwar mengarahnya untuk "gempaq" Umi Hafilda? Akhirnya, kenyataan itu menjadi penyebab Anwar dipenjara 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasa.
Amir Junus adalah rakan karib Anwar. Amir junus juga adalah runner untuk Anwar dalam projek IC tapi akhirnya Amir Junus menyebabkan Anwar masuk penjara.
Pasai apa tiba-tiba aku tulis pasai projek Mykad dan mengaitkan Anwar Ibrahim?
Aku tau, ramai yang membaca Malaysiatimes tidak membaca Malaysia Today. Sebabnya, ramai yang tak faham apa yang dikatakan oleh Raja Petra sebab Petra tak cerita habis. Dia suka memberikan sesuatu "hint"..lepas tu suruh kita berfikir.
Yang terakhir, Raja Petra melabel Anwar Ibrahim sebagai Trojan Horse.
"I hope my friend is right. I hope it is just incompetence and not because Anwar is a Trojan Horse that the Pakatan Rakyat states, in particular Selangor, are refusing to implement its free state-wide wireless internet after more than three years."
Ok..BERSIH akan berlangsung hanya beberapa hari lagi. BERSIH adalah tuntuan untuk mereformasikan pilihanraya di Malaysia, bukan untuk membela Anwar Ibrahim. Sebab Anwar Ibrahim juga perlu membersihkan dirinya.



MALAYSIATIMES.

Minggu, 26 Juni 2011

sajak yang dicurigai

aku menulis dalam diam bertatih tatih menyusun rasa melihat perwatakan manusia. angin datangnya seperti serigala tanpa mata merempuh tiang langit, bebas melibas gagah tak terkalahkan. aku liar murung dan lapar tenaga ku sedikit dan dengan sajak yang dicurigai aku dianggap celaka yang menghantui si jantan. oooooo pohon limau berduri yang tumbuh disini, oooo daun nipah dan tembakau asli aku masih punya resepi untuk melawan tanpa berdiri. nyawa dalam tangan tuhan allah; mata melihat syurga, api geram liar meliar berani tunjuk rasa: budi hidup secebis debu terbang melayang terbiar menaik. kawan dan taulan jujur menilai ramah berpesan. air lalu dalam jalur damai kita disitu berpandangan bukan bertutur kata; hati satu matlamat; jitu, bernafas tenang dan terang.

najib anak razak tolong jangan bicara soal moral!!




Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.

Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.


OH MAK AI UDAH POCAH TUNGGU MASO YO NAK TOBURAI.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog