Sabtu, 18 Juni 2011

..dan basah terbias dalam tawa

Cintakah yang kan bertahta

ketika dingin

setelah apa yang terjadi

kuperlukan Kau untuk kembali...


dihujung penantian ini sepi

hanya bayangmu..hanya kenangan

tapi ku tak ragu untuk memiliki

cinta mu sekali lagi


harapan ini menjadi nadi

bila kau hadir akulah yang bertuah

memiliki cintamu


hari yang indah

kudengar suaramu

menyanyi riang menyapa hujan

dan basah terbias dalam tawa

Kamis, 16 Juni 2011

phoenix yang bangkit


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata,

bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).

Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.


berjuanglah untuk bangkit dari kebodohan
yang bertuankan iblis

Kamis, 09 Juni 2011

TIMBALAN KETUA BERKATA-KATA

MAT AMPU

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Oleh itu, saya cadangkan Umno membuka satu lagi sayapnya iaitu Sayap Ulama Umno,”



SAYAP ULAMA' LIANCAUUUUUUUUUUUU!! ULAMAK ALA MAMAK UMNGOK YANG ADA PUN TIPU SANA SINI, MEROYAN TAK TENTU PASAL, HATI KATA LAIN MULUT KATA LAIN...MENGIKUT TELUNJUK SETAN!!

ULAMA KONON CEHH, TAK LAYAK LANGSUNG NAK DIGELARKAN ULAMA KALAU TAK BERANI MATI SYAHID MENEGAKKAN KEBENARAN DAN HANYA MENANTI IMBUHAN TIAP BULAN

Senin, 06 Juni 2011

KERAJAAN MALAYSIA KERAJAAN RASUAH

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh Aziz Muda KUALA LUMPUR, 6 Jun:

Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya d...ilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan. Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis. Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu. "Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu. Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu. Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu. Menurut Cynthia Gibrael (gambar), jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi. Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat. "Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya. Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis. Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda. Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis. Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu. Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia. Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu. Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang. Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.

Jumat, 03 Juni 2011

gunting dalam lipatan

semua orang besar2 sudah mula gila kuasa
dari atas sampai kebawah sikap warasnya hilang
ujung abad yang kesian
ujung abad yang smakin tenggelam

hati yang berkata gundah dan patah
sudah dijanjikan dapat peruntukan
masuk keluar ada jaminan
tapi hitam juga bekas jelaga yang melekat seperti karat itu

ujung abad penuh kecelakaan
airmata kebencian yang tak terpisahkan

semuanya hanya sia-sia
sia-sia memilih kamu sebagai tuan
yang lagakmu seperti gunting dalam lipatan
merobek hati sekalian orang banyak

Sabtu, 28 Mei 2011

IBU

Hari ini kita berdua bergandingan
burung-burung menyanyi riang berkicau

petang yang nyaman selepas asar
hatiku seperti disambar cinta
padamu semua ingin kulepaskan
apa yang terpendam dan tersimpan sekian lama

O..o..o..o ibuku ikhlaslah air susumu
kesedihanku amat dalam
bila kau tak lagi mahu
menerima kasihsayang yang anakmu curahkan

sampai bila..sampai bila ibu

airmata menitis jatuh perlahan-lahan
tak mampu ku tahan
tak mampu ku selindungkan

tapi ibu ku tahu kau
selalu menyayangiku
walau tak kau luahkan
tak kau luahkan

ibu ikhlaslah air susumu
saat ini ku ingin memelukmu
dan tiada apa lagi yang dapat ku berikan
selain cinta

Rabu, 25 Mei 2011

AZAN

INI BAB AZAN YANG BERKUMANDANG SETIAP HARI, LIMA WAKTU SUBUH ZOHOR ASAR MAGRIB DAN ISYAK.


BANYAK WAKTU TERBUANG DIKALA MUAZIM MELAUNGKAN AZAN, DENGAN LENGOKNYA MELENTOK LENTOK LAYU KADANG2 SAMPAI TAK CUKUP NAFAS PUNYALAH PANJANG AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........... AAAAAAAA AAAAA AAAAAA AAA..NYA. DISINI SAJA KITA DAH BUANG MASA BANYAK, AZAN TAK TEGAS, BERLAGU LAGU SAMPAI "BAGAIKAN ORANG MENGANTUK DISORONG BANTAL DENGAR AZAN JER TERUS TERTIDUR."


SUDAH DIBAGITAU KALAU AZAN PERLU TEGAS DAN BERSERDERHANA KALAU MELENTOT LIUK ORANG ISLAM AKAN MAKIN LAMBAT, LEMBIK DAN KETINGGALAN.


WAHAI MUFTI2 AHLI AHLI AGAMA TERUS TERANG SOAL MAKRIFAT, JANGAN SELINDUNG2.

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog