Kamis, 12 Agustus 2010

Nyanyian Para Malaikat.wmv







karya ku bersama dr muhammad iqbal meor dan nizam bonggo.......

Selasa, 10 Agustus 2010

dji sam soe i love u

sambil cungkil cungkil gigi fuad melemparkan pandangan pada dua ekor monyet yang tengah bercengkerama. rokok dji sam soe yang dari tadi belum dinyalakan di cium cium. masakan melah sangat membuka seleranya tengah hari itu. ikan singgang dengan ulam daun gajus dan tempoyak sangat buat dia berselera makan. sedar tak sedar dah pukul dua petang. solat belum lagi. melah pula dengan anak-anak yang baru becerai susu. membelai belai lembut rambut anak kembarnya. kucing hitam melintas mengintai dari jendela yang separuh terbuka.


haiihh..maen sedap ni. bagaikan halilintar menyambar nafsu fuad bila menengokkan dua ekor monyet yang sedang berahi tadi. dijelingnya isterinya yang cantik. fuad mula menyalakan rokok. asap keluar dari dua lobang hidung fuad. pedih menangkap sampai ke otak waktu dia menghembuskan asap. kepalanya mula pening pening lalat.


aku dah cakap ad,kau jangan bagi muka pada jais tu. dia tu kaki blue. nanti dengan bini kau pun dia dot dot dot . kau dah lupa dulu si rapia bini sedi? nyaris nyaris lagi.


kata kata ben ternyiang nyiang dibenak fuad. jais yang dia kenal dulu tidak begitu perangainya. sejak kecil mereka berkawan rapat. tapi sejak jais balik dari kolumpo perangainya berubah. katanya ikut pembangunan, dah kenal dunia internet dunia moden. the whole problem is a hole problem katanya. wah jais dah pandai guna bahasa mat saleh, dah mengagung agungkan bahasa penjajah pulak. tapi yang lagi merungsingkan adalah jais sudah mula pandai nak mengatal dengan awek awek cun di kampung mereka termasuk bini orang pun jais nak dot dot dot juga.


" i know la apa yang datuk tan suka buat bila dia abis kerja" cerita jais pada teman temannya dikampung. habis kerja datuk ajak i pergi tempat tempat yang dia suka. minum minum dengan gundik gundik dia. after that we go to the hotel la. malam baru balik rumah. ehh untung kerja dengan datuk ni. tambah jais lagi.


fuad merebahkan badannya kelantai, matanya tertancap pada atap rumah yang kian usang dan bersawang. rokok disedut dalam dalam. hatinya terguris dengan sikap kawannya si jais yang lupa asal usul dan hilang keutuhan agamanya sejak berkerja sebagai driver seorang datuk di petaling jaya.



...............

Where You Gonna Run - Peter Tosh




mana lu mau lari ...

Senin, 09 Agustus 2010

masih punya harga diri

kita bukan sudah pandai sangat menipu, tipu menipu jadi permainan hidup umpama layang layang ditarik kemudian bila angin terlalu kuat benang pun putus, layang layang terbang melayang kemudian jatuh. semua penipuan akan terbuka dan persahabatan terputus, seperti putusnya benang layang layang.


satu!!.... maka kita kongsi jadi sama rata, andai ini terjadi amatlah bahagianya menikmati hidup. sama sama merasa, yang baik manis dengan senyuman dan tawa. tapi mengapa selalu saja yang ada tidak dikongsi sama~


temanku menceritakan segala duka nestapanya pada tuhan alamraya dan makhluk. membesarkan empat orang anak dalam keadaan yang amat sederhana. tapi siapa yang ambil peduli? sangrakus sibuk mengumpul kekayaan buat melancong keluar negara, sedangkan temanku bergelut untuk membesarkan empat orang anak dengan hasil penulisan buku dan lagu lagu. siapa yang ambil peduli?


pada suatu ketika dulu..tibalah detiknya si isteri mahu melahirkan, dibawanya si isteri keklinik tapi kos bersalin amat tinggi. apa jalan lain lagi untuk membayar doktor? ya pastilah dengan meminjam dari satu pihak. tuhan mengirimkan insan yang masih punya harga diri untuk membantu. menitisnya airmata bila melihatkan bayi yang comel itu sempurna lahirnya dan dapat melihat dunia.


aku hanya memandang dari sudut yang tersingkirkan, sendirian merenung permainan duniawi. siapa yang ambil peduli?


Ahhh rupanya sangrakus terlalu muda dan mentah untuk memahami kesempitan hidup teman yang lain.


makanya bukan didalam dunia politikus saja mementingkan diri itu berlaku tapi didalam seluruh kehidupan ini juga.



ku ambil kata2 dari laskarpelangi buat renungan kalian teman2 ku yang ghairah mengejar kematianmu


''dalam kehidupan janganlah terlalu banyak mahu memiliki tetapi banyakkanlah memberi''

Selasa, 27 Juli 2010

Aku melayu

Aku Melayu, tapi aku menentang Perkasa. Adakah ini bererti aku mengkhianati Melayu. Tidak sama sekali. Aku menentang Perkasa kerana mereka suka menutup sejarah.
Aku Melayu. Aku juga Muslim. Tapi aku benci kepada Perkasa. Apakah tindakan aku membenci Perkasa seperti mana aku membenci Yahudi Zionis ini bererti aku pengkhianat Melayu?

Aku membenci Perkasa bukan kerana hebatnya Ibrahim Ali bermain drama. Aku membenci Perkasa kerana aku tidak suka bagaimana mereka cuba memperbodohkan orang Melayu. Pertubuhan yang dianggotai oleh manusia - manusia yang cerdik cuba menyeret orang Melayu turut sama menjadi bodoh seperti mereka. Inilah perkara utama kenapa aku benci kepada Perkasa.

Mereka menjerit kepada ketuanan Melayu. Mereka menjerit jangan undi DAP. Jika undi DAP maka hilanglah kuasa orang Melayu. Undi DAP lihat apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang. Satu perkataan yang khas buat mereka. BODOH!

Jangan cuba tutup sejarah. Jangan cuba gelapkan sejarah. Jangan jadi perangai Munsyi Abdullah yang menutup sejarah sebenar Malaysia dengan karya dongeng yang membodohkan rakyat Malaysia. Orang Melayu di kampung Berembang merupakan pengundi tetap Umno. Kubu kuat Umno yang sukar ditembusi oleh PAS ataupun PKR. Namun lihat apa yang terjadi kepada mereka. Rumah mereka dirobohkan disaat anak - anak penduduk kampung Berembang menanti untuk peperiksaan. Pasangan uda dan dara yang akan melangsungkan perkahwinan. Surau di kampung Berembang dirobohkan. MANA PERGI PEJUANG - PEJUANG MELAYU yang menjerit ketuanan Melayu.

Jangan jadi bangsat wahai Perkasa. Aku dan ribuan anak muda Melayu menangis melihat suara, tangisan dan jeritan anak - anak kecil Melayu melihat rumah mereka dirobohkan. Mana kalian semua ketika mereka menagih simpati? Mana kalian semua ketika surau di kampung tersebut dirobohkan? Mana keris - keris yang bersedia dihunuskan ketika mereka menangis? DI MANA SEMUA ITU?

Sudah pasti kita semua mendengar hujah mereka "Oh, rumah itu rumah haram." Oh alangkah pembohongnya mereka. Alangkah bangsatnya perangai mereka. Jika yang dirobohkan rumah itu hasil kerja-tangan Pakatan Rakyat, maka bersiap - sedialah gendang perang ditiupkan. Walaupun Pakatan Rakyat menggunakan hujah yang sama, namun itu salah bagi mereka. Jadi jadi manusia munafik atau perangai seperti Yahudi Zionis kepada pemimpin Perkasa. Jijik aku melihat sifat dan akhlak kalian semua.

Aku Melayu, tapi aku menentang Perkasa. Adakah ini bererti aku mengkhianati Melayu. Tidak sama sekali. Aku menentang Perkasa kerana mereka suka menutup sejarah. Perkasa mewarisi ilmu menipu daripada Munsyi Abdullah dan sebagainya. Apabila sejarah ditutup maka secara tidak langsung ia boleh menyebabkan sesuatu kaum atau agama musnah sama sekali. Menentang Perkasa bererti aku mahu melihat bangsa Melayu hebat di mata dunia. Bangsa Melayu dianggap bangsa penyayang oleh bangsa Cina, India dan lain - lain. Bukannya lagi sebagai sebuah bangsa yang mengharapkan Umno atau Perkasa dan bukannya hanya tahu marah tapi tidak mahu berubah.

Jika benar Malaysia ini milik orang Melayu, maka buktikan dahulu dengan mencampak Umno dan Perkasa. Hanya dengan mencampak mereka sejauh - jauhnya barulah Melayu boleh kembali gemilang dan hidup bersama - sama dengan bangsa yang lain. Jauhkan anasir penghasut dalam Malaysia.

Pintu bilik sebelah

aku dengar kamu..aku tahu kamu disitu mencari aku. MENGAPA? kamu rindu aku? haruskah sering ngekori aku? musik-musik tapak kaki mu sering meresahkan ku di bilik itu. cermin-cermin keramat yg dilihat sering terpampang wajah hitam mu. OH' jangan terus hantui aku!! wajahmu sangat perit untuk kugambarkan.

tidak bisa berbuat apa jasad ni!
tidak bisa berkata mulut nie!
tidak bisa mengedipkan bola mata ini lagi!

kejam nya kamu mengawasi aku! aku tidak mahu kamu ada dan terus merapati aku.
APA YANG KAU CARI?? tuan kamu sudah mati. jangan aku yang kau mahu duduki. tolong pergi..terus..jangan cuba bawa aku ke dalam duniyamu. kerna aku tidak sanggup membela kamu.
usul mu tidak ku tahu,undangmu tidak pernah ingin aku kadkan.tapi...............
...
BAGAIMANA kamu disini??

malam-malam ku, zalim diperlakukan. lagi ingin jasad ku rebah di katil malam, ingin terus ku pejamkan mata hitam, lagi terus kau datang padaku...hinggakan atap siling bilik tembus ke langit, menampakkan bulan, lagi terus ke bintang. snagat space,aku khayal tanpa ditegur. aku terjaga tapi tidak berdengkur.
TOLONG, TOLONG, TOLONG hentikan...
izinkan aku beradu.jangan sampai mereka tahu!!!!!

KINI,
malam-malam ku kau SIAL perlakukan,
malam-malam ku diperjudikan,
malam-malam ku bukan lagi untuk aku..
kau JAHAT!!

aku tahu kejadian kamu disebabkan Dia
aku tahu kau membuat penyambungan hidup Hawa.
dan kau menyesatkan manusia, kau tak sehebat apa-apa, kerna kejadian aku sehebat alam, seindah yusuff, se-sempurna Dia...



kenapa AKU???


p/s: nanti kau!!

Selasa, 20 Juli 2010

aku musik dan khayalan 16


Dah setengah tahun 2010 semua yang kita bicarakan bermakna benar dan ada juga yang tidak benar, tidak benar bukan bermakna kita gagal memberi terang jalan itu tapi sebahagian dari diri sendiri yang naif dan tersasar membuat penilaian. aku lebih kepada keterbukaan, mengaku kesilapan diri adalah kejujuran.


kadang2 kau rasa bagus sangat tapi orang lain tengok kau tak bagus mana pun cuma gitu2 jer tapi ada yang sebahagiannya pula melihat kita terlalu bagus, pun begitu jangan cepat bangga diri. pujian mempunyai dua maksud, satu yang membodek dan satu lagi yang benar2 ikhlas. rasakan diri kamu tak bagus tak sempurna tak punyai apa2 kerana yang punyai kehebatan kepandaian itu bukan kita tapi Dia.


dari atas kebawah dari bawah keatas, kau pandang pada kiri dan kanan jalan banyak sangat simpang siur, begitu juga dengan perhubungan. antara keluarga, saudara mara, sahabat handai taulan, kekasih juga diri sendiri semuanya tidak sempurna.


Aku lebih senang melihat dari atas kebawah, tapi masih tidak sempurna penglihatan ku itu kerana ianya terbatas. mata hati ku masih terlindung hijab. kerana aku bukan keramat yang boleh meramal masa depan. aku bukan boleh membeli hati kalian untuk menyukai apa yang aku perbuat. jika makna sebuah persaudaraan adalah berkongsi dalam segala hal, tika susah dan senang, ketika jatuh aku seru saudara ku yang satu lagi mengapai tangan ku, sebaliknya ketika aku dalam senang aku tak mau dilupakan pada saudara ku yang lain pula mahu terus terus membantu, mahu terus berkhidmat untuk hidup sejahtera bahagia bersama. tapi manakan bisa selalu2 tuhan mahukan begitu, kita sering saja diuji. tsunami prahara cinta kebakaran perkosaan minda hasad dengki kematian kebuluran kekayaan dan berbagai2 lagi kerana ujian itu pasti akan datang walau dalam senang atau susah. kita bagaikan layang layang benangnya ditarik dan dilepaskan.



ingat!!! hidup lebih banyak lah memberi. ambil sedikit daripadanya untuk bagian kamu.





Angin pagi bertiup dan pohon2 hijau hitam bergoyang dibantai seru

aku yang telanjang jiwa merindukan Mu

dimana saat pintu langit sedang terbuka luas

segala puji segala kesal rahsia hidup ku tebarkan.


kekasihku datang berteman membelai rohani

masuk dari alam ghaib

mengukuhkan tulang2 cinta

dan aku berlindung dalam pelukanNya.


nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog