Kamis, 20 Mei 2010

cerita sehabis azan subuh

''Demi masa manusia sentiasa dalam rugi melainkan mereka yang tahu"

selepas habis azan subuh salam sahut sahutan diangkasaraya menyambut fajar pagi tiba. salam yang datang dari langit dan bumi turun dan menaik bersama embun yang suci. barangkali ada cinta dalam cerita mat punk ya memang tak dapat dinafikan bahawa cinta mengisi satu ruang dalam tubuh. entah bagaimana rupanya dan dimana tempat letak yang tepat bagi mencari titik penentu.


sambil menghisap lebihan lebihan candu bersalut tembakau yang padat memenuhi dada itu kami memulakan perjalanan menuju keruang langit yang terbuka. ringgit dan syurga atau neraka tidak berguna disini. disini disatu sudut ini yang paling suci adalah cintaNya. tak berupa tak berbentuk.


kami berjalan memasuki lobang cahaya dan mendengar sayup jauh kedepan kalimah Allahhumassollialamuhammad dan sepanjang perjalanan juga kami mengucapkan salam buat diri sendiri agar selamat dalam lindungan cinta sang hidup.

Rabu, 19 Mei 2010

pelangi petang (akhir)

Keadaan dalam pot sunyi seketika, matahari meninggi burung burung dan ayam hutan mencari makanan, ular-ular tidor dan ada yang bersalin kulit. ajip peon, pak embong, nuar gemok, kamal, udin tokan, lee tongkang, badut dan makwe udin yang lawa tu menyedut tak henti henti macam dah kemaruk, barang baru barang baik barang stim semua buat hal masing masing sampai terlupa nak jaga air(ricky line). sambil borak borak kosong, kamal lentok, kepala dah nak cecah tanah, badut dengan parang belatinya dipinggang, nuar gemok terduduk macam budha, ajip peon mengira duit yang dikirim meli londeh untuk beli stock 2 pecket.


''weh sapa duduk jaga air kat luar te''? tanya udin tokan. bebudak lain semua diam.


ajip peon bersuara ''mana ada sapa macam kita mula masuk tadi la nampok line clear je semua''


''aokme jangan buat pasai, kang tak pasai2 kita kedalam semua, ace sesapa pegi tengok, kejap lagi keh payung la ubat sebatang'' udin mula memerintah.


''bior kaweh pegi'' kata badut menawarkan diri, sambil membawak parang tak bersarung badut berjalan, ''aok nak ikut mal''? tanya badut pada kamal. kamal diam, mana taknya kamal dah lentok kena ubat kuning johor ubat kuning tanah yang udin bawak yang udin masak sendiri kat lab. awek udin yang lawa tu dah terbaring dah. lentok sangat gayanya.


pyan dengan meli londeh baru sampai kampung awah, baru nak masuk simpang jalan kelapa sawit tempat pot udin tokan. ''mu bawok molek pyei jale licing ni baru lepah ujei, reboh kito kekgi nayo ja''


''ala gua tau la, bukan baru sehari gua bawak moto, lu duduk diam-diam'' kata pyan rogol.


belum sampai seratus meter meredah jalan ladang yang licin, pyan nampak banyak kepala, badan tegap-tegap pegang rotan sedepa. tanpa pikir panjang pyan terus brek, melintang moto tengah jalan, meli londeh terkejut.


''wak po nyar'' tanya meli. ''POLIS'' kata pyan


meli londeh meloncat turun dari moto, mengelabah gila babi punya, matanya bulat macam hantu paya, melilau tengok keliling. pyan rogol buat stunt, dipulasnya trotal minyak mengaum moto, polis semua dah stanby dengan rotan panjang sedepa. berpusing moto dikerjakanya oleh pyan, pyan tak cakap banyak dia pulas lagi sekali trotal, kacip clutch masuk gear terus pecut tinggal meli londeh terpingga-pingga, meli londeh mengejar pyan sambil berlari, polis keluar dari semak samun menyerbu macam cerita apocalypto, memburu mangsa dengan suara menengking memberi amaran



''OI JANGAN LARI''



sedang dalam pot semua budak-budak mengelabah bila dengar orang menengking bagi amaran ''JANGAN LARI'' ceper dan paper ches berterabur, udin tokan lari bawak ubat tinggal awek yang tengah lentok tinggal moto, cuma ubat yang udin bawak lari. lee tongkang mengelabah beruk sampai terkencing dalam seluar, nuar gemok hilang arah nak lari kemana, kamal melompat celah busut jantan jatuh kedalam kubang babi, ajip peon capai moto masuk gear kacip clutch menolak moto sambil pulas trotal, moto hidup, ajip terus lompat atas moto dan meredah pelepah-pelepah kelapa sawit yang separuh tinggi, pak embong pun sama lebih sayang moto dari diri sendiri, memandu gaya orang masuk rally motorcros mencelah celah batang kelapa sawit.



HARI TU MEMANG TRAJEDI, HARI TU MEMANG MALANG, LAGU PELANGI PETANG TAK KEDENGARAN YANG KEDENGARAN BUNYI KERINCING GARI BERANTAI YANG DIPASANG PADA TANGAN DAN KAKI. YANG KEDENGARAN HANYA RUNGGUTAN MENYALAHKAN SATU SAMA LAIN, YANG KEDENGARAN SUARA HAWKYTALKIE



''GERAKAN GERAKAN KAMI TELAH MEMBERKAS SEKUMPULAN REMAJA PENAGIH DADAH DIKEBUN KELAPA SAWIT KAMPUNG AWAH DALAM, ROGER ROGER 9 LELAKI DAN SATU PEREMPUAN, ROGER DAPAT''





sooott seett soot setttt zzzzzz....troooouutttt.......zzzz...troooouttt......



Selasa, 18 Mei 2010

parut banyak kat jubo kau

ehhh banyak juga parut kat badan kita ni kan haha kat badan kat kaki kat tangan depan belakang luar dalam kat bontot semua ada, aku pernah masa kecik terkepit zip seluar, pengalaman ni memang tak boleh lupa sampai bila-bila, hehehe masa belum sunat kulit terlebih panjang sangat.


ari semalam DAP menang di sibu, semua orang pakatan gembira berterabur gigi tersengih macam kerang busuk, TPM pulak sibuk yakinkan rakyat bahawa segala janji2 umngok akan ditunaikan, macam nak tipu je..aku pulak pernah satu kali perform satu stage dengan anak TPM ni masa KL singsong writer tahun lepas, anak dara dia lawa air banyak muka manis nyanyi pun bagus, tapi tak de market kat malaysia lagu2 nya semua main luar negara punya jazzyblues, speeking berterabur tak cakap bahasa melayu ni. kalau nak mengorat harap matikan aje la hasrat korang tu sebab dia dah ada balak hahaha. satu kali aku sudah nyanyi lagu ''bersiaplah untuk sebuah revolusi dan lagu untuk orang2 islam'' najwa anak TPM ni sudah keras muka haha tak tau nak kata apa dengor je aku merepek dalam dua lagu tu. tapi dia ok tak macam bapak dia. najwa ni memang cool. educated talented sampai telentangted hahaha.


lasty kitorang jaming lagu blues, jem tajuknya. mengambil sempena jem kat key el ni yang semakin gila menggila, aku lagi gila taruk word ari ujan lebat kat cm tak boleh busking jauh nor perginya..tapi best crowd sampai pecah perut dengar aku punya lirik merapu gila hahaha sampai sekarang show tu duit tak bayor2 lagi, lantak la janji aku dan crowd happy.




hah.....apa????????? kat jubo ada parut, cuba tengok!!!!




Minggu, 16 Mei 2010

hidup gaya hipies


Aku pasang rokok surya sebatang yang memang dia kata dulu dia tak suka aku hisap rokok surya, pernah sekali tu aku buang je sebatang rokok surya yang belum pasang menjunam masuk longkang tui...rugi. tak sampai berapa lama aku kenal dia aku ditolak keluar dari rumah sewa.


aku mula la berkampung dalam kereta, dari sehari ke sehari dari minggu ke minggu dan hinggalah masuk berbulan-bulan aku berumah dalam kereta, makan dalam kereta tido dalam kereta tukar pakaian pun dalam kereta, duit ada cuma aku memang nak merasa hidup travel macam filem mat dan minah mat saleh yang berumah dalam kreta macam hipies. hui gaya hipies memang rabak. mandi sekali sehari, pakaian semua basuh kat dobi nyamuk agas cengkerik jadi kawan, rumah berbumbung langit kadang2 waktu bulan penuh aku tatap bulan sampai tetido, bintang pulak kalau malam gelap sangat banyak tak terkira.


ada pelangi lunar masuk bila bulan penuh, tasik titiwangsa adalah rumah parkir aku. free tak de sapa yang larang. kadang2 aku pakir je ikut suka hati aku nak pot kat mana, hujan ribut kilat sabung menyabung aku tak peduli, bila badan dah penat kat mana2 saja boleh tido hahaha pernah juga beberapa kali aku disergah petugas malam tapi semua alasan kukuh, beres semua dokument yang dichek, aku sambung tido balik. petugas blah cari mangsa lain nak paw. ye aku penyanyi jalanan, kalau nak sebut soal glamer ni tak de langsung dalam kamus hidup aku, tapi yang malang nya dia memang suka pada glamer dan kehebatan orang seni, puncaknya adalah kaya raya hidup melimpah ruah dengan duit cehh buang masa aku layan minah yang macam tu. akhirnya aku keluar dari kongkongan minah gila glamer tu.



nah sekarang aku happy, mana aku nak pergi, apa aku nak buat balik rumah ke tak balik rumah ke tak de sapa yang larang....aku bebasssssssssssssssssssssssssssss. sekarang aku dah sewa rumah semula hidup macam orang normal yang lain, tapi kadang2 aku tido dalam kereta juga hahaha.


Sabtu, 15 Mei 2010

aku musik dan khayalan 14

sebelum2 ni aku perfom mana2 mesti orang bayar, tak banyak pun sikit tapi tak kurang dari 100 keatas, tak kisah la under goverment atau non goverment, pernah juga aku dapat job bayar bulan 2000 satu bulan ada job hotel pun payment bayar terus, abis keja dapat duit hati pun senang, tapi bila dah kuar album dah ada folower, ada show yang tak bebayar!! aku pun heran.


aku dah ada dua album satu mini album bertajuk garisan abstrak 5 lagu, lagu2 dalam album ni sangat rabak dan sangat dapat liputan meluas hingga produser red film bersetuju ambil lagu aku bertajuk hari-hari perang untuk dimuatkan dalam drama kami tahun 2007, dan satu lagi lagu bertajuk garisan abstrak dimuatkan dalam filem gadoh 2009 dibawah nama namron, aku dibayar 400 untuk 2 lagu tu, 400 saja? hahaha murah sgt kan, walaupun aku ada mendaftar dengan MACP lagu2 aku semua tapi aku tak amik royalty pun sbb kawan2, promotion untuk aku juga jadi lebih kurang je la. satu lagi full album c4-llpk. album ni sikit buat aku kecewa sbb aku record track by track mamat sound enginer tu tak pandai nk record life la pulak, katanya susah nak edit vocal nt. macam gampang aku pun heran skali lg. jadi aku tak berapa suka record track by track, album ni nampak kolot macam dibuat2 tapi nk buat apa lagi benda semua dah jadi aku teruskan saja.


baru2 ni aku dijemput oleh frinjan untuk perform di lorong seni putrakaya,.......harap jangan terasa, ini luahan hati aku yang berseni sepenuh masa. aku bukan memilih harga untuk buat persembahan malahan aku tak tetapkan langsung harga bagi setiap persembahan aku. harus diingat setiap lagu yang aku persembahkan ada royalty kalau nak tau, tapi aku malas nak bermenyusahkan sapa2 untuk naik ke opis MACP sign lagu2 aku yang aku persembahkan. begitu aku ni sangat mudah untuk discus pasal persembahan.


bila ada organiser dan ada sponser dan kalian pula dipangil untuk membuat persembahan tak kira la dalam bentuk apa sekalipun itu adalah seni, pasti ada dana yang melimpah masuk, lambat atau cepat duit pasti datang juga, kalau event keraa-jaan ambil masa 3 bulan baru dapat kuar chek, dan kalau event persendirian habis show terus dapat duit. itu selalunyalah yang aku tahu. tapi ini event hari belia under goberment lorong seni putrakaya, nama pun putrakaya atau kayap aku tak tau la kan, macamnana tak ada bayaran untuk artis? bukan maksud aku sorang jer artis, pembikin teater pelukis pemusik penulis juga artis, besar atau kecil nama diorang diorang tetap orang seni dan manusia juga yang mesti diberi perhatian dan diberi habuan bila mereka membuat persembahan. ok kalau yang tak kisah pasal duit, itu aku tak peduli, mungkin mereka ada kerja lain selain berseni dan ada income yang cukup untuk tampung kehidupan mereka. atau mungkin diorang anak orang kaya makbapak dorg ada bilion2 rgt? bagaimana dengan kami yang berseni sepenuh masa? aku pun tak berapa kisah sgt, tapi aku perlukan duit untuk hidup bukan hidup untuk duit.. minyak kereta nak kena tuang juga makan minum kita yang buat persembahan sapa nak tanggung tak kan keluar duit poket sendri kot hahahaaaaa event under goberment atau gobbelman? make sure lepas ni kalau tak ada bayaran jangan panggil aku dan jangan mansion nama aku kat flyers. kalau aku datang sendiri dan nak perform secara sukarela itu lain. lebih baik aku pg busking dah tentu dapat duit. kalau takat nak begambar dan nak glamor masuk dlm FBook baik tak payah. tak kemana pun, sewa rumah nak kena bayar juga beb.


semalam aku tgok berita najis rasak kata dia fund dana untuk belia 10juta ringgit... lepas ni jangan buat alasan tak ada dana untuk belia

Kamis, 25 Februari 2010

aku musik dan khayalan 13


cerita hantu sana sini hantu, orang pun boleh jadi hantu. yang mati kena bunuh selalu jadi hantu, roh kucing pun boleh jadi hantu juga, mana tak hantu nya cuba duduk dalam gelap nampak hantu tak? kalau tak nampak anak luar nikah hahahaaa


kalau datang masa buat filem hantu, semua nak buat cerita hantu, hantu jepun hantu orang putih hantu korea hantu malaysia, hantu keling paling gua seram tengok, sebab memang real ngan sami dia jampi boleh kuar zuq ooo kalau takat hantu cina ni aku gelak jer memang lawak boleh loncat loncat hantunya.


aku nak cerita sikit tentang zul ni, dia kawan aku tapi ada senget juga sikit orangnya. ada ke pergi bandar chi liung kat kelang sana, pergi rumah orang mati bunuh diri, rumah orang mati kena bunuh nak tengok hantu, rumah berantu macam seekers buat doko hantu kt Tv3 suku tu la, tak real lansung. tapi bila aku tanya nampak hantu? dia kata tak nampak terus la aku gelak aku pun suruh dia bawak rahmat haron sebab rahmat ada bagitau aku dia nak kawan dengan hantu hahaha. aku rasa hantu pun takut nak kawan ngan dia tu sebab apa korang nak tau, sebab dia lagi hantu dari sekelian hantu-hantu yang ada hahaha. jangan marah mat ini semua cerita lawak aje



masa kecik aku ada tengok cerita hantu indon dengan kawan, cerita sundel bolong. kecik tak kecik sangat la, lam belasan tahun gitu. wah sampai mengigau lawan ngan hantu tu, tidur pulak rumah member ramai ramai, akhirnya kepala member aku kena kungfu hahaha mana tak nya aku buat stunt terbang ala ala jackie chan dalam drunken master. siam member aku tu hahahaaaaaaaaaa



ha dah tu sekarang ni filem seram cerita hantu dah tak gaya hantu lagi dah....tak real. makan kuaci jer layannnnnnnnn cehhh...tanya pyan dia nak buat filem seram cerita hantu tak.


Kamis, 18 Februari 2010

BUKAN BUKAN

bukan bukan macam apa yang korang fikirkan bukan semua bukan, bukan air bukan api bukan besi bukan kaca boleh pecah nak nak pulak handfhon semua bukan. bukan dia yang liwat bukan dia yang bunuh bukan semua bukan. amenda BUKAN? spender pun bukan coli pun bukan. air basuh kaki pun bukan bukan diorang minum ayah pin pun bukan whisky pun bukan tiger beer pun bukan khalid samad bukan khaity jalludin bukan jamalludin juga bukan. ribena dah abis bukan juga abdullah jones pun bukan pyan habib pak samad rahmat haron semua bukan elizebet taylor farah fewcat pun bukan marlyn monro lagi bukan cat steven dengan mike jager pun bukan semua bukan.



Amende Bukan? benda semua bukan aku dah kata bukan tuhan lagi tuhan bukan tuhan semua benda bukan lighter kipas kamus speker harmonika rokok dji sam soe gunting maruku ikan popo walkman tv cawan semua bukan..................



zul nordin bukan zul nordin najib bukan rosmah mansor lagi la bukan...bukan bukan tukar tiub nama nik aziz pun bukan segala galanya bukan mustapa ali brahim lim guan eng kapal sing sharizat jalil jamal abdillah bukan joe kid bukan mat nor pun bukan meor lagi jauh bukan juga



sungai pahang ye, ubi lepih di lepih benludin ngam dengan ubi lepih, ulam pegaga sedap colek dengan tempoyok makan mentah mentah makan masa nasik tengah panas ada jering ada geduaq ikan pekasam ikan singgang. semalam ada air rimau ari ni tak de pulak. karpet biru ni aku amik dari umah mak buat hias bilik sedap sikit mata awek awek yang nak masuk bilik aku nanti, rumah mak dah banyak karpet...goreng goreng ceper dengan kertas timah ligan asap orang barat cakap ''chasing the dragon'' lantak la...beeha suka nyanyi umee buat asigment sama ecah sama juga dengan haan, pipi pg sekolah balik naga dah lama tak jumpa taun ni cina bagitau tahun rimau sebab tu naga tak ada. puspa dah mula nak bercinta semula tak nak jadi looserr katanya tapi dia loyar banyak bagus. jimadie dah naik pangkat sama juga dengan pati aris.



malaysiakini malayinsider malaysiatoday, utusan malaysia kena baca terbalik metro pun sama Ntv7 aku suka, tV3 hancorrr najir nazak ananda krisna lim goh tong 20 dari orang paling kaya malaysia khir toyol mat botok tak ingat, takut bini dia jampi banyak macam rosmah mahafiraun dengan dolah badwi tengah gigil takut mati, lantak mampuih pi depa........




loklaq

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog