Sabtu, 11 April 2009

keluarga.


Aku sebenarnya tak mau menulis tapi atas desakan teman2 jadi aku cuba.Bertemu dgn fendi tadi petang mengingat kan aku kepada kedua anak cikgu ni.Annisa dan Annur.aku meor dan abg sham minum kt kedai mamak sambil tunggu hujan teduh.

sejak tahun 1991 aku mula jejakkan kaki kekuala lumpur.bolak balik bolak balik aaaaaahhhh dh 2009 padahal aku rasa macam baru semalam je aku lahir.semua kenangan yg 30 tahun dlu kaku dan beku dalam hutan batu yang sial ni....ahh sedikit emotional itu biasa.

Berbalik kepada Annur dan Annisa,kedua ibu bapa mereka diuji dengan begitu keras sekali.
aku selamba mengutuk tuhan,meor cuma gelak,mungkin dia tau perasaan aku waktu tu.. kami macam satu keluarga begitu juga cikgu satu keluarga dgn kami semua.aku rasa tak mau berpisah tapi mana mungkin.

Sabtu, 04 April 2009

KATA PERMULAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

kami ucapkan salam dan puji kepada Nabi Muhammad S.A.W.dan keluarganya serta sahabatnya.ALHAMDULILLAH dengan innayah Allah dan syafaat rasulullah serta berkat Musyaikh kami, maka ajaran Rohaniah dapat disajikan pada para pembaca yang budiman.Dengan itu munculah buku kedua 'mengenal Roh'untuk pengetahuan umat islam,supaya bila kenal datanglah cinta,sudah cinta datanglah kasih,sudah kasih datanglah ramah mesra,dengan ini datanglah pembangunan jiwa,jiwa islam yang sejati dan tidaklah kebendaan yang disembah hingga memandang kepada kebendaan itu lebih besar dari Kudrat dan Iradat Tuhan.

sebaliknya jadilah kebendaan itu hamba kepada siapa yang diamanah ALLAH untuk memiliknya.Maka tidaklah kerana kebendaan jadi fiel peribahasa,'kasih saudara sama ada'akan jadilah peribahasa baru 'kasih saudara sama hidup dan mati' INSYAALLAH akan kembalilah semangat islam,barang siapa yang tidak kasih kepada saudaranya tanda belum sempurna Imannya.
Biarlah orang-orang kafir jadi hamba kepada kebendaan dan masa tetapi umat islam yang khususnya pembaca 'Mengenal Roh'ini,kebendaan dan masa jadi hamba kepada mereka yang mengenal ROH.
Pada akhir kata terimalah salam bahagia daripada penulis.


WASSALAM.
HJ.A.TALIB NAIEM1974

Kamis, 02 April 2009

Senin, 23 Maret 2009

SENI UNTUK TUHAN

:::dari hati mukmin itulah datangnya anugerah tuhan 'nur' kepadanya.barang siapa yg tidak ada nur maka ia tidak boleh makrifat.walaupun orang itu cerdik sebesar langit tetapi jika tidak ada nur didalam hatinya maka ia tidak boleh makrifat.walau kaya sebesar dunia hartanya tetapi makrifat tidak akan dapat diperolehinya namun tidak ada nur didalam hatinya.walau bagaimana besar darjat orang itu dalam dunia ini,maka dunia dibawah perintahnya,namun tidak ada nur didalam hatinya ia tidak akan boleh makrifat.walau bagaimana besar alim ulamaknya,sebuah kapal kitab yg dilancarnya,tetapi jika hatinya ada setitik hitam,maka makrifat tidak akan dapat padanya;;

28,mar1974
haji a talib naiem

Selasa, 03 Maret 2009

IA ADA DISINI


Bencana sudah perang pun sudah
hanya perang dalam diri belum berakhir
datang dan pergi
sedih dan tawa
sering memberi dapat merasakan
pengertiannya..
kupraktikkan cinta dilayang mimpi
kusatukan rindu kasih dan sayang
hakikat cinta..
sebenarnya menghayalkanmu
sesungguhnya ada kau disini
dilayang mimpi kusatukan rindu
kasih dan sayang hakikat cinta..
akan berakhirkah kisahmu itu
atau permulaan yang tak berpenghujung
selamanya....

Sabtu, 21 Februari 2009

seni itu indah

Aku tercampak smalam dikoran sinar diruangan seni.....bersama saudara ku syed amran yang sama2 memerah keringat sebagai musisi jalanan.Pejam celik aku sudah smpai kepenghujung tahun ke sepuluh tahun pertama dalam abad 2000 ni..hah nampak macam serius la pulak aku ni..ye memang skali skala kena nampak serius sbb itu kesempurnaan hidup..bagi aku, bagi korang aku tak tau, itu korang punya pasal la.bila aku dikejutkan oleh saudara rapat ku juga, meor tentang tercampaknya aku dikoran sinar tadi,terus semangat nak baca apa cerita yang sudah ditulis oleh pengolah cerita tentang diri ku.sayang seribu kali sayang,,malas aku nk cerita dah korang cari la sendiri surat khabar tu.....................

Aku capai rokok,kemudian kuanyam cantik2 sebesar skru no 12,kunyalakan,ku nikmati perlahan-lahan...lalu dalam hati ku berbisik, kemana perginya ungkapan bahasa bangsaku yang indah dulu???

nik jidan

nik jidan
1

kudrat

rasa

Pengikut

Arsip Blog